Saya amat tertarik dengan komen dilontarkan oleh blogger, Azrialiasbob, antara respon entri, 'Bolehkah mengambil gambar di hospital?'
'Saya salah seorang bekas pekerja hospital. Memang undang undang melarang mengambil gambar pesakit dikuatkuasakan untuk orang awam.
Tapi sebenarnya undang undang ini tidak wujud sebaliknya hanyalah arahan dari semasa ke semasa.
Sebenarnya pihak hospital takut perkara perkara yang sepatutnya menjadi rahsia terdedah ke luar. Sepertimana kata salah seorang sahabat kita tadi. Kelemahan itu terdedah keluar. Tapi sebenarnya banyak gambar pesakit contohnya gambar kemalangan ngeri yang dicuri rakam oleh kakitangan hospital sendiri dan disebarkan di FB dan Youtube. Bezanya kalau seseorang itu kakitangan hospital, mereka terlepas dari penguatkuasaan ini.
Saya pernah ditugaskan mengambil gambar sekitar waktu hospital saya bertugas pada waktu malam. Oleh kerana saya bekerja siang, guard yang bekerja malam tidak mengenali saya dan mengejar saya. Pada mulanya saya cuba berdebat menanyakan apa rasional larangan tersebut tetapi seperti biasa mereka memberi tahu itu adalah arahan pengarah.
Yang peliknya saya bukan mengambil gambar pesakit tapi hanya gambar bangunan Hospital pada waktu malam. Setelah hampir dirampas kamera saya barulah saya menunjukkan kad pekerja saya dan mereka memohon maaf.
Saya juga pernah ditugaskan oleh bos saya untuk mengambil gambar payudara pesakit yang akan disuntik ubat khas. Kebenaran pesakit dan wajah hendaklan disembunyikan dan tujuan gambar ini adalah untuk pendidikan. Oleh kerana gambar itu diambil sewaktu kehadiran ramai orang kerana pada waktu itu bengkel sedang berjalan,
Saya telah dipanggil mengadap pengarah. Yang peliknya Dr Pakar dari Australia tu pun pening dengan peraturan di Malaysia. Kata beliau kalau dah ada kebenaran pesakit itu bukan lagi kesalahan'
Jika dakwaan blogger terbabit benar, informasi itu pasti berguna kepada ramai pembaca, sewaktu berhadapan dengan kakitangan hospital di negara ini.
Pihak menggenakan larangan, harus tampil menyanggah, andai kenyataan di atas tidak tepat.
Melalui pengalaman, sewaktu membuat liputan di rumah sakit (hospital) di Jakarta, Indonesia, wartawan dibenarkan memasuki bilik mayat tanpa sebarang masalah (dengan kebenaran keluarga si mati), bersama jurukamera bertugas merakamkan visual.
Di Malaysia, tindakan kita tidak sampai sebegitu.
Blogger Daddy Ziyyad pula ternyata mempunyai pandangan berbeza. Berikut catatan dinukilkan di ruang komen.
'Kalau semua benda kita nak pertikai, memang hidup tak akan aman, percayalah..dan banyak lagi benda yang lebih penting dalam hidup ini yang kita kena fikir, yang lebih penting dan membawa ke kehidupan abadi di akhirat nanti'
Saya sama sekali tidak menyalahkan buah fikirannya.
Dia antaranya kelihatan lebih gemar memerhatikan samada baju dipakai oleh wanita, sedondon atau tidak dengan beg tangan, klik di sini.
Jika dia ingin hidup aman di dunia dan akhirat, kita semua juga ingin hidup sebegitu tetapi sebilangan kita barangkali berkeinginan untuk mengetahui FAKTA sebenar, the truth, mengenai larangan dikuatkuasakan di hospital itu.
Itu perbezaannya.
Cheers!
smti
BalasPadamSMTI
BalasPadamSMTI
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti
BalasPadamsyabas dgn entri ni bro...
BalasPadamkebanyakan org2 yg mengaku memikirkan kehidupan abadi diakhirat itulah yg banyak pertikaikan itu dan ini hingga akhirnya porak peranda sesama saudara sendiri...
BalasPadamjelak ah!
smti
BalasPadamJangan jadi pak turut.
BalasPadamYang x betul, diperbetulkan,
Yang x elok, diperelokkan.
Hahaha..thanks bro Mazidul sebab sudi baca komen saya pagi tadi..
BalasPadamBy the way, I am a medical doc. so memang saya tahu sangat karenah pak guard di Malaysia yg kadangkala lebih sudu dari kuah..
Oh ya, pasal entri saya yang saudara katakan " sibuk nak ambil tahu baju sedondon tak dengan beg itu" saya harap saudara boleh membaca nya dgn nada sarcastic, dan bukan membuta tuli ingat saya punya banyak masa nak perincikan apa yang beliau pakai/sarung! Dah gambar itu pun gambar di Google.
Daddy Ziyyad, you have your own readers, I have my own.
BalasPadamAs a medical doctor, I expect a more constructive comment from you.
We are trying to seek the truth here.
... if you notice.
En.Mazidul. Terima kasih kerana sudi highlightkan perkara ini. Sebenarnya perkara larangan mengambil gambar di hospital ini cuma berlaku di Hospital kerajaan sahaja.Kalau di hospital swasta nak bawak masuk kamera ke dalam labour room pun boleh. Sebab tu ramai yang ada kamera SLR mengabdikan gambar saat saat kelahiran bayi mereka. Larangan ini kadangkala kita perlu lihat dari segi positif dan negatif.Dari sudut positif kita sebenarnya sudah beberapa kali dikejutkan dengan penyebaran gambar gambar yang tidak sepatutnya pesakit atau si mati sepertimana yang terjadi dalam kes Arwah Adik Nurin Jazlin. Yang menyedihkan orang yang mengambil gambar itu bukan orang lain tetapi polis yang turut berada sewaktu post mortem dilakukan.Seperti yang saya katakan, jika orang itu "Staff" atau polis perkara ini dibolehkan. Dari sudut negatif pula seperti yang saudara mazidul sebutkan sebelum ini iaitu menyukarkan waris untuk "update" keadaan pesakit kepada saudara jauh. Mungkin negara kita sudah perlu menguatkuasakan concern form seperti mana yang dipraktikkan diluar negara sekiranya ingin mengabdikan gambar di premis premis yang dianggap sensitif
BalasPadamsmti
BalasPadam