Jumaat, November 13, 2009

Polis 'Trigger Happy'?

Polis bersifat ‘trigger happy’ atau ‘tembak untuk membunuh’ sewaktu berhadapan dengan penjenayah ganas di negara kita.

Itu dakwaan beberapa pihak kebelakangan ini sehingga mendorong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin menafikan kenyataan itu minggu lalu.

12.30 malam, 8 November lalu, polis menembak mati 5 penjenayah berbangsa India berusia di antara 20 dan 30 tahun, ahli Geng PCO Boy di Batu 4, Jalan Kapar, Klang, Selangor. Mereka memiliki 13 rekod jenayah samun di sekitar Lembah Klang.

Menurut ceritanya, polis mengejar kumpulan terbabit dilaporkan ditembak bertubi-tubi dek penjenayah. Dalam adengan sama, kereta Kelisa dipandu penjenayah kemudian dikatakan terbabas, kesemua mereka ditembak mati. Senjata api dan beberapa parang ditemui di lokasi kejadian.

Semalam, Naib Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam menggesa polis mengkaji semula prosedur dan taktik operasi mereka ketika berhadapan penjenayah bertujuan mengelak tanggapan negatif masyarakat terhadap pihak berkuasa itu. Malangnya, Subramaniam tidak menyatakan secara jelas dan spesifik berhubung prosedur perlu dikaji semula terbabit.

Sebagai wartawan pernah membuat liputan ratusan kes jenayah dan masih memegang jawatan Penerbit Eksekutif ‘999’, saya sarankan Subramaniam berkerjasama dengan pihak polis. Setiap kali dijangka berlakunya pertembungan di antara polis, khususnya, pasukan jenayah berat, D9, dengan penjenayah bersenjata api, pastikan menteri terbabit berada di lokasi untuk melihat dengan mata kepala risiko didepani pegawai dan anggota polis terbabit.

Selepas itu, bercakaplah, saya akan dengar saranan Subramaniam.

Terfikir, jika 5 penjenayah ditembak mati berbangsa Melayu, siapa pula akan bersuara?

25 ulasan:

  1. itulah yang menjadi persoalannya sekarang...kalau 5 penjenayah yg ditembak mati tu orang Melayu, tak mungkin ada yang bising-bising..kalau yang ditembak tu bukan Melayu, mulalah ada yang bising-bising sampai dicanangkan ke seluruh negara yang pasukan polis kita tembak membabi buta...setahu saya tak kira penjenayah berbangsa apa sekalipun, jenayah seharusnya diperangi sehingga ke akar umbi...

    BalasPadam
  2. politik murahan lagi kah?

    betol ckp bro.kne rasa dlu cmne tugas polis ble bhadapan ngn pnjenayah, baru boleh komen..

    kekadang kelakar tgk ahli politik.. naik komuter pon dah siap eskot, pastu komen tren xselesa.. tak rase betapa peritnye kne himpit² waktu petang..

    BalasPadam
  3. Udean, saya ramai rakan polis bertugas menangani kes jenayah berat dan saya tahu mereka bukan gila membunuh.

    Tetapi, jika didengar cerita, ada waktu mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa.

    Ditembak mati atau menembak mati, itu pilihan mereka.

    BalasPadam
  4. Salam bro..

    Ada beberapa cadangan boleh dibuat :

    - pihak yang pertikai tu sepatutnya suruh penjenayah jangan guna senjata apabila merompak...polis pun takkan guna pistol kalau nak tahan mereka

    - buat kempen 'berhati-hati ketika merompak. Dun get killed. Ingatlah keluarga tersayang!'

    - sepatutnya polis gunakan parang jangan gunakan pistol!

    BalasPadam
  5. Tembak jer sampai mati, menyusahkan org jerr.. lagi pun penjara tuu dah penuh, takde tempat utk org2 mcm tuu...

    Chewwwahhh geram lak saya ye

    BalasPadam
  6. pertahankan daripada ditembak penjenayah...diorang skrg bukan boleh dibuat kira....main shoot aje

    BalasPadam
  7. kalau dalam movie hollywood, dalam movie la biasanya kalau ramai sangat penjenayah yang mati kene tembak mesti internal affair datang selidik kan?

    .

    BalasPadam
  8. Saya sokong En. Mazidul. Lepas ni pakat tengok depan mata semasa kejadian sebenar - baru 'mereka' tau yg mana kaca, mana permata.

    Persoalannya cukup ke masa 'mereka'nak berkejar ke lokasi?

    Apa2 pun CUBAlah...

    BalasPadam
  9. Payah dijangkakan; tetapi kebiasaannya Polis takkan tembak semberono. Telah lengkap segala maklumat, telah intip berkali-kali. Barulah serangan hendap & tembak mati dilaksanakan.

    Adakah penjenayah yang pakai pistol palsu atau guna pisau semata ditembak mati?.

    Polis kita tak mungkin sekejam itu.

    Jika perlu melihat Polis menembak penjenayah sememangnya nampak kejam, penjenayah yang telah terbongkang nyawa-nyawa ikan, siap disepak & tembak bertubi-tubi dengan jarak dekat lagi; agar benar-benar mati. Mesti ada arahan agar ditembak mati. Jika hidup pun buat kata Sdr Noorhodza.

    Yang pasti kenapa berani bermain api. Memang ianya akan pasti memakan diri. Jenayah takkan reda jika tidak terusan dikekang begitu. Mungkin!.

    Persoalan yang timbul bagaimana mereka boleh menyeludup senjata api yang canggih-canggih begitu.

    Hak Asasi Manusia (HAM) sering mempertikaikan tindakan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi apa lagi tindakan yang sebaiknya; takkan mahu timang tinggi-tinggi sampai pucuk sena si penjenayah ini!.

    BalasPadam
  10. its hard to understand the situation when someone speak like an empty can/tin or whatever...

    BalasPadam
  11. YB itu ingat zaman dulu2, " jangan bergerak , angkat tangan",, ini zaman maju.Ini lawak Drama

    lagi satu jika Polis cedera dia boleh komplen tak, atau jika Penjenayah terlepas dia boleh tolong cari tak??

    BalasPadam
  12. lagi satu, kes ini antara dua pihak menanti dan memburu, pihak yang menanti akan sentiasa menang.

    pihak yang menanti kenal Polis, Polis tak kenal penjenayah.

    Buat apa melarikan diri jika tak bersalah.
    Tahniah Polis jimat beras negara, kos mahkamah dan lain2 (tak kira bangsa apa pun).

    BalasPadam
  13. Cuba bayangkan jika 5 penjenayah tersebut masih hidup...Dan ada setiap seorang membunuh 1 mangsa...Siapa yang akan disalahkan???POLIS!!!

    saya percaya...Memang polis akan disalahkan dengan alasan...TIDAK CEKAP HINGGA MEMBIARKAN PENJENAYAH BERSENJATA API BEBAS...

    Moga pemikiran masyarakat terhadap polis boleh mula positif...Jangan hanya tahu mengkritik sahaja...Polis telah banyak berkorban..

    Wassalam..

    BalasPadam
  14. tembak aje kasi mampus. buat apa tangkap ... menyusahkah, buat menyemak penjara aje. dah tu nak kena kasi makan lagi, itu ini ... membazir duit rakyat. tembak senang ... mampus terus!

    BalasPadam
  15. Salam Bro,
    Kalo dah jenayah tu tetap jenayah le, tak kira bangsa mana pon, nak kata apa lagi. Yang mana berat, yang mana ringan, tu je.. Jangan main2 ngan api tu!
    Mudah untuk kita mendengar, tapi amat payah untuk mereka (pihak polis) menghadapi situasi sebenar membendung angkara jenayah tersebut sehinggakan sanggup menjadikan nyawa sebagai taruhan.
    Tak kan jenayah ringan pun nak shoot2 kot.. then jenayah berat dan guna senjata yang berat2 pulak, nak balas ngan peluru paint ball ke..??
    Be realistic la... ( Soklan cepu mas- sapa yang lebih zalim@kejam......???)
    Kalo depa tu ada kat lokasi kejadian pon bole terkencing @ terkucil dibuatnye... Sanggup ke...??
    Setuju ngan IDAN n zeqzeq..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum...
    Tidak mungkin dapat memuasskan hati semua manusia.
    Asalkan kita tahu niat kita ikhlas bertugas demi kepentingan masyarakat, saya rasa itu sudah cukup meyakinkan... Tuhan itu kan bersama dengan orang2 yang benar..
    Assalamualaikum

    BalasPadam
  17. ala....lain kali panggil je c Subramniam join operasi begitu ....bagi dia buka mata dia besar2..... ......



    ....Ingat panggil dia join operasi .... asyik2 complain......complain.... nak pertahankan penjenayah....

    BalasPadam
  18. tembak jer kasi mampus..simpan dlm penjara buang boreh kasi mkn sehari sampai 5x..buat ape ! :(

    BalasPadam
  19. ala.. setakat cakap boleh laa.. komplen sana komplen sini..

    rasanya kalau cadangan cik Mazidul tu dibuat betul2 mesti dia org pertama yang terkucil dulu.. hheehhe.. :P

    BalasPadam
  20. polis bila menembak penjenayah perlu membuat laporan...

    penjenayah tembak polis tak yah buat laporan... tu baru dinamakan ‘trigger happy’

    BalasPadam
  21. ..ye tahniah kepada PDRM dgn tindakan tersebut.Jangan pedulikan mereka yg mempertikaikannya..kita tahu anggota polis ini mempertaruhkan nyawa dan masa depan keluarga mereka..kita sokong kepada sesiapa tidak puas hati sila ikut bersama polis..kita pasti cik Mazidul juga sudah merasa situasi yg sebegini mungkin ada rasa nak terkencing atau nak terberak agaknya.......

    BalasPadam
  22. lama dulu ada bdk kg sye kene tmbk mati dek polis. menurut citer org kg, dia naik kete dgn kwn2, jumpa roadblock kt seri muda shah alam, lari pasal tadak roadtax, polis kejar sampai tg karang dan akhirnya kena tmbk dan mati. pengajaran : kalau tak buat salah kenapa nak lari/melawan. kes kecik2mcm takde roadtax, mintak maaf je kat polis2 tu, tak usah lari. lebih2 pun kena saman je.. polis pun manusia, ada perasaan marah, takut, dsb

    BalasPadam
  23. sepanjang sy berkhidmat tak pernah kira bangsa...
    bahkan seingat saya tangkap sy paling ramai berbangsa melayu bukan India...
    dan apabila keadaan 50-50 sama ada dia atau kita.. mana kita nak pilih.

    BalasPadam
  24. setuju, polis patut tembak penjenayah sampai mati. tak kira walau sapa pun, melayuker, cina ker india ker. kasi tembak semua. hidup mereka menyusahkan orang saja.

    BalasPadam
  25. geng2 hak asasi sentiasa nak bela penjenayah seolah-olah mangsa penjenayah tak ada hak asasi untuk mendapat keamanan

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.