Sabtu, September 19, 2009

Ganjil Tetapi Benar

Sewaktu kisah perkahwinan mereka dipaparkan kali pertama, mungkin ramai berasa hairan. Wook Kundur berusia 106 tahun manakala suaminya Mohd Nor Che Musa, 38. Wook bukan orang berharta, dia hanya tinggal di pondok buruk di Kg. Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Terengganu.

Kenyataan Wook sebelum ini …

"Layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu”

Hebat Wook, pada usia emas masih 'bertenaga'. Sebelum mengahwini Mohd Nor, dipanggilnya ‘Non’, Wook mendakwa pernah menjadi suami 22 lelaki. Pada usia muda, kata Wook, setiap pemuda dikenali pasti mengajaknya berkahwin.

Malangnya, awal Julai lalu Mohd Nor diberkas penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan berikutan positif dadah jenis heroin dan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Sg. Besi, Kuala Lumpur.

''Saya harap dia berubah dan bertaubat. Dulu memang dia kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa”

Kini, Wook sudah mengetahui hakikat sebenar namun masih menyanjungi suaminya. Hairan bukan?

Jam 10 pagi semalam, Wook dengan bantuan ahli perniagaan, Adela Zulfakar dan dua rakannya, Azlina Resad serta suami Mohd Azril Ahmad mempertemukan Wook dan suaminya di Sg. Besi. Lihat gambar dirakam Kosmo, bagaimana dia gembira memeluk suaminya.

Sikap dan keputusan perempuan kekadang sukar difahami samada mereka muda atau sudah dimamah usia. Apapun, jelasnya perempuan tetap memerlukan kasih sayang lelaki tanpa mengira usia.

Fitrah alam, mungkin.

13 ulasan:

  1. Ada manusia yang tidak pernah mahu mensyukuri apa yang dia perolehi, apatah lagi menghargainya.

    Wok mungkin tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa dari suami mudanya tetapi bagi seorang lelaki yang mendapat kasih sayang 'depan mata' dari seorang yang boleh digelar ibu, tetapi melayannya lebih dari seorang ibu sepatutnya berfikir dua kali sebelum melakukan kesilapan.

    Jika ditakdirkan usia Wok tak panjang, sekurang-kurangnya dia sudah ada kereta yang tak mungkin dia mampu beli dengan wang sakunya sendiri. Malangnya dia jual kereta itu untuk membeli dadah.

    Dia mungkin jenis lelaki yang sentiasa beranggapan dirinya bagus dan terlalu disayangi. Mungkin dia merasakan Wok begitu bertuah kerana dapat memiliki lelaki muda sepertinya. Lantas dia tidak berbuat sesuatu untuk membalas kasih sayang isterinya itu.

    Jika Wok mengetahui itulah sikap sebenar lelaki yang disayanginya sepenuh hati, rasanya dia lebih rela menghabiskan usia tuanya bersendirian dan tidur ditemani bantal peluk. Sekarang apa bezanyapun. Dia ditinggalkan kesepian lagi tanpa teman disisi.

    Kesian Wok. Jika dia muda, sudah pasti ramai yang ingin merasai cintanya.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Bro, pada usia begini, mesti dia dah takder gigi kan? Hanya bertanya. Jangan salah faham ya bro, dah nak raya ni.

    Dan, macam mana agaknya nenek seusia ini menggigit dan menjilat?

    Apa? Menggigit buah epal dan menjilat jari ketika di KFC. Ambil galah tolong jolokkan.

    BalasPadam
  3. Dah begitu takdirnya. Terimalah. Jodohnya dan perpisahan dengan suami ada hikmah yang kita tak duga. Yang pasti, ia melambangkan kasih sayang wanita tua ini yang tak bertepi.

    BalasPadam
  4. Haha soalan tersirat dari abg Hazrey. BUlan puasa ni, fikiran jangan terpesong! :P

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

    p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com

    BalasPadam
  6. AKUM SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SAUDARA SEMOGA DIBERI KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN TUGAS DAN SINAR SYAWAL INI AKAN MEMBERI KEGEMBIRAAN KEPADA SAUDARA DAN KELUARGA. KALAU RUMAH TERBUKA JEMPUTLAH SAYA . SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.WSLM

    BalasPadam
  7. sayang dan disayangi. syukurr moga kekal ke akhir hayat.
    menghargai kasihsayang..tanpa harta.
    antara melawan dan kesabaran. siapa suami dan siapa isteri.

    BalasPadam
  8. Eh nanti.

    Kenapa nenek tu jek peluk?

    Adakah kerana ketika dia peluk nenek tu dia di bawah pengaruh heroin dan membayangkan Fasha Sandha yang dipeluknya?

    BalasPadam
  9. Hazrey, pelukan tu nampak macam 'berpeluk sebelah tangan'. Entah, mungkin saya tersilap pandang.

    BalasPadam
  10. Salam Idulfitri... Semoga kita semua beroleh kemenangan merebut piala Taqwa yang dijanjikan Allah di bulan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita..

    BalasPadam
  11. Semoga mereka berdua berbahagia di dunia dan akhirat....amin... (^_^)

    BalasPadam
  12. Salam kat semua
    Sayangnya wanita pada suami jarang sekali berbelah bahagi..tapi sayang suami pada isteri..belum tentu lagi..
    Pasal nenek nie, entahlah..taktau nak komen apa..cuma saya rasa kesian je kat dia...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.