Saya petik berita dipaparkan Berita Harian semalam berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), biar dia beri (royalti minyak), kalau tak, kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku”
Lebih baik tokoh agama dihormati terbabit berdoa agar bilangan rakyat Kelantan dijangkiti Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia, HIV, berkurangan. Menurut Kementerian Kesihatan, negeri pimpinan Nik Aziz mencatat jumlah jangkitan HIV tertinggi di Malaysia tahun lalu, 749 kes berbanding Johor, 501 dan Selangor, 441 kes.
.... Gambar III
I have no comment about it!
So sad if it is true ...
"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), biar dia beri (royalti minyak), kalau tak, kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku”
Lebih baik tokoh agama dihormati terbabit berdoa agar bilangan rakyat Kelantan dijangkiti Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia, HIV, berkurangan. Menurut Kementerian Kesihatan, negeri pimpinan Nik Aziz mencatat jumlah jangkitan HIV tertinggi di Malaysia tahun lalu, 749 kes berbanding Johor, 501 dan Selangor, 441 kes.
.... Gambar III
I have no comment about it!
So sad if it is true ...
Assalammualaikum Abg Mazidul..
BalasPadamSaya masih cetek agama, tiada ilmu dalam politik tapi kadang2 tu semua yang berlaku membuatkan saya musykil...Sekadar meninggalkan komen disamping ingin membuka ruang minda yang sempit...
Bukankan doa kita (manusia) hendaklah ke arah kebaikan. Allah tidak pernah menyeru kita berdoa ke arah kebinasaan sesuatu mahupun seseorang. Jadi, timbul dalam fikiran ~ Inikah Mursyidul Am PAS? Adakalanya saya berfikir, kuasa telah menjadikan seseorang itu lari dari landasan kepimpinan Islam sebenar.
Salam.
Salam Bro Mazidul,
BalasPadamSaya pun kurang selesa jika doa dibacakan untuk memburukkan pihak lain. Adalah lebih baik jika dibacakan doa untuk memudahkan hati si polan menerima kebenaran, misalnya... Itu lebih baik daripada mendoakan pendek umur, atau ditimpa malapetaka,.. Seolah kita minta tuhan menyebelahi tindakan yang 'tidak mesra' kemanusiaan.
Tentang HIV AIDS, Bro Mazidul jangan fokus kepada Kelantan saja. Di tempat lain pun, majoriti bangsa kitalah mangsanya.
Cikgu Brahim, kenyataan saya jelas, bagi tahun 2008, Kelantan mencatat bilangan pengidap HIV tertinggi. Bukan fokus kepada Kelantan sahaja, 'kadar tertinggi' itu menjadi faktor pembeza antara Kelantan berbanding negeri lain di Malaysia.
BalasPadamlebih berbaloi berdoa kpd tuhan supaya mendapat ilham/idea bagaimana nak mengurangkan kerugian berjuta-juta ringgit akibat banjir yg dah berkurun berlaku diklate.
BalasPadam"tak mustahil benda ini akan berlalu"
renung-renungkan dan selalu muhasabah diri sendiri..!
kalau setakat baca berita disurat khabar.. saya tak percaya perkara ni keluar dari mulut seorang yang di gelak tok guru,... mungkin kita boleh ckp wartawan putar belit ayat dia.. tp bila dlm televisyen sendiri keluar ayat begini dari Nik Aziz.. mmg tak boleh disangkalkan lagik.. begini kah contoh ajaran seorang tok guru??? memalukan dan amat mendukacitakan..
BalasPadamconfident betul dato' nik aziz ni cakap pasal doa yg dimakbulkan...
BalasPadamdah nampak dah tanda keriakan dia tu...
salam bang maz
BalasPadamstatistik tu di ambil atas asal pesakit ke atau dimana pesakit tu tinggal?
Menurut fakta, minyak terhasil daripada fosil manusia dan haiwan yang sudah lama mati dan reout di dasar permukaan laut dan tanah.
BalasPadamsekarang lebih ramai penyakit HIV lebih baik sebab apa, diaorang akan mati dan menjadi minyak yang akan digunakan untuk membayar royalti kepada kerajaan PAS nanti.
pkrpasdap.blogspot.com
...nampaknya cik mazidul kena cari ayat yg lebih mudah,senang dan jelas dimana tidak menyinggung perasaan sesetengah orang....yelah kalau bab2 berkaitan carta ni sungguh sensitif.
BalasPadam...saya pun kurang setuju jika doa itu digunakan untuk seseorang itu mendapat malapetaka atau kecelakaan apatah lagi kenyataan itu keluar dari seseorang yg bertaraf "tuan guru".Mungkin lebih baik jika berdoa kita berdoa bukakan hatike...bertaubatke..atau dijauhi malapetaka yg sedang melanda itu...
....tapi heran juga kenapa kempen2 yg dijalankan seperti kempen HIV atau rokok gagal mencapai matlamatnya malah semakin bertambah.pulak...
Tang Johor tu sebut perlahan sedikit boleh? :)
BalasPadamAM dah komen berita itu (doa Nik Aziz) dalam blog anak2merdeka, Antara Dua Doa.
Sekadar berkongsi pendapat. Apa yang AM pelajari, di zaman Rasulullah S.A.W, baginda tidak pernah mendoakan kecelakaan kepada orang lain, termasuk kepada musuh baginda.
Nik Aziz selalu mengaitkan dirinya dengan Rasulullah dan Allah bila mengeluarkan kenyataan. Bila dia kena 'fitnah' dia kata "Rasulullah pun kena fitnah juga". Bila dia nak mencarut, dia kata "Allah juga mencarut".
Bab itu dia ikut Allah dan Nabi, tetapi bab berdoa kenapa dia tak ikut Nabi? Rasanya orang ramai termasuk penyokong PAS sendiri boleh berfikir secara waras.
www.anak2merdeka.blogspot.com
salam bro...
BalasPadamsaya orang kelantan,sedih dengan apa yang diucapkan oleh beliau....tetapi sedih juga dengan kerajaan malaysia...isu2 besar,rasuah,skandal sana sini tutp mcm tu je...tapi isu taja haji y jadi perhatian...
saya baca dua2 media,pro dan anti kerajaan...kelantan memg patut terima royalti macam sabah,serawak,tganu dapat..
benda ni ada discuss masa BN still perintah kelantan tahun 1989 dulu...kenapa susah sgt kerajaan pusat nak bagi hak kami?takut kami maju?mcm tu?
abg mazidul usha tgk pe y menteri pernh ckp pasal isu minyak nie 1989 dulu
Bro
BalasPadamBetul tu...
Bak kata pepatah: Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata dia tak tau...
Nota: Nak tau tak? Hari ini, di Original Kayu Nasi Kandar ada orang kena penampar.Kerana 'jari masuk dalam kuah dal' dan sikap kurang ajar pendatang dari India, minta ganti kuah dal, nak charge tambah RM1.00, akibat nya PANG!!!!! tergolek atas lantai. Nasib tak jadi kes Polis. Isu selesai. Makan Free.
ha ha ha - aku jadi tukang gelak - dalam hati, dua dua pun sama -> BODOH
ha ha ha
Taraf permikiran kita tak sama, saya baru sahaja menonton filem Hindi Kurbaan, bagaimana doa & dendam orang teraniaya itu amat kontras dengan fikiran kita ini.
BalasPadamRamai kalangan kita tidak setuju pejuang berani mati. Lantaran yang terkorban nyawa bukannya orang berdosa. Tetapi apalah kemampuan bagi pejuang berani mati ini. Lantaran anak, isteri, kaum kelurga dibunuh kejam... malahan bumi sendiri diceroboh.
Kes di Kelantan itu saya nampak; yang pasti Kerajaan yang Memerintah di sana amat berharap ongkos dari royalti minyak itu dapat membangunkan negerinya. Tetapi kita rakyat marhaen tak jelas apa sebenarnya hak Kelantan & Hak Kerajaan Pusat tentang isu minyak ini.
Tentang doa itu bagi saya sebaiknya jangan menyebut kemusnahan orang lain. Kita berdoa baik, kudus & merendah diri amat dituntut. Seyogia kita berdoa murni pun balasan Tuhan bukannya main-main. Baca sejarah umat manusia yang engkar dengan menganiaya diri sendiri Kaum Nabi Luth AS. Kaum Nabi Nuh AS & ramai lagi perangai bak Dajal yang memerangi Islam ranap! musnah! terbenam ke bumi lantaran sikap degil asyik menganiaya mereka yang tidak berdosa. Kita tak pasti bagaimana doa Nabi-Nabi kita ketika itu, sampaikan umatnya habis musnah.
Saya sendiri antara orang yang sering teraniaya, doa saya agar orang yang menganiaya saya itu agar cepat sedar; itu doa biasa saya. Pembalasan Ilahi terkadang sebaliknya, saya di tuduh mencuri SiPenuduh & keluarganya kena ikat, kena samun, kena rompak kehilangan harta ribuan RM.
Barangan saya pernah kena humban tanpa belas ihsan; hampir seminggu saya tidak dapat tidur, rasa dendam membuak & amat payah disabarkan. Si pengumban ini dalam beberapa bulan saya terdengar kena barah otak & meninggal tiba-tiba. Saya tak pernah doakan dia meninggal cara begitu sebab dia muda lagi, saya mahu melihat dia berubah laku, tahu menghormati hak orang lain; anak-anaknya masih kecil & perlukan dia. Tapi itulah takdir Tuhan.
Mungkin ini secara takdir Tuhan tak ada kena mengena pun dengan diri kita. Kita bukan taraf Wali, TG Nik Aziz pun bukan taraf Wali. Mungkin sekadar mengingatkan.
Masalah AIDS di Kelantan apa yang jelas antara sebabnya Iman & Persekitaran sana. Faham-faham sahajalah itu Siam apa ada. Iman kita, saya sering menyebut hanya sekadar setipis kulit bawang. Kita jauh dari sana mungkin bahang maksiat ini kurang terasa. Maka kuranglah ujiannya. Rasanya kalau Lembah Kelang ini bersebelahan Golok sana... 2X5 kut!.
Mari kita orang2 yang biasa2 ni sama2 doakan kepada Allah semuga Dato Najib,Dato Nik Aziz dan kita semua selamat sejahtera serta selamat dunia dan akhirat..amin.
BalasPadamhanya yang berakal waras jer dapat nilai siapa sebenarnya nik ajis ni yang dikatakan ulamak besar dalam pas yang mahsyur sebagai musyridul am.....harus diingat Allah beri kita umur yg panjang utk kita insaf dan nilai apa yg kita buta semasa sihat...tugas seorang pemimpin lagi la berat...buat benda yang berfaedah lagi bagus...pada doakan keburukan orang Allah pun murka.
BalasPadamKenapa HIV tertinggi di kelantan...apakah tiada pemantauan ataupun kuatkuasa atau rakyat pun terfikir dosa dan pahala terletak pada individu bukan pada Allah...
alid>> saspen jek pasal 'jari masuk' tu..uishh :p
BalasPadamnak gelak gak ha ha ha :D
dpt info dari media arus perdana..kena ada pros n cons...media arus perdana menayangkan saiful memegang Al Quran tgn kiri di dlm masjid sambil bersumpah ..tiada siapa komen ke ?
BalasPadamSalam Aidl Adha.. (masih hari tasyriq kan ?)
BalasPadamDalam satu peristiwa, Rasulullah pernah mengangkat tangan mendoakan kehancuran bangsanya sendiri - bangsa Quraisy - lantaran melampaunya kezaliman yg dilakukan mereka terhadap Rasulullah dan para sahabat. Doa Nabi : "Allahumma 'laika biquraisy" diulang sehingga 3x " Maksudnya : Ya Allah, binasakan quraisy..
Satu analogi :
Agak2 nya la, kalaulah ibu @ ayah kita meninggal nanti, kalau ada 2 orang saja yg ada untuk memimpin bacaan doa ke atas jenazah ibu @ ayah kita :
1. Datuk Seri Najib,
2. TG Nik Aziz,
siapa yang anda harapkan? :)
Dalam soal berkaitan hukum, biarlah yang ahli saja yg berbicara. Memberi pendapat ttg hukum berdasarkan "ilmu sikit2", ditambah pula dengan pendapat logik sendiri hanya akan mengusutkan pemahaman.
* Statistik HIV di Kelantan tertinggi - bagus juga kalau Kementerian Kesihatan dapat buat kaji selidik golongan mana yg kerap buat kerja tu..
itu dah macam bukan doa pula, macam jampi.
BalasPadamerm..setahu saya,tak baik doakan kejatuhan org..kan abg mazidul?
BalasPadamAlamak... tergedik2 rasa nak tinggalkan komen... tapi tatau nak komen apa. Topik yg agak sensitif juga kali ni. Dari pagi dok fikir apa nak komen sampai la seorang officemate mengeluarkan satu teori.
BalasPadamTeori Politik Malaysia yang kononnya pernah dikatakan oleh mantan PM Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman.
Katanya politik Malaysia akan kekal di tahap selamat dan stabil sehinggalah pentadbiran RAHMAN berakhir. Selepas itu politik di Malaysia akan menjadi lintang pukang dan kucar-kacir.
Kemudian kata-kata itu kononnya telah ditafsirkan oleh pawang, sami dsb bahawa pentadbiran NAJIB TUN RAZAK merupakan pentadbiran terakhir yg masih kekal stabil dan selepas Najib.... politik Malaysia akan hancur bersesuaian dengan teori RAHMAN.
R - Razak
A - Abdul Rahman
H - Hussein Onn
M - Mahathir
A - Abdullah
N - Najib...
Benarkah teori ini???
.... kita tunggu dan lihat.
betul ker dia doa mcm tu? media ni kadang temmberang jer lebih...wartwan suka2 jer quote apa yg dia tak cakap....ingat lagi kes islam palestin...nik aziz sebut islam plastik...wartwan keji ni memandai2 jer tukar ayat lain...mmg durjana!
BalasPadamhmm...HIV tertinggi di kelantan..
BalasPadamatau RAKYAT kelantan yang tertinggi menghidap HIV?
kalau rakyat kelantan,mmg mendefinisikan terus kpd penduduk jati yang lahir di kelantan dan menetap di kelantan. tapi sekadar penduduk kelantan, tapi hnya menginap sementara bahkan baru menetap di kelantan, tidak wajar dipersalahkan terus kepada kelantan...walhal,negeri kelantan mahupan lain2 di semenanjung, tetap BANGSA melayu, PENDUDUK malaysia. menempiaskan minyak hitam ke atas nama kelantan. satu lagi persoalan saya, agak2nya, setakat ni negeri manakah tertinggi aids?
satu lagi, apabila diperkaitkan dengan kelantan jer,isu terus hangat macam pisang goreng,laku dan laju disebarkan..tapi bila berlaku di tempat2 lain,orang ramai bagaikan buat2 tidak dengar,
tidak ambil perhatian..
samalah seperti menganggap kelantan tidak membangun,sebagai seorang rakyat malaysia, tidak wajar hnya menuding jari ke kelantan,royalti tak nak bagi. jika dibandingkan dengan negeri lain sekalipun, ada lagi yang lagi teruk.. sebagai contoh, perlis?
sekadar berkongsi pendapat saya..
hmm...HIV tertinggi di kelantan..
BalasPadamatau RAKYAT kelantan yang tertinggi menghidap HIV?
kalau rakyat kelantan,mmg mendefinisikan terus kpd penduduk jati yang lahir di kelantan dan menetap di kelantan. tapi sekadar penduduk kelantan, tapi hnya menginap sementara bahkan baru menetap di kelantan, tidak wajar dipersalahkan terus kepada kelantan...walhal,negeri kelantan mahupan lain2 di semenanjung, tetap BANGSA melayu, PENDUDUK malaysia. menempiaskan minyak hitam ke atas nama kelantan. satu lagi persoalan saya, agak2nya, setakat ni negeri manakah tertinggi aids?
satu lagi, apabila diperkaitkan dengan kelantan jer,isu terus hangat macam pisang goreng,laku dan laju disebarkan..tapi bila berlaku di tempat2 lain,orang ramai bagaikan buat2 tidak dengar,
tidak ambil perhatian..
samalah seperti menganggap kelantan tidak membangun,sebagai seorang rakyat malaysia, tidak wajar hnya menuding jari ke kelantan,royalti tak nak bagi. jika dibandingkan dengan negeri lain sekalipun, ada lagi yang lagi teruk.. sebagai contoh, perlis?
sekadar berkongsi pendapat saya..
saya rasa kalau kita buat perbincangan tentang hukum tuhan yang orang berzina hukumnya direjam sampai mati, yang mencuri hukumnya potong tangan mesti ramai yang mengatakan hukum tuhan itu zalim, sebab mereka ini mengikut pesepsi akal bodoh masing2.kalau kita dipehak yg benar usah rasa takut.berani kerana benar, takut kerana salah.tapi yg nampak dok takut sangat tu pasai ape, ada buat salah kot, kalau rasa salah ape lagi cepat2 pelbetulkan sebelum habih napaih. kalau hak orang (ROYALTI MINYAK) bagi je buat pe dok sinpan, dok belit kottu dok belit kotni buat apaa lama2 kusut masai jadinya,betoi takkk.
BalasPadamSALAM, YOP SETUJU DGN ASKAR PENCEN. TUAN GURU NIK AZIZ BUKAN NABI. ADAKAH SALAH KITA BERDOA UNTUK KEMUSNAHAN MUSUH KITA? BAGI TUAN GURU, DATO SRI NAJIB ADALAH MUSUH POLITIK DIA,SO? ITU HAK DIA UNTUK BERDOA. KALAU SESIAPA YG RASA TUAN GURU ITU MUSUH DIA, DOA LAH PULAK UNTUK TUAN GURU. ITU SAJA, MEDIA KITA SAJA MENGEMBAR GEMBUR ISU INI UNTUK MENAMBAH TEKANAN KEPADA TUAN GURU.
BalasPadamSUSAH UNTUK PERCAYA SESUATU BERITA JIKA TIDAK MENDENGAR DENGAN TELINGA SENDIRI TAMBAHAN PULAK BERSANGKUT PAUT DGN ULAMA.
Salam En.Mazidul, sy x pernah nampak 100% yg betul dalam politik negara ini; kerajaan mahupun pembangkang.
BalasPadambyk hiv...
BalasPadamhurm...
nape la tuan gurugaru tak doa kurangkan hiv kat sane eyk?
isn't it too much politic there...
sigh~
politic politic politic...
neverending tale of story...
Salam semua..
BalasPadamhmmmmm nak aminkan ker tak ni?
Rasanya wajar kah kita mendoakan yang buruk? wpun pada musuh kita sekalipun?
he...23x
BalasPadamsy ilmu agama xde la tgi mane...tp masih ingt ustazah bercerita...
jika elok bnde yg didoakan insya'lah elok la yg terjadi
jika buruk bende yang didoakan... takut nanti termakan diri
www.broframestone.com
Uik... doakan kemusnahan orang lain? wajar ker walaupun itu musuh kita sekalipun?
BalasPadamsalam.. sekadar memberi pendapat..
BalasPadamDalam Islam, kita telah diajar tentang adab2 untuk berdoa... dan dalam masa yang sama juga kita sedia maklum bahawa Doa bagi orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah..
"Dan takutlah engkau dengan doa-doa orang yang dizalimi, sebab antara doa itu dengan Allah tidak ada hijab yang menghalang."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Oleh itu, pada pendapat saya, empunya diri tahu apa yang wajar dilakukannya. Tak tergamak saya nak komen adakah wajar atau tidak tindakannya memandangkan ilmu agama saya tidak setanding beliau...tetapi, saya yakin, beliau tahu apa yang terbaik..
Tentang isu HIV di Kelantan... memanglah sesuatu yang amat mendukacitakan... Cuma di sini, kita tidak perlu sibuk membincangkan negeri mana yang paling tinggi peratusan HIV, negeri mana yang kurang HIV... apa yang penting, kita sama2 berfikir.. bagaimana kita ingin membantu mengurangkan dan seterusnya memusnahkan HIV ini... Isu ini adalah isu global....Jika kita sama2 berganding bahu membanterasnya, bukan sahaja kita amalkan muafakat, kerjasama, tetapi turut mempraktikkan 1MALAYSIA sebagaimana yang sering dilaungkan oleh PM kita yang kita hormati.
Olak, saya bukan orang politik. Kenyataan berhubung statistik itu saya 'cut and paste' seperti mana tertera dilaporan akhbar sebelum ini.
BalasPadamSaya tidak menyentuh berhubung bangsa.
Kelantan, negeri istimewa. Di Malaysia hanya Kelantan mendapat nama jolokan Serambi Mekah, negeri lain tiada. Nama kekadang menggambarkan sikap dan cara hidup penduduknya, kekadang tidak.
Ajie, jika media temberang, Nik Aziz wajib saman. Saya tengah tunggu jika itu berlaku. Andai tidak, kenyataan itu harus diterima.
Bagi aku apa yang dibuat oleh Tn Guru itu tidak selayaknya bagi beliau walaupun ada yg mengaitkannya dgn peristiwa yang pernah berlaku di zaman Rasulullah..
BalasPadamApakah kita perlu sama kan kaum kafir Quraisy dgn pemimpin kita yg ada sekrg ini?apakah pemimpin kita pernah menghalang apa-apa upacara keagamaan?malah pernahkah rukun islam dan rukun iman ditentang dan ditegah dari dilaksanakan?jgn membandingkan sesuatu isu tanpa melihat kepada aspek yg lebih meluas.. cuba kita berhujah dalam konteks yang lebih meluas serta berfikir di luar sempadan kotak..
Sekalipun wajar bg Tuan Guru untuk berdoa sedemikian namun atas kapasiti beliau bertaraf TUAN GURU dan MURSIDUL AM ( Penasihat ) selayaknya perkara doa ini dibaca tanpa perlu diheboh-hebohkan di media..
'dan memaafkan itu lebih hampir kepada taqwa..'
Ustaz saya kata" DOA ORANG YANG TERANIAYA MAKBUL" Wallahu A'lam...
BalasPadamUstaz saya pun kata kebiasaannya doa org yg teraniaya selalunya dimakbulkan oleh-Nya...
BalasPadamSaya rasa Nik Aziz berdoa bagi pihak rakyat Kelantan yang teraniaya disebabkan wang royalti minyak.
Jadinya, elok sangat kalau didoakan sebegitu rupa kerana saya pun sentiasa berdoa begitu.
Say akira elok jugak seluruh pemimpin dan tokoh agama 1Malaysia berdoa ke arah kesejahteraan rakyat, bukan setakat penyakit HIV saja.
Kah kah kah!!!...
...yang tinggi pengetahuan akan sikit pertikaiannya, yang cetek pengetahuan yang paling banyak mempertikaikan...
BalasPadamAM nak komen tulisan askar pencen di atas tu. Nampaknya blog bro Mazidul dah jadi blog politik :)
BalasPadamSoal siapa antara Najib atau Nik Aziz patut kita panggil untuk membaca doa jika ayah@ibu kita mati, dulu lagi modal ini dah keluar. Antara Dr Mahathir dan Nik Aziz, siapa yang kita rasa layak jadi imam (masa tu Dr M masih jadi PM Malaysia, sekarang tukar Najib pulak)
Bagi yang taksub, mesti akan jawab Nik Aziz orang yang paling layak, 'sebab doa Nik Aziz lebih makbul dari doa orang lain'
Tetapi yang cerdik akan jawab, doa untuk ibubapa, lebih afdal di baca oleh anak-anak simati. Bukan Najib dan bukan Nik Aziz.
Lalu jika anak-anak juga jahil, jika AM berada dalam situasi itu (kalau cuma ada Nik Aziz dan Najib) AM akan pilih Najib sebab, dia PM Malaysia. Mesti rasa bangga PM Malaysia baca doa untuk arwah ibubapa AM.
Yang keduanya, setelah mengetahui Nik Aziz tak betul, rasanya yang tak betul sahaja yang akan pilih Nik Aziz untuk membaca doa. Silap-silap dia doakan kecelakaan untuk simati (terutama jika simati adalah ahli UMNO). Siapa nak jawab?
bagi saya, biar la dia doa begitu. pasal saya yakin Tuhan Maha Mengetahui. dan saya yakin gak kerajaan tidak berlaku zalim kat kelantan. so biasa kalau doa ni tak makbul akan turun balik kat yang mendoakan. semoga Allah SWT akan buka mata dan minda Yb Menteri Besar agar nampak situasi yang sebenar.
BalasPadamikut sejarah memang ada nabi doakan kecelakaan musuh, dan ada hadith nabi minta berhati2 terhadap doa orang yang dizalimi.
maka kalau kita komen dia nak doa macam kita membenarkan lak tuduhan dia tu. seolah2 kita takut doa dia makbul. Apakah kita tak yakin pada Pengetahuan Allah, or kita pun tak pasti kebenarannya. berani kerana benar?
Risik & selak-selak betul-betul kitab; apakah kita dilarang memohon dilaknati orang yang memang kejam & mengANIAYA kita.
BalasPadamDalam masyarakat Islam sendiri ada kalangan kita yang lebih teruk dari kaum Yahudi; sampai sanggup kerat-kerat mayat & dot dot dot. Apa golongan ini boleh disedarkan & setimpalkah hukuman mereka jika Allah Azzawajalla sekadar maafkan & atau insafkan hamba begini.
Hukum hudud itu sendiri jika suami atau isteri melakukan zina hukumannya adalah rejam sampai mati; apakah ini bukan kejam atau memang itu hukumannya?.
Yang pasti kita pun tahu Isu Doa ini dari media; apakah media kita ini jujur & terbuka.
Bayangkan tanah pusaka kepunyaan nenek moyang kita dipungut hasil oleh orang asing. Kita pula papa kedana lagi terpinggir. Orang asing ini pula kaya raya asyik mengutuk kita lagi!. Apakah rasa nun jauh di hati kita?.
salam..
BalasPadamsaya bersetuju dengan komen askar pencen, grow2g3th3r, dan kamal sanusi..
serba salah utk komen. tapi rasa bertangungjwb lebih tggi dr rasa serba- salah itu.
cuma sedikit nasihat dr sy sebagai saudara seakidah yg menyayangi saudara yg lain. sebelum kita mempersoalkan tindakan org lain, berhati2 lah.
secara peribadi, apabila dibandingkan diri ini dengan ketokohan agama & ilmu agama yg ada pada TGNA, menyebabkan saya berfikir banyak kali sebelum menuduh yg bukan2 kepada beliau meski banyak org mengatakan perkara2 yg -ve perihal dirinya.
dgn ilmu yg cetek dan hati yg tidak sesuci mana, serta ibadah yg tak seberapa, malu rasanya nak komen apa2 ttg apa2 pun tindakan beliau walaupun buruk di pandangan ramai orang.
saya yakin, dgn ilmu yg beliau ada & rasa takut pd Tuhan yg ada pada dirinya, beliau hanya melakukan sesuatu dgn ilmu agama & mengikut aturan Allah & Rasul-Nya.
Wallahua'lam
salam tuan blog, tumpang menyampuk
BalasPadamMasa panjang..tunggu dan lihat..antara doa Nik Aziz dan kepimpinan PM kita,dimana kesudahannya?
Bg pyokong TG,anda rasa anda betul,hentam n kritik K'jaan,PM dan semua tiada yg benar,mgkin ada diantara anda pn pernah bkhidmat dgn K'jaan!!dpt anugerah,sekolah,hospital,biasiswa dsbgnya..namun harus di ingati,bg SAYA!!!..dll yg mgkn juga pyokong K'jaan,kami pn ada pendapat sndiri..SEDARKAH kita ?kebenarannya..,Anda,Saya..,kita semua adalh Seagama,sebangsa sdg btelagah,mghukum,mghina org2 kita sndiri?.sdgkan kita sepatutnya BERSATU dan mencari jalan pyatuan agar musuh2 dluar sana tak tkinja2 btepuk tgn keseronokan utk berparti dgn kemusnahan Org2 Islam?.Mencari Redha manusia lain jgn terr rugi dr REDHA ALLAH,mjaga ati org jgn sampai jd hipokrit dan hilang jatidiri.
Kpd Nik Aziz,mana lebih tembus hijabnya dr doa2 keburukannya kpd org lain berbanding dgn DOA2 sorg IBU yg mnanggung kepayahan jg kesakitan mgandung n mlahirkn Perdana Menteri kita,(jgn tlupa,beliau masih punyai IBU lg...yg x ptus2 mdoakn Beliau hingga mjadi org Tertinggi negara kita..sdgkan kita?siapa?
Wlu pn sy bkn org2 kaya n hidup biasa,ketenangan,bantuan2,keamanan dan apa sj kmudahan yg sy dn anak2 perolehi di Bumi btuah ini...amat2 sy SYUKURI..
dan!!sy tak prnah bayar cukai spnjg ketuaan sy,krn x layak..tp sy baaanyak dpt kmudahan n bntuan dr agensi k'jaan...yg KONON2nya duit Rakyat..
Kestabilan ini tiada nilainya dgn wangringgit..Jgn da terantuk br nk terngadah!
Amat bersetuju dgn sugarcane...
BalasPadamSdr Mazidul,
BalasPadamSaya berpandangan sebagai MB dan bertaraf ulama'beliau sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyatnya dalam apa keadaan pun.Masalah HIV itu hanya Allah yang maha tahu dan merupakan ujian kepada hambanya lebih-lebih lagi orang yang beriman.Apakah mereka merasa mereka itu beriman sedangkan mereka belum diuji...Anda pernah dengar "qunut nazilah"...kalau belum atau pernah cuba tanya ustaz-ustaz berkaitan dengannya serta asal kewujudanya,maka dari situ anda akan tahu kenapa MB ini berdoa sedemikian...
...tambah sikit lagi, boleh?
BalasPadam...seorang kawan bagi contoh:
org masuk rumah kita, habis curi harta benda penting kita...licin. Report polis, tiada tindakan @ tkde penangkapan. Mcm2 buat tapi tk jumpa balik...nk buat mcm mana? Jalan terakhir..doa..."ya Tuhanku kau balaslah pada orang yg buat kejahatan pada aku & keluargaku!"...tiba2 jiran sebelah menyampuk..."kenapa you doa mcm tu..tak baik, patutnya you kena doakan kebaikan utk org tu!"...
...kalau kita, mcm mana?
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!
BalasPadamKena kepala sendiri baru sedar!. Masa kena bala petaka pastikan berdoa baik-baik!.
Sdr Sugarcane mungkin tak bandingkan bagaimana di negara maju kebanyakann rakyatnya amat harmoni & bahagia hidup mereka, tidak seteruk kita, kebanyakannya terhimpit.
Tanggungjawab kerajaan menjaga rakyatnya; jika tidak jangan kenakan sebarang cukai; cukai pendapatan itu perkara, kalau kuli macam saya kena cukai memanglah tak lojik. Tapi cukai bebenda lain; beras, gula, sayur sekarang gila mahalnya, KFC, nak tenguk wayang pun mahal; Maka duduk diam-diam di rumah tak cukup duit makan mee segera; paling ummp! Maggi Kari.
Cukuplah tentang cukai kenderaan!. ramai tidak sedar ansuran kenderaan naik sampai 200%. Bandingkan harga kenderaan kita dengan negara maju. Matawang mereka tinggi kenderaan buat dekat cina; memang mereka makmur. Mana ada mereka meminjam sampai enam tahun macam kita!. 10 tahun pinjaman kenderaan itu gila namanya, habis rezeki di langit kita cabut & tujah-tujah.
Kalau unta & kuda murah kita pakat-pakat semua naik unta & kuda; Kerajaan tak sungguh-sungguh buat pengangkutan awam kita jadi canggih & tersusun. Itu Temasek pun sudah cukup maju subwaynya.
Banding gaji staf kerajaan kuli seperti saya berapalah sangat dengan kenaikan harga barang yang menggila ini.
Bandingkan juga bagaimana masalah pembelajaran kenapa negara maju boleh memberikan pembelajaran percuma di universiti mereka?. Kita menuju ke arah negara maju 2020; tak lama lagi tu!. Terpaksa buat pinjaman! PTPTN, tarak kerja sudah ada hutang keliling pinggang.
Jangan banding negara Indon atau India yang memang teruk korapsinya!. Negara kita mewah sebenarnya; jika agihah kekayaaan ini seimbang. Kes kupon beras saya pernah tulis di blog saya lebih lima tahun lalu tetiba ujud... tetapi dengarnya kupon beras pun pelik agihannya. Baru bab kupon beras!. Bayangkanlah apa jadi kita ini?
Berdoa dengan seikhlas mungkin, bersama-sama air mata, ada berapa buah negeri dalam Malaysia. Ikhlas untuk pemimpin atau sesiapa sahaja.
BalasPadamBerdoa atau dalam Qiyammu alail sekali seminggu atau setahun sekali.
Doa untuk Insan terpilih cukup hanya dari seorang, berbanding doa dari beberpa buah negeri..
Ada sesiapa yang berani berdoa turunkan BALA kepada TGNA.???
Kita tengok sebulan dari sekarang. samaada doa sesiapa yang makbul???
Telah ada doa penampang dari 40 insan beberapa buah Pondok agama pada tiap malam Jumaat. ????
Akan terlihat pantulan doa arah ke mana??
..Doa makan Gaji, doa pembodek dan berdoa seikhlas mungkin..ke mana hujungnya..
BalasPadamJgn kata tok guru..kita sendiri sebagai ibubapa pun terlepas cakap pada anak..maki hamun anak-anak..tujuan apa?? untuk mendidik..kata-kata itu adalah doa..pikir-pikirlah..
BalasPadam"Ajie, jika media temberang, Nik Aziz wajib saman. Saya tengah tunggu jika itu berlaku. Andai tidak, kenyataan itu harus diterima."
BalasPadambetul gakkan, aku pun tggu bila najib nak saman media luar negara yg fitnah najib ni bunuh altantuya. bunuh org tu, bukannya doakan org. saman la apalagi.
cakap bangang kang marah ..
BalasPadamcakap bodoh memang bodoh ..
yang takot akan doa tue nape ..
tok guru cakap kalau dia berniat jahat ..
kalau berniat baik x pe la ..
bodoh bangang ..
Xjeng, camni.. ramai manusia sekarang ni bukan tgk keseluruhan isi doa tu, tapi main ambil sekerat ajer... lepas tu melalak tak tentu hala
BalasPadamyang penting gini, dah tu korang cakap Nik Aziz tu SESAT, Berkawan dengan syaitan, kenapa takut sgt dengan doa dia? biar laa dia berdoa... yang korang takut kenapa?
Salam
BalasPadamMemang la mendoakan ke arah kebaikan. Tetapi jgn tersilap yang Rasulullah pun pernah mendoakan kemusnahan musuh. Bukan la menyamakan doa NA dan Rasulullah.
Dalam sehari, kalau ada orang buat jahat dekat kita, mesti kita akan kata aku harap engkau....bukan itu juga doa?
kalau hiv di kelantan tinggi, apa halnya? kaji golongan mana yang menyebabkan jadi tinggi..bak kata askar pencen.
banyak lagi benda yang harus diperbetulkan. pemimpin yang ada sekarang harus bertanggungjawab mengembalikan cara hidup islam kepada masyarakat. pemimpin pun tidak menunjukkan ciri muslim sejati. tidak menutup aurat sebagai contoh. kalau bab ini sudah berjaya dilaksanakan, semuanya insyAllah akan mudah termasuk lah isu Fatine bapok tu
sorry la, terlebih emo sudah :)