"Entahlah bang, saya menumpang berniaga di tapak milik restoran mamak tetapi MBPJ saman juga," keluh peniaga burger berbangsa Melayu.
Saman dikenakan kerana berniaga tanpa lesen, RM250.
Barangkali pendapatan semalam diraih oleh peniaga itu tidak sampai separuh daripada jumlah saman.
Petang tadi, saya bersama rakan, 40 tahun, meninjau beberapa premis menjual makanan di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Nama gerai 'Nasi Kukus Iskandar', Melayu ke peniaga itu?," soal saya kepada rakan.
Berikutan tidak gemar membuat tanggapan, dia kemudian berjalan keluar dari kenderaan dan menghampiri peniaga menumpang tapak di restoran peniaga berbangsa Cina itu.
Saya merakamkan kesibukan peniaga melayan pelanggan, majoriti berbangsa Cina.
"Ya, saya orang Indonesia," rakan itu bersuara, mengajuk loghat peniaga terbabit sebaik kembali ke kenderaan kami naiki.
Tambahnya, peniaga dikenali sebagai Shaiful itu berasal dari Padang, Sumatera dan kini mendakwa menetap di Puchong, Selangor.
Dianggarkan kurang 5 meter dari gerainya, saya merakamkan gambar papan tanda berikut.
"Oh! Ada burger babi, rupanya," ujar saya.
"Tadi dia (peniaga) memberitahu saya, mula berniaga di situ sejak tahun 2005. Maknanya, sudah kira-kira 7 tahun. Tapak disewa dengan pemilik restoran Cina dengan kadar RM36 sehari. Berniaga atau tidak katanya, sewa mesti dibayar. Apabila saya mengajukan soalan berhubung lesen peniagaan, dia langsung tidak menjawab," terang Razali.
Melalui pengamatan saya, tapak gerai nasi lemak kukus itu adalah ruang pejalan kaki awam di luar restoran.
Cuba perhatikan gambar di bawah secara lebih teliti.
"Dia kata, majoriti pelanggan Cina, kalau makan ayam, dia goreng separuh masak. Tadi ada pelanggan Melayu datang ke gerai. Saya ternampak dia pandang pandang peniaga itu menggoreng ayam dan kemudian perlahan mengajak anak dia beredar. Sewaktu bersembang, peniaga bertanya kepada saya, samada hendak ayam digoreng 'penuh' atau separuh? 'Separuh', kira ayam masih berdarah sikit. Saya kemudian berpura-pura, mengatakan cuma berhajat membuat pesanan nasi berbungkus di masa akan datang," ujar rakan.
Terlintas di fikiran saya, adakah peniaga warga asing itu pernah disaman oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, seperti tindakan diambil terhadap penjual burger berbangsa Melayu, menumpang tapak di restoran mamak?
Beberapa gambar lain saya rakamkan di sekitar gerai terbabit jelas membuktikan Jalan PJU 5, berhampiran kelihatan sesak dengan kenderaan.
Lebih 'menakjubkan' lagi, tapak parkir bersebelahan restoran turut diguna untuk meletak puluhan meja dan kerusi.
Berikut buktinya.
"Tengok, sebaik kereta keluar sahaja dari parkir, pekerja, majoriti warga Myanmar cepat cepat akan meletakkan kerusi untuk menghadang kenderaan lain daripada memasuki ruang parkir," celah rakan saya.
Ketika itu, jam tangan saya menunjukkan hampir pukul 6.30 petang.
Gambar terus dirakamkan.
Berikutan itu beberapa kenderaan dilihat diparkir di tepi bahu jalan sekaligus menghalang dan memperlahankan lalu-lintas.
Jika tindakan peniaga membolot ruang parkir menimbulkan masalah kepada aliran kenderaan menggunakan laluan berhampiran restoran, masakan MBPJ membenarkan kejadian itu berlaku?
Namun itu hakikat.
Mustahil, jika pihak berkuasa tidak melihat.
As salam bang Mazidul..
BalasPadamKalaulah anak2 yg x tau membaca atau x perasankan signboard tu, rasanya nampak je burger terus beli dn makan saya rasa...
Tang meja atas parkir tu ermm rasa saya, sapa yg duduk rumah yg bersebelahan dgn 2 kedai kopi di korner lot ni saja(situasi saya skrg) yg tau betapa seksanya nk keluar dr rumah sendiri huhuhu
Tapi mmg pelik, kelihatan pak [polisi juga makan dn minum tp tiada tindakan di ambil..(aduduk amik duit kopi) le tu agaknya..huhuhu
betul juga patut diambil tindakan pada peniaga yang ambil tapak parkir ni. bukan ke parkir dibayar? dan pemilik ruang parkir mesti membayar tax jugak. tak rugi ke?
BalasPadampenguatkuasa mbpj suka kautim dengan peniaga bangsa cina dan india, dengan melayu mmg diorang tak bagi muka langsung... kawan saya jual nasi lemak depan 7E Jalan Tanjung Bdr Sri Damansara, sebulan minima 6 saman dia dapat... kelengkapan berniaga mesti mau ada 3 set... untuk rotate bila kena sita. Saya ibaratkan Pork Burger tu samalah dengan penguatkuasa mbpj...
BalasPadamquote:
BalasPadamMustahil, jika pihak berkuasa tidak melihat.
sumpah bang !!!
sy yakin & percaya 100%..
pihak berkuasa langsung xtau menahu kisah ni semua..
xtau la..
lepas depa baca blog ni..
mungkin depa akan tahu..
cuma takat tau je la..
utk ambik tindakan.. belum tahu !!
1malaysia!
BalasPadamlayanan biarlah sama rata. jangan ada double standard atau memilih warna kulit...
smti - Untuk pengetahuan, MBPJ dikuasai oleh DAP, semua ahli majlis dan panel ialah DAP, walaupun Sunway Damansara di bawah YB Nasir bodoh, tapi nasir bodoh tiada kuasa, MBPJ juga tiada kuasa. Yang berkuasa ialah DAP.
BalasPadamNota:- Siapa suruh korang undi PKR dan Pakatan Rakyat? inilah akibatnya.
Kan ke BN dan UMNO lebih baik?
Heheh... Memang pun BN lagi "baik"...
Padamsalam, kalau tak salah saya kerajaan selangor (DAP?) memang membenarkan peniaga restoran meletakkan meja di petak letak kereta. Memang seronoklah peniaga cina ni bermaharaja lela. Org lain susah cari parking, jalan sesak apa dia peduli? Zaman BN dulu dah tentu kena saman atau kompaun hingga meja kerusi kena angkut.
BalasPadamApa nak buat, dah DAP yg berkuasa kat selangor ni sebenarnya.
aku pk .. kalaupun KPN kata .. jangan beri rasuah ...
BalasPadamataupun PM kata ... jangan beri rasuah ....
ataupun ketua pengarah jpj/kastam .. dll .... jangan terima "suapan"
depanya amanat sampai ker akar umbi ?? (pekerja di peringkat cawangan .. dll ....)
sama laaa cam PBT ... pekerja PBT akan terima arahan bila "orang orang besar" nak datang melawat daerah ....,
kalau setakat cari site income ... aku pk ... memang peniaga kecil laaa jd sasaran ....
SMTI....diorg bkn x melihat...diorg buta tuli dah...dan diorg amek duit....kat jb pun sama...kat area taman tun aminah...cina meniaga smpai ke dpn bank letak kerusi meja...susah org nak masuk bank...buduh tul..
BalasPadamsmti
BalasPadamisu menggunakan tempat parking keta utk buka meja telah lama berlarutan.. bila kita persoalkan majlis bandaran.. mereka jawab.. telah ambil tindakan, akan ambil tindakan.. tp sampai hari nie peniaga masih bermaharajalela..
tak kira le dalam ahli majlis tu DAP, PKR, MIC MCA, UMNO.. semua sama aje...
selangor dari dulu diperintah oleh BN sampai skrg PR.. sama aje bila bab ambil tindakan terhadap peniaga yg salah nie...
saya pun kadang2 pelik kenapa pihak berkuasa membenarkan perkara ini berlaku...
BalasPadamjika encik mazidul pernah ke Gombak...berhampiran dengan Ong Tai Kim tuu...kebanyakan restoran mem'booked' parking di situ untuk di jadikan tempat org makan..
dan bg saya..kadang-kadang ianya menimbulkan sedikit masalah sekiranya saya hendak ke klinik. parking di situ mmg tidak dinafikan amat susah sekali. dan jika ada hal kecemasan untuk ke klinik....bg saya....mungkin kecelakaan menimpa pesakit.
pihak tertentu harus melihat perkara ini dengan serius....bukan sahaja bahaya kepada mereka yang duduk makan di situ..
malah menimbulkan masalah lain kepada org awam...
entah2 dah kena suapan... ni lontaran soalan sahaja bukan tuduhan...kang tak pasal2 aku masuk lokap..
BalasPadamahli politik yang jujur ada lagi ke sekarang nih?? soalan yer bukan sinikal....
Mungkin pihak 'berkuasa' nampak atau mungkin juga buat2 tak nampak.. jgn kata kat DU kat Sri Sentosa, Klang Lama pun..Indon meniaga siap conquer 3 parking lot! Menyusahkan org je! Lum lg ngan mek klate letak kerusi meja booking parking. Padahal dok menyewa jer. Tak bertimbang rasa betul.
BalasPadamMaaf cakap, takde kena mengena dengan politik, kalau dah korup tu, sama je la semua baik parti yang memerintah mahupun pembangkang.
BalasPadamIsu PBT tutup sebelah mata ni berleluasa di mana2...dan yang sedihnya bukan pasal peniaga Melayu tak berlesen di saman, tetapi peniaga Cina dan Mamak yang terang2 melanggar peraturan yang lebih besar dan 'obvious', dilepaskan...
Salam Bro Mazidul,
BalasPadamBenda yang sama juga berlaku di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan dan di Equine Park (Taman Putra Permai), Seri Kembangan...Peniaga ini bermaharajalela meletakkan kerusi meja di tempat letak kereta dan yang paling best, di area Equine Park (bersebelahan dengan JJ Taman Equine) para pelanggan dengan suka hati meletakkan kenderaan ditepi jalan utama dan makan dikawasan ini...hanya beberapa puluh meter dari IPD Serdang, Taman Putra Permai, Seri Kembangan......
slm en.mazidul..
BalasPadamsebut pasal ruang parkir, saya terpanggil untuk berkongsi kisah di downtown cheras dan juga downtown danau kota..
hari ahad 2 minggu lepas, saya dan suami ke downtown cheras..kami parking kereta dipinggir jalan di tepi kawasan perumahan, bertentang dengan kawasan berniaga..lebih kurang 2 jam kami berjalan-jalan dan makan, kira-kira jam 130 pagi, sekembalinya kami ke kereta, kami dapati cermin kereta kami di bahagian co-pilot telah dipecah..
tetapi hanya beg 'balik kampung' yang baru sahaja kami beli telah dicuri..mungkin kerana pencuri terpaksa buat aktiviti mereka dengan cepat..sedang membersihkan sisa kaca, dalam 10-15 minit kemudian, sebuah lagi kereta myvi putih sejauh kira-kira 6 buah kereta dibelakang kami turut dipecah..kali ni dengan habuan lebih besar, kamera dslr..
sungguh kami langsung tak perasan kejadian tu..malah tak dengar langsung bunyi ketukan cermin..saya mengesyorkan kepada suami untuk buat laporan polis..tetapi suami enggan kerana 2tahun lepas, sahabatnya juga telah mengalami peristiwa yang sama..dan telah melaporkan kepada pihak polis, tetapi tiada tindakan sehinggalah sekarang..kata suami,"kalau buat laporan pun sama juga, benda ni bukan hari ni 1st time, dah banyak dah kes..tambah pula kita hanya hilang satu beg balik kampung murah..lagi la takkan dilayan.."
perkara tersebut diakui oleh sekumpulan anak muda yang membantu kami membersihkan kaca cermin..dah banyak kes seperti ini berlaku..tetapi tiada anggota peronda dikerahkan bagi membanteras kejadian ini berlaku lagi..inisiatif sendiri pengunjung downtown ialah salah seorang dari ahli keluarga atau kawan-kawan akan tunggu di dalam kereta..sementara yang lain meneruskan aktiviti di downtown..
memang tiada parking khas disediakan..dan jika ada sekalipun, tidak mencukupi menampung seluruh pengunjung terutama pada malam minggu..makin lewat malam, semakin ramai pengunjung yang datang..
mungkin en.mazidul ada info yang boleh dikongsi bersama kami..atau membantu kami selesaikan masalah ni..
tq so much..
salam abang mazidul, sama kes macam kat shah alam, kedai burger tu, asik2 kena saman,x saman kena hulur,samapi dia x balik modal berniaga, kesian, salah tetap salah, tapi jgn asik nak hulur
BalasPadamMengikut kanta-kata Pork BABU...INI MALAYSIA BUKAN MELAYU PUNYA, TAPI CHINA PUNYA, INDIA PUNYA....
BalasPadamANAK CHINA ANAK SAYA...
ANAK INDIA ANAK SAYA...
Jadi, fikir-fikirkan lah...jangan sampai tidak boleh diubah lagi...PRU 13 bagaimana?...
Kasi bongkar bro!
BalasPadamTak Kira la majlis perbandaran dimana pun semua ambil sikap sambil lewa atau mungkin asal poket penuh semua ok. Ini baru kawasan sekitar kedai Dan parking dijadikan tempat berniaga itu belum lagi rumah dijadikan restoran selalunya rumah corner lot dikawasan perumahan.
BalasPadamSekarang ni semakin menjadi2. Warga asing ada yang menjalankan perniagaan sendiri. Lihat sahaja pasar borong baru selayang. Pendatang siap bukan kedai lagi. Dimana tahap penguatkuasaan kita?
sorry yer kalau mencelah....sejak dahulu sebelum PR ambil alih majlis perbandaran kat selangor ni, mmg dah perangai depa ni mcm ni..kalau tak, tak kanlah MPAJ byk kes mkn rasuah, time BN lagi tu.....senang ajer...PR kena buang semua pekerja majlis perbandaran yg masih mindanya di bawah BN...rombak semula....
BalasPadamburger babi? problem? cina makan babi maaaaa
BalasPadameeerrrrrrrrrrrrrrrmmm.........
BalasPadamkalau gigit bibir, mau koyak bibir ni...
seksanya jadi 'mentimun'...
aku tunggu jer durian jadi tempoyak...
nanti mentimun tenyeh kaw-kaw punya...
tapi bila tu...?????
PRU13....????
The Red rambutan: kata2 ko tu bro buat ramai Melayu Bodoh yg undi DAP PRU12 lepas rasa macam nak telan ja burger BABI tu!!!hahahaha!!!!
BalasPadamYe lah tu, kita bukan tak tahu niat dan agenda DAP. Dia gunakan PAS dan PKR sebagai kuda tunggangan. Dari dulu lagi dah benda ni. Kita aje buat tak tahu. Lepastu nak melepaskan geram pd UMNO, nak amik kau. Menang sorak kampung tergadai. Betullah bidalan dan cerita pak kadok tu.
BalasPadamramai dah "ORANG ASING" yang menjadi tuan di sini.. dan kita orang MALAYSIA menjadi orang suruhan...
BalasPadamsampai bila ???
double standard MBPJ ....beginilah nasib melayu jika kuasa politik di berkurangan....
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSaya tak tahu di mana ingin mengadu dan memberi maklumat berikut :
Pada 29 Dis 2011 saya dan keluarga telah menghantar saudara ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu. Kami tiba kira-kira jam 1.15am. kedatangan kami disambut oleh seorg kakitangan hospital yg sedang merehatkan mata beralaskan tangan di meja tunggal menunggu di luar bilik pendaftran. Bukanlah masalah, kami memahami tugasan syif kadangkala amat meletihkan. Beliau bertindak pantas dengan bingkas bangun mengambil kerusi roda, sementara saudara saya di bawa ke bilik 6, wad kecemasan bagi menentukan keadaannya, kami sekeluarga memberikan butiran pesakit di ruang pendaftaran. rawatan segera diberikan utk menstabilkan keadaan pesakit dan kira-kira jam 2.20am, Dr keluar dan memaklumkan beliau perlu di wadkan agar pemantauan susulan dpt dibuat. Kami diminta menunggu sebentar untuk membolehkan kakitangan dari bilik wad datang mengambil pesakit untuk dibawa ke atas. Sementara itu, pesakit, saudara kami di bawa menunggu sementara di bilik Hijau bersebelahan bilik 6.
Layanan oleh petugas (dr dan jururawat) di dalam bilik 6 dan bilik hijau adalah sangat cemerlang dan mesra. Jam 3.00am, kami masih lagi menunggu. Penjelasan dari dr masih sama, menunggu staff dari bilik wad utk datang mengambil pesakit. Kami tidak salahkan dr dan jururawat di bilik tersebut kerana kami faham setiap kakitangan ada tugas masing2, pun begitu kami juga tertanya2 apakah terlalu sibuk di wad sana di pagi-pagi hari ini sehingga tiada seorg pun kakitangan yg boleh datang mengambil dan membawa pesakit ke atas.
Kira-kira jam 3.20am, seorang ibu mengandung bernama Zakiah Bt Kasim telah dihantar ke ruang foyer pendaftaran triage kecemasan. kelihatan dan kedengaran beliau mengaduh kesakitan hendak bersalin, suami beliau diarah membawa pergi kereta ke parking awam berdekatan terlebih dahulu untuk memberi laluan kepada ambulan seandainya perlu. Petugas2 di kaunter tersebut memberi layanan yg agak kurang sopan dengan meminta beliau (ibu mengandung) menunggu dahulu dan hanya memberi kerusi roda tampa pemantauan segera. Terdapat lebih kurang 20 orang saksi melihat perkara yang boleh dikira agak mengerikan itu berlaku. Sedang ibu mengandung itu mengaduh kesakitan di atas kerusi roda dan ditinggalkan sendirian di tengah ruang foyer kecemasan, petugas di kaunter tersebut masih lagi meminta beliau menunggu sekejap, tiba2 pesakit tersebut terberanak di ruang foyer kecemasan. anak yg keluar itu terus terjatuh ke atas lantai simen bersama dengan darah serta tangisan kecilya. Petugas2 di luar ruang foyer pendaftaran tersebut seakan panik, ada di kalangan pelanggan hospital yg menjerit dan menangis melihat kejadian yang tidak disangka itu berlaku. Beberapa daripada kami meluru membantu ke arah bayi itu yg masih telantang di atas lantai simen, bimbang kecederaan kekal berlaku di bahagian sensitif seperti kepala dan tulang belakang bayi tersebut.
Sangat mendukacitakan, petugas2 pendaftaran itu seakan mati kutu, masing2 sibuk mahu memakai sarung tangan terlebih dahulu sedangkan bayi tersebut masih lagi menangis di lantai kecemasan. Sehinggalah dr, jururawat berlari keluar dari bilik 6 & bilik hijau utk melihat keadaan di luar, barulah anak kecil itu diangkat dan dibawa segera ke bilik 6. Keadaan masih lagi kecoh, pelanggan menunggu di ruang kecemasan ada yg masih menangis. Kira-kira lima minit selepas kejadian, barulah si suami datang selesai parking kenderaan beliau. Dan terus bergesa menunggu di hadapan bilik 6. Beliau kelihatan bingung melihat tompokan darah yang banyak serta reaksi pelanggan2 lain yg masih lagi kecoh tampa menyedari kejadian tersebut melibatkan isterinya!! Suasana di burukkan lagi dengan bauan hanyir dan permandangan darah serta air ketuban ibu tadi. Jam 3.50am barulah kelihatan seorang petugas berpakaian clearner dengan wajah mengantuk datang meninjau tompokan darah sepanjang ruang foyer pendaftaran dan ruang menunggu kecemasan. sangat mengecewakan, beliau bukannya datang untuk membersihkan kotoran tersebut, malahan dengan suara lantang seakan sengaja memaklumkan kepada semua yang melihat ‘ini bukanlah tugas dan kawasan bertugas aku’, beliau mengarahkan petugas di bilik pendaftaran untuk telefon sambungan 2626 bagi membolehkan petugas cleaner lain datang membasuh. Jam 4.00 pagi, kotoran tersebut mula di sucikan oleh dua anak muda yang kelihatan agak berdedikasi. Pun begitu, Sgt mengecewakan, sebagai pihak yang menyediakan perkhidmatan, dan kami pengiring pesakit dan pewaris selaku pelanggan, dalam keadaan kecoh, pemandangan yg mengerikan serta bau yang memualkan selama 40 minit itu, tiada seorang pun petugas di luar yang mundar mandir di hadapan kami terutama mereka dr bilik triage datang memohon maaf kepada pelanggan2 yg melihat kejadian tersebut, memandangkan petugas lain di bilik hijau dan bilik 6 kecemasan sedang sibuk dengan tugasan masing-masing.
BalasPadamHasil Perbualan dgn si suami mendapati beliau langsung tidak dimaklumkan oleh sesiapa wakil hospital akan kejadian yg telah menimpa isterinya, beliau terkejut apabila diberitakan oleh kalangan pelanggan/waris yang sedang menunggu di ruang kecemasan darah dan kotoran sepanjang ruang itu adalah dari isteri dan anak ketiganya yg baru lahir. Jam, 4.06am..barulah si ibu dan bayi tadi di bawa keluar dari bilik 6 dan mungkin dibawa terus ke wad bersalin sambil di turuti oleh si suami di belakang, kelihatan ada kalangan kami yang sedang menunggu mengucapkan alhamdullillah dan lega melihat si ibu elok memeluk bayi yang SEDANG menangis setelah lahir di lantai simen tadi di atas katil beliau. Harapan saya dan mungkin juga semua saksi kejadian malam itu semoga bayi tersebut dapat hidup sihat dan normal di kemudian hari.
Setelah kira-kira 2 jam (220am – 415am) menunggu, barulah kelihatan seorg petugas lelaki berpakaian serba putih yg berjalan longlai, mengesat2 mata dan kelihatan seakan baru bangkit dari lena perlahan2 menuju ke bilik hijau. Saudara kami kemudian di bawa beliau keluar ke wad rawatan pesakit seperti dlm keterpaksaan berdasarkan bahasa badan beliau yg tidak mengendahkan katil/strecher pesakit melanggar dinding-dinding, ruang dalaman lif dan katil lain di wad tersebut. pun begitu, Alhamdulillah akhirnya, selamat jua saudara kami. Sekali lagi kami disambut mesra oleh jururawat di dalam wad tersebut.
Melihat daripada kronologi peristiwa di atas, saya selaku pelanggan hospital dan juga rakyat malaysia mendapati kakitangan atasan (jururawat & doktor) telah menjalankan tugas mereka dengan sangat baik. Pun begitu, bagaikan tiada penyelia / pemantauan, kakitangan di peringkat bawahan di hospital ini seakan tidak dikawal oleh sesiapa. Mereka seakan tidak bersedia utk sebarang tugas di waktu malam & awal pagi. Kejadian ibu bersalin di atas kerusi roda dan menyebabkan bayi terjatuh di simen foyer pasti dapat dielakkan jika kakitangan di ruang pendaftaran itu secara santun meletakkan ibu mengandung itu di atas katil/strecher yang sedia ada berhampiran berbanding mengunakan kerusi roda. Begitu juga kakitangan yg bertugas ulang alik membawa pesakit dari wad kecemasan ke wad rawatan pesakit. seharusnya sekurang2nya 2 org yg bertugas dan sentiasa menunggu berdekatan bilik kecemasan bagi membolehkan transit tersebut jika memerlukan berjalan dengan lancar dan cepat, 2 jam tempoh menunggu adalah waktu yang amat mendukacitakan bagi sebuah organisasi kerajaan Malaysia di abad 21, hanya untuk membawa pesakit yg telah stabil dari wad kecemasan ke wad pesakit. Bayangkan jika keadaan pesakit itu tidak stabil, tempoh 2 jam banyak perkara yang mungkin berlaku.
BalasPadamMenyedari bahawa kakitangan pembersihan sesuatu organisasi kerajaan seperti hosptal ini kebiasaannya adalah out-source kontraktor, sepatutnya hospital melantik seorg penyelia ruang kecemasan bagi memantau perjalanan di ruang tersebut agar tidak memalukan nama hospital, kementerian dan sekaligus kakitangan perkhidmatan awam malaysia. Ruang kemasan adalah ruang hospital yg beroperasi 24 jam, seharusnya perhatian lebih & istimewa diberi untuk ruang tersebut agar imej hospital terjaga. Kakitangan hospital pula, saya selaku rakyat malaysia menyedari anda semua telah berkorban sesuatu dan bekerja secara syif, seharusnya waktu rehat selain 8 jam bertugas daripada 24 jam sehari perlulah di isi juga dengan rehat yg cukup agar khidmat anda di tempat kerja sentiasa siap siaga, mesra dan cemerlang.
Mengakhiri hari kami, kira2 jam 4.40am, takkala kami sekeluarga melintasi bilik paling hadapan ruang kecemasan (pendaftran triage) utk menuju ke parking kereta, kami mendapati bilik tersebut telah gelap (andaian mungkin ditutup lampunya kerana tidak mungkin ruang kecemasan beroperasi kurang 24jam/sehari). Dengan hening malam perjalanan pulang malam yang panjang kami it di sahuti alunan lena diulit intan yg tidak kami sangkakan akan kedengaran dari mana2 tempat mencari rezeki di negara ini.
PELANGGAN TERKEJUT
"Tadi dia (peniaga) memberitahu saya, mula berniaga di situ sejak tahun 2005. Maknanya, sudah kira-kira 7 tahun.
BalasPadamPKR perintah dah brapa tahun? lu wat taik, org len yg kena getah?
rakyat malaysia ni baik hatikan, orang luar boleh bebas berniaga, minta sedekah, bekerja. negara kecik yang sempit ni bertambah tambah sempit.
BalasPadamselamat ke kita buat macam ni di negara mereka?
Salam bro Mazidul..
BalasPadamtahniah saudara, yang banyak melaporkan isu2 sebegini.
selepas ini harap saudara dapat meninjau pula keadaan di pusat komersial seksyen 7 shah alam. kawasan ini kawasan tumpuan pelajar uitm. beberapa kedai baiki motor sesuka hati memperluaskan operasi premis mereka sehingga menghalang orang awam untuk naik ke tanggan (menuju rumah di tingkat atas). saya pernah lapor perkara ini kepada MBSA, malangnya MBSA terlalu bermurah hati dgn memberi alasan bahawa motor2 yang terdapat bersepah tersebut adalah motor kepunyaan pengguna di situ. sy sgt kecewa kerana sy adalah saksi, serta memaparkan bukti bergambar operasi kedai tersebut.
masalah ni berlaku dimerata tempat di malaysia. tidak terhad di mbpj. justeru itu tidak adil bagi The Red Rambutan untuk menjadikan ia isu politik.
BalasPadamyg pastinya, hanya restoran cina yg seolah2 ada kekebalan.
saya yakin pengusaha restoran melayu islam tak sampai hati nak buat begitu, sbb mereka lebih utamakan keselamatan dan nyawa pelanggan mereka. syabas diucapkan kepada pengusaha2 ini. jauhkan diri anda dari budaya suap menyuap!
ala...tengok kat sebelah IOI Puchong...diaorang bukak meja tepi jalan atas parking berdepan dengan lombong tue....dah la kedai kuda banyak...
BalasPadamTq for posting this. I've been to a gym that area for the past 2yrs and have been wondering about that restaurant too, but i dont know how to make a complain.
BalasPadamHarap pihak Majlis bandaraya buat siasatan & bertindak!
p/s: meluat asyik jam dekat kawasan tu.
Tq for posting this. I've been to a gym that area for the past 2yrs and have been wondering about that restaurant too, but i dont know how to make a complain.
BalasPadamHarap pihak Majlis bandaraya buat siasatan & bertindak!
p/s: meluat asyik jam dekat kawasan tu.
zaman sekarang duit telah menjadi Tuhan, apa pun boleh berlaku kerana duit...hukum Tuhan tidak dihiraukan, inikan hanya sekadar undang-undang ciptaan manusia..
BalasPadambro mazidul,
BalasPadamkeadaan ni sama seperti di jalan sebelah pelangi mall,johor bahru.
dekat situ ada lebih kurang 4-5 restoran,semua letak kerusi meja sampai jalan jadi satu lorong..
lagi dasyat kalau ada perlawanan bola terus letak kon tutup jalan!kimak dia..
member bawak lori langgar terus kon tu,semua tengok tercengang..
aku pelik,takkan pihak berkuasa tak nampak benda ni?
pihak MBJB! buat kerja lah!!