Di progam '360' Rabu lalu, saya keluarkan kenyataan berhubung sikap majoriti penunggang motosikal di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor, tidak menggunakan topi keledar. Saya menemubual 2 lelaki berasal dari Sabah, penunggang dan pembonceng motosikal.
Berikut skrip asli dipetik daripada paparan sama.
‘Kawasan ini cukup tenang dan selamat, cuma majoriti warga tempatan didapati memandang lekeh peraturan jalanraya, menunggang motosikal tanpa topi keledar.
Clean Sound [ Mazidul: “Di sini, Bandar Sultan Suleiman kalau orang menunggang motosikal memang tidak perlu pakai topi keledar ke?” Lelaki Sabah: “Kebanyakkannya memang begitulah keadaannya, mungkin kalau abang tidak percaya tengok orang lain tak pakai topi keledar juga” ]
360 memohon pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya’
Tengah hari semalam saya dihubungi rakan menetap di kawasan sama.
“Bang, 360 keluar sahaja cerita ramai menunggang motosikal tak pakai topi keledar, pagi ini polis trafik buat operasi besar-besaran. Ramai kena saman, setiap simpang dia orang tunggu, siap dengan kereta peronda sekali,” ujarnya.
“Saman RM300. Apalah nilai duit itu kalau nak dibandingkan dengan harga kepala dia orang kalau pecah,” balas saya.
“Bagus! Lama sangat benda ini berlaku. Tak ada orang tegur,” sambungnya.
***
Dalam episod sama, wartawan '360', Norasliza merungkai kisah 'Mini Jakarta' di Chow Kit Road, Kuala Lumpur.
Jam 5.30 petang semalam, peniaga, Azhar mengubungi saya.
“Imigresen, polis dan RELA buat operasi, banyak trak dia orang angkut pendatang asing,” katanya.
“Ish! Wartawan saya buat cerita fasal hujan emas di negeri orang, rasanya tak ada pun komplen mengenai lambakan warga asing di Chow Kit. Kasihan awak, susah berniaga,” celah saya.
“Elok juga,” balasnya ringkas.
Kekadang sebaris ayat dipaparkan media mampu mengubah keadaan, begitulah tajamnya pena.
Berikut skrip asli dipetik daripada paparan sama.
‘Kawasan ini cukup tenang dan selamat, cuma majoriti warga tempatan didapati memandang lekeh peraturan jalanraya, menunggang motosikal tanpa topi keledar.
Clean Sound [ Mazidul: “Di sini, Bandar Sultan Suleiman kalau orang menunggang motosikal memang tidak perlu pakai topi keledar ke?” Lelaki Sabah: “Kebanyakkannya memang begitulah keadaannya, mungkin kalau abang tidak percaya tengok orang lain tak pakai topi keledar juga” ]
360 memohon pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya’
Tengah hari semalam saya dihubungi rakan menetap di kawasan sama.
“Bang, 360 keluar sahaja cerita ramai menunggang motosikal tak pakai topi keledar, pagi ini polis trafik buat operasi besar-besaran. Ramai kena saman, setiap simpang dia orang tunggu, siap dengan kereta peronda sekali,” ujarnya.
“Saman RM300. Apalah nilai duit itu kalau nak dibandingkan dengan harga kepala dia orang kalau pecah,” balas saya.
“Bagus! Lama sangat benda ini berlaku. Tak ada orang tegur,” sambungnya.
***
Dalam episod sama, wartawan '360', Norasliza merungkai kisah 'Mini Jakarta' di Chow Kit Road, Kuala Lumpur.
Jam 5.30 petang semalam, peniaga, Azhar mengubungi saya.
“Imigresen, polis dan RELA buat operasi, banyak trak dia orang angkut pendatang asing,” katanya.
“Ish! Wartawan saya buat cerita fasal hujan emas di negeri orang, rasanya tak ada pun komplen mengenai lambakan warga asing di Chow Kit. Kasihan awak, susah berniaga,” celah saya.
“Elok juga,” balasnya ringkas.
Kekadang sebaris ayat dipaparkan media mampu mengubah keadaan, begitulah tajamnya pena.
So guna la pena untuk tujuan yg baik :)
BalasPadamBro, mamat bangla cuci kereta pun dah tak nampak bayang dah. lols.
BalasPadamHazrey, awak pun satu. Tanyalah dulu, Bangla tu ada permit ke tidak?
BalasPadamWinter Gurl, terima kasih atas peringatan itu. Saya akan ingat sampai mati.
Salam Mazidul.
BalasPadamI must agree with Winter Gurl,
What a great way to make a contribution to society.
Thanks for the excellent list of resources.
Takes too much time to find them all, you did the work,
great information and a lot of hard work added.
What I had found on other blogs are that many people out there seem to think that good manners are only for real life, and don't act themselves or find online a place to "act up" and troll around.
But you're blog is somehow different; if you made a mistake,you correct your error.
I had read you apologize to the forum and anyone you offended and effort to right any wrongs thus created a good meaningful online reputation.
Respect goes a long way.
Wonderfully ! Keep it up
ni la namenye penguatkuasaan media...
BalasPadampenguatkuasa tu lemau semua...
macam iklan mister potato..
gyahahah~
keep it up bro...
Bro:
BalasPadamSOT IN (ni tak pakai font arial 12 points tau): Saya punya permit lagi susah proses. (Soalan saya: Proses maknanya takder permit lah). Ada, ada. Proses jugak. (Soalan saya: Yelah, kalau dah nama proses, maknanya awak tak ada permitlah kan). Tak adar tak adar (part ni suara dia slow jek). SOT OUT.
~bgz jugak pihk berkuasa wt cm tue...kdg2 jln2 kt KL rase cam bukan kt tempat kite da...da rase cm kt tempat asing jew...pusing kiri wrga asing...pusing kanan wrga asing...waduh2...pening kepala....tamabh2 lagi lau nek pengangkutan awam...bas, lrt dan seumpamanya...smpai ade msnye t'duduk bwh ketiak dorng...apala nasib...bau lau wangi xpew..nie lau t'cium xmkn nasi sminggu...he3.tp ade yg btoi2 mmg niat nk cari rezeki.neway,tahniah bro!!
BalasPadamSalam Bro Mazidul,
BalasPadamNampaknya liputan berita 360 semakin dapat perhatian.
Standard Bro Mazidul dah sama macam Karam Singh Walia.
Maknanya, kalau datang je Bro Mazidul ke satu-satu tempat, mesti 'panas punggung' pihak yang berkenaan.
Kita tunggu pulak nama Bro Mazidul disebut dalam Parlimen, itu baru gempak!
TAHNIAH Bro..
SEmoga lambat laun sikap ini dapat diubah di dalam masyarakat kita..
BalasPadamRingkasan Bajet 2010
Baguslah, saling berhubungkait antara peranan media dan penguatkuasa
BalasPadamAM bukan berfikiran negatif, tetapi cuma takut, sekali tukul diketuk, sekali paku bergerak.
BalasPadamTak percaya, tinjau balik kawasan yang sama, satu minggu dari sekarang.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Salam ,
BalasPadamPerjuangan masih belum selesai..teruskan .
xpe kalau ada sebarang masalah kita adukan kepada YB Mazidul..boleh gitu..mesti masalah kita selesai dengan cepat ..
BalasPadamSalam BRO MAZ..
BalasPadamssangat setuju dgn ayat itu.. Asal saja niat guna pena tidak disalahkan. Ada PENA yang boleh menjatuhkan, menaikkan, mempopularkan..Tak perlu berlengan berpeluh pun..
Dan saya sangat tabik dan hargai insan2 seperti Saudara, yang menggunakan PENA dengan cara berhemah dan beretika..
Syabas.. *Saya tak pernah miss semua program Saudara, wpun mula2 dulu tak minat langsung...
Hehehe...
BalasPadambukan pena yang tajam bro,
kata2 yang keluar pun kira tajam juga.
Kalau saya jadi polis,
bila bro cakap "harap pihak berkuasa ambik tindakan sewajarnya" kalau tak paham juga tatau la.
Pagi tadi masa siap2 depan cermin tiba2 terdengar suara bro baca bismillahirahmanirahim masa ulasan buku, terus saya toleh tv. Gitulah tajamnya suara bro. Menusuk! Kalau dapat dengar full version tu mesti terpesona habis. Bila dapat dgr full version bro?
p/s: ha... zeq2... bukan bodek ni. Ni betul2.. Sape dengar suara bro pagi td, macam qariah Malaysia.
Syabas En. Mazidul, pihak penerbitan & krew! Perbanyakkan lagi paparan isu semasa yg akhirnya dapat mendidik masyarakat agar peka dengan persekitaran, faham peraturan, belajar membuat kebaikan & meninggalkan larangan.
BalasPadamSaya cadangkan siaran 360 dilanjutkan selama 1 jam agar setiap isu dapat dikupas dan diperjelaskan lagi. Kami dahagakan khidmat sosial sebegini.
Paparan & pendedahan atas dasar berani kerana benar pasti membuka mata pihak2 yg berkaitan yg selama ini terTIDUR. Diharapkan sesudah tindakan diambil, wajiblah dibuat secara berterusan - Jangan tidur lagi. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Sudah dijolok baru nak dijenguk, sudah di komplen baru nak explain.
jika diguna untuk kebaikan, insyaallah segala apa yang kite lakukan diberkati yang maha esa...
BalasPadamTahniahhhhh
Tengok abang kat Malaysia Hari Ini pasal pasar tani tu..Mengeliur lak tengok kerepek pisang...Belanja satu bang..hehehhe
Salam bro Maz,
BalasPadamSaya suka saya suka, bagi bersih negara kita dari pendatang haram...
kadang2 sebaris ayat lebih baik diungkapkan oleh pena daripada terus meluncur dari lidah. Guna tangan, ayat tersusun, boleh diperbaiki, kalau keluar dari mulut, tersilap cakap, buruk padahnya.
BalasPadambak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, badan boleh merana...
tuh yang aku suka pasal wartawan siarkan fakta dan kebenaran membantu komuniti masyarakat tak kira apa pun secara orang ramai tak sedar..
BalasPadamyang aku benci adalah wartwan yang tak beretika yang siarkan fakta yang salah dengan niat mengaburi mata pembaca.
Cuma segelintir wartawan jer yang tak beretika..yg len ok..
thank bro.teruskan usaha anda membongkar mana yang terpendam..penting bagi masyarakat walau ader yang tak berpuas ati..kebenaran memang pedih..
Keep moving forward bro... (^_^)
BalasPadamBiar pendedahan sebegini dapat membuka mata pihak yang lena dibuai mimpi...
Setuju dengan cadangan Pn.Liza agar rancangan 360 dilanjutkan selama 1 jam :)
Izad, I always try my best in channelling the correct information to the society.
BalasPadamYa, kekadang saya melakukan kesilapan and I stand to be corrected.
Jika kita berani memaparkan maklunat tepat, kita juga harus berani memohon maaf sekiranya ada antara maklumat terbabit salah.
Hellioz, media kerap memerluka kerjasama pihak berkuasa. Tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh dicuit.
Orang panggil cuitan manja, terasa tetapi tidak terlalu menyakitkan.
Cikgu Brahim, selagi saya menjadi pihak tidak berkepentingan, selagi itu InsyaAllah saya akan terus memaparkan perkara benar tanpa dipengaruhi 'kuasa' mana-mana pihak atau parti.
Ajahare, perghhhh! Pasti susah jadi YB, kan?
Pn. Liza, InsyaAllah, ada antara episod 360 bakal ditayangkan selama 1 jam. Saya sedang melihat topik sesuai.
Kraznaya, wartawan ada pelbagai jenis kerana mereka manusia. Tetapi selagi mereka memahami dan mempraktikkan etika kewartawanan, selagi itu mereka tidak akan tersasar dari objektif sebenar.
Azrul, terima kasih kerana terus menjadi pembaca setia blog ini. Sedar tidak sedar hits hampir mencecah 1/2 juta.
Assalamualaikum...saudara Mazidul.
BalasPadamKalau boleh saudara siarkan cerita
bagaimana workshops kereta atau tempat sevices kereta menyelenggarakan pembuangan minyak hitam yang telah digunaka.Saya lihat
tiada penjagaan tentang sistem pembuangan minyak hitam terpakai ini.
Hanya diletak dalam tong drum tanpa atap...kiri kanan tong kesan minyak tumpah.Bila hujan baki minyak ini masuk ke longkang dan terus kesungai.
Satu lagi pusat servis kereta berhampiran longkang besar...segala air kotor dan minyak masuk dala longkang.Mengapa majlis pembandaran beri kebenaran.Mengapa Jabatan Alam sekitar tidak pantau.Bila sungai dah tercemar baru sibuk.Terima kasih.
bro maz....tpkan..
BalasPadampolis biase wat opersi tak konsistnt.
tunggu dlm mase 2 or 3 bulan..bile polis dah tak buat road blok or paper tindakan..rakyat kite akan mula ngan tabiat lama...camtula rakyat kite nie....bukan nak kate bandar sultn sulaiman jer....banyk lagi tmpt kt area port klang tu camtu...coz sy di besarkan di area port klang...so tau la cam mane dorg nyer perangai..
Saya pernah bangkitkan isu ini dalam blog saya, tapi blog saya tak seramai mana pengunjungnya. Bukan bak pendedahan 360 di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Gempak semua.
BalasPadamPergilah mana-mana bandar kecil. Meru, Bukit Kapar atau mana-mana bandar sekitar Klang sana. Memang itulah keadaannya, macam di Indon. Isunya anak saya pun payah ditegur kalau balik kampung ibunya membonceng dengan sepupunya tanpa topi keledar.
Paling saya pelik isu pelajar sekolah menengah ini!. Pergilah mana-mana sekolah. Melambak pelajar sekolah ke sekolah menunggang motosikal tanpa topi keledar. Mana cikgu yang menegur, mana polis atau trafik yang bertugas.
Saya pernah kasi respon ini pada cikgu disiplin sekolah yang kononnya rajin tulis blog, tak keluar pun respon saya di blognya. Cikgu pun mahu melindungi pelajar ini. Topi keledar itu satu hal, lesennya?. Belum tentu lengkap, silap-silap ada lesen L sahaja tapi malu nak gantung!.
Masalah yang timbul lagi... anak saya pun terpengaruh; bila ditegur maka berbalahlah dengan ayahnya. Penat betul!. Tu! jiran sebelah tu tak pakai topi keledar pun. Alasan menyakitkan hati.
Biasa la bro Mazidul, polis trafik di Malaysia ni memang kena ketuk sekali br gerak. Sy kadang2 hairan, kalau ada kesesakan lalu lintas yg agak teruk, tak ada plak polis trafik yg mengawal pergerakan lalu lintas. Bila ada eksiden yg mengakibatkan kesesakan lalu lintas, tak nampak pulak batang hidung polis trafik. Tapi, bila waktu puncak atau pagi2 nak antar anak pegi sekolah, time tu la dia buat sekatan jalan raya. Harap ada pihak yg pantau program sekatan jalan raya ni. jgn suka2 atu dia nak buat roadblock je.
BalasPadamlagi satu mungkin en mazidul boleh bangkitkan isu pelajar yang terlanjur- mungkin boleh minta kerjasama daripada pusat jagaan Raudhus Sakinah. Saya ada cerita tapi panjang sangat nak tulis
BalasPadamsiapa Pengadu adalh penting berbanding apa bentuk aduannya.
BalasPadamsaluran aduan juga penting berbanding apa bentuk aduannya
Nada AM boleh diambil kira, selepas sebulan (bukan GAJI sebulan sekali tau) lagi, suasana berjalan seperti biasa.
BalasPadamP/S: VC..bodek bertempat.. senyum.
Saya lebih takut empat suratkhabar daripada 4000 bayonet (Napoleon).
BalasPadamBerusaha dengan pena itu lebih luas daripada bekerja dengan pedang.
Salam Mazidul,
BalasPadamIn the early days of blogging, people are trying out this new online tool called blogs and would post and post and post and never have a single comment from their readers.
Not surprisingly, in the early days, blogs were considered to be online diaries.
Your ability to engage with other like minded people is a very powerful motivator; creating and promoting an atmosphere in which the primary function is the communication of news, ideas, and other information between groups of people.
As toddlers we all learn by watching and imitating, but as adults it is very much so the experiences we endure on a day-to-day basis experiences that you stumbled in your daily journey.
Honing your ideas with groups of friends, and debating those who don’t agree with you... but it’s all about learning about OURSELVES, OTHERS, and THE WORLD we live in so that we can improve all three.
Thanks for your ideas and innovation.
Salam Izad, when I started blogging about 18 months ago, I was wondering what I would blog about.
BalasPadamSince I am not a politician, writing about politics would be out of question and there is not much to share if I were to write about myself.
Therefore, since then whatever comes across my mind, I jot it down to become an entry. Some readers like it, some of them hate it so much until they have made me as their enemy.
But I still write.
Now, this blog has more than half a million hits. It was an unexpected figure. However, that is insignificant any more.
Hopefully, I will have the same interest, strengh and creativity to write until the last day of my life.
I thank you for keep sending all of the constructive comments.