Malam tadi, saya bersama kru 666 dan kru Penyingkap Fakta, Razali dan Azayusrin bertemu. Kami sempat berbincang berhubung perjalanan Paranormal Tour 2012 bakal berlangsung pada 3 dan 4 Mac ini di Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan.
Lebih 20 pembaca blog 666 InsyaAllah akan menyertai tinjauan terbabit.
Turut bersama kami malam tadi, 2 sahabat saya sejak berusia 17 tahun, Gazali Abdul Rahman dan Patt Kadir. Dahulu sewaktu menuntut di institusi pengajian tinggi, mereka gemar lagu rock. Waktu itu, mereka berseluar jeans sempit di hujung kaki dan sering kali hanya bersinglet.
Kini keadaan jauh berubah.
Mereka sudah bergelar suami dan ayah, jiwa rock mungkin masih tersemat tetapi tidak begitu menyerlah.
Kini keadaan jauh berubah.
Mereka sudah bergelar suami dan ayah, jiwa rock mungkin masih tersemat tetapi tidak begitu menyerlah.
Untuk rekod, Patt, berjubah di sebelah kanan manakala Gazali, bekas pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak, SDAR, duduk di kiri bersilang kaki.
Syukur, mereka masih lagi tidak jauh berubah dari segi pergaulan biarpun sudah hampir 30 tahun kami bersahabat.
Tidak dapat disangkal, memang terdapat segelintir kenalan, apabila sudah mendongak ke langit, terlupa untuk tunduk ke bumi. Mujur bukan Gazali dan Patt, kini menetap tidak jauh dari rumah saya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kami mampu menjamu selera di hotel lima bintang tetapi lebih selesa bersembang di restoran mamak. Di dalam premis berhawa dingin, bimbang sakit tulang kerana usia kini menjangkau 45 tahun.
Sebelum beredar, Gazali dan Patt menghulurkan sumbangan mereka untuk Projek Free Balls. Kru 666 bercadang untuk mengumpul sebanyak mungkin bola sepak dan kemudian akan diagihkan kepada kanak-kanak berminat bermain bola tetapi keluarga kurang berkemampuan membeli alat permainan itu. Jika tiada aral melintang bola dikumpulkan kelak akan diberikan kepada anak-anak pelbagai bangsa dan agama.
Selangor, 'Negeri Kebajikan', justeru tidak hairan ramai menyokong projek berbentuk kebajikan ini.
Malah jika dilihat 'kebajikan' turut diheret ke jalanan.
Wanita warga Pakistan di atas, bergerak dari kenderaan ke kenderaan lain, berhenti di kawasan lampu isyarat.
Saya memerhatikan pergerakannya selama kira-kira 30 minit. Tiada pensil atau papan betulis kalimah Allah dan Muhammad dijual tetapi ramai pemandu menghulurkan wang tunai kepadanya.
Sempena berstatus Negeri Kebajikan, barangkali warga asing memang dibenarkan secara bebas menjadi pengemis di jalanan.
Sepanjang tempoh berada di lokasi itu, dia bertindak bijak. Menghulurkan barangan kononnya dijual kepada pemandu kereta mewah.
Kecuali kenderaan saya.
Barangkali gambar dikendungnya ke hulu ke hilir itu mempunyai kisah tersirat tetapi saya berasa musykil, bagaimanakah dia mampu berkongi kisah terbabit, kerana pengemis itu tidak mampu berbahasa tempatan?
"Pakistan! Pakistan!"
Itu antara kenyataan terpancul dari mulutnya.
Namun dia ternyata tahu mengenal kereta mewah. Perhatikan kenderaan dirapati sewaktu gambarnya saya rakamkan dair jarak dekat.
Menyedari saya merekodkan gambarnya berulang kali, dia mula kelihatan amat resah dan bertindak menghampiri saya.
"Dua ringgi .. lima ringgi ...," ujarnya sambil menghulurkan barangan di tangan.
Teringat sewaktu berada di Palembang, Indonesia, ramai peniaga menjalankan aktiviti sama tetapi mereka sememangnya menjual barangan seperti perhiasan dan air minuman kepada pemandu kenderaan di jalanraya.
Mereka juga tidak hirau jika gambar dirakamkan.
Bezanya, wanita Pakistan terbabit melarikan diri setelah menyedari gambarnya diabadikan.
Dari fizikalnya, ternyata dia cukup sifat, tidak cacat.
warga asing sekarang bijak berjinak-jinak di tanahair ini....
BalasPadamSMTI
BalasPadammasalahnya...org2 malaysia ni murah hati sangt...dok hulur duit buat apa.lemaklah dorang..nak sedekah ikut sluran yang betullah...
Ramai rupanya peminta sedekah Pakistan kat area ni ye
BalasPadamPetang smalam wanita Pakistan tu di persimpangan justo Taman equine.. Merata die pergi nih..
BalasPadamSalam Sejahtera Tuan Mazidul,
BalasPadamSaya syak aktiviti yang dilakukan oleh wanita asing ini adalah kegiatan sindiket kerana semalam saya berada di kawasan Batu Caves (Taman Samudra/Dolomite) dan melihat beberapa orang wanita asing juga melakukan perbuatan yang sama di persimpangan lampu trafik.
Jika tidak dibendung, lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.
smti
BalasPadameh... dia ni merata-rata... kat persimpangan sri gombak + greenwood + karak... pun dia ni ada... kadang2 lelaki tua berjambang... bergilir dgn perempuan ni... saya cam sbb dia singgah tiap2 kereta yg berhenti kat traffic light masa tu... sy terfikir tak takut terlanggar ke dia berjalan celah2 kereta mcm tu... haih...
BalasPadamSaya sokong komen DR Bubbles sbb di kawasan berhampiran tpt tinggal saya juga ada kes ini. Di persimpangan jln Kapar/Lebuhraya Shapadu berhampiran Carrefour Klang. Biasa kelihatan dia dua laluan - yg hendak menuju ke North Port dan dr North Port
BalasPadamada peminta sedekah warga asing pernah datang tempat kerja sy (restoran) di s7. dia nak tukar duit singgit2 adala dalam 2,3 ratus kot. first time tgk sy ok je. tapi manager inform yg dia slalu jugak dtg tukar kdg2 seminggu 2,3 kali. lumayan jugak eh mintak sedekah. ada sorang customer nampak perempuan tersebut, terus tanya mana IC, mana passport, nak bawak gi polis la bagai. terus dia nangis2 and lari. tak lama kemudian datang balik mintak duit yg tukar tapi tak sempat ambil. bila tanya customer tu, dia cakap dia selalu sangat nampak perempuan tu mintak sedekah and bagi dia melampau la sebab bukan sikit2 perempuan tu dapat collect. warga asing plak tu. tatau status dok malaysia. budak2 pun rajin masok restoran mintak sedekah. pernah sy marah mereka, kena marah dengan customer balik. takkan nak biarkan mereka kacau customer lain makan? and takkan nak biarkan mereka jadi habit datang dan datang lagi? macam menggalakkan je. bagi saya, kalo bersedekah tu walaupun kita nak dapat pahala, biarlah channel yg betul. setakat niat dan bagi random peminta sedekah, agak2 duit yang mereka dapat tu digunakan betul2 tak? yela, kadang2 ada mereka lebih berkemampuan dari yg kita nampak. saya kalau nampak peminta sedekah sihat tubuh badan, ada tulang 4 kerat memang saya tak layan. saya pun guna tulang 4 kerat kerja part time nak tampung study, takkan mereka tak boleh? tapi kalo mereka jual kerepek ke, org buta nyanyi lagu ke saya boleh terima lagi sebab nampak usaha. kita ada pusat zakat, ada program2 NGO utk membantu mereka yg tak bernasib baik macam bersamamu tu, lebih baik salurkan ke situ. atleast, hasilnya kita nampak and puas hati sebab betul2 beri manfaat kepada si penerima.
BalasPadamniat bersedekah masing2 wallahualam, tapi biarla kena pada tempat.itu pendapat saya.
perempuan warga asing diatas bertahan panas mintak sedekah dekat highway sebab dia tau, berbaloi dia wat gitu... kalau betul dia tak mampu, keluarga susah, apa kata abg mazidul ajak dia gi tunjuk rumah dia ke apa nak tolong direct. agak2 apa reaksi beliau? orang kalau betul takkan takut...wallahualam =)
eh makcik ni...saya ader terlihat sabtu lepas di flyover kesas menghala port klang...duk menjaja dari kereta ker ker kereta semasa traffic light merah..sindiket apa la yer...rupanya banyak tempat dia pergi menjaja..
BalasPadamshe is the same woman kat Cabel Bridge traffic light menghala sunway. last week wednesday makan di Kayu Sunway Damansara. Datang budak2 dari sekolah agama "Alor Setar, Kedah" dia cakaplah. Bile tanya mana cikgu? Cikgu pi tempat lain, kami datang dengan van yang cikgu bawak. Kejap lagi pukul 10 cikgu datang ambil kami. Kami tahfiz tak belajar macam sekolah biasa" aik?? biar betul.
BalasPadamI try to get the resit next time. Maybe through abg Mazidul dan rakan2, kami dapat more infos on these kids, the school, the teacher and collection. kalau betul pun sekolah tahfiz it's ridiculous depa tak dpat bantuan.
Assalamualaikum,
BalasPadamEncik Mazidul, kalau ingat lagi saya pernah cakap ( di Facebook )berkenaan pengemis di lampu isyarat berdekatan Taman Greenwood. Sah, memang orang yang sama. Di kawasan lampu isyarat Taman Greeenwood / Seri Gombak tu dah lama tak nampak. Dah ubah lokasi agaknya.
mereka mengutip sedekah dengan cara mcm tu di merata tempat..saya selalu bekerja di seluruh kawasan lembah klang selalu terserempak dgn mereka di persimpangan lampu isyarat di merata tempat..shah alam..gombak..klang..bangi..org yang sama..kalau taffic light tu ada 4 simpang..akan ada 4 org di situ..belum lg yg melata di kedai2 mkn..shopping complex n mcm2 lg..xkan pihak berkuasa xnampak kot..atau ada pihak yg melindungi mereka?
BalasPadamkat merata tempat ada diorg ni..org yg sama..menjadi persoalan..siapa yg bw diorg ke merata tempat..ada yg jg mereka ni? xkan pihak berkuasa xnampak kot..
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamEn Mazidul,
Saya pernah nampak sendiri selepas pasar malam habis, peminta sedekah ni akan diambil oleh sebuah van..
Wang mereka di ambil dgn kasarnya kemudian pemandunya berlalu pergi mungkin dia perasan saya memerhatinya..
Rakyat Malaysia kalau hendak menderma pergilah rumah anak yatim atau PDK Pusat Komuditi utk Orang Kelainan Upaya..Byk bantuan mrk perlukan..
En Mazidul blh tak saya beri cadangan buat liputan majalah 3 mengenai guru2 yg mengajar anak cacat ni selami jiwa mereka..Guru PDK ni hanya di beri Elaun sebab mrk di kategorikan kerja Amal..
Kekurangan guru pelatih di PDK memang kritikal..Misalnya PDK Batu Arang hanya mempunyai 3 org guru utk 30 murid..Mereka yg memasak .mrk yg membasuh najis kanak2 dan dewasa OKU2 ini tidak kira bangsa..Nak layan kanak2 yg agresif lagi ..
Saya tak dapat bayangkan murninya kerja mrk ni,,Saya rasa Encik Mazidul shj blh tolong bawa perkara ini ke tengah.Kalau masuk TV semua blh jadi spy kerja mrk ini diiktiraf dan diserap jadi penjawat awam..
Mungkin dgn ini ramai anak muda
berminat kerja di PDK ..Ketiga -tiga anak saya berada di PDK Batu Arang..
TERLALU MENGHARAP EN MAZIDUL BANTU KAMI YE!! Bila2 pun tak pe
tmn equine? sri gombak? saya jumpe warga pakistan ni dekat area2 Giant Shah Alam. jauh merantau dia nih..
BalasPadameh...! baru ingat...pernah jumpa dia ni kat persimpangan ke hospital selayang...
BalasPadamwah...jauh jugak dia ni ukur jalan...
perempuan yang sama berniaga di persimpangan lampu isyarat dari Karak ke Sri gombak dan bergilir dengan lelaki berjambang.. baru baru nih remaja perempuan di lampu Isyarat di Giant Batu caves.. Bahaya kerana lampu Isyarat bertukar hijau mereka masih berada di tengah tengah jalan raya..
BalasPadamberilmu untuk berjasa! :)
BalasPadamPerempuan yang sama di Traffic light Federal highway dr shah Alam menuju ke Sunway.Adoiyai...merata dia ni eah.Dia selalu ketuk cermin kereta org yang tengah berhenti..
BalasPadamCepat cepatlah tangkap dorang ni..
abg minta siasat sekali dekat Plaza Perdana Kuala Terengganu..
BalasPadamsemakin hari semakin teruk..kegiatan karaoke ader GRO.
cLUBBING DI tingkat 4 sampai pukul 2-3 pagi..
kalau hari jumaat pukul 12 keatas..semakin lewat malam semakin ramai yg datang..
tk
abg minta siasat sekali dekat Plaza Perdana Kuala Terengganu..
BalasPadamsemakin hari semakin teruk..kegiatan karaoke ader GRO.
cLUBBING DI tingkat 4 sampai pukul 2-3 pagi..
kalau hari jumaat pukul 12 keatas..semakin lewat malam semakin ramai yg datang..
tk