“Engkau kan jadi MC (pengacara majlis) masa aku kahwin dulu di Ipoh,” kata Dr. Kamrul Rashdan Salleh.
“Betullah, aku dah lupa, dah lama kan?,” balas saya.
Majlis perkahwinan Dr. Kamarul berlangsung pada 5 Ogos 1998. Lebih 11 tahun kemudian saya bertemu beliau sewaktu berbuka puasa semalam di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur atas jemputannya.
Dr. Kamarul, 37 tahun, kini, Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad, SPNB.
Saya difahamkan 256 projek rumah terbengkalai di seluruh negara.
“Kalau syarikat ‘penyelamat’ swasta tak mahu ambil alih atau sambung pembinaan projek rumah terbengkalai mungkin kerana tak ada untung atau untung terlalu sedikit, SPNB akan take over dan siapkan,” jelas beliau.
“SPNB kiranya macam the last crusader lah,” sambung saya.
“Lebih kurang begitulah,” balasnya tersenyum.
Setiap pemilik rumah terbengkalai menanggung beban bertindih, membayar ansuran bulanan pinjaman bank dan pada masa sama terpaksa menjelaskan sewa rumah.
“Kalau SPNB bantu memulihkan projek rumah terbengkalai, mesti pemilik suka dan bersyukur. Kalau tolong orang tengah susah selalunya orang ingat sampai mati. Lepas itu baharulah sesuai dengan konsep satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, ” kata saya.
Dr. Kamarul mengangguk setuju.
Saya dan Dr. Kamarul pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor sebelum ini. Saya di bidang sains komputer, beliau mengambil kursus quantity survey sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah di University Of Salford, United Kingdom.
Bagi saya, beliau mempunyai karisma tersendiri dan mengamalkan sikap merendah diri. Berbekalkan ilmu dituntut di universiti, saya percaya Dr. Kamarul akan berjaya meringankan beban ribuan rakyat tertekan akibat masalah rumah terbengkalai.

Saya doakan kejayaan beliau.
* Malam esok, 360 merungkai kisah 'Pilu Menjelang Syawal'. Kes kematian insan tersayang di bulan Ramadhan dan bagaimana keluarga mendepani situasi sebegitu.
selamat pagi mr. mazidul :) i just tau yg u ex uitm shah alam but never thought that u are ex scn com! sooo great! usaha taqwa mulia :) hehe. slmt menjalankan tugas sir! :)
BalasPadamBro Maz
BalasPadamTahniah kepada Dr. Kamarul dan brader serta mereka yang berjaya dalam hidup.
Orang orang beginilah yang negara mahukan, "Less talk more work"
Hasil dari kejujuran dan keikhlasan dalam apa juga yang dilakukan, bukan untuk diri serta keluarga, malah untuk ratusan, ribuan orang lain.
...Hari ni syahdu beb....sedih ni...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Nota: ada orang tulis Idul Fitri (ikut ejaan Indonesia, lepas ni jangan ikut, nanti dia orang marah lagi...
Ada orang tak mau cakap, Maaf zahir dan Batin, sebab dia kata dia tidak ada hubungan Batin atau bla bla bla bla... apa punya ajaran sesat da....
Entah tak faham aku dengan manusia yang macam macam ragam ni...pandai sangat sekarang
saya pun X uitm juga,
BalasPadamX jalan-jalan, bukan study pun..
'X tengok Parking' MAHAsiswa UITM yang kaya2 ada kereta, tapi kebal dari saman.lepas kena saman,.bayar wang banyak..MBSA ke pak guard saman ker?? bayar bayar..
kesian siswa UITm yang nak kebandar berebut bas dengan orang awam, rumah sewa jauh, kampus yang ada 2/3/4.
BalasPadamada tak Jutawan/pemikir yang sudi beri ilham bina paling banyak 3 ranting luas dan besar?
UITM di Lembah kelang??
tinggal dan cukup hostel di dalam kampus..
parking tidak membabitkan MBSA..
Begitulah, bila kita pernah berjasa kepada seseorang, seseorang itu akan mengingati kita sampai bila-bila.
BalasPadamBro, tengok dalam gambar tu ( pegang air) Bro nampak macam kurus sikit la.. hehe..
BalasPadamSalam kat semua..
BalasPadamNasib ada SPNB..mulia kerja diorang..membantu orang yang teraniaya..tu pun masih ada rakyat yang tidak tahu bersyukur.
Satu berita tragedi yang sangat mengusik hati dan perasaan saya sampai sekarang adalah satu berita pasal seorang ibu di Perak (saya tak ingat tempatnya). Beberapa tahun sudah, dia yang tinggal seorang diri, kalau tak silap, sibuk membuat persiapan Raya masa Raya Eve (atau orang kampung saya kata hari bantai), sementara menunggu dua anak lelaki dan keluarga masing-masing sampai.
BalasPadamTunggu punya tunggu, tak tiba-tiba jugak. Tau tau, datang anggota polis memberitahu anak-anaknya terlibat dalam kemalangan, dan semuanya meninggal dunia......
Apa khabar agaknya makcik tu?
Sedar tak sedar memang ada pembeli telah lebih dari 20 tahun rumah yang dibeli tak dapat diduduki. Takutnya ada yang telah putih mata. Tak sempat merasa berpindah ke rumah baru.
BalasPadamMasalah rumah terbengkalai ini sewajarnya menjadi agenda utama dalam membantu permasalah rakyat marhaen. Jika masih ada 256 projek terbengkalai; congak-congak pasti puluhan ribu pembeli yang terdera ekoran isu ini.
Bagi mereka yang ingin membeli rumah sentiasalah berhati-hati. Jangan terus berminat membeli sesebuah itu tanpa menyelidiki sejarah syarikat perumahan yang memajukannya.
Duit jika telah terlepas ke tangan orang teramatlah susah memohon kembali. Pinjaman perumahan biasanya paling tidak 10% drpd harga rumah perlu disediakan. Ada sebahagian bank mahukan 20%. Mana ada rumah yang selesa sekarang ini berharga bawah dari RM100 ribu. Tak pastilah kot syarat sekarang sering berubah.
Bukan senang nak buat harta ooi!.