Sabtu, Mac 31, 2012

DARI CHINA DIA DATANG UNTUK MENGEMIS DI ATAS JEJANTAS DI PELANGI DAMANSARA

Gambar di bawah saya rakamkan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Dia datang dari Kuala Lumpur dan duduk di atas jejantas di Pelangi Damansara ini, menagih simpati orang ramai lalu-lalang.

Setelah gambarnya dirakamkan berulang kali, dia kelihatan gelisah dan membuat keputusan melangkah pergi untuk pulang ke bandaraya.


7 ulasan:

  1. kerana rakyat malaysia terlalu pemurah..

    BalasPadam
  2. mereka boleh di lihat setiap pagi di bas stand kelang pada pukul 6.30pagi. di anggarkan mereka mereka ini sekitar 15 ke 20 orang lelaki dan perempuan. sesetengah mereka masih tinggal di kawasan brikfield. sindikit ini telah saya lihat 3 tahun lepas mengambil bas di waktu pagi di hadapan stesyen monorel kl sentral ke destinasi masing masing. ada yang berpura-pura uzur selepas menaiki bas dengan bertongkat. sekarang mungkin musim hujan mereka membawa pula payung. yang anehnya mereka tidak akan berkomunikasi sesama mereka di hadapan publik walaupun duduk bersebelahan semasa menunggu bas. jika cik mazidul ingin menghentikan sindikit ini pergilah ke stesyen bas klang pada waktu subuh di mana mereka akan keluar beramai-ramai. juga di perhentian yang ke dua selepas stesyen bas klang pada waktu yang sama. maksudnya mereka akan menaiki bas yang pertama ke destinasi masing masing.

    BalasPadam
  3. Peringatan kepada rakyat malaysia......
    Memang budaya kita merupakan seorang yg baik hati dan pemurah, tapi sebaiknya hulurkanlah bantuan ketempat yg betul, keatas orang yang betul-betul berhak.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.