Isnin, November 16, 2009

Anak Haram

Mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, di antara tahun 2000 dan Julai 2008, 257,000 kelahiran anak luar nikah direkodkan.

Maksudnya, purata 2,500 setiap bulan atau 84 sehari.

Manakala di antara tahun 1999 dan 2003, statistik dicatat, 70,430.

30,978, anak Melayu.

Selangor mencatat perangkaan tertinggi, 12,836 dan statistik terendah direkod Sarawak, 617, bukan Kelantan.

Kelantan, 730.

34 ulasan:

  1. 617, bukan Kelantan.

    kenapa mesti cam tu bang?

    BalasPadam
  2. "hahaha...
    nape last2 ade sentence bukan kelantan?"

    "pura2 tak tau plak...
    kelantan kan serambi mekah..."

    "kat serambi mekah pon ade anak haram jugak ke?"

    "aah...
    kat mane2 pon ade...
    orang kalau nak buat jahat, mane2 pon boleyh..."

    perbualan antara A dan B...
    Lolz~

    BalasPadam
  3. BRO, SEBAB TU LA ALLAH DH TETAPKAN HUKUM HUDUD...ANAK2 SAYA MASING2 BARU BERUSIA 5 DAN 2 THN PUN SY DAH RISAUKAN MASA DEPAN MEREKA...MANALAH MARUAH ORG ISLAM SEKARANG NI, SBG IBU,WALAUPUN BARU BERUSIA 26 THN SY SGT SGT DAN TERAMAT AMAT TAKUT DENGAN KEHIDUPAN SEKELILING SEKARANG,TAKUT ADA YG MEMPENGARUHI ANAK2 PEREMPUAN SAYA...MOHON ALLAH LINDUNGILAH SEMUA ORG ISLAM, TAKUT SMPAI SATU MASA, ALLAH TERLALU MARAH,DI TURUNKAN BALA BENCANA, BERDOSA TAK BERDOSA, SEMUA PUN KENA..WALLAHUALAM...

    BalasPadam
  4. haii abg mazidul...
    dulu masa awal tahun 2005 saya menetap di KL.. dan selalu terlibat dalam kes lumba haram...
    saya rasa saya pernah terserempak dengan abg sewaktu abg buat liputan tentang kes mat rempit.. mungkin pada waktu itu saya tak suka abg. sebab pada waktu itu saya hanya pk abg mengacau hidup kami.. kwan saya pernah mati semasa cuba mengugurkan janin di sebuah klinik swasta..
    pada waktu itu saya hanya budak belasan tahun yang tak dek otak.. belum matang lagi.. dan sekarang saya seorang mahasiswi di sebuah IPTA di kedah. saya mengambil jurusan media.. saya belajar ape itu kewartawanan..di saat itu baru saya tahu abg benar..saya mula paham.. saya mula tahu memimirkan mana baik mana buruk...kini.. saya selalu bca blog abg..baru la saya tahu.. abg bukan seorang pengacau.. abg hanya hendak memberitahu pada umum tentang kebenaran.abg hanya menjalankan tugas,... maaf kan saya atas tanggapan saya pada abg semasa umur saya belasan tahun.. wasalam

    BalasPadam
  5. mlysia dh nk sme ngn amerika..
    hmmm....
    mslah ank luar ni dh cm pejam mata jek..
    org dh xkesah..

    BalasPadam
  6. "anak haram" ....x sedap dengar la... anak tu x berdosa ...dia x patut tanggung dosa makbapa dia ......gelaran tu x patut bagi dia ...
    "pasangan haram yang melahirkan bayi"
    rasanya nama ni sesuai kot ..

    hairan knp segelintir org pandang serong dgn anak haram ..mereka x salah ...

    Klu x nak anak tu pun serahkan sahaja kepada keluarga angkat. x payah la nak buang begitu ... ada segelintir org yg nak anak ..tp x da rezeki ...

    maybe my opinion is different from you all .

    BalasPadam
  7. Salam BRO MAZ..

    Syaitan tu ada di mana-mana, bukan kira ugama atau bangsa waima negeri mana kita menetap...

    BalasPadam
  8. Untuk mencegahnya atau sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah yang tertera, AM hendak nasihatkan ibubapa untuk,

    1. Bertanya kepada anak-anak (terutama yang masih bersekolah), ke mana mereka pergi sehingga larut malam walaupun mereka pergi berdua (adik beradik - yang kononnya menampakkan situasi lebih selamat).

    Dulu AM terkejut bila ada seseorang mengaku bahawa dia telah 'meniduri' dua orang gadis adik beradik serentak tetapi sekarang tidak lagi. Dah ramai adik beradik (perempuan) boleh 'satu kepala' dan berkongsi 'satu balak' dalam satu masa.

    2. Sentiasa 'berfikiran negatif' terhadap perubahan fizikal dan emosi anak-anak (yang masih bersekolah) terutamanya anak perempuan. Jangan mencari jawapan bodoh (atau memang bodoh) dengan tidak mengetahui perubahan anak gadis mereka selama sembilan bulan.

    3. Jangan mengada-ngada nak tunjuk kita lebih sporting dan memahami jiwa anak muda hingga mengabaikan tanggung -jawab sebenar sebagai ibubapa. Pencegahan adalah cara terbaik sebelum berlaku sesuatu.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Bilangan mengikut negeri bukan panduan yang tepat untuk mengukur tahap sosial masyarakat di negeri itu.. Saya percaya Selangor mencatat kes yang tinggi kerana ramai orang luar datang bekerja di situ, dan kes ini berlaku di situ.

    Negeri yang kesnya rendah, bukan maknanya orang negerinya baik, tetapi berlaku di negeri lain seperti Selangor, KL, Johor dan Penang yang ramai orang kita bekerja di situ.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  10. en mazidul..

    skrg ni anak2 bila tak dididik takut dgn tuhan begini ler jadinyer..

    risau tgk anak2 remaja bersosial tanpa rasa malu lagi..

    baru2 ni combi dan famili terserempak dgn 'geng' bakal nurse dari sebuah kolej swasta terkenal dilikas disini.

    apa yg membuat combi,hubby dan anak2 rasa sgt terkedu apabila kelakuan dorang TERSANGAT ler " kurang ajar "..

    semuanyer remaja pompuan 6 org kalau combi tak silap bergelak ketawa,terjerit2 mcm "sundal" didlm restoran mamak yg ramai org termasuk combi dan famili.


    hello awak semua tu pompuan..!


    memakai uniform dan name tag dari kolej tersebut membuat mereka dikenali namun dgn bangga dorang berkelakuan seperti itu.combi pulak yg rasa malu melihat tebiat dorang.


    mereka seolah langsung teda perasaan malu walaupun ramai mata yg memandang.malah rasa bangga pulak!

    sampai terkeluar perkataan "jalang " bila hati semakin panas.minta ALLAH jauhkan anak2 combi dari perkara yg memalukan diri mereka sendiri.amin

    BalasPadam
  11. Tahun 2000 dan Julai 2008, 257,000 kelahiran anak luar nikah direkodkan.

    Maksudnya, purata 2,500 setiap bulan atau 84 sehari.

    Menakotkan...

    Bayangkan berapa pulak bilangannya di masa hadapan, zaman anak cucu kita nanti.

    Mungkinkah purata 2,500 setiap hari pulak nanti??

    BalasPadam
  12. Pendakwah sibuk berpolitik dan cari ruang untuk jadik popular. Right?

    Education bro. Education is very important. Educating. Not enforcement. Stats tu dah cukup jelas dah. Mana pendidikan?

    BalasPadam
  13. Kes pembuangan bayi...sampai bilakah akan berakhir?

    Kesian bayi yang tak berdosa tu...

    BalasPadam
  14. SALAM ABG MAZIDUL, MAAF ENTRY SAYA NI TERKELUAR DARI TAJUK ATAS...
    BUKAN BAB ANAK HARAM YG INGIN SAYA KONGSIKAN TAPI ENTRY ABG TENTANG GIANT KOTA DAMANSARA YG SUKA TIPU PELANGGAN. SABTU KELMARIN 14 NOV SAYA DAH TERKENA SEBIJIK CAM ABG KENA DULU. RAK TERTERA HARGA MURAH TAPI DI KAUNTER BAYARAN SCAN HARGA MAHAL, BILA TANYA TAKNAK MENGAKUMALAH MENYALAHKAN SAYA PADA AWALNYER KONON SAYA YG SALAH TENGOK HARGA, TAPI BILER SAYA YG BAWAK SUPERVISOR TU TEMPAT TERTERA HARGA MURAH TERUS DIA SALAH KAN ORG LAIN KONON TAK TUKAR HARGA SEMALAM. LAWAK BETUL, SALAM MAAF HARAM DISEBUT TAPI TETAP DAYUS MENYALAHKAN ORG LAIN PULAK. SAYA DAH TEGUR MENGATAKAN YG DIA SEPATUTNYA TAK MALU UNTUK MOHON MAAF PADA SAYA DAN MENGAKU AKAN KESILAPAN GIANT DALAM HAL TERSEBUT TAPI MALANG SEKALI MEREKA BERDUA BUAT DEK JE. INI KALI KEEMPAT SAYA TERKENA DI GIANT YANG BERLAINAN.

    BalasPadam
  15. kalau ikut bangsa....melayu jadi juara...cina untung sebab melayu sewa hotel murah untuk buat projek...


    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  16. anak tu mmg tak salah. tapi pasangan yg terlanjur yg salah. ada 3 bentuk kategori pasangan.

    1. yg terlanjur dan membuang anak itu.

    2. yg terlanjur tetapi menyerahkan anak itu kpd org lain.

    3. yg terlanjur tetapi membela anak itu sendiri.

    yg mana pilihan en? jika saya. yg kedua dn lebih bagus yg ketiga. dan adakah masyarakat akan memandang serong pada mereka. walaupun mereka buat yg terbaik setelah terlanjur?

    adakah pandangan masyarakat yg mempengaruhi tindakan si pelaku?

    BalasPadam
  17. sokong aliiah abdullah, kalu ade hukum hudud sume setel, fakta sains sendiri dah bgtau, contohnye kes minum arak dan hukuman nya sebat, kalu ikut sains, sebat tu dapat mengilangkan ketagih minum arak. Allah Maha Mengetahui.

    BalasPadam
  18. Faktor2 terjadinya kebanjiran anak haram di Malaysia:-

    1- Terlalu banyak pengaruh drama dan filem yang kini menyelitkan unsur lucah. Malah filem Bollywood yang terkenal dahulunya cukup jaga tatatertib dan tingkah laku dalam filem kini berani menayangkan aksi kelucahan melampau.

    2- Lambakan lelaki Melayu yang bersidai di shopping complex, tembok2 dan estet2 secara sepenuh masa menyebabkan mereka tidak mampu membayar hantaran untuk meminang pmpn - maka terjadilah kahwin je tanpa nikah.

    3- Ketandusan belia melayu di masjid2, surau2, ceramah agama, dan forum perdana ehwal islam berbanding konsert Inul, The Muse, Avril Lavigne, Beyonce dan Siti Nurhaliza.

    4- Kewujudan Pub2, disko dan pusat hiburan yang macam cendawan tumbuh di ibukota tercinta (ecehh.. mcm def gab C plak) yang beroperasi hingga lewat pagi. Arak sebagai hidangan utama. Ecstasy dan pil2 sewaktu dengannya boleh didapati dengan mudah.

    5- Terlalu banyak golongan lelaki kini yang bodoh dalam pelajaran tapi pandai dalam seni berkata2 dan golongan perempuan yang pandai dalam pelajaran tapi bodoh dalam berfikir sampai sanggup menyerahkan segalanya2 kat lelaki yang bukan suaminya.

    banyak lagi la... kang kalau senaraikan semua... penuh plak blog bro mazidul ni.. ekekkekeke...

    BalasPadam
  19. Itu peranan ibu & ayah; kedua-duanya kenalah bertegas dalam masalah pergaulan lelaki & perempuan ini. Jika si ayah sahaja bising soal pergaulan bebas anaknya, ibunya buat tak kesah maka memang rumit. Begitulah sebaliknya.

    Maka itu Islam amat membenci mereka yang senang-senang bercerai berai. Allah SWT murka dengan perceraian. Biar pun dihalalkan. Bila anak-anak tanpa bimbingan kedua ibu ayahnya amat mudah terjerumus kepergaulan bebas ini. Apatah lagi jauh merantau & tiada siapa pun menegur atau mahu menjaga tepi kain orang!.

    Dajal pun ujud dari janin anak luar nikah. Antara tanda awal kiamat mereka yang memegang syiar beragama pun dari anak luar nikah.

    Jangan anggap masalah ini masalah kecil atau remeh; jiwa seorang anak haram yang tak bersalah ini amat naif & terhimpit. Darjat mereka di kaca masyarakat pun amat rendah.

    Permudahkan pernikahan jangan terlampau ditinggikan hantaran. Permudahkan perkahwinan agar maksiat tidak sampai meruntuhkan keutuhan bangsa kita.

    BalasPadam
  20. bila nafsu haiwani yang ada dalam diri tidak kawal dengan syariat dan hati tidak bersihkan dengan tauhid tasawuf...maka kesannya amat begitu dahsyat........
    Jika peranan khalifah Allah tidak diutamakan dan ditekankan maka TUNGGULAH...ALLAH AKAN MEMBERI KEPUTUSAN DAN PENGAJARAN.....

    catatanhamba.blogspot.com

    BalasPadam
  21. perangkaan membunuh sebelum lahir, berapa agaknya, Klinik yang untung menutup sambil meneruskan 'kerja'

    Bayaran rm1k keatas bagi lokasi Kuantan.

    BalasPadam
  22. Pandangan oleh Tuan Kadi Kluang, saya sokong penuh.

    BalasPadam
  23. it's a big figure..!! mcm tak percaya..bila dah keluar statistik mcm ni baru la kite perasan..hurm.

    BalasPadam
  24. salam bang...topik y menarik..dn hal2 cm nie xkan pernah pupus apeth lg bile zaman nie dh smpai ke pnhujungnye...setan makin syok hasut cucu adam ntuk melakukn kemungkaran.....ape la nk jd dgan mnusia skarg neh...xkn la x nmpak lg y tnda2 awal kiamat tu dh hampir tiba....kawal la nfsu binatg tu....bila dh jd cm neh,sape y hrus d persalhkan..??fikir2 dn renung2kan...

    BalasPadam
  25. saban hari di surat khabar ada je mayat bayi atau pun bayi yg dibuang. kekadang ibu dan ayah dah memberi didikan, dah mengawal, tetapi ada jugak anak gadis yg degil, cth paling hampir pun kawan2 saya, ada juga yg family jenis tegas or mmg mengambil berat hal mcm ni tetapi still terlibat ngan masalah sosial mcm ni.selagi ada nafsu kat mana2 pun boleh ada maksiat, dan kat mana2 pun akan ada kes buang bayi and anak haram ni. isu ni kalau nak dibahas kan mmg x habis banyak sgt faktor atau pun penyebab jadi mcm ni.

    BalasPadam
  26. sungguh menyayat ati..realiti dunia zaman skang..cbe kalu bc / korang survey..brape ramai pompuan yg masih dara n lelaki yg masih teruna??xramai skang..nie lah realiti skang..dunia dh nk kiamat..

    BalasPadam
  27. Sarawak. ... selamat datai ke sarawak, gayu guru gerai nyamai .

    kenapa harus terjadi pembuangan anak ?dah mcam buang sampah pula. siapa tahu anak2 yang dibuang itu satu hari nanti bakal menjadi orang berguna ?

    itulah bahana seks , nafsu .

    salam dari Malaysia Borneo.

    BalasPadam
  28. haha bukan Kelantan...

    84 sehari... oh terkasima sekejap.

    BalasPadam
  29. biarpun di negeri yang mempunyai ramai anak luar nikah, biarpun di negeri kurang anak luar nikah, hakikatnya ianya tetap ada. kecuali ianya sifar...

    BalasPadam
  30. Ini lah akibatnya apabila dalam hati sudah ketandusan iman.Tandusnya iman dalam hati menyebabkan mata hati menjadi buta.Orang yang tidak beriman memandang alam ini dengan satu mata sedang orang yang beriman memandang dengan dua mata iaitu dengan pandangan batin melalui mata hati.Kerana pandangan batin inilah orang tak mahu membuat kejahatan walaupun tidak ada orang yang melihatnya.

    Bongkarlah kekotoran jiwa dari dada,supaya masuk keimanan,kerana kandang ayam yang ada musang tidak akan dimasuki ayam.

    BalasPadam
  31. Angka yg mengerikan...
    Apa akan jadi apabila anak2 yg dibuang, masih hidup - membesar sempurna & kebetulan bertemu jodoh dgn saudara sedarah yg tdk diketahuinya? Nauzibillahhiminzalik! Apa akan jadi dgn nasab yg berkecamuk ini?

    Insan2 yg sepatutnya memikirkan permasalahan, yg sepatutnya mencari penyelesaian masih terlena diulit mimpi rupanya...

    Selagi undang2 Al-Quran diketepikan, selagi itulah angka tersebut akan meningkat, berganda hingga tdk terkira.

    BalasPadam
  32. ixorasue :dah kali keempat? Jgn bertangguh lagi - carilah alternatif lain-Mari ramai2 menggunakan produk muslim yg terjamin sumber Halalnya-usah kita bergantung harap kpd logo Halal sedangkan pengilangnya kita tahu 'siapa'. Saya dah jumpa! Alhamdulillah produk harian yg kita perlukan semakin bertambah - Dan, saya tdk akan menoleh lagi, InsyaAllah.

    Allah swt sudah mengingatkan kita dengan jelas : Makanlah kamu dari sumber yang halal lagi baik/berkualiti (halalan Toyyiba).

    BalasPadam
  33. persoalan saye seperti n@m@n juga.

    sarawak 617,kelantan 730.

    so?

    jgn biased, tak best tau. hehe

    BalasPadam
  34. apa nak risau.. kalau anda ditangkap berzina, jangan takut, takkan direjam sampai mampus, cuma sediakan maximum RM2000 jerk. Inikan negara sekular.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.