“Mama tak tahu di KFC ada udang?,” soal anak saya.
“KFC ada udang?,” soal isteri.
“Mama mesti tak tengok iklan TV,” balasnya.
Begitu besar pengaruh iklan khusus kepada anak kecil berusia 8 tahun.
“KFC ada udang?,” soal isteri.
“Mama mesti tak tengok iklan TV,” balasnya.
Begitu besar pengaruh iklan khusus kepada anak kecil berusia 8 tahun.
Mereka kemudian ke KFC di Giant, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Ketika itu saya di Pulau Rawa, Mersing, Johor menjalankan tugasan 360.
Saya percaya wajah mereka berubah sejurus melihat hidangan sebenar Shrimp Stix itu. Gambar iklan terbabit saya sertakan. Manakala gambar hidangan dan saiz sebenar Shrimp Stix saya muat turun dari blog mind-thinker.
Saya faham, KFC berhasrat mempromosikan hidangan terbaharu restoran makanan segera itu. Tindakan terbabit tidak salah, satu daripada strategi pemasaran. Saya yakin setiap iklan disertakan kenyataan bersyarat, umpamanya, ‘Gambar hiasan untuk promosi’.
Bagaimanapun, tidak semua pelanggan membaca kenyataan itu secara teliti. Mereka hanya cenderung dan tertarik melihat gambar hidangan ditawarkan. Jika dilihat iklan, saiz Shrimp Stix kelihatan hampir sama saiz ketulan ayam. Walhal, hakikatnya saiz sebenar jauh berbeza. Shirimp Stix hanya sebesar kelingking sahaja.
Apapun, saya percaya, sekali membeli, pelanggan tidak akan terkeliru lagi.
Bro Maz
BalasPadamTak jadi nak gi beli
Baik gi makan roti canai kat kedai depan tu...(Simpang traffic light maut)
Siap ada 'Drive-through' lagi
he he he he
Jom ngeteh jom...kalau ada free la
Boss boss kat syarikat restoran makan segera tu mesti tau nak untung banyak je
BalasPadamdan tak peduli masalah rakyat
sebab mereka hari hari pergi kerja pakai talileher
duduk dalam pejabat
boss sayang diaorang
PA dia orang pun sayang diaorang
kerja mengadap komputer
ada kereta baru tiap tahun
rumah besar dan cantik siap ada pengawal keselamatan di luar pagar
tiap tiap bulan bayar installment kat bank yang simpan geran geran tanah rumah dan kereta
isteri cantik gebu seminggu 4-5 kali pergi fitness center
anak anak pergi kelas piano pergi kumon periksa nombor satu belum tentu
hujung minggu pergi melancung kat luar negara
bila balik tunjuk gambar dalam blog pastu cerita apa yang diaorang dah buat kat sana
makan kat sana
beli apa kat sana
bila balik sini buat kerja
dapat idea nak buat Shrimp Stix
tapi jauh panggang dari api
tak sama macam dalam gambar dalam TV dalam apa juga iklan yang di tunjukkan
kerana mereka ingat semua pelanggan
mereka sama macam mereka
"OTAK UDANG"
Salam semua
BalasPadamBang, tak tau la sama ada kita tak berapa nak reti atau deme yang yang terlebih cerdik melabun kita..heheheh..tahu ke labun tu apa? orang Perak takkan tak tau kut kan...:P
Assalamualaikum..
BalasPadamSalam 7Malaysia
Boleh dikatakan kebanyakan iklan di tv lebih sudu dari kuah,lebih menipu dari betul.Barang yang diiklan nampak hebat di tv,namun realitinya indah khabar dari rupa.
Sama juga macam burger McD.Tengok gambar bukan main besar,bila dah depan mata ciput je...
Dalam kes ini,sebenarnya ramai yang tak sedar selain dari membayar harga udang kfc yang kecil itu,mereka juga terpaksa membayar kos iklan yang digunakan untuk menipu mereka. Maknanya pengguna tertipu sebanyak 2 kali.Itu pun masih tak serik-serik.
salam bro mazidul..
BalasPadamtu la dinamakan 'promosi'..berlebih2an..tp tgk produk tu tak semacam yg diiklankan..:-)
ni apahal pakcik kahar (or konconya) letak komen kat sini ni? takde kena mengena!
BalasPadambro mazidul, tolong la repot pasal blog si pakcik kahar tu ke SKMM ke ke mana2 pihak yang sepatutnya...
menyesatkan orang jo kojonyo...
nasib baik bro bgtau... cancel planning nk mkn kfc utk berbuka posa... baik gi pasar ramadhan... RM5 dh boleh beli mcam2..
BalasPadamkirana nakia>. sy org perak.. tp tak tau makna 'labun' tu.. hak2...
Anak saya yang kerja KFC pun naik pening juga... sejak kebelakang ini perbagai menu baru yang mereka cipta & sediakan. Biasalah Sdr Mazidul, ada yang okey! ada yang tak seberapa okey! aromanya.
BalasPadamSetahu saya pun banyak yang telah ditiadakan jika juadah tersebut tidak mendapat sambutan.
Terus terang secara peribadi saya masih mengatakan ayam goreng KFC yang Original Recipe sahaja yang saya rasa masih menyelerakan.
Setakat udang goreng baik kita buat sendiri, buat ala tempura ke rasanya lebih okey! Anak saya yang bungsu amat suka Sambal Udang taruh Petai. Memang sedap!.
Semua ni ibarat indah gambar dari rupa.. hehe. Kalau tengok seperti yang diiklankan memang saiznya hampir sama. beli-beli je, hah!!! besar kelingking je. :)
BalasPadamThanks Bro beri information awal tentang shrimp stix tu awl. If not.. haha, maybe dah terkena kot. Bukan ape, sebab memang pantang dengan udang-udang ni. (pantang jumpa, ngap sampai habis.. haha)
BalasPadamBenda kecil( shrimp stix) tapi harga dia.. boleh makan sepinggan nasi kat warung dengan sekenyang-kenyangnya..
BalasPadamsaya pon kene tipu...saya dan isteri saya baru je buka puasa ngn stix ni..dah la kecik, konon ada udang sekor dlm tu..takde pon...mmg penipu KFC ni..agak agak la nak tipu pon...
BalasPadamiye, tul tuh, masa 1st time bli mmg rasa dah kena tipu... lg pun bkn sedap sgt pun, cucur mak sy lbh sedap :)
BalasPadamhahaha...ala biase aa tu iklan~
BalasPadamcukup la skali aku terkena...berlari-lari g kfc semata2 nk rase ayam yg kononnye pedass gilerr smpi nk kna mnum air hujan...
last2 gilerr x pedas ok~ rase tomyam ade la...sengal2~
tp kfc tetap sedap~ hehe
:)
semalam ketika otw balik dari terawih,huby ckp " besok kita buka posa kat sini ekk (kfc)
BalasPadampastu dia sambung lagi.."betul ke udang (shrimp stix) tu beso mcm dlm iklan..?"
pastu combi jawab..ntah-ntah mcm chicken twister aritu dlm gambo lain bila kita order lain pulak ghopenyer..hiks :p
.......
sama mcm keropok jugak..plastik beso kemain tapi isi 1/3 jek.
kita tolong bayo harga plastik yg cantek tu kot ! :D
taktik bisnes weiii
Dulu, pada pertengahan tahun 1980 an, orang makan KFC pakai fork and spoon. Kalau makan pakai tangan mesti orang sekeliling jeling semacam.
BalasPadamBetul ..
Bro, this is very deceiving. We can report this to Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
BalasPadamIf it is being televised, then it can be reported to MCMC for misleading ad.
Nanti I will check dengan Pak Ali.
Bro Maz
BalasPadamBetul tu sokong...
Masa di KPP-ITM selalu pergi ke Pertama Kompleks, KL dengan gang satu kelas semata mata nak curi barang KFC
Pastu ramai ramai order, bila dah ramai ramai tu macam macam kepala
he he he
Pastu bila balik hostel, ada yang dapat(curi) MUG, Plate, Sudu dan garpu, Jug, ashtray etc
Semua sorok dalam beg, tak cuci pun...
Kan ke cantik cantik barang barang tu
Beberapa tahun lepas tu khabarnya, semua ditukar jadi pinggan kertas, sebab ramai sangat yang 'rembat' bawak balik
He he he ada sekali tu mat saleh Amerika datang, dia pelik tengok orang Malaysia makan KFC guna sudu & garpu
he he he he
Nota: dulu nak sebut 'COKE' asyik tersebut 'COCK',he he he pekat betul lidah Jawa Tanjong Karang
"Ayah memang selalu kasi hilang mood bila nak makan tempat best sikit!"
BalasPadamItulah kata anak-anak saya. Bukannya apa baik KFC atau PizzaHuts atau Secret Recipe atau banyak lagi Restoran mewah makanan Jepun perbagai; gempak sahaja sebenarnya. Makanannya setakat nak rasa sahaja.
Jika kita congak-congak harga, makanannya memang jadi tak sedap. Bila tenguk bill... Mak Datuk!. Saya pernah sambut hari jadi anak di Restoran Secret Recipe (lima beranak yang sulung tak ikut). Saya sekadar makan bubur sahaja. Yang lain pesan kek, mee org putih tu... entahlah saya pun tak pandai nyebut namanya. Adalah kurang lebuh lima jenis menu... tak termasuk air. Orang rumah jenis berduit; bila saya risik dengan anak-anak berapa billnya. Kurang beberapa RM sahaja nak cecah RM200.
Saya bergaji kecik ini congak-congak kalau beli beras atau barang dapur duit banyak tu.. Huh!. Apa lagi kalau beli garam duit RM200 tu.. Boleh mandi garam!.
Selera saya sebenarnya lebih suka makan di gerai Bakso Bibik (JERITAKAL suruh boikot) atau gerai Makwe Bongkok Sabut .. orang Siam. Sekitar RM5 sudah sendawa.
Bagaimana kehidupan orang kaya & VVIP kita iyer! Sdr Mazidul. Berbuka puasa di hotel mewah yang macam 360 paparkan tempoh hari. Kalau satu kepala dah sekitar RM100 lebih. Kalau sudah enam beranak macam saya dah berapa tu!.
Bilalah kita sekeluarga nak dapat berbuka di sana iyer!.
Emmm! jika orang kita semua menolak Restoran Mewah ini, macam mana pula restoran ini mahu maju!. Malu pula kalau pelancong luar datang bertandang. Takkan pelancong tu nak makan di gerai. Mana anggunnya pusat membeli belah mega tanpa ujudnya restoran ini semua.
Sesekali kita kena mampirlah juga.
wah udang ni rasa celah gigi aje lah...
BalasPadamHahaha...dah agak dah.
BalasPadamMemang terliur tengok iklan kfc tu. Bukan main lagi, semua udang kat laut habis diborong oleh kfc.
AM ada terfikir hari tu, entah-entah iklan je lebih. Entah-entah kecik je kut.
Mazidul dah konfirmkan apa yang AM agak selama ini.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Bang
BalasPadamLabun tu maknanya TIPU la...hehehehe
en mazidul..1st date dgn huby mkn kfc tahun 83 kat taiping.masa tu masih sekolah lagi kat sana..heheh :)
BalasPadambetul pakai fork & spoon.combi ni terkial-kial maklum ler masih malu-malu kuching gitu.huby blasah dgn tangan jek..
nyesal tak dapat gigit tulang temulang ayam sebab kontrol ayu ekeke :p
skrg bila mkn kfc anak-anak selalu mainkan combi "ehhh mama tak guna fork & spoon ke?? "
sabo jer aku !
*ingat combi salah masuk umah tadi.wahhh en mazidul dah tuka cat raya 2 minggu lagik.
Alahai...besar tu je ke shrimp stix??? Baik makan udang kat kedai steamboat je...saiz pun besar...hehe
BalasPadammujur laa di taruk nye udang kelinking.. kalau dibubuh udang kering apa macam?? :P
BalasPadamkecik kemetot jer udangnya.. sib baik tak diletaknya udang eragau jer dlm tu.. ehhe
BalasPadamShrimp Stix tu bukannya kali pertama dijual di KFC. Sebelum ni pun dah ada, masa orang ramai takut makan ayam dulu. Memang ciput aje saiznya.
BalasPadamPasal gambar tu, memang ada "disclaimer".. tapi perlu juga tahu apa itu "pandangan perspektif" kalau ambik gambar. Pandangan perspektif akan membuat objek yang paling dekat nampak besar, dab objek yang jauh nampak kecil.........
Kebanyakan iklan makanan segera memang sangat mengelirukan. pernah satu kali saya ke kfc dan order chessy wedges. alamat cuma ade 4 ketul; lalu saya kata kat budak casheir tu " kenapa dalam gambar tu ade 6 keping lepas tu besar2 plak?" dia kate tu cuma gambar promosi ; tapi kalo diikutkan memang salah kerana menjual sesuatu yang bukan seperti yang ditawarkan. contohnya kalo proton jual kete dia saiz saga, x kan pula nak bagi jenis yang kemetot? pas tu saya x puas hati and decided to talk to the manager. at last dapat tambah 2 keping lagi....:) cam tu jugak kat mc donald, gambar yang ditunjukkan fish burger dengan cheese tapi bila dia serve; cheese nya bukan sekeping , cuma setengah keping aje. manager kate memang they all amik gambar dari depan je bukan dari tepi jadi nampak macam cheese tu sekeping walhal setengah je....
BalasPadamso next time sebelum order ape2 tengok orang lain punya pesanan dulu. Kat cyberjaya dulu saya pegi makan kat kedai nasi ayam (jenis fastfood jugak). Dalam gambar siap dengan carrot dan salad lagi.tapi bila pesan salad entah ke mana cuma ade timun je... hangin le satu badan. at last manager offer benda lain (sbg side order).moral of the story gunakan hak kita sebagai PENGGUNA. PENGGUNA BIJAK BANYAK MANFAATNYA!
Berdasarkan kepada pembelajaran sebelum ni; khususnya melibatkan tekture dan rekaan grafik; keadaan ini dipanggil sebagai inversi pendekatan di mana membolehkan sasaran audien boleh melihat dengan jelas. Tetapi kebiasaan nya ke atas jarak teks yang digunakan iaitu pada jarak 100M.
BalasPadamDewasa ini, iklan sedemikian bukan suatu perkara baru lagi di dalam institusi masyarakat. Sering diperdaya dan kita di mana? End user. :)
Terima kasih la sebab pernah melawat blog saya :D
BalasPadam