Rabu, September 23, 2009

Kau Ada Di Mana

“Kau Ada Di Mana,” katanya.

“Saya ada di sini,” celah saya mengusik Winnie K.

Penyanyi berketurunan Cina, Winnie K atau nama sebenarnya Winnie Kok Mui Kuan, 28 tahun menjadi tetamu rancangan Malaysia Hari Ini, MHI, di Studio B, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Saya, Abby Fana dan Nurul Syuhada Nurul Ain menemubual beliau pada jam 8.43 pagi tadi.

‘Kau Ada Di mana’, tajuk album Melayu sulungnya mula dipasarkan di Indonesia sejak Mac 2008, membariskan komposer tersohor, antaranya Ajai, Tam Spider, Cat Farish, Dewiq dan Yudis Dwikrano.

“Dengar kata album Winnie ‘meletup’ di Indonesia?,” soal Abby.

“Ya. Lagu saya banyak dimainkan di stesyen radio dan televisyen di sana. Pada mulanya saya juga berasa hairan, bagaimana mereka boleh menerima kehadiran saya sedangkan Indonesia mempunyai ramai penyanyi hebat,” jelas Winnie.

Sejak mula beliau duduk di set MHI, saya teliti memerhatikan bibirnya. Maklum sahajalah, sebelum ini ada laman web mendakwa kononnya Winnie menggunakan botoks membentuk bibir nipis seksinya. Bagaimanapun Winnie menganggap dakwaan terbabit hanya sekadar gosip liar sahaja.

Menurut artis Cina pertama melebarkan sayap seni ke Indonesia itu, album berbahasa Mandarin nyanyiannya akan menemui peminat tidak lama lagi. Album Mandarin terakhirnya diterbitkan 6 tahun lalu.

“Winnie tengah bercinta ke?,” soal saya kepadanya sejurus selepas tamat siaran MHI.

“Tak. Tetapi dulu memang ada dengan lelaki muslim Indonesia,” balasnya ringkas.

Kali pertama saya bertemu Winnie, pagi Tahun Baru Cina lalu. Bagi saya, Winnie bukan sahaja jelita tetapi peramah, fasih berbahasa Melayu dan memiliki suara lunak.

Bibirnya?

Ya, memang seksi!

5 ulasan:

  1. Hehe...skodeng ciptaan Tuhan apa salahnya kan? Tapi tak boleh lebih-lebih bang...hehe

    BalasPadam
  2. Ada kemungkinan memang bibir Winnie K itu cantik maka timbullah pelbagai andaian.

    Rezeki seseorang itu memang sukar diramal. Di bumi mana mencari rezeki pastinya berjaya jika sudah itu takdirnya.

    Teringat Datuk Shake menempa nama menjadi penyanyi terkenal di Peranchis. Lagunya bila dialihkan ke Bahasa Melayu; sedap belaka.

    Agar Winnie K akan terus berjaya.

    BalasPadam
  3. Penangan dari soalan2 mazidul sampaikan Winnie terkedu utk menjawab soalan dia. Hehe.. Mane x nyer.. Gadis pilihan katenyer.. hehe.. Steady bro..

    BalasPadam
  4. Orang kalau dah cantik, semua yang kita tengok pun cantik pada dirinya. hehe..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.