Selasa, September 29, 2009

Ubahsuai

Sebilangan rakyat Malaysia diakui kreatif.

Mana tidaknya ...

Kereta, mereka ubahsuai.
Motosikal, mereka ubahsuai.
Rumah, mereka ubahsuai.
Pejabat, mereka ubahsuai.
Makanan, mereka ubahsuai.
Genetik, mereka ubahsuai.
Lanskap mereka ubahsuai.
Laman web, mereka ubahsuai.
Jalan, mereka ubahsuai.
Hidung, bibir, dahi, dagu, kening, buah dada, punggung, mereka ubahsuai.
Malah, kemaluan, mereka ubahsuai.

Kita mungkin akan hilang keaslian dalam banyak hal biarpun ada antara pengubahsuaian terbabit membawa kebaikan.

33 ulasan:

  1. kalau ade duit, boleh lah modified ikut daya kreativiti kita.. tapi kalau nak modified hidung,mate, bibir atau segala organ yang di anugerah oleh tuhan, takut lah... teringat muka minah salih kat paper metro kalau sue tak silap.. macam hantu! tu pun ade lelaki yang sanggup menjalinkan hubungan dengan dia...berani betul..

    BalasPadam
  2. muka dlm gambar tu macam ya-a'aauu je...

    BalasPadam
  3. hehehe...ubah la macam mana pun kalau ati tak bersih takder yang nak lekat pada kiter...kecantikan adalah dari dalam bukan luar...not many people get that..

    BalasPadam
  4. apa kate abg letak gambar artis yang ubahsuai...jangan artis western...artis kiter...rase penuh blog abg ngn gambar...ekekke...the moral of the day is...SAYANGILAH NYAWA ANDA, RUPE ANDA, DIRI ANDA BARULA ORANG LAIN AKAN DO THE SAME TO YOU...

    BalasPadam
  5. Fazmila, macam mana kalau awak senaraikan dahulu nama artis Malaysia buat ubahsuai wajah, nanti saya carikan gambar mereka.

    Maklumlah, saya bukan ikut sangat perkembangan artis, tambahan pula siapa pakai botoks, buat plastic surgery dan sebagainya.

    BalasPadam
  6. teringin nak buat perubahan pada perutku ini. dah nampak menonjol boroi, :P hihihihi .

    BalasPadam
  7. orang Malaysia mmg kreatif..aku bangge jd rakyat Malaysia..
    tp..yg terlebih kreatif pon ade gak,bunge api jd bom dll..kesian le plak..
    ~nak kreatif pon biar la buat mende yg bawak faedah,bkn mende yg bawak padah..(padah dunia@akhirat)

    BalasPadam
  8. Salam kat semua
    CENGKO..comey la awak eja ya'aau tu..hehehe
    FAZMILA..ada bran ke nak list nama artis pakai botox? hehehe..saya takut...
    Bang Maz..ada duit macam2 boleh jadi..yang pesek boleh mancung, yang lebar boleh runcing dan yang gemuk boleh kurus kering..huhuhu..abang amacam? ada bran ke nak ubah apa2? hehehe

    BalasPadam
  9. artis yg sue masih ingat yg guna botoks ialah zahida rafik.. cuma dia yang berani ngaku pakai botoks..yg lain muka dah lari yg asal pun masih tak nak ngaku.. semulajadi la kononnyer.. :P

    BalasPadam
  10. askm bro Madz,
    nak ubahsuai rmh time RYE tu biasa le kan..., tambah cantik dan berseri le rmh. tp nak ubah suai tang muka, hidung, mate &......., tu X yah le, membazir. baik simpan utk perkara2 yg lebih berfaedah... bukan semue nye yg berjaya, side efect nye perlu pertimbangkan gak. Kalo dah berumur nanti nampak betol le ubahsuainye, kan..3!! Xde le kekal lama, bkannye tambah cantik, bahkan tambah huduhnye.. heee2!
    JADIKANLAH DIRI KITE ORG2 YG BERSYUKUR ATAS SEGALA PEMBERIANNYE.

    BalasPadam
  11. mungkin kerana "puas" itu sementara sifatnya.

    BalasPadam
  12. sy sokong dgn fazmila... sy tgkkan byk artis yg wajah diorg mmg tak ori langsung.. ada yg kata sbb selalu amik air smyg.... ishhh... tp takkan umur 50 lbih pun kedut tak da langsung...

    BalasPadam
  13. Faz..
    masih muda..tunggu tahun depang anak 10 baru buat botox..
    suami masih setia..

    .malu laa ubah suai tempat yang orang nampak,,
    cuba ubah suai lokasi tersembunyi..
    lepas tu test power..

    BalasPadam
  14. bro, saya ubahsuai kereta je... hehehe.. tapi mmg kat malaysia ni jarang jumpa manusia yg suka standard..kalau x ubahsuai kereta mesti nak ubahsuai rumah atau lain2.. semua tu lumrah rasanya.. tapi kalau dah masuk bab ubahsuai diri yg sememangnya dah sempurna tu mmg saya tak berkenan langsung..

    BalasPadam
  15. Sue, kekadang perempuan tengok perempuan tidak berapa menarik tetapi lelaki terbuka hati. Opposite attract barangkali.

    Cengko, rasanya perempuan, bukan nyah.

    Mr. J, lelaki boroi, bukan ke 'seksi'?

    Pujaan, kes itu selalu kalau tidak di Terengganu, mesti Kelantan :)

    Kirana, saya sekadar ingin mengubah sikap, agar lebih sabar.

    Nizam, kalau 'puas' bersifat kekal, semua lelaki berkahwin sekali sahaja seumur hidup, pastinya.

    Cahaya, dia orang urut muka setiap harilah tu.

    BalasPadam
  16. hahaha! tu lah, orang sekaran ni tak puas n tak cukup bersyukur dengan apa yang tuhan dah kurniakan! ubah tu, ubah ni. kadang2, ada yang bawak kebaikan dan ada gak yang terover!

    BalasPadam
  17. hehehe..

    Mr. J, lelaki boroi, bukan ke 'seksi'?

    Bro Mazidul membuat aku tersenyum lebar seketika. hihi.. "seksi" ke ? kalau macamtu tak jadi nak operate perut hahah..

    *nak tanya wanita2 disini, " lelaki perut boroi seksi tak?" .

    tapikan lelaki perut boroi memang poket berisi , macamana pun tetap makan dan makan . Dan bagi orang cina perut boroi ni lambang mewah juga. hihihi..

    BalasPadam
  18. ZZ..
    kalau ubah suai tempat tersembunyi lagi susah.
    kalau terOVER org akan tengok jugak. he he he.
    walau bagaimanapun.
    ALLAH sudah tentukan kita sedemikian.
    bersyukur seadanya,

    jgn sampai kesal kemudian hari.
    haram hukumnya.

    BalasPadam
  19. Mazidul... saya tertarik dengan cerita ubahsuai ini. Jadi saya tulis dalam blog saya cerita ubahsuai juga.
    lawati blog saya www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  20. Hidup rakyat Malaysia. heheh.. Buatlah ape yang korang suka asalkan korang gembira. Tepuk dada tanya selera.

    BalasPadam
  21. ubahsuai muka, badan dan kemaluan dah ada sjak zaman jahiliah lagi, cuma skrg teknologi semakin canggih and maju, tu aje...

    manusia skrg semakin rakus nak ubah itu ini asalkan duit penuh dlm poket, dosa/pahala dh ditolak ketepi je janji hati puas dpt tgk muka/badan cantik dan mengikut kehendak hati masing2...

    BalasPadam
  22. Ada duit boleh la nak ubah apa sahaja yang diingini..tapi nak ubah tu berpada-pada la...hehe

    p/s: saya suka ubah gambar guna adobe photoshop...biar nampak kreatif skit... :D

    BalasPadam
  23. Mr J..

    betul kata cik Mazidul tu.. boroi tu 'seksi' hahaha...

    sang suami belum sampai tahap boroi lagi.. baru stage boboi.. tapi pd sy dia tetap seksi.. ahaks!! :P

    BalasPadam
  24. nak ubah suai muka jadi mcm wardina saffiah..bole tak?? :D

    suke arr kat wardina sbb cara dia ckp buat kita tertarik dan rasa positif jek :)

    kirim slm kat dia & abby farhana ye en mazidul.

    BalasPadam
  25. eh buleh x modi muka aku jadi Mitsubishi Exo X?

    Smart la keta tuh!!

    BalasPadam
  26. ejaescobart , wahh seksi yerrr.. hihiih

    i semalam tanya kawan kawan perempuan i , dorang cakap no komen no komen , ada yang suruh bersenam ada yang suruh kurang kan makan . perh.

    *teringin nak berbadan seperti Bastita , the rock ke,

    BalasPadam
  27. Di Malaysia ini, semua boleh di ubah (termasuk citaan Allah) cuma yang tidak boleh diubahsuai ialah sikap buruk kita di jalan raya.

    Buatlah apa sekalipun, buatlah ops sikap, saman, penjara dan macam Tan Seri Musa kata, walaupun dihukum bunuh, sikap buruk kita tetap tak akan berubah.

    Satu-satunya yang boleh ubah sikap kitalah bila nyawa telah terlerai dari badan.

    hehe lari topik ke ni...

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  28. Abg Maz,yeke prot boroi tu seksi?em..sy xtow la nk kte sbb hsbnd sy xboroi pon..hehhehe..

    Org skng ni byk duet,bykla bnda yg nk diubah.Mulut bagi seksi,muka bagi tegang..smpai nk berckp pon da ssh.pelik2...hahahaha...bnda yg haram dihalalkan.tu yg jadi kt zaman skng ni.mudah2an mereka2 yg merubah fizikal tu cpt2 la bertaubat sblm terlambat.moga Allah mengampunkn dosa2 mereka...

    BalasPadam
  29. bang mazidul>heheh..bang bukan tak berani..baik tulis dengan bukti baru ader backup...tulis dengan cap jari kat keyboard ni tak pasal2 kene ban..ekeke..

    kirana>bukan tak berani..cuma tak der bukti kukuh..kalau ader saya akan buat entry yer..

    cahayachenta>bukan setakat air sembahyang,..ader yang siap ngaku minum air mineral jer..tetiba dagu,breast,pipi naik yer...air aper agaknyer dier minum siap ader collegen...ekekek...

    zeqzeq>sebab tue saya kate kecantikan adalah pada dalaman...hanya suami tersayang yang nampak kecantikan itu...tak payah ubah ruper...dah tuer pun ati tetap maintain dan muda pada suami...jangan mare yer..

    BalasPadam
  30. nowadays ini hal mmg sudah biasa lo...money can buying hepinez...yg lawa makin lawa...yg x lawa akan jadik agak lawa dan yg sm waktu dgn nye...hehe...tp kesan kendian hari..? pandai ubah, pandai2lah bw diri. kan?

    BalasPadam
  31. Kangnasir..

    bab ubah suai yang halal haram kena tanya pakar agama samada unsur bisnes atau tak,
    setakat ini yang saya tau mengubah atau memasang GIGI palsu sahaja diharuskan dengan alasan meperbetulkan tajwid dalam solat..

    P/s: Apa-apa pun boleh bertanya/merujuk kepada ustaz2 mengenai hukum sebagai umat islam yang ngaku Islam sepenuh bukan islam separuh..

    BalasPadam
  32. setuju dengan ulasna zeqzeq...ader sebab pengecualian lain ker...???

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.