Saya dan keluarga tiba di Kuala Sepetang, Taiping, Perak pada jam 3.08 petang tadi.
“Pergi kedai Mak ***, mee udang dia sedap,” kata rakan isteri melalui telefon.
Ketika itu kami sudah duduk menanti pesanan diambil, malangnya bukan di kedai Mak *** tetapi di kedai Mak Jah di Kampung Menteri. Kata kenalan, lawatan ke Kuala Sepetang dianggap tidak lengkap jika tidak menjamah mee udang.
“Alamak! Tersilap gerai eh?,” soal saya.
Kurang 20 minit, pesanan kami terhidang di atas meja kayu, mee udang untuk 5 orang. Tanpa berlengah, 2 anak, isteri, saya dan adik menjamah mee kelihatan begitu menyelerakan. Udangnya segar, berasa manis apabila digigit dan ditelan.
Selepas makan, saya berjalan ke dapur.
“Mee semua kakak buat sendiri, bukan mee Cina. Pekerja kedai, semua adik-beradik,” ujar Sabri Sidan.
Menurut Sabri, dia dan isteri berkerja di Kuala Lumpur namun pulang membantu perniagaan keluarga sejak hampir setahun lalu.
Lebih 10 minit berdiri sambil memerhati keadaan dapur. Saya berpuas hati dengan kebersihan ruang di belakang kedai terbabit biarpun semua pekerja sibuk memasak dan menghantar makanan kepada pelanggan.
Selalunya pengusaha kedai makan amat kurang senang andai pelanggan ‘melawat’ dapur tetapi di kedai itu pekerja kelihatan selesa mengukirkan senyuman dan menyapa saya secara baik.
"Murah, RM49 termasuk air," ujar isteri tersenyum .

Selesai makan, kami menuju ke pekan Kuala Sepetang terletak kurang 2 kilometer dari kedai Mak Jah. Kami disambut asap tebal berikutan sampah di tong besar terbakar. Pekan kecil dengan deretan kedai Cina, sesak berikutan jalan terlalu sempit. Kurang selesa, kami segera beredar keluar.
“Jom minum di kedai Mak ***. Teringin nak tengok kedai famous dengan mee udang tu,” saya mengajak keluarga.
Dua anak saya, biarpun kekenyangan, tidak membantah. Sewaktu mendekati kedai di Kampung Tebok terbabit, saya berasa agak terkejut melihat persekelilingannya. Kedai atau lebih layak dipanggil gerai terbabit terletak bersebelahan longkang cetek dengan air tidak mengalir. Hairannya, ramai pelanggan duduk menunggu makanan dihidangkan. Saya rakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan bersama pembaca semua.
Kami semua sempat duduk sebentar di gerai terbabit sebelum saling berpandangan dan kemudian beredar menuju ke kereta diparkir di tepi jalan.
Melalui tinjauan saya, banyak gerai dan kedai menjual mee udang di Kuala Sepetang. Justeru, mereka berkunjung ke daerah sama mempunyai pilihan untuk menjamu selera. Buatlah pilihan tepat, itu peringatan saya.

kadang2 kedai tepi jalan tu lagi sedap, bersih n berkualiti bro.
BalasPadamFid, I like the word, 'kadang2' but not this one lor. Bau longkang membunuh selera. Orang lain saya tidak tahu, mungkin mereka sudah biasa dengan keadaan sebegitu.
BalasPadammmg x larat nk jamah mknan tepi longkang walaupun sedap...
BalasPadamGelas, entahlah, mungkin tertakluk kepada individu. Ada gerai mamak di Bangsar, Kuala Lumpur, lokasinya berhampiran longkang tetapi ramai pelanggan.
BalasPadamIn this case, masalahnya, bau longkang kuat sangat. Apapun, itu pilihan pelanggan.
Bro, tengok gambar tu saya dapat tangkap kedai tu kat mana. Kita sampai kat kedai tu sebab 'bunting' diorang banyak dari mula kan. Tapi kat situ pun sedap, yang penting bersih. Pada saya tak salah gerai pun. Gerai yang famous mmg dkt pencawang TNB tp saya x brape puas hati dengan kebersihan kat situ, banyak lalat, tapi ramai pelanggan. Mungkin sebab dah lama kot, orang selalu bercerita. Tapi tak boleh lawan mi udang Sg. Dua, B'worth bro, lagi 'ummphh'. Udang fresh tgkp sendiri, kuah pekat. Saya pernah dari Taiping nak ke KL, lunch mi udang kat Sg. Dua, then patah balik ke KL. Mmg tak bole tahan..
BalasPadamfuhlamak. penuh udang. puas hati kalau dpt!
BalasPadammacam best je mee udang...nak cuba rasa la nanti... :D
BalasPadamcik Mazidul, gerai yang sama saya,mak & suami pegi makan kira2 5 bulan lalu.. masa tu tak ada plak bau longkang.. mungkin air longkang masa tu penuh kot.. saya pun x pasti.. tak jengah laa plak longkang tu..mee udang punya pasai..
BalasPadamtapi memang tak dinafikan..kebersihan gerai tu 'out' sket.. yang saya heran.. ramai sungguh pelanggan singgah..
gerai yang cik Mazidul pegi tu sebelum gerai longkang ni ke selepas? (nak p laa try mee kat gerai yang cik Maz mkn tu)
Sebuah kedai makan di Kluang ternak lipas. Saya cerita dalam blog saya.
BalasPadamwww.kadikluang.blogspot.com
RM49 untuk 5 pinggan mee dan air.. memang murah la, dengan udang yang penuh dalam pinggan tu.. maknanya, sepinggan mee, tak sampai pun RM10, ya?
BalasPadamKalau dah bau longkang... yerk! Tak makan pun tak apa la....
salam....
BalasPadamsemua kedai memang kedudukannya mesti berhampiran longkang cuma bezanya longkang yang terurus dengan baik atau dibiarkan kotor begitu sahaja. kedai mak .... ini hanya jadi mangsa keadaan saja.. kesian dia..
salam,
BalasPadamkalau nak makan mee udang, pastikan pilih udang laut.. rasa lebih sedap. manis dan tak berbau lumpur... berbanding udang kolam, cuma lebih mahal sedikit
Mee udang memang sangat sedap. Sekali cuba ( kedai yang bersih dan enak masakannya) pasti ingin mencuba lagi. Tengok gambar mee udang yang Bro paparkan sahaja sudah kecur air liur.
BalasPadamHarga yang di berikan termasuk minuman adalah sangat berbaloi. KIra tidak sia-sia Bro dan famili pergi bercuti di Kuala Sepetang menikmati mee udang.
BalasPadamMungkin bau longkang mampu menaikkan selera para pengunjung. huhhihihi
BalasPadamMee Udang Mak Jah ek.. ok nnt teman roger
BalasPadamwww.broframestone.com
Eja, kedai Mak Jah selepas gerai *** menuju ke arah pekan Kuala Sepetang.
BalasPadamkedai tepi longkang pun kalau dah sedap mmg selamba jek ramai org.org kita mmg suke mencuba pantang dgr.. :)
BalasPadamtapi kdg selera org tak sama selera kita.combi pernah cuba laksa yg konon sedap di alor setar.tapi bila dah mkn rasa biasa jek.
anak-anak cakap sedap lagi laksa mama dorang ni buat ..hiks :D
Kalau sebut Taiping lebih teringatkan kuew teow Doli. Memang sedap. Tak pernah pergi kedai mee yang bro maz maksudkan... tp kalau betul kotor macam ni... tekak pun boleh jadi kembang sebelum makan mee.
BalasPadamKredit percuma untuk Gerai Mak Jah Kg Menteri.
BalasPadamHmmm, saya teruja nak ke sana, try mi udang, semata-mata membaca posting kali ni.
Ok Bro, cuti hujung tahun ni, saya nak bawak anak isteri ke sana.
...saya 2...3 kali Kuala Sepetang memang kebanyakkannya gerai udangnya terletak berhampiran longkang..cuma gerai mak jah ni kebersihannya agak terurus sedikit.Kedai yg satu lagi tu kurang sikit...tapi terpulanglah pada pengunjung...tepuk dada tanya selera...(1st time gi terkejut juga tengok mee udang)
BalasPadam...next time gi nak cuba kedai lain pula...apa pula specialnya
Sekitar longkang pun boleh cari rezeki; sebab orang kita memang mampu makan di tempat begitu.
BalasPadamSetakat bau ada yang mampu menjamu selera kira okey!lah, tapi bukan saya; Sering terjadi telah buat pesanan baru perasan bau yang meloyakan. Ada longkang mereka tutup dengan papan sahaja. Memang terputus selera jika bau loya menggoda kita. Kalau lapar sangat telan jugalah!. Tapi tak jenguk lagi tempat itu. Pilihan di diri kita.
Isu yang utama pelbagai kemungkinan dengan kotoran longkang begitu boleh merebakkan penyakit. Itu yang amat kita takut. Wabak penyakit kalau merebak disebabkan kekotoran ini amat payah dikawal. Ini biasanya kerja Majlis Bandaran. Buat kerjalah!.