Sejak 20 Mac 2012, saya menghadiri Conflict Zone Reporting Workshop di Wisma Semantan, Kuala Lumpur. Bersama 37 lagi wakil media dari pelbagai organisasi, saya mendengar ceramah disampaikan oleh dua doktor berpengalaman dan seorang bekas tentera berpangkat tinggi.
Perhatikan gambar di bawah.
Seminar terbabit dianjurkan oleh Malaysian Press Institute.
Ternyata semua peserta, terdiri daripada wartawan dan jurugambar menumpukan sepenuh perhatian mendengar intipati modul disampaikan oleh penceramah jemputan.
Dalam tempoh dua hari, kami antaranya diajar teknik asas untuk menyelamatkan diri ketika bertugas di negara ditimpa oleh bencana besar atau dilanda peperangan.
Kaedah tepat membantu mangsa sawan dan tercekik turut dikongsikan.
Untuk rekod, lelaki berkemeja merah di dalam gambar di bawah, Dr. Rishy Manikam, Ketua Unit Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor.
Beliau sedang melakukan demonstrasi merawat mangsa kononnya mengalami sawan dan aksi di atas tiada kaitan dengan kegiatan songsang lelaki gay.
Pada pandangan saya, Dr Rishy, penceramah amat kreatif dalam majlis perkongsian ilmu terbabit.
Syabas!
"Apabila sebilangan orang India berada dalam keadaan nazak, lazimya semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah Mereka, seorang demi seorang akan menyuapkan 'susu terakhir' kepada pesakit terlantar tanpa mengetahui jika susu dimasukkan ke dalam mulut orang tidak sedarkan diri, susu itu boleh menjadi penghalang saluran pernafasan, airway sekaligus mengakibatkan pesakit meninggal dunia," katanya bersahaja.
Setiap aksi pegawai perubatan pernah menyertai misi ke Gaza itu, mencuit hati semua peserta.
Kami juga ditawarkan untuk membeli beberapa kelengkapan seperti topi, lampu suluh dan kasut untuk keperluan di medan negara bergolak.
Wartawan, Nurul Fariha On, mengandung 8 bulan, kelihatan gembira menjadi model kasut jenis SWAT. Untuk rekod, kasut taktikal terbabit dipakai oleh anggota tentera dan sebilangan pegawai dan polis di negara kita.
Sepasang kasut itu berharga RM500.
"Tetapi untuk pengamal media, kita akan berikan harga terbaik," janji pegawai penerangan produk.
Pada waktu rehat, majoriti peserta bengkel berkumpul di luar dewan sambil bertukar-tukar pandangan dan pengalaman pahit manis sebagai pengamal media.
"Faizal asal dari mana?," soal saya kepada kakitangan paramedik bertugas.
"Tawau," balasnya spontan.
"Tadi pun dari Tawau juga," celah rakan media bersama saya.
Kenyataannya mengingatkan saya kembali kepada kejadian berlaku pada kira-kira jam 8.40 pagi tadi. Untuk pengetahuan semua pembaca, ruang parkir disediakan di hadapan bangunan Wisma Semantan dengan kadar bayaran RM5 sahaja sehari.
Saya memeriksa beg duit dan ternyata masih mampu menjelaskan jumlah bayaran terbabit.
Sebaik berjalan menghampiri bangunan, lokasi bengkel dijalankan, saya dihampiri oleh lelaki di bawah.
"Lima ringgit," pinta pengawal keselamatan lengkap berseragam itu sambil menghulurkan tangannya.
Sebelum menyerahkan wang diminta, saya berpeluang mengajukan soalan kepadanya.
"Kamu berasal dari mana?"
Dia tergamam buat seketika sebelum melontarkan jawaban.
"Sandakan," katanya.
"Sandakan di mana?," soal saya lagi.
Pengawal keselamatan berusia 39 tahun itu kelihatan gugup.
"Batu Tiga," jawabnya.
"Aku orang Sabah bah! Dari Batu Ampat (Batu Empat). Betul ka Batu Tiga? Jangan kau tipuk aku," ujar saya, yakin.
Untuk rekod, berasal dari Perak tetapi mempunyai ramai kenalan kelahiran Negeri Di Bawah Bayu itu dan sedikit sebanyak saya mampu mengajuk loghat mereka.
"Tawau di Sandakan," katanya.
Dengan kenyataan itu saya dapat mengesan helahnya.
"Kalau hendak menipu sekalipun, agak-agaklah! Jangan menipu saya di awal pagi ini. Wak! Kamu orang Indonesia dari mana?," tanya saya sebagai soalan susulan.
"Asal Padang," jelasnya.
"Saya mempunyai wang mencukupi untuk membayar parkir tetapi saya tidak akan menyerahkan wang itu kepada kamu wak. Mengikut surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera Nepal sahaja dibenarkan menjadi pengawal keselamatan di Malaysia. Meraka berasal dari Indonesia berstatus penduduk tetap, tidak layak menjadi pengawal keselamatan apatah lagi warga Indonesia seperti kamu. Kamu juga tidak berhak memakai seragam dilengkapi logo Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia ini. Negara ini mempunyai undang-undang dan ternyata kamu melanggarnya secara terang-terangan," terang saya kepadanya.
Dia kemudian masuk ke dalam bangunan menuju ke bilik kawalan keselamatan. Lalu saya merakamkan gambar pengawal keselamatan itu dan rakannya dari luar.
Terdorong untuk menyingkap fakta sebenar, saya menghampiri rakannya di bilik kawalan.
"Saya sama seperti dia, berasal dari Indonesia. Sebelum ini kami berdua berkerja di kilang perabot di Pelabuhan Klang tetapi gaji terlalu rendah, RM800 sebulan," jelas pengawal keselamatan, saya anggarkan berusia lebih muda itu.
"Sejak bila kamu berdua bertugas di sini? Berapa gaji sebulan?," soal saya.
"Dua bulan lalu. Gaji kami sekarang, RM1,050," jawabnya.
Tambahnya, terdapat dua lagi pengawal keselamatan senegara bertugas di syarikat sama selain warganegara Nepal.
Mereka mendakwa memasuki Malaysia sejak 6 bulan lalu.
"Kamu memasuki negara ini menggunakan permit sah sebagai pekerja kilang perabot. Biarpun gaji kamu sebelum ini, RM800, kamu berdua berkerja secara sah, legal. Apabila kamu membuat keputusan, melarikan diri dari majikan dan bekerja di sini dengan tambahan gaji kira-kira RM200, kamu sekaligus melanggar Seksyen 39 Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit kerja. Untuk pengetahuan kamu, saya bukan polis atau penguatkuasa Jabatan Imigresen tetapi saya rakyat negara ini, ingin memberitahu fakta sebenar kepada kamu," jelas saya.
"Kami akan pulang ke Indonesia tidak lama lagi," kata mereka.
"Baik. Saya ingin bertanya satu soalan. Jika berlaku kes bunuh atau sebarang kejadian jenayah di dalam Wisma ini, adakah kamu berdua akan membuat laporan kepada pihak polis?"
"Tidak," balas mereka serentak dengan nada perlahan.
"Saya juga percaya kamu sama sekali tidak berani membuat laporan kerana khuatir identiti sebenar kamu sebagai warga Indonesia menyalahgunakan permit kerja akan diketahui oleh pihak polis. Saya juga beberapa kali pernah bertugas Padang, tempat tinggal asal kamu. Setiap kali berkunjung ke sana, saya menghormati undang-undang di Indonesia. Sukar benarkah kamu untuk tidak memandang remeh undang-undang di Malaysia?," soal saya.
Mereka kemudian memberikan nombor telefon Ketua Pengawal Keselamatan, saya percayai berbangsa Melayu.
Namun beliau gagal saya hubungi.
Saya berasa amat hairan, bagaimanakah aspek keselamatan Wisma segah itu diserahkan bulat bulat kepada rakyat asing menyalahgunakan permit kerja?
salam bro...mungkin wisma tersebut hanya menggunakan khidmat syarikat dari luar (outsource) untuk bahagian security disana dan mereka tidak tahu pun pihak outsource tersebut main tangkap muat membekalkan tenaga kerja dari indonesia...janji ada security>>lelain dorang serahkan bulat bulat pada syarikat security untuk menjalankan tugas....mungkin..
BalasPadamSMTI.
BalasPadamKlu diikutkan, siapa yg bersalah jika sesebuah syarikat mengambil pekerja warga Indonesia yang seperti kes ini?
Apa pula tindakan yang akan dikenakan kpd syarikat tersebut?
SMTI .. BERANI !..Apa tindakan yg boleh diambil kepada majikan yang menggajikan pekerja tidak mengikut kreateria yg ditetapkan?
BalasPadamTahniah & terima kasih diatas usaha, keberanian & keprihatinan Tuan Mazidul sebagai pembela nasib rakyat Malaysia hari ini dan masa depan..
BalasPadam1. Bagaimanakah agaknya kaedah, langkah2/prosedur untuk menjadi mengawal keselamatan illegal?
2. Bagaimana pula sekiranya mangsa jenayah ~ yang tidak dilaporkan bagi tujuan untuk menyelamatkan diri sendiri pengawal keselamatan tersebut ~ terdiri daripada orang yang sangat kita kasihi?
good info, kita perlu lebih berhati-hati mghadapi pelbagai kerenah manusia (^_^)
BalasPadamSMTI
BalasPadamsaya kagum dengan cara sdra Mazidul bertegas dalam menangani isu2 membabitkan jenayah dan salah laku. dalam kes ini contohnya, pagi2 lagi dah 'disekolahkan' jaga tu.
saya ni badan je besar, tapi nak tegur anak muda beromen depan mata pon takut2 aje...sedangkan kita nak menegakkan kebenaran dan menjauhi mungkar.
ada sesuatu yg boleh dipelajari dari pengalaman dan coretan blog sdra. Syabas!
smti
BalasPadamSMTI.. bagus & SYABAS !
BalasPadamNamun diharap Saudara Mazidul sentiasa hati-hati, pastinya ada yang berdendam..
siap dah bukak kedai dah depa ni..kat kampung sungai balak dan taman cheras prima kajang..banyak kedai kedai makan, runcit dan gerai gerai tepi jalan diarong ni...
BalasPadamwah, pendedahan yang membuka mata. kalau saya di bangunan tersebut & terjadi sesuatu macam mana?
BalasPadamhuh suspendnyerr.. sanggup diorang tak nak buat laporan kalau ada apa2 kes. Nanti mulalah nak cari salah siapa.. mula jadi bangau oh bangau.
BalasPadamwow. . hahah sjk bla tawau di sndakan hahah??? nakal jga urg tue. . cian. . nda pndai nipu urg
BalasPadam