Selasa, November 17, 2009

Perangkap Cinta Lelaki Lombok

Di hujung program 360 minggu lalu saya membuat pengumuman untuk membongkar kisah ‘Lambaian Lombok’ pada 18 November, rabu ini.

Saya tersilap langkah, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono masih berada di Kuala Lumpur waktu itu. Ada pihak bimbang, kenyataan saya mampu menganggu gugat ikatan mesra terjalin di antara dua negara. Namun apa saya perkatakan malam itu, fakta berhubung kenyataan lelaki Lombok ditemubual Penerbit 360, Mohd Raziff, sewaktu kami menyertai operasi di Maran, Pahang, minggu lalu. Perkara saya sentuh bukan rekaan.

Apapun, demi kesejahteraan semua pihak, saya mengambil keputusan menangguhkan penyiaran episod terbabit ke 25 November akan datang.

Menariknya sejak tajuk episod itu diumumkan, hotline saya dihujani pelbagai aduan dan ketidakpuasan hati. Antaranya, aduan dikemukakan warga tempatan kini bimbang berikutan ahli keluarga mereka lari mengikut lelaki Lombok, ketidakpuasan hati dilontarkan warga Lombok di Malaysia, menyatakan tidak semua orang Lombok jahat.

Saya pun tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Ena pelajar cemerlang, dia harapan kami dua beradik kerana ibu ayah sudah meninggal dunia. Kami hairan bagaimana dia boleh terperangkap dengan cinta lelaki Lombok. Dia selalu call, katanya kehidupan di sana susah dan dia hendak pulang,” catat kakak Ena, Fiza menghubungi saya.

Lelaki Lombok, Jelan, menghantar pesanan ringkas berikut kepada saya.

“Fikirkan dahulu sebelum mengikut si dia ke Lombok kerana di sana taraf kehidupan sangat susah. Di kampung saya sudah ada bukti, lima enam orang gadis Malaysia terpaksa melakukan kerja tidak sepatutnya. Saya pernah tanya, “Awak tak ingat keluarga ke?”. Jawabnya, “Saya rindu tetapi nak buat apa lagi, sudah terlanjur”. Mereka sudah tinggal lama di sana dan mampu berbahasa Lombok. Segelintir lelaki dan perempuan Lombok menggunakan jempuk jempak (jampi serapah) untuk memikat,” catatnya.

Gadis tempatan ‘Ana’ juga sudi berkongsi kejadian getir menimpa dirinya. Dia, 24 tahun, mendakwa pernah berkerja di syarikat ladang kelapa sawit sebagai pembantu kerani selama 2 tahun. Tugas menuntutnya berhubung dengan pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia. Dia kemudian dibawa lari warga Lombok, Ahmad Zaenudin dan dikurung di Kota Tinggi, Johor selama 3 hari tanpa diberi makan dan minum. Mujur dia diselamatkan tekong setelah kehilangannya dilaporkan keluarga kepada pihak polis.

“Itu pengalaman tidak dapat saya lupakan,” catatnya lagi.

Itu juga kisah tidak pernah dipaparkan media Malaysia, setakat ini.

Secara peribadi saya dapat merasakan, episod ‘Lambaian Lombok’ sedikit sebanyak menggoyahkan kedudukan warga Lombok kini menetap di Malaysia. Meraka bimbang, mereka takut dan mereka berasa tergugat berikutan sikap buruk segelintir warga sama.

Apapun, tujuan saya satu, memperingatkan gadis tempatan agar tidak terjebak dengan pujuk rayu lelaki Lombok berlandaskan kisah benar dan fakta. Sebagai wartawan, bukankah membuat pendedahan itu hak saya?

Siapa lelaki Lombok untuk mempertikaikannya?

21 ulasan:

  1. apa la yang adakat laki lombok tu
    laki malaysia kan lagi bagus..
    itulah ramaja zaman sekrang
    mudah terpengaruh

    BalasPadam
  2. Saya juga bimbang bukan sahaja dengan lelaki lombok, tetapi lelaki warga asing, bangladesh, pakistan, afrika. Sesetengah tempat kita dah jadi macam penatang pulak.

    BalasPadam
  3. he..23x

    iman xkuat... cam mna nak menepis jempuk jempak

    taraf pendidikan tidak boleh menjamin kematangan pemikiran..

    kekadang ada yang menyempitkan pemikiran mereka dengan ilmu yang mereka ada

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  4. framestone,
    iman kuat camane pon,
    kalau dah takdirnye nak kena jampi2,
    kena jugak...

    BalasPadam
  5. Dalam sebelanga nila yang putih, nila tetap menjadi perosak bukan pencantik warna...

    Bukan semua, tetapi yang segelintir itulah yang selalunya memberi kesan yang sangat besar..

    Kesian lelaki Melayu, sudah tak hensem lagikah mereka? Sudah tak berkualiti lagikah teruna tempatan kita? Sampai ramai terpikat orang luar?

    sedih nyaaa...

    BalasPadam
  6. saya rase kan, bukan budak pompuan tu sengaja nak ikut, kalo dah kene jampi, sape leh halang..dulu org2 tua ada ckp, ngan org2 indon nih jgn suke2 nak sound ker, nak maki dia ke..kang dijampinyer ko, hapah tak jd ape!silap2 hb, dibawak larinyer ko ke indon..

    sbb tu sy takut sket ngan indon lelaki nih..yg pompuan tu takpe sgt..tgk muke pon da seram..huhuhu

    BalasPadam
  7. Saya dah tak sabar2 nak tengok liputan 360 ke tentang lambaian Lombok ni.

    BalasPadam
  8. ...cik mazidul saya ingat sesetengah wanita disini kalah dengan pujuk rayu kot apatah lagi jika diumpan dengan sedikit kemewahan....(jgn marah kaum wanita ye...)...tapi kalau yg terjebat tu terkena dgn black magic mungkin lain cerita kut..agak2nya cik mazidul boleh selit2kan segmen tentang black magik ni kot...

    BalasPadam
  9. "Siapa lelaki Lombok untuk mempertikaikannya?"

    Ya, betul...siapa mereka nak mempertikaikan hak bro Maz mendedahkan perilaku buruk segelintir warga mereka...doktor? lawyer? majistret? ahli muzik? pekerja ladang sawit?

    Kalau tak buat perkara yang mendatangkan marah semua orang, takkan adanya pendedahan sebegini.

    jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

    BalasPadam
  10. Bro

    Nak jampi tarik anak dara orang tak?

    ni dia

    Masa tengah sikat rambut pagi pagi lepas mandi, baca ni 500 kali

    Sisir sanduk sisir sandang
    mari disisir dipagi hari
    Sekali tengok sekali pandang
    Meresap menyelinap ke dalam hati

    1. Sesuai dibaca untuk mereka yang berniaga pasar malam (dengan syarat barangan yang di jual adalah
    bagus,
    asli,
    murah
    dan berkualiti)

    2. Untuk mereka yang nak pergi interview ( Syaratnya ialah cukup kelayakan, kelulusan yang dikehendaki oleh pihak syarikat, pengalaman bekerja, CGPA dan GPA yang bagus, boleh berbahasa Melayu, Ingriss dan Mandarin serta Jawa dengan lancar dan baik, berpakaian kemas dan bersetrika, sentiasa berpadangan positif, sedia menerima apa juga keputusan pihak syarikat)

    3. Peniaga restoran makanan Halal Melayu
    dengan syarat:
    a. Restoran bersih, cekap dan cepat
    b. Pekerja di latih untuk sikap Mesra dan sentiasa bersedia
    c. Makanan yang di sediakan sedap, berkualiti dan murah
    d. Tuan punya restoran berpadangan positif dan tidak sombong dengan kekayaan yang ada

    4. Untuk mengurat Gadis Melayu
    (Syaratnya ialah....korang fikir sendiri lah... he he he )

    Amalkan serapah ini berserta dengan syarat syaratnya dan jangan lupa sholat, zakap dan puasa, Dengan Izin Allah, apa juga cita cita kita akan tercapai.

    Amin

    BalasPadam
  11. Sebab kita tak spt masyarakat kampung dulu2 ..asalkan ada orang asing yg datang kekampung kita, kita akan tanya asal usul dan soalsiasat mereka. Kalau tak betul akan membawa padah. Tapi sekarang ni tutup mata sebelah je .. Itulah kadang2 BUSYBODY ada gunanya .
    Sedih dan geram ..

    BalasPadam
  12. Mazidul,
    Saya ada 10 org pekerja sah dari Lombok. Dalam 10 tu sorang yg buaya suka menggoda gadis tempatan. Dan yg saya geram tu, pompuan2 tu layan sampai bawa ke tempat tidur. Mmg kena maki hamun la dgn saya. Dapat amaran bertulis lagi (pekerja saya tu la).

    Yg saya heran tu, lalu (larat atau gamak) pompuan2 tu melayan dia... saya yg dah 6 tahun nengok muka dia pun rasa nak muntah. nak kata ada duit pun, kopak memanjang.

    Rasa2nya dlm 10 orang tu, tak ada yg pandai jampi2.

    - Dari Isteri kawan lama Mazidul. (11hb hari tu dia tak dpt jumpa sbb dah lewat sgt berborak dgn kawan2 lama kat Bangsar dan perjalanan pulang pun meletihkan walaupun saya pujuk ajak pg jumpa. Smlm sy tanya, katanya belum call dan minta maaf. Ini saya minta maaf bg pihak dia. Minta maaf ye, jgn merajuk tau...)

    BalasPadam
  13. Hendak tunggu kupasan mengenai 'Lambaian Lombok' tapi kena delay lak.. Bukan ape, ingin mengetahui punca sebenar kenapa ramai anak gadis kita yang terjebak dengan warga Lombok ni..

    BalasPadam
  14. Kata orang cinta itu buta,tapi sebenarnya bukan cinta itu yang buta tapi hati tu yang buta...bila dah terkena bukan badan yang sakit tapi hati yang sakit...
    Mata dari tubuh tempatnya dikepala dan mata jiwa dihati,tubuh kena pukul tidak begitu sakit yang paling sakit kena pukul ialah jiwa,kerana yang dikatakan kita ialah jiwa sedang tubuh hanyalah tempat.Mata hati dapat melihat apa yang tidak dilihat dengan mata biasa.Itu yang mudah sangat termakan pujuk dan rayu mu...

    BalasPadam
  15. PPB,
    yang anda masih simpan 'kaki ayat' itu satu perkembangan yang tak sihat,..nanti terkena anak sendiri baru menyesal, cari alasan buang terus.

    BalasPadam
  16. Tak apalah ditangguhkan episod itu, demi menjaga hubungan ukhuwah dua negara. Tapi elok sangat disiarkan jua nanti.

    Jika satu dua kejadian mungkin kita boleh mangatakan kejadian terpencil tetapi kalau sering banget anak gadis kita dijempuk jempak elok didedahkan.

    Selain jempuk jempak ini kejadian pukau juga saban hari kita dapati berlaku. Selain dari ilmu ini datang dari seberang sana di sebahagian daerah negara kita ujud benda sihir begini; termasuklah santau.

    Serangan secara halus begini yang sering membuatkan kita amat takut punyai musuh. Maka itu seringlah kita memohon pelindungan dari Ilahi; agar kita & keluarga kita terselamat dari buatan mereka yang kejam ini.

    Lelaki Lombok ini berdagang ke mari, pandangan mata kasar kita mereka ini dari kalangan orang susah bukan berada tetapi kenalah kita faham, ada orang berdagang dengan tangan kosong ada orang berdagang dengan penuh ilmu di dada.

    Maka itu ada baiknya kita juga banyak mengamalkan ilmu di dada ini; ajarkan kepada anak-anak ilmu pelindung diri, pemanis, penunduk segalanya bagi tujuan baik. Banyak dari ayat al-Quran yang boleh melindungi kita dari hasutan syaitan & iblis ini.

    Saya pun amat kosong & naif dalam ilmu begini. Maka itu sampai ketua saya jadi orang biasa sahaja. Tiada pengaruh tiada pun pelindung sekeliling kecuali Dia nan Esa.

    Takrif naif:

    1. bersahaja, terlalu mudah, tidak canggih atau kompleks dsb: beliau mengatakan cerita­nya terlalu ~ dan terlalu mudah utk men­capai maksud simbolik itu; 2. ki lurus, tidak matang (pemikiran dll), keanak-anakan; kenaifan keadaan naif: kehidupanku terlalu setia dgn ~ku.
    -Kamus Dewan Edisi Empat.

    BalasPadam
  17. kekadang tu terfikir apa istimewanya lelaki lombok ni. hensem sgt ke? apa yg ada pada mereka ni sampai anak gadis melayu kita terlalu mudah utk mengikut mereka balik ke lombok. bukan nye senang nak ke lombok, silap hb boleh tergadai nyawa. tp mereka ttp jgak nak ikut. ehmmm terlalu kuat ilmu pengasih mereka ni, so gadis2 melaysia, berhati2la, bukan sorg dua yg dah kena tapi ramai, jadi berfikirla sblm wat keputusan, jgn amik mudah.

    BalasPadam
  18. sila refer kat link ni http://www.facebook.com/note.php?note_id=282143770502....mmg adat diaorg macam tu

    BalasPadam
  19. alahh..nk kata laki lombok xbaik konon... xperlu nk ngata org yg jauh2.. tgk jew kat negara sendiri ni.. kebanyakan laki kt malaysia ni xleh pakai... klu x..xda nye kes2 buang bunuh bayi luar nikah nii...

    BalasPadam
  20. Jangan salah lelaki Lombok sebab diorang tu memang kaki betina dan kaki bawak lari anak dara orang.
    Yang salah ialah gadis2 melayu tempatan yang murahan dan gila seks...senang2 ikut jantan sebab terpengaruh dengan kata2 manis buaya...
    Apabila buaya bertemu perempuan murahan, memang sepadanlah....
    Dengan mudah boleh dibawa lari atau dibawa atas katil.....

    BalasPadam
  21. Sewaktu berita ini heboh diwarwarkan, saya langsung tidak mengambil pusing.

    Kini dari pengamatan, saya akui lelaki dari lombok (bukan tohmahan) mempunyai ilmu memikat. Saya sendiri hampir terjebak apabila diekori dan diberi "air" konon untuk memberi ketenangan. Mujur Tuhan membuka hati untuk saya tidak meminum air itu.

    Tapi setiap berjumpa lelaki lombok ada rasa seram, lain susah nak dicakapkan.

    Semoga Tuhan terus melindungi kita dari sihir dan segala kezaliman manusia. Ameen.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.