Ahad, Mac 11, 2012

MENGADU KEPADA SUAMI

Saya melihat kegiatan riadah futsal mempu menceriakan majoriti mereka berminat bermain bola.

Awal pagi tadi, saya dikejutkan untuk bersama ahli keluarga ke Sun Suria Sports Planet, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Pemain futsal berusia di antara 7 dan 74 tahun.

Berikut, sebilangan gambar saya rakamkan di lokasi terbabit.


Peringatan, futsal tidak menggunakan tangan, sebilangan pemain barangkali terkeliru. Manakala aksi berbaring di gelanggang, kelihatan wajib untuk menyelamatkan gawang gol dari dibolosi lawan.


Gaya mesti ada. Jaringan gol? Belum tentu. 


Biarpun berpeluh, perawakan tetap dijaga rapi.


Menggelecek bola, kemahiran harus dimiliki biarpun lawan hanya anak saudara berusia 7 tahun sahaja.


Gawang gol dijaga oleh Tok Wan bolos, anak dan cucu bergembira.


Saat cemas disaksikan Tok Mah dari luar gelanggang.


Aksi kepenatan dirakamkan biarpun mereka hanya bermain selama 10 minit. 


Perebutan bola di antara ibu dan anak saudara berusia 14 tahun, pemenang jelas.


Antara pemain digeruni kerana berkepala botak dan kelihatan ganas.


Tercedera, jari sedikit bengkak lalu mengadu kepada suami. Suami kelihatan simpati.


Anak saudara memerhati dan tersenyum melihat telatah mereka.


Bermain dalam tempoh masa singkat tetapi berehat harus lebih lama.


... sebelum kembali berentap.


Bergambar untuk album kenangan itu, wajib.


Ternyata mereka gembira, kerana hubungan mesra kekeluargaan dicetuskan oleh ...


Sila sokong, Projek Free Balls untuk menceriakan wajah kanak-kanak.

Sila klik di sini.

2 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.