Kali pertama bertemu, mereka sekeluarga kelihatan cukup bersopan. Suami, Mansor, pekerja kilang, berwajah redup dan lembut berbahasa. Manakala, isteri, Ros, suri rumah berusia lingkungan 40 an. Pasangan itu dikurniakan 3 anak masih bersekolah. Keluarga Mansor, penyewa apartment 3 bilik milik isteri saya di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor.
“Anak kakak lari rumah”, “Kakak sakit”, “Syarikat abang kerja belum bayar gaji”
Itu antara alasan dikemukakan Ros, mengelak menjelaskan sewa bulanan rumah, RM600 sejak tahun 2007. Bayaran tertunggak kini mencecah RM4,600.
“Nak bagi tahu, kakak dah nak keluar dari rumah hujung bulan ni,” ujar Ros sewaktu menghubungi isteri saya pada jam 8.25 malam tadi melalui telefon bimbit.
“Eloklah, saya pun memang nak minta kakak keluar dari rumah tu tetapi tunggakan semua kena bayarlah,” balas isteri.
Berasa tidak sedap hati, saya bergegas memandu ke Shah Alam. Setibanya di rumah terbabit, lampu bilik terpasang namun kelibat penyewa tidak kelihatan. Isteri kemudian menelefon Ros dan meminta dia dan suami bertemu kami di hadapan rumah sewa tidak berpenghuni itu. Lebih 15 minit menanti, Ros tidak muncul.
“Dia orang pindah dua hari lalu. Jalan kedepan, blog hujung sebelah kanan, rumah baharu dia orang di tingkat dua,” ujar jiran saya temui.
Diiringi beberapa jiran mereka, saya berjalan ke blok terbabit dan menunggu, sabar. Kurang 10 minit Mansor tiba, dia menggelabah, Ros tidak kelihatan.
“Saya amat benci bila Melayu tipu Melayu. Kita berbudi, awak tidak tahu berbahasa. Macam melepaskan anjing tersepit, sewa rumah tak bayar, kita biar keluarga awak duduk, kasihan. Lepas tu lari malam, at east bagi tahulah nak pindah. Tadi isteri awak kata nak keluar hujung bulan, rupanya 25 haribulan dah cabut. Apa ni Mansor?,” kata saya.
“Saya memang dah bagi tahu pada Ros, jangan buat macam ini, tak baik. Patut kita bagi tahu dulu sebelum keluar,” balasnya.
“Mansor, awak ketua keluarga. Sepatutnya isteri dengar cakap awak, bukan awak dengar cakap isteri,” celah saya.
Dia terdiam. Kami kemudian berjalan kembali kerumah sewa.
“Apa ni? Jangan kurang ajar boleh tak? Berapa ribu hutang dia?,” jerit adik ipar Mansor, bertubuh besar, tiba menaiki kereta Proton Iswara.
Saya tidak melayan jeritannya. Saya yakin anak muda itu tidak mengetahui perincian sebenar kes.
“Awak bagi tahu kepada dia, siapa kurang ajar. Penyewa lari rumah tak bayar hutang beribu ringgit atau saya?,” bisik saya kepada Mansor.
“Kau tak payah masuk campur, biar aku selesai,” Mansor menenangkan adik iparnya sebelum dia beredar.
“Dia nak tolong bayarkan ke?,” tanya rakan datang bersama saya, Jamil.
“Eh! Tak,” balas Mansor.
Hairan, keluarga terbabit boleh menyewa rumah baharu, RM450 sebulan, pada masa sama lari meninggalkan rumah sewa lama dengan bayaran tertunggak.
“Mansor, lain kali kalau nak lari, cari rumah jauh sikit, di Seksyen 13 ke. Ini lari dekat sangat, mudah saya cari”
Ros pada mulanya enggan bertemu kami, kelihatan datang berjalan perlahan menghampiri.
“Hari Isnin ni kakak call, bagi tahu berapa banyak tertunggak. Rabu nanti kakak bagi cek,” ujar Ros buat kesekian kalinya.
Ingin benar saya percaya janjinya.
“Ingat, orang kalau menipu, sampai mati hidup susah. Satu lagi cubalah hormati suami, ” saya memperingatkan Ros sebelum beredar.

Bro Mazidul memang berani. Tapi itu sebenarnya memang hak Bro. Memang patut mintak pun.
BalasPadamTakde perjanjian hitam putih ke? Sewa rumah ni jangan main-main, cakap dia kata nak bayo, belum tentu lagi tu... Ntah2 esok lusa, lari ke tempat lain plak.
Melayu macam ni ramai, tipu bangsa sendiri.
Dia mungkin bermasalah kewangan, tapi dia kena faham, perkhidmatan yang dah digunakan termasuk rumah tersebut perlu dibayar. Tak kira alasan apa pun...
Tapi saya takde keberanian macam Bro. Kalau jadi pada saya, saya mintak bantuan polis kot....
Mujur dah ada rumah sendiri. kecik-kecik pun, tak perlu sewa...
Kalau diorang tak bayar jugak, bro Maz buat laporan polis tak?
BalasPadamKat area rumah saya ni ada penyewa yang tak bayar tunggakan sewa sampai tuan rumah tampal notis bagitau laporan polis akan dibuat jika tak bayar sewa dalam tempoh tertentu....
Saya percaya kalau kedua mereka berbincang dengan baik, pasti saudara Mazidul akan turut bertolak ansur apatah lagi hutang sewa sudahpun mencecah beribu ringgit. Ini tidak, bagai melepaskan anjing tersepit.
BalasPadamTetapi, marilah kita semua berdoa harap harap bro Mazidul akan terus bertolak ansur seperti sebelum ini sebab pahalanya nanti di akhirat. Mudah mudahan apa yang bakal dilakukan bro Mazidul menjadi contoh kepada kita semua.
Kekadang, tak semua yang kita nak, kita dapat dan tak semua yang kita rancangkan, harapkan - akan dapat. Allah SWT lebih mengetahui. Ini dugaan kecil buat isteri dan bro.
Tahniah bro sebab masih bersikap tolak ansur.
p/s: kenapa tak dicepuk jek adik dia tu. Hahaha. Nasib depa baiklah.
Mazudul... jemput berkunjung ke blog saya, saya ulas cerita "pelacur call girl' yang masuk muka depan Metro Ahad hari ini. www.kadikluang.blogspot.com
BalasPadam“Saya amat benci bila Melayu tipu Melayu... " pelik bunyinya dan x masuk akal langsung >.<)" .. Kalau Melayu tipu bukan Melayu, kamu x benci eh ? renung2kan .. xD
BalasPadamEldy, awak faham penggunaan perkataan 'amat'? Perkataan melambangkan perbandingan, comparison. Perkataan itu saya gunakan khusus bagi kes ini, bukan kes lain.
BalasPadamYa,saya memang amat membenci Melayu menipu Melayu tetapi itu tidak bermaksud saya tidak membenci bangsa lain menipu Melayu atau sebaliknya.
Come on la bro, komenlah secara lebih bijak. Minta komen bijak 'sedikit' pun tak apalah.
Komen Eldy mendorong saya melawat blognya.
BalasPadamDi entry 'Di manakah engkau followers?', dia meluahkan rasa ketidakpuasan hati kerana sebilangan follwoersnya 'hilang', tidak lagi menjenguk blognya.
Pandangan saya, Eldy usah gusar. Saya juga mempunyai folowers kekadang 'menghilangkan' diri. Alidyangon, contohnya. Tetapi saya faham, dia jurutera di Myanmar, mungkin sibuk dengan tugasan harian. Jika ada masa terluang, InsyaAllah dia pasti akan muncul semula melontarkan pandangannya di sini. Begitu juga dengan followers lain.
Tugas blogger menulis, jika ada antara pembaca sudi mencatatkan komen, silakan. Jika tidak, jadilah silent readers, bagi saya tidak ada salah dan silapnya.
Abg Mazidul, salam dr saya, Carol dr Kuching, Sarawak. Saya adalah salah seorang follower blog abg Mazidul. Memang tak dinafikan, saya tidak pernah ulas apa2 tapi saya mengikuti perkembangan etc. Dlm kata lain, silent reader =) Saya suka hasil penulisan abg Mazidul dan pandangan abg Mazidul. Saya ada menulis post di dalam blog saya dan saya ada buat link dekat BLOG abang Mazidul.
BalasPadamTeruskan menulis dan membuka mata semua masyarakat dgn hasil nukilan abang yg amat memberikan banyak inspirasi kepada banyak pembaca di luar saya, termasuk saya.
Saya suka hasil tulisan abang Mazidul. Yes =)
Caroline, thank you for visiting my blog. I have read some of your entries.
BalasPadamPlease continue writing. A writer has to read before being able to write. It means, every time you jot down your ideas, you are gaining knowledge, at the same time sharing it with others.
Isn't that incredible?
*cheers*
BalasPadamThank you for such inspiring words. It makes my day. I agreed with what you said. I must read before I am able to write. I love the way you write and express all the thoughts.
Be yourself Abang Mazidul and I wish u all the best yah. Keep on writing =)
dah kerap say jumpa melayu cam nie.... tp sy xkisah pun if dorg wat cam tue
BalasPadamcoz seperti yg bro ckpkan...org2 acm nie mmg akan hidup susah sampai bile2... xdpt hukuman dunia...tgu je di akhirat
www.broframestone.com
Frame, antara tujuan saya menulis entry ini sekadar ingin berkongsi maklumat berikut bersama pembaca.
BalasPadamPertama, ukur baju di badan sendiri. Dahulu semasa mula menyewa rumah, Mansor dan Ros berkata mereka mampu menjelaskan sewa rumah setiap bulan. Justeru, langsung tidak meminta bayaran sewa diturunkan biarpun sedikit.
Kedua, usah lupa mengutip deposit sewa rumah sekurang-kurangnya 2bulan, begitu juga dengan deposit air dan elektrik.
Ketiga, usah terlalu bersimpati kepada penyewa langsung tidak mempunyai perasaans sama terhadap kita, pemberi sewa.
..ahaa..rasanya keluarga ini melarikan diri sebelah malam adalah kerjanya sejak dulu lagi..elok paparkan imej di kedai 7eleven bagi perhatian bakal tuan rumah..bukan niat memalukan..
BalasPadamniat 'perhatian' bakal pemberi sewa..
jika miskin sangat boleh minta zakat ekpres..di pusat zakat wilayah..logiknya..
Berhutang, membayar hutang, dan mengutip hutang adalah rantaian kerja yang bukan menyenangkan...Sabar En. Maz, ini adalah ragam manusia di sekeliling kita...masyarakat yang pelbagai karenah...Bukan takde yg baik, ada...Tapi, a/bila terserempak dengan kes sebegini, hanya Tuhan yang tahu...
BalasPadamMazidul.. saya sudah ulas komen Mazidul dalam blog saya. Tajuk komen saya "Hotel 5 Bintang, Gay dan Lesbian". .. Jemput semua ke blog saya www.kadikluang.blogspot.com
BalasPadamHutang puluh ringgit boleh kira halal lagi...tapi kalau hutang sampai ribu-ribu ringgit, nak halalkan macam begitu sahaja bukan perkara mudah..hati tak senang.
BalasPadamNamun, memang ada orang yang kesempitan wang...kais pagi makan pagi..
Orang yang tiba-tiba menyampuk dam menyerang orang sedangkan tidak tahu apa hal sebenar adalah.....?
http://manis18.blogspot.com
Eee...saya memang benci la dgn penipu besar camni.
BalasPadamPengalaman kena tipu dgn orang Melayu dulu buat saya jadi serik nak pinjamkan duit kat sapa2 pun.
Sesen pun saya tanak bagi.
Saya dah serik kena tipu.
Masa nak pinjam atau nak berhutang, bukan main janji lagi.
Siap sebut nama Allah lagi.
Ini la Melayu tapi Islam pada nama je.
Dia taktau hukum berhutang ni camna.
Kalau dia tau, mesti dah lama dia langsaikan cepat2.
Ini tak, dah la berhutang, ada plak yg nak tunjuk lagak.
Bodoh betul!
bro maz, sekadar berkongsi pengalaman. ayah saya dulu pun penah terkene. setahun lebih penyewa tak bayar sewa rumah. nak tolong melayu, ayah bagi sewa RM400 je sedangkan sewa area tu paling murah RM600.
BalasPadamsiap 'lari' bila ayah ke rumah sewa tu... ayah siap hantar peguam lagi, pun dia buat de'. Last2 abah pegi jumpa bos dia, baru dia nak bayar. tu pun siap maki-hamun abah sebab pegi jumpe bos dia.
skrang rumah tu dah di jual.
buat pengetahuan bro maz, penyewa tu adalah seorang anggota polis berpangkat Inspektor.
en mazidul..
BalasPadamkalau penyewa selalu ingat hukum karma combi rasa takde penyewa yg berani menipu..betul tak??
combi menyewa dah hampir 10 tahun disini sbb kat kedah combi dah punya rumah sendiri.alhamdulilah tak pernah ponteng membayar sebelum 7 haribulan setiap bulan.
rezeki tak akan kurang kalau kita lunaskan hak org lain.percaya lah!
Mard, kalau polis memang senang sebab boleh mengadu hal dengan superiornya. Ini kerja kilang Jepun di Seksyen sama di Shah Alam, Selangor.
BalasPadamTetapi, kalau tindakan itu diperlukan, saya tidak keberatan ketempat kerjanya. Kalau mereka tidak kenal, saya boleh memperkenalkan diri.
Malam tadi banyak gambar mereka saya rakamkan, buat simpanan dan kenang-kenangan :)
Baca pun dah sakit hati, kalau kena batang hidung saya ni tatau la apa yang saya buat. Tapi kalau saya... 3 bulan tak bayar saya dah halau keluar dah. Kesian mmg kesian bro... tp kena la gak kesiankan diri sendiri yg buta2 nak bayar installment kat bank. (saya jenis yg kurang bersabar dalam segala hal)
BalasPadamTapi bila baca2 balik... seksyen 25, kerja kilang jepun kat shah alam... alamak... jgn pekerja syarikat saya. Tp mmg betul bro... kalau kes mcm ni mengadu kat management jepun tu... diorang pun tak leh buat apa...
Takpe bro.... lembu pegang pd tali, manusia pegang pada janji... kalau dia buat2 lupa janji... kita kasi dia ingat sampai mati.
rumah combi kat kedah tu ada 4 bilik dan mempunyai kawasan landskap yg luas serta view sawah padi saujana mata memandang.
BalasPadamada org nak sewa tapi huby takmoh sbb bimbang atas perkara mcm gini ler.. :(
bila balik kedah kami akan tinggal disana mcm 'istana hinggap' gitu ekeke :p
........
rumah abg combi kat sec 17 shah alam disewa pada student.bebudak ni repair motor dlm umah sehingga bercop tapak tangan dgn minyak hitam.tandas rosak,cermin pecah dan penat kalau nak taip onar yg dorang buat.
sampai abg combi pernah NAK sumpah seranah dorang " kalau ikut hati aku nak doa dorang gagal dlm exam " ermmm ambek ko!
tapi tu ler..bila ingat dorang mcm anak-anak kita jugak pujuk hati jgn sumpah seranah mcm gitu :)
sabo jer aku.
Salam En MAS,
BalasPadamSangat geram bila baca kisah u kali ni....macamanalah 2 penipu tu boleh buat macam tu sekali. Ogie pernah juga kena macam tu..tapi tak lah sampai ribu ribu....cuma sakit nya hati....Allah aje lah yg tahu....yg paling kelakar...mamat yg tetiba marah kat u tu...apahal?...hei....tulah....tak selidik hujung pangkal tak alih alih nak jerit kat org. Bila tahu kisah akaknya yg buat onar....tersipulah pulak...he he he. AMAT BENCI JUGA MELAYU TIPU MELAYU.
Bro memang orang yang sabar. Setakat ini dah dua kes yang berhutang dengan Bro tapi lari @ tak bayar. ( yang Bro masukkan dalam Blog edisi bulan september)
BalasPadamBazrul, bukanlah saya sabar sangat. Kekadang perasaan simpati itu agak berlebihan.
BalasPadamisk isk.. buat malu kaum je laa depa ni.. ini dah masuk kategori menganiaya org lain ni..
BalasPadamtak ke depa ni pk tuan rumah yg mengharapkan janji2 manis depa nak langsaikan hutang tertunggak tu..
4 ribu tuu.. bukan sikit2.. isk.. kalah gaji saya setengah tahun ni..
yang sorang lagi tu (adik ipar) memang biadap..agaknya dia ingat body dia besaq cik Mazidul takut kot...
apa2 pun syabas cik Mazidul atas tindakan yg brani dan penuh kewarasan..
sy doakan cik Ros laki bini tu langsaikan laa hutang seperti mana dijanjikan..
*jgn dia bagi cek tendang mcm anak tokey ladang getah tu sudah... (Harun bin Mahfus)
itulah senario hari ini abang maz!
BalasPadammereka2 yang macam ni kadang2 nak dimarah, kesian. tak dimarah, kita dipijaknya! dulu pernah juga berlaku pada my late dad but since saya yang handle sekarang, tak ada dah. tegas dan jangan bagi muka sangat! kalau tak, kenalah sukat betul2 beras nanti nak makan!
=)
bang bukan nak kater aper bang...bukan setakat keng kawan dier tipu...bapa mertua dan ibu mertua pun bulat2 kene tipu..nikan orang lain...mana tak melayu rosak..pikir nak lepas diri tak peduli orang lain susah ker tak..
BalasPadambang mekacih sebab add saya dalam blog list abang...ni yang lagi semangat nak tulis...a big thanks yor..mari kawan - kawan luahkan hati anda serta pendapat anda untuk membuka minda ini dengan lebih luas..
BalasPadamEja dan Mohamad, kekadang kewujudan manusia sebegini tidak boleh dinafikan.
BalasPadamMereka barangkali sudah bisa tegal biasa. Muka tebal, couldn't care less. Asalkam boleh terus hidup, sudah.
Fazmila, teruslah menulis.
Kes kami bangsa lain tipu kami; hingga terpaksa jual rumah itu. Ansuran bulanan bank terlalu tinggi tak berbaloi dengan duit sewaan.
BalasPadamRumah itu atas nama isteri saya. Saya pernah ceritera kes ini di blog ini...
Lebih puluhan ribu RM kami rugi, masa itu memang ekonomi kita merudum teruk, harga rumah jatuh mendadak; ansuran bank pula melambung naik.
Kami tawakal sahaja. Yang tipu kita bangsa asing, lain agama lagi; macam mana pembalasan Tuhan?.
Atas nasihat saya duit untung jual rumah (tak sebanyak mana... rugi yang banyak!) kami buat rumah sewa di tanah pusaka milik Mak Mertua saya. Dari beberapa pintu sekarang Sekarang telah ada empat pintu. Setiap pintu ada tiga bilik. Rasanya itu rahmat Allah Nan Pemurah atas bencana penipuan ini.
Kita merancang Tuhan menentukan. Rezeki di tangan Dia Nan Esa. Hari ini kita rugi, esok lusa mungkin Allah SWT akan murahkan rezeki kita.
Bersabarlah Sdr Mazidul!.
Impak permasalah menyewakan rumah ini memang banyak. Duit lebih kena selalu ada di tangan. Bila penyewa pindah jarang amat rumah yang disewa sempurna. Nak cat & baiki semula memang kosnya tinggi. Tak semua kerja kita mampu buat. Kena masalah paip & tandas tersumbat itu memang memeningkan. Terpaksa upah orang. Semua itu guna duit.
Sipenyewa tak pernah fikir semua itu. Belum pelbagai cukai berkait dengan rumah sewa itu lagi.
gosh. byknya hutang sewa tu...pastu leh pindah rmh br...teringat pepatah - tak sedar diuntung. sir, dh selesai x hal ni? hopefully u dpt blk harga sewa tersebut. i respect the way u handle this matter. sir mmg jns 'cepat kesian/simpati' terhadap org lain, but in this situation, terms tu mungkin tdk patut utk terus diguna pakai, for your own good. :')
BalasPadamSalam semua.
BalasPadamAkhirnya semalam 29 September 2009, Ros menjelaskan hutang tertunggak, RM2,400. Selebihnya akan dibayar dalam tempoh sebulan.
Kekadang manusia memang pelik, apabila tersepit, baharulah cuba mencari pelbagai jalan untuk menyelesaikan masalah. Sebelum ini hanya memikirkan jalan keluar sahaja.
Jika hutang tertunggak dibayar secara ansuran sebelum ini, pasti keluarga terbabit tidak berada di dalam keadaan tertekan.
Apapun, terima kasih kepada semua pembaca melontarkan pandangan khususnys di entry ini.
Salam semua.