Berkurun dahulu, kali pertama saya bertemu wakil TV3 di Johor, Zulhazri Abu Bakar (Hazrey), perkara pertama tergerak di hati, isteri dia mesti gemuk.
Mengapa saya berprasangka sedemikian? Kerana dia kuat bercakap, pandai berjenaka dan cepat mesra. Lelaki sebegitu selalunya bijak membodek isteri akibat dijangkiti STB, ‘sindrom takut bini’. Maksudnya, kalau di hadapan isteri, pijak semut pasti tidak mati, lembut gigi daripada lidah kerana isteri gemuk selalunya garang (tolong baca baik-baik, saya guna perkataan ‘selalu’ bukan ‘semestinya’).
Apapun, telahan itu ternyata meleset. Isteri Hazrey manis orangnya, baik budinya dan kalau tersenyum manis bak gula, tidak tumpah macam anak dara.
Saya buat kesekian kalinya akan ke Johor Bahru, Johor, esok, 20 November 2009, sekali lagi akan menyusahkan kehidupannya. Siang kami kerja, malam selalunya keluar minum bersama. Jika dia pulang lewat ke rumah pada setiap malam saya di JB, kami tidak ke mana, carilah di gerai peniaga Melayu berhampiran Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan, di gerai menjual nasi lemak 'Simple' di hadapan Hotel Selesa atau di Restoran Singgah Selalu. Semuanya tempat awam, tidak tersorok dari pandangan manusia lain.

Barangkali, itu sebab utama isteri Hazrey senang 'membebaskannya' dengan hati tenang dan jiwa ceria.
"Kalau keluar dengan Mazidul, ayang tak balik pun tak apa. Tetapi kalau nak balik boleh, tak salah, janji jangan sebelum pukul 3 pagi, awal sangat"
Itu kenyataan isterinya (harapnyalah, biarpun saya tidak pernah dengar).
Saya dan Hazrey merancang menjemput bloggers tinggal berhampiran Johor Bahru atau di Singapura untuk minum bersama. Perincian perjumpaan terbabit dicatatkan Hazrey di blognya, [ Blog Hazrey ]. Jika mempunyai masa, ruang dan peluang, silalah sertai kami.
Gambar Hazrey dan jurukamera junior dia (sahaja suruh budak jinjing kamera) - anak saya.
no woman no cry...o_O
BalasPadamkiutnye anak
BalasPadamAla... jelesnya!!! Bila nak buat gathering kat lembah klang plak Bro?
BalasPadamAnak Hazrey ke anak Bro Mazidul? Hensem!!!!
Salam BRO MAZ...
BalasPadampertama, bila tengok junior BRO tu, terus jatuh “chenta” (pinjam ayat COMBI ECHAH).. manisssss...
Hai BRO HAZREY...
tak semesti begitu tak semesti begini.. setuju..
Ada lagi ker istilah takut bini? uishhh...
Selamat bergathering. Enjoy yourself BRO..
Jangan lupa kasi cerita, kasi tunjuk gambar kat blog yerrr...
Suami saya pun 'bebas' keluar malam. Saya tak pernah halang pun. Dan dia pernah berkata, "Utk apa pasang isteri lagi - dah elok2 abg senang keluar sana sini siang atau malam, nanti bini baru perangai tak sama macam ayang - queen control. Cari penyakit aje!!"
BalasPadamsusah juga nak bagi kepercayaan yer..
BalasPadambila Papa dengan papa rapat anak2 pun jadi akrab. Kalah saudara mara.
mcm best jer tu duk minum dgn bro mazidul.. ni lah masanya dpt borak dekat2 dgn bro mazidul.tapi jauh lak kat JB.
BalasPadamdulu ada gak tgk bro mazidul minum2..makan2.. masa tu tak berani ler nak borak..masa sepupu saya kawin kat damansara.
wah good idea ni..
BalasPadamAmi, tengoklah Uncle Hazrey dia, handsome apa :)
BalasPadamVIC, anak saya, 8 years old, lahir pada 10.01.2001. His IC number would start from 100101.
Aziezah, kalau kasi pinjam, PASTI tidak larat mengawal dan menjaganya. Kepala angin, sensitif dan garang.
Mayumi, saya percaya sangat dengan kenyataan abang awak.
Rusli, kalau menetap di JB, please join us.
Hernee, a good idea has to be executed.
kalau lah berpeluang jumpa ngan bang maz, tentu banyak topic menarik yang akan dibincangkan!
BalasPadamnanti buat kat area Lembah Klang pulak... :D
BalasPadamAda rakan saya seorang tu kalau keluar malam tak pernah dapat pakai seluar; asyik pakai kain pelekat dengan ketayapnya (songkoknya)...
BalasPadamBini tak percaya, kalau pakai seluar pasti langkahnya panjang!.
Bini macam tu pun ada!.
yezza..sure datang~
BalasPadamUdean, terima kasih. Jumpa awak nanti.
BalasPadamIdan, ada pula suami terpaksa pakai seluar pendek bila keluar malam sebab isteri tahu majoriti pusat hiburan tidak membenarkan pelanggan berpakaian sebegitu.
Wahai bloggers-bloggers di Johor Bahru.. Jika anda berkesempatan sertailah minum bersama Bro Mazidul kita..
BalasPadamBest tu..pertemuan blogger..:-) yg dok JB tu jangan lepaskan peluang..
BalasPadamsalam,
BalasPadamanak en maz sebaya dgn anak lelaki saya (satu2nya- baca, sekarang). Tarikh lahir dia pun pada sy agak unik 21.01.2001
Lepas ni buat gathering kt lembah kelang plak yek, sure ramai yang dtg
Idan, bini macam tu agaknya sebab byk tgk drama, tp kena tgk jugak, luar kain, dlm seluar, selang sebuah rumah, kain terus lucut, hehehe...haru...
BalasPadamteringat kisah pak meon dlm cite Do Re Mi
Idan,
BalasPadamada juga kes terpencil, suami keluar joging,tiaps pagi.
setahun kemudian isteri baru sedar terjumpa anak tiri..
pergi solat maghrib dan isyak ke masjid pun sempat singgah rumah isteri muda, kan
Carilah seribu sahabat kerana seribu sahabat belumlah banyak dan jauhilah seorang musuh kerana musuh seorang itu sudah terlalu banyak....
BalasPadamTakleh handle tengok gambo tu.
BalasPadamBro, I just realised, comel gak aku ni dalam gambar. Ok, itu statement sedapkan hati sendiri.
Kebetulan lesen P dah abis, so sekarang dah dapat lesen penuh dah. Hahaha.
Tapi kan, jurukamera junior tu mesti gaji dia tinggi, so kata kat dia, tak maulah ambik dia kerja sebab bapak dia orang popular. Kalau lambat bayar gaji nanti, masuk blog.
Dah boleh agak dah title nya nanti:
'MAJIKAN TINDAS PEKERJA'..
Ok tak. Ia mesti berbunyi seperti berikut: Majikan Comel Tindas Pekerja'.
Tak jugak? Ok, mungkin macam ni bunyinya: Majikan Perasan Comel Tindas Pekerja. Ok diterima. Bagus Inspektor Shahab, Bagus.
Seeya tomorrow!
p/s: Kim salam pada pilot (read: kim salam pada pramugari yang cun cun sahaja).
comey senyuman hazrey tp comey lagi senyuman jurukamera junior.. :D
BalasPadamjangan mare ye hazrey..nnt kena jual :p