Jumaat, Mac 09, 2012

TENGOK! APA ADA DI HADAPAN 7-ELEVEN?

Kru 666 sempat singgah minum di Subang Permai, Subang Jaya, Selangor, sewaktu melakukan tinjauan dicatatkan di entri ini.

"Tengok! Apa ada di hadapan 7-Eleven?," ujar kru, Farid.

Setiap mata kru lain kemudian meneliti lokasi dimaksudkan.

Pantas saya menyerahkan kamera digital kepada Farid sebelum dia berjalan lau menuju ke lokasi cakera padat CETAK ROMPAK dipasarkan secara terbuka dan merakamkan gambar di bawah.


7-Eleven dibuka 24 jam sehari dan acapkali dikunjungi pelanggan. Justeru ruang di hadapan premis itu mungkin dilihat sesuai untuk peniaga memasarkan barangan CETAK ROMPAK. Bekalan elektrik percuma dan mudah dilihat dari jauh.

Undang-undang mereka ketepikan.

"Budak budak Cina menjual (cakera optik CETAK ROMPAK) itu melarikan diri bang," lapor Farid.


Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan barangkali tidak menyedari kegiatan itu.

Polis juga sama.

Setelah tersiar di blog ini mungkin mereka akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang diperuntukkan.

HEBAHKAN DI WALL FACEBOOK

8 ulasan:

  1. As salam Bang Mazidul..

    Saya rasa kalau kat tmpt saya di JB ni..sana sini ada menjual open table mcm ni..ntah la ye, kdg2 siap bisik2 ada dvd yg xxx tu..
    Sebelah rumah saya ni kedai kopi, pun ada jgk menjual open table cmni..
    hairannya..pak polisi minum situ, x pulak di cekup nya..huhuhu

    BalasPadam
  2. polis bkn stkat minum jea rasanya siap beli sekali kot..heheh

    BalasPadam
  3. As salam

    Perkara yang sama berlaku di hadapan 7/11 di Keramat Permai. Siap guna 3 slot parking. Yang bestnya, pak polisi pun ada beli. Siap pakai uniform dan kereta jabatan lagi....

    BalasPadam
  4. setakat ni hampir setiap 7E ada lanun2 cetak rompak... mcm toke besar 7E tu ada share pulak dgn lanun2 tu kalau tidak takkan senang saja open table dpn kedai kan....

    BalasPadam
  5. salam,zaman ni orang guna internet &usb kan ? masih ada lagi
    ek org jual cd?

    BalasPadam
  6. Polis pon datang beli bang

    kat 7e Taman Segar Perdana, dekat area econsave

    BalasPadam
  7. Ada segelintir polis "makan duit haram". Dkt tempat saya bila ada ops xde jual, sejam 2 lepas tu ade jual.... Mane depa dpt info kalau bukan dr polis yg corrupt...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.