Saya pernah menulis berhubung Persatuan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia, Pekida, klik di sini.
Menurut portal Pekida, persatuan itu didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan Peraturan 1984 pada 10 Mei 1983. Antara tujuan penubuhan Pekida, memperkukuh perhubungan sesama Melayu dan membanteras kemungkaran. Kini persatuan sama dilapor mempunyai lebih 50,000 ahli di seluruh negara.
Justeru, tidak hairan, kini, dari Johor hingga ke Perlis nama Pekida sering menjadi sebutan. ‘Ayahanda’, ‘Abang long’, ‘Adik’, antara terma diguna melambangkan seniority ahli. Selain golongan tua, dewasa dan remaja, pelajar sekolah turut mendakwa menjadi ahli persatuan sama.
Kemudian muncul pula kumpulan ‘Tiga line’. Majoriti mendakwa ahli, seringkali dikaitkan dengan kegiatan 'menjaga' pusat hiburan, menarik kereta, memeras ugut pemilik premis perniagaan, kaki perempuan dan kaki botol.
“Kalau di kalangan masyarakat Cina dan India, samseng paling top, Geng 18 dan Geng 21,” ujar pegawai polis saya hubungi.
Manakala di kalangan masyarakat Melayu, selain Tiga line wujud kumpulan 30, 77 dan banyak lagi kumpulan bernombor. Saya cuba mencari jawaban sebenar. Adakah kumpulan antaranya seperti Tiga line, 30, 77, serpihan Pekida?
Berikut komen penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim di entry 20 Januari 2009.
“Kepada ahli PEKIDA di jalan benar, selagi seseorang boleh berkorban untuk ummahnya, ia perlu diteruskan”
Pagi tadi saya meminta penerbit 360, Mohd Raziff Zulkafli berkunjung ke Ibu Pejabat Pekida di 69E, 4A, Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.
Saya ingin tahu komen Pekida berhubung pelbagai dakwaan buruk dilontar masyarakat berhubung kegiatan sebahagian 'ahlinya'. Selain itu, adakah benar Tiga line dan kumpulan bernombor lain serpihan Pekida? Atau sekadar menjaja nama Pekida, persatuan bermotokan, ‘amal makruf nahi mungkar’?
Jika kepemimpinan tertinggi Pekida sudi berkongsi maklumat, saya peruntukkan satu episod 360 bagi tujuan itu. Biar masyarakat faham, ‘kemelut’ berlaku agar pergolakan terkini tidak berterusan menjadi api dalam sekam.
Menurut portal Pekida, persatuan itu didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan Peraturan 1984 pada 10 Mei 1983. Antara tujuan penubuhan Pekida, memperkukuh perhubungan sesama Melayu dan membanteras kemungkaran. Kini persatuan sama dilapor mempunyai lebih 50,000 ahli di seluruh negara.
Justeru, tidak hairan, kini, dari Johor hingga ke Perlis nama Pekida sering menjadi sebutan. ‘Ayahanda’, ‘Abang long’, ‘Adik’, antara terma diguna melambangkan seniority ahli. Selain golongan tua, dewasa dan remaja, pelajar sekolah turut mendakwa menjadi ahli persatuan sama.
Kemudian muncul pula kumpulan ‘Tiga line’. Majoriti mendakwa ahli, seringkali dikaitkan dengan kegiatan 'menjaga' pusat hiburan, menarik kereta, memeras ugut pemilik premis perniagaan, kaki perempuan dan kaki botol.
“Kalau di kalangan masyarakat Cina dan India, samseng paling top, Geng 18 dan Geng 21,” ujar pegawai polis saya hubungi.
Manakala di kalangan masyarakat Melayu, selain Tiga line wujud kumpulan 30, 77 dan banyak lagi kumpulan bernombor. Saya cuba mencari jawaban sebenar. Adakah kumpulan antaranya seperti Tiga line, 30, 77, serpihan Pekida?
Berikut komen penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim di entry 20 Januari 2009.
“Kepada ahli PEKIDA di jalan benar, selagi seseorang boleh berkorban untuk ummahnya, ia perlu diteruskan”
Pagi tadi saya meminta penerbit 360, Mohd Raziff Zulkafli berkunjung ke Ibu Pejabat Pekida di 69E, 4A, Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.
Saya ingin tahu komen Pekida berhubung pelbagai dakwaan buruk dilontar masyarakat berhubung kegiatan sebahagian 'ahlinya'. Selain itu, adakah benar Tiga line dan kumpulan bernombor lain serpihan Pekida? Atau sekadar menjaja nama Pekida, persatuan bermotokan, ‘amal makruf nahi mungkar’?
Jika kepemimpinan tertinggi Pekida sudi berkongsi maklumat, saya peruntukkan satu episod 360 bagi tujuan itu. Biar masyarakat faham, ‘kemelut’ berlaku agar pergolakan terkini tidak berterusan menjadi api dalam sekam.
mmg saya menanti isu ini...
BalasPadamsyabas abg mazidul... kupas kasi kaw2 punya...
Rona, saya akan cuba utarakan isu ini sebaik mungkin. Bukan bertujuan memburukkan sesiapa, sekadar mencari kebenaran.
BalasPadamisu inilah yang sue ternanti-nanti..
BalasPadamselalu dengar name2 yang encik mazidul sebut2kan tu tapi tak begitu faham ape definisi pertubuhan terbabit...
harap isu ini boleh membuka minda kita sebab ape yang sue diberitahu, isu ini di anggap klassified..
bagi yg dah paham bagus la.tp sy just nak tau sebanyak mana dah ptubuhan cegah kmungkaran?
BalasPadamSalam kat semua
BalasPadamBanyak yang negatif saya dengar berbanding yang positif..entahla..maybe dgn kupasan abang mazidul, the truth will reflect..tapi kalau tanya pandangan peribadi saya, PEKIDA nie mengarut ja..apa yang deme tau, gaduh..pukui orang..belasah orang...
topik yang dinantikan sebagai menangkis serangan buruk sangka orang ramai.
BalasPadamPewaris, pekida dan lain -lain
Umpama Bank Negara memantau keluaran duitnya, jika ada yang palsu laporkan, logiknya mana mungkin sebuah pertubuhan tidak kenal yang mana ahli Palsu atau tidak.
Ada cop SIRIM.. Produk BUDU pun sudah ada COP Sirim untuk menggekalkan keasliannya.
Anak2 sekolah, IPTA/IPTS yang dilatih Abanglong.
panggilan pepagi buta semata-mata nak join memukul dan membelasah.
..diharap tukang pukul boleh memberikan komen betapa nikmatnya join kumpulan ini, atau pengalaman baik dan buruk serta kesan terhadap keluarga atau kawan-kawan.
BalasPadamPengalaman dari penyesalan adalah satu ASET.(sebagaimana kes Kh Umar -samseng sewaktu remaja)
ada sorg member opis aku dulu kata dia org pekida...xpenah aku dengar yg baik2...yg slalu aku dengar xpuas ati dgn org tu la...xpuas ati dgn org ni la..kalau bab nak gaduh2 le la panggil dia..laju je...
BalasPadamAda satu novel terbitan Creative Enterprise yang saya pernah baca berkisarkan perjalanan hidup seorang lelaki yang menjadi ahli sebuah pertubuhan yang menggunakan panggilan yang sama macam Pekida, tapi saya tak ingat pulak judulnya. Penulisnya adalah lelaki, dan tebal buku tu.
BalasPadamNovel tersebut sangat menarik kerana ada segmen yang menceritakan secara terperinci bagaimana ahli pertubuhan tersebut bersatu hati dan tenaga semasa bergaduh dengan kongsi gelap Cina.
Kalau saya ingat semula judul novel ini, saya akan letak di sini.
Bercakap tentang tiga line ini, mereka juga seakan lebih berkuasa dari agensi penguatkuasa.
BalasPadamAda juga yang memiliki rekod jenayah lampau yang banyak terutama menggunakan kekerasan dan masih lagi meneruskan hobi kurang ajar mereka itu.
Jika ahlong ditangkap kerana menggunakan kekerasan, apa pula keistimewaan ahli ahli Tiga Line ini? Adakah mereka kebal? Inilah persoalan yang perlu dikupas.
Ramai ahli mereka bekerja sebagai penarik kereta, dan memeras ugut. Dulu, mereka berselindung di sebalik penaungnya yang sudahpun pencen.
Percayalah, kereta yang mereka pandu juga adalah kereta tarik. Apa pula tindakan dari Finance? Kenapa liabiliti aset itu dibiarkan berkeliaran di jalanraya walhal sepatutnya berada di depot?
Bagaimana jika kereta itu berlanggar? Tentunya tiada perlindungan insuran. Lepas langgar, ugut mangsa?
Kenapa tidak disapu bersih kumpulan ini? Mereka masih berleluasa, dan jangan terkejut ada yang turut memiliki pistol.
Pernah dulu, anggota kumpulan ini meninggalkan seorang pemilik kenderaan di tepi lebuhraya utara selatan apabila kenderaannya ditarik. Mangsa adalah seorang wanita dan rupanya, pemilik lama yang tidak membayar tetapi enggan dipercayai anggota kumpulan ini.
Kurang ajar tak? Mereka adalah kumpulan kurang ajar, biadap dan perlukan tindakan sewajarnya dari pihak polis.
Dan baru baru ini di Pekan Nenas, Pontian, apabila seorang guru dipukul oleh seorang bapa dan pihak polis sudahpun mengambil tindakan, disebarkan oleh anggota kumpulan ini untuk berkumpul di depan balai Polis Pekan Nenas sehingga menimbulkan rasa kurang senang. FRU turut dipanggil bagi mengawal keadaan dan berdasarkan sms yang disebarkan oleh kumpulan ini, mereka sudah bersiap sedia untuk merusuh.
BalasPadamDan berikutan kegagalan balai polis untuk mengawal keadaan dan membiarkan anggota kumpulan ini bagai lebih berkuasa, kesemua anggota termasuk ketua polis balai ditukarkan 24 jam.
bro?lu mana duduk?lu tau cerita ke?itu samseng cina lu cakap bapa pelajar sudah pukul itu cikgu melayu...lg cabar mana samseng melayu mari turun...lu xtau cerita mulut kasi tutup...mulut longkang
PadamBila dah dapat busuk..yg wangi pun dikatakan busuk..mulalah nanti ada yang akan mempertikaikan rasional diwujudkan pertubuhan sebegini..itupun dah ada suara-suara sumbang mintak diukur setakat mana sumbangan pertubuhan ini pada agama, bangsa dan negara..haih...
BalasPadamdari pengalaman saya:
BalasPadamPekida ni ada dua.. satu yang ikut jalan merah (36), satu yang ikut jalan putih (30). merah dia punya kegiatan hanya untuk dunia sahaja, manakala putih untuk dunia akhirat. Kalau diikutkan ahli pekida akan didaftarkan nama mereka under PEKIDA.. tetapi sekarang kebanyakan rating-2 pekida ni da x register under PEKIDA, lagi satu diorang rekruit budak skolah, budak skolah ni masuk bukan ape, just nak tunjuk mereka kuat.. Yang mempunyai pistol lak, dari ape yang saya dgr, mereka dari geng 77 dan 36.. tapi saya x jamin benda ni benar atau tidak..Ayah yang bawak pula kebnyakannye bwk anak lebih pada gangsterisme bukan lebih pada amal makruh nahi mungkar.. diorang ni minum arak, maen perempuan, kaki pukul melayu sama melayu.. kalau suruh pukul kongsi gelap cina. diorang lari.. kalau ramai2 baru berani. bab pukul orang melayu berani je. kalau ikutkan zaman dulu, pekida adalah backup org melayu, dan ahli mereka mengamalkan nilai2 islam.. tapi sekarang kebanyakanye sudah lari dari jalan yang betul..pekida skang lebih pada ahli2 sahaja .. melayu dilupakan.. kadang2 mereka join ngan kongsi gelap cina atau india.. setakat itu je info yg leh saya bagi. yang laen leh tanya ahli pekida laen.. xkan laa cik mazidul tidak mempunyai kawan yang menyertai pekida? skang ahli pekida dah bersepah kat malaysia ni..
assalamualaikum..
isu pekida nie mmng snstive.....
BalasPadamaku nie pun salah satu dari ranting pekida....sbnrnyer banyk ranting2 n pecahan yg berlaku dalam organisasi sendiri sehinggakan ajaran dan ikutan berpecah belah...dek kerana banyk ahli dah tak terkawal....
n semasa aku masuk ahli nie pun aku dah di beritahu yg ranting nie bukan bwh pekida...tp bwh persatuan pusaka seni silat gayong....pada mulanya mmng ssh nak paham....gaduh sana, gaduh sni....tp aku salut n suke berada di bwh along aku skunk nie....sejak aku masuk dari 2 tahun lepas...ktrg tak penah pukul org melayu..kalau ader kes ngan org melayu kami slow talk jer....tak penah naik tangn lagi...kami hanya naik tangn ngan india n cina sahaja!tp tu bukan objective sbnr.....
kalau nak tau pasl pekida sebenar... korg bukak jer laman web rasmi....yg korg dgr skunk nie dah banyk terpesong....ader yg betul n ader yg jauh terpesong....masing2 nak tunjuk kuat......
panji hitam ufuk timur ///
BANS:
BalasPadamMemang betul apa yang diutarakan. Reality bites. Apa pun sebabnya, mereka tetap tak perlu wujud atas muka bumi ini sebab asas utama mereka adalah untuk menyusahkan orang lain dan saya ingin meminta maaf berbanyak kalau ada yang tersinggung tetapi dari kes kes yang ada di Johor ini, anggota yang serba jahat ini adalah dari Kelantan. Minoriti sahaja yang dari Johor.
Alhamdulillah,semoga artikel ini berguna untuk kita sama2 lebih jelas akan kelahiran sebenar pekida dan group tiga line nie...
BalasPadamTapi,seharusnya kita lebih memikirkan akan tujuan selain punca mengapa ini semua boleh terlahir...
satu peluang bagaimana kita semua dapat belajar dan apa sebenarnya pekida,tiga line dan yang seangkatan dengannya supaya kita dapat mengenal akan kebenaran yang sering kali kita dikaburi oleh permainan serta kepercayaan masyarakat kita pada hari ini.
terima kasih,
sekadar ingin belajar & mengetahui ilmu kalian semua....
ikhlas dari admin PSSPGM P.Pinang
Panglima Hitam
jgn komen lebih.. kang kena pukul plak.. haha..
BalasPadamIsu yang menarik untuk di ketengahkan. harap-harap ada yang sudi berkongsi maklumat berkaitan.
BalasPadamDisebabkan ada sesetengah pihak (minoriti) yang sering menggunakan nama PEKIDA ianya menjadi tanda tanya mengenai tujuan PEKIDA itu di tubuhkan.
BalasPadamSoalan saya ...
BalasPadam1. Benarkah Pekida ditubuhkan dahulu sebelum kumpulan lain?
2. Mengapa masyarakat memandang serong terhadap Pekida atau kumpulan bernombor lain?
3. Apa antara kegiatan SIHAT dan BERFAEDAH dijalankan Pekida dan kumpulan lain?
4. Jika sedar masyarakat memandang serong, apakah langkah Pekida memulihkan imej ahli mereka?
Suka soalan no 2 Bro.. Betul, dalam masa kini masyarakat memandang serong dengan PEKIDA. Apa puncanya.. Sedangkan kita sedia maklum bahawa PEKIDA ini menggunakan slogan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR..
BalasPadamsalam semua.
BalasPadampada asas penubuhan amat dialu2kan.
bila disalah gunakan, kesannya pasti ada.
Sudah lama saya mendengar isu ini. tetapi cuma dari cerita org shj. cerita terbaru. pekida dan 3 line sekarang sudah sampai ke Sarawak. tetapi itu pun cuma khabar angin sahaja.
BalasPadamAbang Mazidul, Saya harap abang dapat mengupas lagi tentang kumpulan2 ini. Saya pun masih tidak pasti kumpulan ini menjurus ke arah kebaikan atau sebaliknya.. terima kasih.
Bro, saya pernah bercakap dengan kawan kita di JB mengenai kumpulan ini and you know who that friend is, yang amat amat reliable informationnya.
BalasPadam1. Walau bilapun Pekida ditubuhkan, ia tidak relevan lagi di Malaysia. Cadangan: Haramkan.
2. Memang oprang orang tertinggi dok cakap proses pemutihan tetapi hakikatnya, takder LANGSUNG pembersihan yang dimaksudkan, hanya sekadar cakap cakap, bak kata orang, berkokok berdegar degar, tahi penuh di kaki. Masyarakat memandang serong disebabkan penggunaan perkataan Islam pada persatuan ia seolah melacurkan agama kita. Apa kebajikan yang dilakukan selain untuk perut dan nafsu anggota?
3. Kegiatan sihat dan berfaedah ialah memukul orang, mengugut orang, selain memastikan keahlian sentiasa terjaga biarpun sudah melakukan jenayah. Cuba tanya dengan pegawai D7 akan penglibatan mereka ini dalam kes kes jenayah.
4. Langkah yang dilakukan lebih banyak bercakap dari melaksanakan. Kumpulan yang didakwa sebagai serpihan masih lagi bergerak atas nama Pekida, dan masih lagi melakukan jenayah kekerasan. Maka, apa yang dimaksudkan dengan pemulihan? Kementerian Dalam Negeri sebenarnya yang perlu lakukan pemutihan. Bukan persatuan itu.
Lihat pada komen Rona Realiti, self explanatory. Kenapa Rona melontarkan komen sedemikian kalau tidak bukan dari pengalaman dan pengetahuan?
Hakikatnya kita tak perlu lagi menyokong kumpulan ini, walau apa pun temberang dan justifikasi yang hendak dikatakan untuk mempertahankan kumpulan ini kerana ia sudah memasuki tahap kudis dan bernanah, sukar diubati.
Dan bro patut tanya, apakah fungsi kumpulan ini kepada pembangunan negara? Ada? Cuba mereka senaraikan (senarai mangsa lebih ramai sebenarnya).
Salam. Maaf, saya takde info ttg PEKIDA, cuma nak buat pembetulan sikit..
BalasPadamYang betul ialah :
AMAR Makruf Nahi Mungkar
Bukannya :
AMAL Makruf Nahi Mungkar
Perkataan tersebut adalah berdasarkan ayat Quran :
"al-amru bil makruf wa an-nahyu 'anil mungkar.."
AMAR dan AMAL kedua2nya B.Arab, tapi maksudnya berbeza..
Amar Makruf : Menyuruh/menyeru Berbuat Kebaikan.
Amal Makruf : Mengamalkan Kebaikan.
Sekadar perkongsian... tima kasih. :)
sdr mazidul,.utk soalan no 2..ini dari pengalaman di tempat saya sendiri..ada seorang tu yang mendakwa ahli pekida,dan memakai gelaran Abg Long..sangat terkenal dgn kes pergaduhan,sama ada kes yang melibatkan beliau atau kes orang lain tp memang dialah orangnya yang akan meng"handle" kes itu...nak kata mengamalkan slogan Amal Makruf Nahi Mungkar rasanya setakat ni saya tak nampak lagi..........selain itu budak2 muda di tempat saya akan mencari beliau utk mendapatkan "barang".
BalasPadamsalam semua dari Ayahanda PEKIDA, teruskan komen anda apa yang kamu faham tentang PEKIDA, kita semua manusia, ahli pekida pun manusia, alim ulamak pun manusia, polis pun manusia maka kamu pun manusia, kita semua tak lari dari kesilapan dan dosa..
BalasPadamhttp://www.ayahandazul.blogspot.com
Zulshaari, saya ada membaca blog saudara dan tertarik dengan kegiatan dijalankan bersama rakan lain.
BalasPadamPada masa sama saya juga membaca banyak forum berhubung Pekida dan 3Line serta pelbagai kumpulan bernombor lain. Majoriti komen dilontar berasaskan kebencian. Mungkin kerana ramai tidak faham kedudukan sebenar kerana tidak kedengaran sebarang usaha pihak persatuan membuat penjelasan kepada masyarakat.
Wartawan saya telah kepejabat Pekida Wilayah Persekutuan pada tengahri semalam. Khabarnya mereka sedia bekerjasama menjelaskan kemelut berlaku demi kebaikan dan tidak terus mencalar imej persatuan.
Jika saudara ingin berkongi penjelasan, sila hubung saya di mazidul@primeworks.com sebelum hari lebaran. Saya bercadang menyiarkan episod berhubung Pekida pada 30 September, seminggu selepas hari raya. Namun rakaman akan dibuat lebih awal.
Terima kasih.
Bro, email salah tu. mazidul@primeworks.com.my
BalasPadamLupa tang .my tu.
Saudara Zulshaari ni pernah plagiat blog ondscene. Ok, justification ialah semua orang buat silap. Tetapi macam mana pulak manusia yang berkali kali buat silap, pukul memukul? Apa justifikasinya?
Apa dakwah yang dijalankan kalau maklum balas dari masyarakat adalah negatif semata mata?
Dakwah belasah? Untuk makluman, malaysia tidak berperang dengan sesiapa. Maka, kita tak perlu another group yang lebih mengamalkan gangsterism untuk menjalankan kerja kerja polis.
Sedikit masa dahulu nama PEKIDA atau tiga line memang terlalu gah di kalangan orang melayu. Sebab itu bila menjadi ahli pekida, seseorang akan merasakan dirinya 'lain' dari yang lain. Sebut sahaja nama pekida, orang akan merasa 'semacam'.
BalasPadamKerana keagungan nama PEKIDA dan pengaruhnya, maka ramai yang mengaku ahli pekida sedangkan sikap dan perbuatan mereka jauh dari sikap sebenar ahli pekida. Kalau tak percaya, periksalah orang-orang yang sering buat demostrasi jalanan tu, berapa ramai yang merupakan 'ahli' pekida.
Seorang anak buah AM yang baru tingkatan empat dengan bangga pernah berkata kepada AM.."acik tahu tak kita berkawan dengan siapa sekarang?".. AM ingatkan dia nak beritahu dia ada kawan perempuan, rupa-rupanya dia beritahu "kita berkawan dengan budak tiga line".. Bangga betul dia walaupun hanya 'berkawa dengan budak tiga line yang entah mendaftar atau tidak sebagai ahli pekida. Alhamdulillah sekarang dia tak berkawan dengan budak tiga line lagi.
Ramai mat rempit dan kaki gaduh, yang meletakkan logo pekida di motor masing-masing untuk kelihatan gah walaupun hakikatnya mereka bukan ahli pekida. Dengan mempelajari taktik bersalam ala pekida dan bercakap ala ahli pekida, mereka tanpa segan silu mengaku mereka adalah ahli pekida.
Diharapkan pemimpin tertinggi pekida akan berbuat sesuatu untuk memulihkan semula imej pekida yang telah tercalar oleh golongan yang hanya ingin mengambil kesempatan dengan menggunakan nama pekida.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Hazrey, terima kasih.
BalasPadamSaya benci melihat Melayu bergaduh sesama Melayu. Samseng tidak menentu hanya kerana percaya, ramai geng akan membantu.
Anak Merdeka, saya masih menunggu ahli Pekida 'gentelman' bagi menjelaskan perkara sebenar. Jika tidak saya menganggap mereka sendiri kabur, justeru bagaimana mampu memberi penjelasan.
dgr2 polis pun cuak ngan geng ni...
BalasPadammaybe ada 2 3 org konco dlm polis...!?
kupaskan yg ni...
abg long dh mcm tokey kelab malam...!?
salam tgn tsilap sikit pun dh kecoh... boleh kena kepung...!?
Panglima Hitam, saya rasa ini bukan perihal saudara ingin belajar ilmu pembaca blog ini.
BalasPadamPersoalannya lebih kepada, mengapa Pekida dan kumpulan seangkatan dengannya, sukar menjelaskan perkara sebenar?
Atau mahu Pekida dan kegiatan sebahagian ahlinya terus dipandang serong dan menjadi cacian orang ramai?
Terbaca antara komen di forum, "Tidak perlu mendedahkan perincian kegiatan persatuan (Pekida)". Tetapi pada masa sama, apabila berlakunya salah faham dan pergaduhan, majoriti ahli tidak teragak-agak dan bangga memperkenalkan diri :)
Rona, tidak pernah pula saya dengar pihak polis takut dengan ahli pertubuhan ini.
BalasPadamjuga soalan;
BalasPadamapa tindakan Pekida jika ada yang menyamar atau menjual nama?
apa tindakan jika ada yang tiruan?
bila kita tau Insan ada kekurangan kenapa kita gunakan undang2 sendiri yang dicipta manusia?
bila kita tau manusia ada kekurangan? kenapa menggunakan /melaksanakan hukuman sendiri?
try search pekida_putrajaya dlm yahoo group...
BalasPadamhttp://groups.yahoo.com/group/Pekida_Putrajaya
maybe some info might help...
RONA:
BalasPadamPada 14 Disember 2008, pertubuhan ini mendakwa cawangan putrajaya sebagai haram. Dan turut disebut dalam laporan akhbar itu, satu gerakan pemutihan akan dilakukan. Hari ini 9 September 2009. Apa dah jadik?
Pemutihan macam mana?
Dan Bro Maz, ketua Pekida di Putrajaya sendiri mendedahkan pertubuhan ini sudah tiga tahun tidak mengadakan mesyuarat agung namun tiada tindakan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).
So macam mana tu?
Apabila dakwaan bahawa banyak pengunaan nama Pekida untuk tujuan samseng, the math is, bubarkan kumpulan ini sebab it is out of control already. Apabila ia dibubarkan sekaligus sesiapa yang menggunakan nama pertubuhan itu adalah sebuah kongsi gelap, dan itu sahaja jalan pemutihan yang sesuai.
Dan tentunya kalau 'sayangkan' kerja dakwah seperti yang didakwa, apa ada pada nama? Yang penting dakwah yang dijalankan dan bukan sekadar nama sahaja.
hmmmmm..menarik tajuk ni...
BalasPadamsye bekas pelajar di sebuah institusi tinggi di selatan tanahair...
adik2 junior lelaki ramai yang dilatih oleh 'abanglong'untuk menjadi ahli baru PEKIDA.saya sering mendengar mereka mengelar diri mereka 'tiga line', '36'. soal mempunyai senjata tidak la saya ketahui.mereka mempunyai beberapa jenis salaman, dan ia hanya diketaui oleh group mereka sahaja.saya juga tau yg mereka harus membayar sejumlah duwet setiap bulan, mgkin wang perlindungan. dwet tu akan disalurkan kpd abg long....
...saya kenal baik dengan Dr. Masjuki, beliau seorang yang baik, jujur, ikhlas dan istiqamah, kita juga jangan lupa amal makruf bukanlah monopoli Pekida atau mana-mana kumpulan atau parti ataupun individu... apa yang penting ialah bila lihat yang keji atau sangkaan buruk...itulah fitnah... ibarat makan ikan, kunyah dan telanlah isinya dan buanglah tulang...sentiasalah bersangka baik...
BalasPadamTahun 2007 ,Pejabat urusan serta pentabiran telah di uruskan oleh ibu pejabat Pekida di sg.petani dan tiada lagi pej di No 69 E,bangunan kobena.
BalasPadamBro Maz
BalasPadamSaya dengan ini menyokong apa juga yang dibentangkan oleh Encik Hazrey (It's Hazrey)
Encik Hazrey sila poskan Kek Lapis Johor sebanyak 7 biji kepada saya sebab saya dah sokong Encik...
Hidup Encik Hazrey...
Finally, gelak la bila baca
Orang bincang pasal Pekida, bukan nak study pasal pekida. Kalau nak tau pasal Pekida, cuba tengok dalam wikipedia atau Google atau engine carian lain atau Kutub Khanah berdekatan rumah anda...
Nota: Bekas ahli jawatankuasa Nasrul Haq cawangan Vietnam Utara sembelih ayam keliling padang bola,
sekarang ni ahli Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Berpusing macam Gasing dan Kunci Kelantan Tomoi Siam Melayu Sepak Takraw Ala ala Papua New Guniea Daerah Yangon Zone Tengah di bawah tajaan Kerajaan Junta merangkap Kerajaan Myanmar.
Hidup Hazrey...
Hidup Kek Lapis Johor...
Ibu Pejabat Pekida Malaysia, jelasnya maklumat di portal Pekida tidak diupdate sedangkan ahli didakawa lebih 50,000 orang. Hairan juga.
BalasPadamHazrey, nanti minta tolong carikan 'mangsa' mendakwa diperas ugut dan dipukul 'ahli' kumpulan sama. Tengok berapa ramai ada.
Saya percaya ramai akan tampil kehadapan. Cuma sekarang tengah fikir tajuk sesuai, 'Pekida'? Atau '3 line'? Atau ...
Mat Kabo, please be straight to the point. Pusing-pusing nanti tersesat.
BalasPadamBRO MAZ:
BalasPadamDengan segera saya jalankan ayahanda. Kita ni dari kumpulan 360 kan? Kah kah kah kah kah. Nak bagi ayam sekor ker duduk belakang lori?
Dan bro, tajuk tiga line, empat line atau lima line? Ehh siapa nak interview Awie?
ALID: Hahah.. ko ingat aku tokeh kek ker? Cisss..
Berikut catatan penulis blog 'Ibu Pejabat Pekida'di blognya ..
BalasPadam"Buat Mazidul,Pejabat Urusan Dan Pentadbiran Pekida Malaysia,telah di uruskan oleh Ibu Pejabat Pekida Malaysia di Sungai Petani,Kedah pada Penghujung 2006.Jadi apa yg saudara tulis Pejabat Pekida di no.69 E Bangunan Kobena,tidak benar.Kalau nak tulis biarlah cari butiran dengan jelas.menjadi ahli bukan di paksa,kerelaan hati.bayar yuran keahlian adalah ahli ,kalau dah tak bayar yuran bekas ahli.nak tulis biar la dengan jelas.Mazidul selalunya Pekida yg menjadi mangsa,tanpa usul periksa,status keahlian,yg buruk tetap Pekida.Mungkin awak tahu tapi tak tahu la apa tujuan awak.kalau baik,alhamdulillah.apapun terima kasih"
Ini catatan saya ...
Saudara, itu alamat dimuatkan di portal Pekida. Jadi ke situlah saya meminta wartawan saya pergi. Dia kemudian memaklumkan saya, pejabat itu sudah tiada tetapi menghairankan alamat sama masih tertera di so-alled Portal web Pekida.
Maaflah, saya ini orang kampung. Apa ditulis, itu saya baca.
Sayapun sempat membca blog saudara. Blog itu laman rasmi Pekida ke atau sekadar milik peribad? Sebab saudara menggunakan nama 'Ibu Pejabat Pekida Malaysia' sebagai header blog? Minta tolong jelaskan, kalau boleh.
Saya percaya selepas ini ramai orang akan melawati blog saudara, bimbang kalau mereka terkeliru.
Saudara kata,"Mazidul selalunya Pekida yg menjadi mangsa,tanpa usul periksa,status keahlian,yg buruk tetap"
Saya membuka peluang untuk masyarakat dan pihak berkuasa 'memeriksa' bagi mengelak tuduhan rambang. Jadi usah menjadi terlalu defensive.
Apapun terima kasih kerana sudi memberikan penjelasan di blog saudar berhubung status pentadbiran Pekida Malaysia.
Hazrey, InsyaAllah, kita akan buat cara terbaik. Kita cari kepemimpinan tertinggi Pekida atau 3 line, kita interview. Rekodkan pandangan mereka. Rasanya itu tidak salah.
BalasPadamPada masa sama kita cari 'mangsa' kepada keadaan. Izinkan mereka bercerita.
Dapatkan juga, statements daripada pihak polis samada dari Johor atau Bukit Aman.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, bersedia untuk melontarkan pandangan beliau.
Ada apa-apa ingin ditambah?
BRO MAZ:
BalasPadamGila kentanglah camni, "Ibu Pejabat Pekida" buat satu entry khusus untuk bro. Gila kentang, ohh gila kentang. Kena dengan sos cili memang best.
Why do I joke? Because the entry is so cetek, just like the people. Biaq aku habaq Kedah sikit nooo..
Depa cakap check dulu fakta. Abis yang ada kat website tu bukan fakta? Itu apa? Hacking dari Indonesia jugak? Apalah ke bangangnya. Sorry bro, first time saya guna perkataan tak elok sebab untuk benda yang tak elok (memang sesuai).
And, I was wondering who the F gonna check keahlian kalau penumbuk dan parang dah depan mata?
Ikuti dialog berikut:
LELAKI 1 MENDAKWA TIGA LINE: ***** (Bintang mewakili kata kata cerca, maki, turun dari kereta, turun. Kat sini censored). Turun bagi aku kereta ni, kau dah tak bayar empat bulan ni.
LELAKI 2: Turun ****, turun (menengking).
MANGSA: (Seorang wanita suci murni dengan wajah penuh dengan ketakutan)
LELAKI 1 terus merampas kunci kereta.
LELAKI 2: Terus buat muka garang sambil mengenggam tangan.
Mangsa terus ketakutan. Jadik scene mana yang nak letak untuk check keahlian tu? Kena edit balik ke Bro Maz?
Ini bukan soal keahlian atau tidak. Sekarang ni ia soal accountability duhai Encik Ibu Pejabat Pekida.
Hang tau tak apa itu accountability? Kalau tak tahu tak apa nooo..
saya setuju jika Pekida dan pewaris diHARAMKAN..
BalasPadamMAT KABO setuju diHALALkan(direct to POINT)
..ada sesiapa setuju di halalkan??
sedara hazrey orang johor, pasti dia tahu orang johor ni macam manakan...boleh raya sama-sama ni...
BalasPadamcerita terbaru yang sue dengar mengenai rakan sue yang secara tak sengaja melanggar kereta salah seorang pekerja yang sama tempat kerja dengannya... mula-mula dah setel secara baik, entah tiba-tiba pula sang suami pemilik kereta menelefon rakan sue dan menggertak beliau.. kemudian berdepan membawa dua tiga orang yang dipercayai geng PEKIDA... pelik.. setahu sue, pertubuhan ini sepatutnye melindungi orang melayu yang mungkin akan menjadi mangsa perkauman tapi mengapa pula boleh bergaduh sesama melayu.. dan cara mereka menggertak rakan sue seperti nakkan duit sahaja... maaflah.. sue taknak cerita panjang.. juga risau kalau salah cakap, kat luar menunggu pula..wassalam..
opps Hazrey geng line 360 ker..
BalasPadamyang kena pukul dekat stesyen Pekeling tu dulu sapa??..datang dengan sebuah Perdana, 5 lawan satu,, oo
memang kena PUKUL ler kan??
13 mei dulu2, pekida tlibat x...!?
BalasPadamRona, sebenarnya saya berasa pelik membaca soalan awak tetapi saya jawab jugalah.
BalasPadamPekida ditubuhkan pada 10 Mei 1983. Peristiwa hitam pergaduhan di antara Cina dan Melayu berlaku pada 13 Mei 1969.
Sekarang, awak boleh jawab sendiri atau masih samar-samar?
Apa itu pikida? (macam jenama tin cat kat brunei je). baru 1st time dengar nama itu . heheh..
BalasPadamsalam dari Borneo .
Bersepah kat Malaysia ? . kecuali sabah Sarawak . :P
sbb ada ahli yg ngaku pekida ni tlibat ngan 13 mei ngan segala parang terbang time tu...
BalasPadamso i just nodded my head la...
Rona, but for sure that he was NOT a member of Pekida back in 1969. Sebab Pekida tidak wujud pada ketika itu.
BalasPadamDan Pertubuhan Politik tertentu juga perlu menafikan bahawa mereka memperalatkan 3 line.
BalasPadam...zeqzeq jangan duk melenting...tak kiralah pekida ke, hindraf ke, mana-mana yang haram, wajib ianya diharamkan, penjenayah pun adakalanya menjaja nama ianya penguatkuasa, polis dsbnya. Yang kelabunya ialah tindakan...laporkan kepada pihak berkuasa... jangan tunggu...
BalasPadamsalam bro... izinkan saya menambah sedikit info berdasarkan temuramah dengan bhgn atasan pekida semalam... kebanyakan soalan2 360 tidak byk membantu sebenarnya. sepatutnya 360 bertanyakan mengenai :
BalasPadam- bentuk tindakan hasil program pemutihan
- berapa peratus keberkesanan program pemutihan
- berapa ramai ahli berdaftar & tidak berdaftar krn kebanyakan ahli baru pun tidak tahu mereka ni follow yg merah atau putih.
- kenapa ramai bdk2 bwh umur yg bersekolah / dikolej menganggotai pertubuhan ini
- apakah tindakan PEKIDA sendiri terhadap kumpulan2 bernombor yg berkait secara langsung / tidak langsung dgn PEKIDA krn. kebanyakan ahli sendiri mempunyai 2-3 "baju".
tq...
From Rembau To Pilah, terima kasih atas komen dilontarkan.
BalasPadamAwak kata, "kebanyakan soalan 360 tidak banyak membantu sebenarnya"
Baik, berikut soalan cadangan, menurut awak sepatutnya ditanyakan kepada Pekida. Biar saya ulas.
1. Bentuk tindakan hasil Program Pemutihan?
Program pemutihan diumumkan awal Januari 2009 tetapi tidak dilaksanakan. Jika ada, cuma berskal kecil, ahli dipanggil dan dinasihatkan. Bagaimanapun bukan semua ahli. Sebab itu Presiden Pekida, Hj Jamaludin Yusof malam tadi mengulang kembali tekad beliau melaksanakan program terbabit.
2. Berapa peratus keberkesanan Program Pemutihan?
Tanpa dilaksanakan, bolehkah diketahui peratus keberkesanan program terbabit?
3. Berapa ramai ahli berdaftar dan tidak berdaftar kerana kebanyakan ahli baru pun tidak tahu mereka ini follow yang 'Merah' atau 'Putih'?
Ahli berdaftar Pekida sejak ditubuhkan pada 10 Mei 1983, dianggarkan 100,000. Statistik itu dinyatakan secara jelas dalam skrip saya baca.
Ahli tidak berdaftar? Bagaimana mungkin Pekida mengumpul statistik jika ahli TIDAK berdaftar?
4. Kenapa ramai budak-budak bawah umur yang bersekolah dan kolej menganggotai pertubuhan ini?
Kebanyakan pelajar menganggotai Pekida kerana berasakan mereka dilindungi daripada tindakan individu, kumpulan lain mahupun pihak berkuasa. Itu dijelaskan Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim di dalam kenyataan beliau.
5. Apakah tindakan PEKIDA sendiri terhadap kumpulan-kumpulan bernombor yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan PEKIDA kerana kebanyakan ahli sendiri mempunyai 2-3 "baju"?
Sejak bila Pekida berhak mengambil tindakan terhadap ahli kumpulan lain? Pekida, pertubuhan bukan kerajaan, NGO, BUKAN pihak berkuasa seperti polis. Justeru TIDAK berhak mengambil tindakan sendiri kepada mereka bukan ahli.
Bagaimanapun, Hj Jamaludin dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman menyuarakan cadangan agar Pendaftar Syarikat, ROC untuk meneliti kewujudan kumpulan samseng tidak bedaftar kini wujud bagai cendawan tumbuh.
Bro, ada soalan sebenarnuya tidak langsung perlu diajukan. 360 hanya ada 17 minit untuk bersiaran, bukan 3,600 minit. Lagipun andai digunakan logik akal, jawaban soalan awak itu berada di hadapan mata. Terserah, samada nampak atau sebaliknya.
Mungkin kena semak balik awak pakai 'baju' apa? :)
Salam bro... maaf.. mungkin ada beberapa perkara saya terlepas pandang... namun kebanyakan soalan2 ini saya perolehi daripada ahli2 pekida sendiri... mungkin bro sendiri tahu atau mmg tak tahu mengenai syarat2 untuk menjadi ahli pekida... setahu saya, berdasarkan cerita org2 lama, hanya yang berumur 21 tahun ke atas dan sudah bekerja sahaja dibenarkan mendaftar.. itupun jika mendapat cadangan daripada abang kawasan atau pihak tertinggi pekida. persoalan sy sekali lagi... mengapa ramai budak bwh umur menganggotai kumpulan ini... tidakkah kita sbg ibu bapa tergamak tgk anak2 kita yg sedang bersekolah join kumpulan mcm ni?
BalasPadamtq.. :)
Bro Mazidul and Bro Hazrey:
BalasPadamkalau tgkkat blog ayahanda zul ( -_- ) tu, diorang guna gelaran "YM Ayahanda", so, is YM= Yang mulia?
sapa yang bagi gelaran tu? mulia dari segi sapa? air basuh kaki dia boleh buat ubat penyakit macam ayah pin ke apa?
untuk @Bp @ pengerindu.com
BalasPadamsebenarnya PEKIDA di Sarawak memang wujud. mcm biasalah, bergerak secara underground. Bila dah bergerak secara underground, so hanya ahlinya sahaja yang kenal siapa yang menjadi ahli dalam pertubuhan ini. To be honest, suami kepada cousin saya berpangkat abg long di Miri. Tentang penglibatan dalam kegiatan jenayah, wallahualam. Setakat yang saya tahu, suami cousin saya tue bukan mcm tue orangnya.
sepatutnya saudara mazidul membuat research,
BalasPadam1. dari manakah susur gaur gelajaran ayahanda dan ayahanda paduka diraja itu diambil?
2. apakah ciri ciri ajaran islam jemaah? ajaran azhar bin wahab dari sungai petani dan menyelidiki satu tesis dikeluarkan oleh UKM, disediakan oleh pro. dr. abdul fatah haron, fakulti usuluddin ukm dengan tajuk " beberapa masalah dalam taswuf " yg menyebut beberapa ajaran berakar dari sungai manik teluk intan
3. saudara mazidul sepatutnya juga melihat 'idea' salam buah pengenalan itu. soalan ialah darimanakah idea salam pengenalan itu diambil?
4. juga, kemanakah perginya pengikut pengikut kepada ajaran hasan anak rimau? guru kepada ayahpin yg digelar org ayahanda.
5. juga saudara patut lihat, ajaran qadirun yahya yg berasal dari tanah jawa, berhijrah di sungai manik serta berhijrah ke negeri kedah, di mana mereka memanggil ketua agamanya 'ayahanda'.
semua dokumentasi berkenaan boleh dirujuk dari majelis agama islam dengan koleksi fatwa yg telah dikeluarkan oleh majelis agama dlm berhubungan dengan beberapa ajaran yg bergerak secara 'sulit' dan rahsia.
poyo ler jd..org2 muda buat hal bkn..nak pukul 1 org smp bwk 1 kampung..buat malu jer jd..ada srg teman diberitakan telah brkwn tnpa sengaja dgn kekasih ahli..dibwk dlm 100 org pukul sorg..gajah pun terduduk kalo rusa pijak ramai2..tak gentleman..bkn nk duk semeja kurang2 diskusi dulu..dok pelupuh saja mmg patut telur tu yg di potong dulu..dah nmpk agak merepek perjalan persatuan..nk jd samseng sgt elok time lwn bola kat indon pegi sana try buat samseng kat jawa bru temu ruas..mesti kepala xjmpa bdn lg..wsalam..
BalasPadamsalam..
BalasPadam"Blogger Hazrey berkata...
BANS:
Memang betul apa yang diutarakan. Reality bites. Apa pun sebabnya, mereka tetap tak perlu wujud atas muka bumi ini sebab asas utama mereka adalah untuk menyusahkan orang lain dan saya ingin meminta maaf berbanyak kalau ada yang tersinggung tetapi dari kes kes yang ada di Johor ini, anggota yang serba jahat ini adalah dari Kelantan. Minoriti sahaja yang dari Johor.
Selasa, 8 September 2009 6:32:00 PTG GMT+08:00"
hazrey ko ni mesti orang Johor yang anti kelantanese kan..bagi aku tak kisah ke orang Kelantan ke orang Johor ke orang Selangor ke hatta org negeri mana sekalipun kalo dah join pekida ke 3 line ke semua memang penyangak samseng..tapi dah biasa la kebanyakan johorean mmg anti Kelantan pun
bagus saudara mazidul. Isu "ini" harus saudara terangkan kepada masyarakat sewajarnya. Susur galur dan asal usul pertubuhan dan pergerakan ini. Walaupun ada info yang rahsia dan tidak boleh diwar warkan secara umum, tapi cukup sekadar masyarakat tahu asal usul pertubuhan yang seumpama ini, yang mana kini dah banyak serpihan dan nama pertubuhan baru yang timbul.
BalasPadamsiapa yg komen bersangka buruk kt pertubuhan pekida kt sini,smua hembus je xpakai otak!! .. bagi pendapat diri saya pekida pertubuhan yang sah dan xmenyalahi undang2.. klau betul la mereka ni semua terbabit dgn kegiatan2 yg menyalahi undang2,xkan lah sampai kehari ini pekida dpt bertahan dn berdaftar atas pertubuhan yg sah...xkanpihak berkuasa kerajaan Mlysia ni buat xendah dn xambil tindakan trhadap pekida klau apa yg dibuatnya ahli2nya smuanya xbetul.. so dari awal 1984 ditubuhkn sampai kehari ni still dikhtiraf sbgai pertubuhan bkn haram dn xmenyalahi undang2 oleh kerajaan,bermakna mulot2 korang lh yng menfitnah komdem dn kaitkn unsur xsihat trhadap pekida.. Mind set pekida kongsi gelap samseng???org bonggok je berpikiran mcm tu..
BalasPadam