Dia bukan pegawai perhubungan pelanggan, GRO, kerana tidak bermajikankan pemilik pusat hiburan. Bukan juga gadis pengiring, ‘escort girl’, kerana upah perkhidmatannya tidak begitu lumayan.
“Kawan akan bagi tahu bila ada job,” kata Yuna.
Yuna, anak ke-5 daripada 7 beradik, dilahirkan di Kota Tinggi, Johor, mula berkerja sebagai gadis peneman sejak setahun lalu.
“Kawan sejak sekolah panggil saya 'lentik', sampai sekarang gelaran itu lekat,” tambahnya.
Biarpun usianya 23 tahun, dia kelihatan 3 tahun lebih muda manakala tubuhnya berukuran, 34-24-34, ‘melentik’, dilihat aset mampu memancing perhatian ramai lelaki pengunjung pusat hiburan bermata keranjang.
“Klien bayar saya, RM100 untuk jadi teman pergi karaoke. Saya tak minum (arak), cuma menyanyi sahaja. Kalau dia menggatal, saya akan tepis. Memang tak ada feeling langsung, kerja untuk dapat duit. Pernah ada klien kiss saya kat mulut, lepas tu saya marah dia,” katanya.
“Jadi apa klien boleh buat, dia kan bayar?,” soal saya.
“Setakat peluk and dance, saya tak kisah, lebih-lebih sorry, saya maki. Kalau tak dengar, saya balik, tak dapat duit pun tak apa,” jelasnya.
Menurut Yuna, kliennya, majoriti Melayu, antara mereka, kapten kapal, ahli korporat dan pegawai kerajaan memburu keseronokan berhibur di waktu malam.
“Emak tahu ke kegiatan awak?,” tanya saya.
“Dia tahu saya pergi menyanyi, mak call setiap hari,” jawabnya.
Sejak menetap di rumah bujang bersama rakan sekerjaya di Johor Bahru, keluarga gagal mengesan kegiatannya. Tambahnya lagi, hampir setiap hari dia pulang kerumah sewa menjelang waktu subuh.
“Pernah tak GRO tidak berpuas hati tengok awak?,” soal saya.
“Ada, siap tanya, saya ni siapa lagi? Saya cakaplah, kawan. Tetapi sekarang dah jadi satu tren, klien tak ambil GRO. GRO, bayaran mahal, sampai lima ratus ringgit semalam, lepas tu perangai dia orang pelik, sambil berhibur, sambil mengadu nasib. Bagi tahu klien, kononnya ansuran kereta tak berbayar tiga bulanlah, bayaran sewa rumah tertunggaklah, anak sakitlah. Menagih simpati supaya dapat duit tips lebih. Saya tak macam itu, berhibur, bayar dan blah,” terang Yuna.
Yuna juga sempat berkongsi sikap klien tidak digemarinya.
“Ada klien berlagak gila, cakap besar, kononnya banyak duit sangat, I hate them. Macam malam tadi, satu group ni berhibur sakan, mabuk, tetapi masa nak bayar bil RM4,000 terkehel juga”
“Awak dara lagi?,” tanya saya spontan.
“No personal question please. Tanya soalan lain, boleh bang …,” balasnya selamba dan manja.
“Ada boyfriend?,” soal saya lagi.
“Ada. Bercinta dah 7 tahun, dia baharu habis belajar di politeknik tetapi jumpapun lima bulan sekali. Dia tahu saya berhibur tetapi bukanlah macam ini,” ujarnya sambil mengukirkan senyuman.
Dakwa Yuna, ramai lagi anak gadis seusianya mencari wang dengan cara sama.
“Tak kisah ke kerja macam ini?,” tanya saya.
“Bang, kalau tak ada lelaki gatal banyak duit, gila berhibur, saya pun tak buat kerja ni. Kata orang tua, tepuk sebelah tangan tak menjadi, kan?,” jawabnya.
Saya terdiam, mungkin itulah kuasa wang.

Ada juga yang berfikiran macam gini.
BalasPadamTapi sekurang2nya darjat dia tinggi sikit drpd yang GRO yang tah paper tu....
Semoga orang-orang begini kembali ke jalan Allah yang benar insya-Allah.
Zaman sekarang ni macam-macam kerja orang buat ye bro.. janji di bayar. Duit...duit..
BalasPadamAda yang benci duit
BalasPadamAda yang cinta duit (bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
dunia2... tue baru 23thn... belum yg belas2 or yang masih mentah he...23x
www.broframestone.com
Salam BRO MAZ..
BalasPadamhmm anak siapakah gadis itu?
jika segala kerja sudah sebati jiwa, kerjaya tetap menjadi rutin, tidak mustahil suatu hari akan terjerumus, tertewas jua..
dan apa yang dikatakannya tidak lagi dapat dikotakannya..
kesian ibubapanya...
Gulp! Mak aih... Gadis peneman ni bukan jenis yang layan atas katil ke, Bro?
BalasPadamTapi saya rasa pendapatan sebegini tetap tak halal, ada unsur syubhah..
Diorang mana kira halal, haram, ye tak?
Sungguh teruk gejala sosial dalam masyarakat kita.
Si Yuna (nama sama macam penyanyi remaja yang meningkat naik tu) pasti menarik orangnya, moga cepat dia bertaubat. Takut terzina pulak (ada ke perkataan 'ter' zina? hehehe..)
Oh........
BalasPadamHonestly...sebagai perempuan sy tahu juga la.. pmpn yang masih dara tak malu mengaku dirinya dara... sebab pada mereka orang lain patut tau yang mereka mampu mempertahankan maruah dan tak semudah itu orang lain boleh memikirkan kemungkinan mereka dah melakukan perbuatan yang terkutuk.
Bila pmpn ni jawab "no personal question please," saya dah pun tahu jawapan untuk soalan ti.
Terlalu sedih perasaan saya En. Mazidul.
BalasPadamSayang sungguh apabila kecantikan didagangkan sedangkan sudah tahu mana yg halal mana yg haram.
Para pelanggan orang (orang ke?)yg berpelajaran, tetapi singkat fikiran - Majoritinya Melayu, beragama Islam (Islam ke?) melanggan wanita murahan tersebut - salah siapa?
Benarlah kuasa wang, material & nafsu sering mengabui mata insan yg bejat iman & kontang jiwa.
money WIN
BalasPadamhumanity FAIL
omputih ckp money is god...
meleis cakap camtu gak ke?
lol~
parah2...
Yuna, Gadis Peneman sebenarnya sekadar mencari jalan pintas mencari rezeki secara bahaya. Bahaya sebenarnya jika bermain dengan api nafsu.
BalasPadamJika Yuna tiada masalah peribadi mungkin dia terselamat dengan kerjaya ini tetapi jika dia punyai masalah yang tidak diundang segalanya bakal berlaku. (Mungkin kerjaya sambilan) Biasanya lelaki banyak duit tak kisah jika mahu menjamah nafsu serakahnya. Pelbagai cara mereka boleh lakukan!. Salah satu cara meletakkan pil peransang nafsu di minuman Sang Mangsanya.
Agar rahsia Yuna berkerja sebagai Gadis Peneman tidak sampai ke pengetahuan kekasihnya. Pun saya berharap Yuna akan mencari kerjaya yang lebih selamat. Itu yang terbaik.
Betul Yuna kata, dua hala, satu memberi satu menerima.
BalasPadamsatu pihak perlukan kehangatan, satu pihak pelukan wang.
Hati-hati dengan sifat setengah lelaki yang berdendam, tidak dapat secara lembut, masukkan ubat ke dalam air minuman,terus terkulai layu.
Lelaki akan beranggapan, dah lokasi kerja macam itu, separuh baik separuh nakal, mana boleh alang2 nak buat nakal, biar sampai hujungnya. selepas pakai terus jual. Baru padam dengan 'lentik'
..kesian cik yuna ni apalah bezanya job function "gadis peneman" dgn "GRO" mcm tak ada beza pun.GRO mempunyai majikan tapi gadis peneman tidak kerana bergerak secara individual...tapi job adalah sama teman berteman dan berhibur kemudian dibayar..rasanya tak payahlah bangga dgn gelaran itu..tapi juga harus diingat gadis peneman ini..sehebat2 kamu menangkis dan mengelak nanti ada lelaki yg lebih hebat dan bijak yg akan menewaskan kamu dan juga harus diingat janganlah berlagak juga tentang duit nanti duit itu jugalah yg akan memusnah hidup dan masa depan kamu...
BalasPadamTepuk sebelah tangan memang ler tak bunyi.. tapi kalu tepuk paha, tak bunyi pun tetap boleh jadiii.. kan?
BalasPadamTak tau lah sekarang ni, gejala sosial ( boleh dikatakan la) semakin menjadi biasa bagi orang kita. Mintak semoga Allah jauhkan dari anak cucu kita. Yang berduit tu pulak, yang mendambakan diorang...bak kata orang kalu tak de permintaan tak de le penawaran...hehehe
BalasPadamBilakah ia akan berakhir? Lelaki gatal berduit, dengan segala pangkat (akan dilihat tinggi di mata orang); tapi sebaliknya gadis-gadis yang menghiburkan mereka dipandang rendah seperti tidak bermaruah.. siapa yang patut dipersalahkan dan adakah perlu untuk salahkan mereka? mungkin mereka masih buntu tentang tujuan hidup yang sebenar ini. Moga Tuhan Pencipta kita melindungi kita semua dengan rahmat dan kasih sayangNya. Mengapa adakalanya masih ragu2 untuk meletakkan Tuhan sebagai cinta teratas dan teragong kita?
BalasPadamKisah Malek Noor mungkin boleh buat pengajaran kepada kita, iA..
BalasPadamSESUNGGUHNYA CIPTAAN ALLAH SWT YANG ALLAH TIDAK PERNAH PANDANG MALAHAN JIJIK UNTUK BERBICARA ADALAH BUMI YANG PENUH DOGAAN YANG HANYUTAN. KERANA DUIT, AGAMA DIJUAL, BENAR HADIS RASULULLAH SAW BERSABDA BAHAWA BAGINDA MELIHAT RAMAI ORANG KAYA DAN WANITA DALAM NERAKA. SI WANITA AHLI NERAKA INI MASA HIDUPNYA GILA EMAS
BalasPadamKasihan...muda lagi tu...dah terjebak dengan aktiviti macam tu...isk2
BalasPadamnak juga dengar apa kata Mak dia selepas dihulur wang
BalasPadam" ni ada sedikit wang untuk MAK buat belanja dapur"..
ZEQZEQ.. takkan belanja dapur saja?
BalasPadamBukankah setakat nak tukar gelang atau sofa baru, hanya perlu tunjuk saja? Bil, resit anak kasi settle..heee
Bro
BalasPadamCuma nak tanya
Interview kat mana?
Masa gathering tu ke?
Memang Gadis ini seorang yang berani
“Awak dara lagi?,”
Hmmmm...Sila lihat logik jawapan he he
Alid, interview ringkas di ruang laluan karaoke ternama di Johor Bahru.
BalasPadamSesuatu istilah ataupun yang baru kita pelajari; 'gadis peneman'. Kalau sebelum ini memang kita lebih byk didedahkan dengan GRO, call girl dan sebagainya.
BalasPadamApapun gelaran nya, ataupun perbezaan skop tugas mereka; saya rasa keperluan mereka sama; iaitu wang.
Mungkin bro Mazidul boleh kupas berkenaan isu ini di slot 360, apakah yang mendorong kpd golongan sebegini cenderung melakukan kegiatan sebegini.
Dari sudut perspektif moralnya; kegiatan sebegini sebenarnya menjurus kpd sesuatu yang negatif.
Sekali mungkin gadis berkenaan mengelak dgn pelbagai alasan. Tapi mana mungkin untuk menolak jika satu paksaan bukan. :)
kerja sebegini ada lah kerja senang, semua senang, senang dapt kerja, senang dapat duit, senang kene rogol, senang dpt dosa n semua segila senangnya. x terpikir ke mereka mengenai masa depan mereka. kekadang melihat budak remaja yg terlibat ni sy terpikir, family mereka tahu x apa yg mereka buat. x terasa berdosa ke bg mak n ayah makan duit haram?.
BalasPadamntahla kat mana2 je akan ada budak melayu n beragama Islam buat kerja begini.
Salam,
BalasPadamPandangan orang kebanyakannya akan bertukar negatif kepada mereka yang berbuat dosa. Amatlah sedikit, orang yang faham agama untuk bertoleransi dan bersabar kepada mereka yang berdosa. Jika tidak menghambur kata-kata nista, paling kurang pun mereka akan menyisihkan sesiapa yang berdosa dalam kehidupan.
Memang, dosa itu jijik. Memang, ingkar kepada Allah itu lebih busuk dari najis. Namun, perumpamaan jijik dan najis itu, hanya untuk diri kita mengajak diri kita menjauhi perbuatan dosa itu. Apabila yang jijik dan yang najis itu melekat pada orang lain, maka apakah yang patut kita lakukan?
(ayat kat atas ini copy paste je dari sini http://ms.langitilahi.com/motivasi-sahabat-jangan-bersedih/)
Kadang2, senang2 je org ckp perempuan lebih banyak masuk neraka sebab itu ini.. memanglah nabi saw ada cakap perempuan lagi banyak kat neraka; tapi bagi saya, kurang sesuai dibuat sebagai hujah atau bertujuan untuk menjatuhkan perempuan. Ada jugak pelacur yang bagi minum kat anjing yang kehausan lalu Allah suka akan tindakan dia lalu dia diberi hidayah dan dapat masuk syurga. Hanya pandangan. Salam
Segala yang kotor membawa penyakit,hati kotor membawa penyakit,perkataan kotor membawa penyakit dan pekerjaan yang kotor juga membawa penyakit.
BalasPadamzaman sekarang... nak cari betina/jantan ramai di kota ni.. tapi nak cari perempuan/lelaki itu yang payah.....
BalasPadamPandangan berbeza dari Miss bazla, boleh direnung, sesuai diilaksanakan oleh pihak dakwah negara, atau ILIM, aman Malaysia. Pendekatan berlembut, tarbiah dulu baru lepaskan. Berikan sangkaan positif untuk kembali kepangkal jalan.Pendekatan lembut.
BalasPadamDalam kes ini pandangan dan komen adalah pada masa ini, pada masa gadis itu sedang lakukan..(soal selepas ini ,samada ia berubah menjadi baik soal kedua, ujian dan takbur boleh berubah dalam sesaat).
Moga2 ia akan berjumpa dengan anjing dan masuk syurga.( Tak semesti berbakti dengan anjing, jika bertaubat serta kuasaNYA untuk masuk syurga)
Zaman sekarang ni orang sanggup buat macam2 untuk mencari duit.
BalasPadamTapi kita berhak untuk menentukan kerja yang kita lakukan.. Jadi lebih baik cari kerja yang halal supaya berkat rezeki kita dunia akhirat..