Di Malaysia, jika seorang kanak kanak dibunuh, seluruh negara gempar. Di Lahore, Pakistan, Javed Iqbal Moghul membunuh 100 kanak kanak dalam tempoh 200 hari.
Kes terbongkar apabila pada 22 November 1999, Ketua Unit Jenayah akbar Daily Jang menerima bungkusan mengandungi gambar, pengakuan dan maklumat lokasi mayat disembunyikan.
Menurut Iqbal, dia mencekik atau meracun mangsa, mayat mereka kemudian dimasukkan ke dalam tong drum berisi asid. Selepas semalaman, cebisan mayat hancur dibuang ke dalam mangkuk tandas, sebahagian lagi dilupus ke sungai.
Tahun 1992, Iqbal dituduh merogol 2 kanak-kanak lelaki jalanan sekaligus mencemarkan nama baik keluarganya. Berikutan kejadian terbabit, ibunya meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, berceraikan dengan isteri dan dibuang dek keluarga. Berdendam, dia kemudian mula membunuh kanak-kanak tidak berdosa.
Anak kecil berusia 14 tahun (gambar) dilaporkan hilang selepas keluar ke masjid bersembahyang subuh. Dia kemudian dikenal pasti antara mangsa pembunuhan Iqbal.
Iqbal mempersoalkan sikap kerajaan Pakistan, polis dan rakyat didakwa mengabaikan kebajikan kanak kanak jalanan.
Dia ditangkap dan kemudian dibicarakan. Atas perbuatan kejamnya, dia dijatuhi hukuman tubuh dikerat, dimasukkan ke dalam bekas mengandungi asid dan cebisan mayatnya dicampakkan ke sungai. Sewaktu hukuman dijatuhkan, Iqbal masih mampu tersenyum seperti dirakamkan (gambar).

Salam..apa tujuan beliau agaknya yer...dah buat benda2 gitu punya ramai mangsa siap ngaku lak..sah2 sakit jiwa..hishh..senyum2 lak..grrRR..sorry,emo lak :P
BalasPadamHidup kat Malaysia ni banyak istimewanya berbanding negara luar..syukurlah
BalasPadamlahore kat pakistan ke bangladesh? Confuse jap...tp baca seterusnya kt bawah ckp pakistan...hihih...
BalasPadamMalaysia aman, ada daya penarik.
BalasPadamKerana Pihak berkuasa masih berupaya mengawal keamanan.
(puji ikhlas).
Minta2 jangan lah dibawa masuk 'virus' membunuh ke sini.
Setuju betul dgn hukuman yang dikenakan ke atas Iqbal. Biar dia rasakan apa yang kanak2 yang telah mati dibunuhnya lalui.
BalasPadamKalaulah di Malaysia hukuman dijatuhkan dengan cara yg sama bagi mereka melakukan jenayah membunuh, pasti ramai yang tak setuju!
assalammualaikum
BalasPadamrasanya hukuman tersebut tak setimpal betul...
patutnya dia perlu merasakan sendiri 100 'kematiannya'...
kerat hidup2 tak? lagi ganas kerat hidup2.
BalasPadamIqbal tu mungkin dah tak punya 'jiwa'
BalasPadammanusia yg tak ada hati perut
BalasPadamtak kesian ke dia dengar jeritan budak2 tu
manusia skrg smkin hilang sifat kasih sayang
He sick.. very sick...
BalasPadamApa la kesalahan budak-budak kecik yg kena bunuh sumer tu sampai bunuh cara camtu?
BalasPadamBengong betul la pembunuh sekor nih.
Bukan manusia lagi dah ni.
Syaitan pun tak sehebat ni agaknya sebab syaitan menghasut je.
Dlm masa 200 hari dia boleh bunuh ramai camtu.
Kiranya 2 hari skali dia bunuh budak.
Hukuman utk dia tu bunyi cam tak setimpal tp cukup la utk kat dunia ni.
Kat akhirat lagi dahsyat hukumannya.
mak aih dasatnye. kesian kat kanak2 yg xberdosa.
BalasPadamPk, maaf, Pakistan dan telah diperbetulkan. Terima kasih banyak. Kepala di tempat lain masa menulis :)
BalasPadamMr. J, ya, dia dikerat 100.
Kak Cik Seroja, ada berpendapat dia gila.
Hans, semua kanak-kanak itu dibawa ke rumahnya terlebih dahulu, dirakam gambar dan kemudian baharulah dibunuh, dikerat dan dimasukkan ke dalam tong drum berisi asid.
Dia marah kerana ibu bapa tidak mengambil kisah tentang anak mereka. Itu cara dia membuat bantahan.
Semasa kecil Iqbal dimanjakan keluarga tetapi dia sukar dikawal, itu dilaporkan.
Lebih baik jadi binatang berhati manusia daripada jadi manusia berhati binatang.
BalasPadamSah iqbal tu sakit jiwa. Seharusnya cepat dikekang 200 hari terlalu lama keganasan itu dibiarkan melarat.
BalasPadamJangan sampai syaitan yang sama dapat menghasut kalangan kita lagi!.
MasyaALLAH.. bermacam-macam kisah pelik di dunia ni. Dari perkara yang biasa kita dengar sampailah yang pelik seperti yang di paparkan.
BalasPadamSokong dengan pihak berkuasa di Pakistan. hukuman yang di lakukan di balas dengan hukuman yang sama.
BalasPadam