"Bro, anak saya menangis di dalam toilet sampai bengkak bengkak mata. Mula mula mengadu kepada emak dia di ruang tamu, sebaik terlihat saya masuk ke rumah, dia masuk ke toilet, terus menangis," ujar Razali Harun.
Saya mendengar secara teliti keluhan kru 666, juga jiran saya, berusia 39 tahun itu.
"Kenapa dia?," soal saya.
"Dia mendakwa dikurung di dalam tandas oleh kakitangan sekolah. Selepas kunci pintu dibuka dari luar, dia dikatakan menolak kepala anak saya. Bro pun tahu anak saya, dia memang susah hendak menangis dan kalau boleh tidak akan mengadu kepada saya," jelas Razali.
Sepasang anak Razali, sudah seperti anak saya sendiri.
Kejadian dilaporkan berlaku pada petang 21 Mac lalu.
Berikutan itu, malam kelmarin, saya dan Razali kemudian berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sebelum tengah malam hari sama.
"Kita bertanya dahulu kepada pengawal keselamatan bertugas malam. Mungkin mereka tahu kes ini," ujar saya.
Sebaik merapati pintu pagar utama sekolah, Razali pantas memberikan salam.
"Waalaikumsalam. Apa hal?," soal lelaki tanpa berpakaian seragam pengawal keselamatan berjalan kearah pintu pagar utama.
Tercegat berhampiran pondok pengawal, saya percayai, rakannya.
Sejurus terlihat saya, lelaki terbabit kelihatan gugup lalu berkata ...
"Oh! Mahathir ..."
Saya yakin dia terkeliru di antara nama saya dan nama pengacara televisyen tersohor di Malaysia, Datuk Mahathir Lokman. Namun penampilan bengis wajahnya sewaktu disapa oleh Razali, saya hilang minat untuk meleraikan kekeliruannya.
Bagaimanapun saya menyambut salam pengawal keselamatan itu.
Berikut antara rakaman perbualan awal di antara Razali dan pengawal keselamatan terbabit sempat saya rakamkan.
Razali : Anak saya menangis mangis kat rumah tu sebab dia kena locked kat dalam toilet (sekolah).
Pengawal Keselamatan : Ya ke? Tak tahu pula cerita dia.
Dari riak wajah dan gaya percakapannya, pengawal terbabit seperti langsung tidak mengetahui kejadian berlaku.
Apapun, perhatikan papan tanda ini.
Sejuk hati saya membaca informasi dicatatkan, terserlah rasa tanggungjawab kakitangan sekolah rendah itu jika misi dilaksanakan.
Kira-kira jam 5.40 petang semalam, selepas mengambil pas pelawat di pondok pengawal, saya dan Razali melangkah menuju ke pejabat sekolah.
Sebaik berpeluang menemui guru Penolong Kanan wanita bertugas, Razali memaklumkan beliau berhubung dakwaan anak lelakinya.
"Encik tolong isikan borang aduan ini terlebih dahulu untuk memudahkan pihak sekolah membuat rujukan," kata guru.
Razali mengikut arahan guru terbabit, saya hanya memerhati.
"Encik tunggu sekejap, biar saya panggil encik 'Mahat' (bukan nama sebenar) Dia mungkin sudah balik," ujar guru terbabit.
Beliau kemudian mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi lelaki terbabit.
"Boleh tolong datang ke sekolah sekejap? Ada bapa pelajar hendak berjumpa," pinta guru itu.
Tujuan kami berada di pejabat sekolah itu, untuk menyingkap fakta sebenar berhubung kejadian. Kami berhasrat untuk mendengar penjelasan pihak kedua dan bukan sekadar membuat tuduhan secara semberono.
"Mahat kata, dia akan datang ke sini sebelum jam 6.30 petang," kata guru sama.
Pada ketika itu, jam tangan saya menunjukkan pulul 6.12 petang.
Beberapa minit menunggu berhampiran kaunter, muncul lelaki memakai kemeja-t berkolar dan dia kemudian berdiri berhampiran saya dan Razali.
"Betullah bro. Inilah dia lelaki (pengawal keselamatan) kita jumpa malam tadi sewaktu dia bertugas tanpa berpakaian seragam," ujar Razali.
Lelaki berusia 53 tahun terbabit dipercayai berkerja sebagai tukang kebun sekolah di waktu siang dan pengawal keselamatan pada waktu malam.
Pada awalnya, pengawal keselamatan itu berdolak-dalik sewaktu ditanya.
Pada awalnya, pengawal keselamatan itu berdolak-dalik sewaktu ditanya.
"Saya boleh memanggil anak saya ke sini untuk membuat pengesahan. Adakah tindakan itu perlu?," soal Razali.
Dengarkan rakaman audio di bawah secara teliti.
Perlakuan pengawal keselamatan itu mengakibatkan kesan psikologi terhadap anak kecil.
"Ini bukan soal kecederaan fizikal dan tempoh dia dikurung tetapi fasal tindakan awak mengunci pelajar sekolah di dalam tandas. Pelajar itu trauma," kata saya.
"Saya memang suka main main, bergurau dengan budak-budak," ujar pengawal keselamatan itu.
Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang.
"Jika anak saya melakukan kesalahan, guru di sekolah ini boleh memukul dia, jika perlu. Saya tidak kisah dan menghormati tindakan itu tetapi bukan mengurung dia sebegitu. Dia masih kecil dan tidak memahami kaedah 'gurauan' seperti itu ," celah Razali tegas.
Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang.
"Jika anak saya melakukan kesalahan, guru di sekolah ini boleh memukul dia, jika perlu. Saya tidak kisah dan menghormati tindakan itu tetapi bukan mengurung dia sebegitu. Dia masih kecil dan tidak memahami kaedah 'gurauan' seperti itu ," celah Razali tegas.
Dia kemudian memohon pihak pengurusan sekolah untuk mengeluarkan surat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.
Jika tidak, laporan polis akan dibuat.
"Kita lakukan tindakan ini semua untuk dijadikan teladan kepada semua kakitangan sekolah," ujar Razali lagi.
Saya difahamkan, pengawal keselamatan, ayah kepada 7 anak itu, berasal dari Sungkai, Perak.
"Tidak perlu mengalirkan airmata. Malam tadi sewaktu kami temui, awak kelihatan bengis biarpun dihampiri dan ditegur secara baik," jelas saya kepadanya.
HEBAHKAN
berani dia kurung budak dalam toilet ? kalau jadi apa apa camner ? tapi memang betul tindakan pergi ke sekolah untuk "BERBINCANG" ...
BalasPadamSMTI..ala...kekadang guard nih jek yg melebih...eksen..!!
BalasPadamSMTI
BalasPadamsmti, tu gurauan kurang ajar namanya...
BalasPadam1 tindakan yg betul... kalu tak pihak sekolah bt tak kisah je
BalasPadamI don't understand, bro.
BalasPadamWhat right does a gardener-cum-security guard have to lock up a child in a toilet?
Jangan dikatakan gurauan, kalau sesekali budak sekolah nakal ke apa ke, bukankah wajar hal-hal disiplin diurus oleh kakitangan tenaga pengajar, i.e.: Guru Disiplin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, etc?
When he locked up the kid in the toilet, what role was he playing? Gardener? Security Guard? Paedophile?
And furthermore, macam mana kitorang boleh percaya kebolehan seorang tukang kebun sebagai seorang penjaga keselamatan? Keselamatan apa yang nak dijaganya?
We have to take this seriously, bro.
I am sure there would be numerous covered up stories of such nature around the schools in our country.
Not everyone has access to complain to "Datuk Mahathir Lokman"... Ooops, I mean Tuan Mazidul Akmal... :P
HEY! BTW: Happy Belated Birthday! :D
ni orang kampung saya nih..cissss memalukan kaum sekampong jer...
BalasPadamYang tersirat akhirnya tersurat. Harap yg bersalah tu akan sedar.
BalasPadamJujur saya katakan di sini yang banyak perkara yang saya belajar semenjak mula membaca blog En Mazidul. Contohnya.
- Wujudnya kesedaran tentang perkara yang selama ini saya anggap remeh.
- Tambah pengetahuan mengenai undang-undang.
- Tahu hak-hak kita sebagai pengguna dan masyarakat.
- Tahu serba sedikit tindakan yang perlu kita ambil jika berhadapan dengan sesuatu situasi.
All the best!
tindakan melampau si gila kuasa
BalasPadamsalam, laporkan pada pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan JPN Selangor. Guru Besar sebagai ketua jabatan harus bertanggungjawab dalam kes ini. Menyokong dan mengambil pekerja yang 'bergurau' sehingga mendtanagkan kecederaan emosi serta trauma kepada pelajar bukan suatu perkara yang kecil dan di terima akal. mungkin suatu hari boleh menjurus ke perlakuan abnormal seperti liwat atau rogol. berhati-hati. saya sentiasa amal negative thinking dan think the worst case scenarion can be happen sebagai plan kecemasan dan berhati-hati.
BalasPadamassalam ....
BalasPadamkena "berkurung" tuh satu hal ... nanti kang ... dia buat nya "berkurung + 85$#$%^$@" ... dah jadi kes lain plakk ....itu hanya satu permulaan kepada kes kes yang lain ... kena berhati hari ..
kalau tak silap ....teringat kes budak kecik yg mati kena bunuh kat johor kott ... kan arwah tuh kena kurung juga kat toilet pengawal .... (maaf jika silapp ...)
Kesian budak tu, dah la baru lepas pulih dari demam denggi.
BalasPadamAku pun punya anak sekolah...kalau jadi kat aku...first si guard memang kena lempang......kedua aku report polis...kes yg melibatkan anak anak kita diperlakukan begini...mana boleh main main......
BalasPadamBro..... Cite macam ni wajar diterbitkan di tv..... Biar jadi pengajaran kerana melibatkan public interest.....
BalasPadamTugas security guard jaga org kuar masuk n budak2 sekolah. Sepatutnya dia report pd guru disiplin kalo budak salah. Senang cerita nasihat pada semua guard tak payah la bergurau dgn budak. Time kerja, kerja betul2, takpayah main2
BalasPadamsmti..
BalasPadamSMTI..
BalasPadamWalaupun kesudahan belum pasti, tapi... BUAT MALU ORANG SLIM RIVER JE.