Perhatikan keunikan kasut kulit buaya di bawah.
Kasut berharga RM4,800 terbabit, satu daripada koleksi bernilai milik Raja Kamaruzaman Raja Lob Idris, penjual kasut pernah saya temubual di Majalah 3 sebelum ini.
Anak kelahiran Perak itu lebih mesra dikenali dengan nama jolokan 'King' di kalangan teman rapat dan pelanggan kedainya, JR West Leather, terletak di Lot 101-102, Tingkat 1, Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Wajah King kelihatan sedikit garang tetapi percayalah hatinya baik beliau amat peramah.
Wajah King kelihatan sedikit garang tetapi percayalah hatinya baik beliau amat peramah.
"Saya pernah membuat kasut menunggang kuda untuk bekas Yang Di Pertuan Agong, Sultan Terengganu, Tengku Mizan dan Tun Dr. Mahathir Mohamad," ujar Amiruddin Mansur.
Amiruddin, 54 tahun, kini bertugas di JR West Leather.
Dia mula membuat kasut sekitar tahun 1973 dan kini bakat itu diwarisi oleh anaknya, Khairul Amri, 30 tahun, juga berkhidmat di kedai King.
Semalam saya ke kedai sama, Khairul mengubahsuai beg sandang milik saya. Beg dibeli di Bangkok, Thailand terbabit ditampal kulit lembu dan seladang.
Melalui pengamatan saya, hasil kerja seni Khairul, amat rapi biarpun kemahiran diwarisinya nya lebih kepada pembuatan pelbagai jenis kasut.
Lebih menarik, kerja pengubahsuaian itu dipantau sendiri oleh King.
Apapun terima kasih King kerana sudi mencantikkan beg terbabit bersesuaian dengan tugas saya sebagai wartawan penyiaran.
"Orang ramai boleh membeli beg sama di Thailand, uniknya hanya satu sahaja bertampal kulit hasil sumbangan JR West Leather," kata saya.
"Datang lagi lain kali, kita tampal poket tepi beg itu dengan kulit pula," celah King.
Berikut antara gambar pelbagai barangan lain dipasarkan di kedai terbabit.
"Pisau ini tajam dan boleh memotong tulang," kata Baharuddin Ahmad.
Dia mula berkhidmat di kedai King sejak 12 tahun dan bertugas menyediakan tapak kasut ditempah oleh pelanggan lelaki dan wanita. Pisau terbabit digunakan untuk memotong tapak kasut mengikut saiz dan bentuk bersesuai dengan kehendak pelanggan.
Lebih mesra dengan panggilan 'Wak', anak kelahiran Padang, Sumatera, Indonesia itu kelihatan amat tekun melangsaikan kerja diberikan oleh King.
Tiba-tiba Amiruddin bangun dari tempat duduknya dan beredar ke kedai terletak bersebelahan bengkel tempat beg saya diubahsuai.
Beberapa minit kemudian, dia muncul semula dengan segulung kulit di tangan dan kemudian memotong sebahagian daripada bahan itu dalam bentuk empat segi.
"Simpan kulit kambing ini, bahan lembut dan amat sesuai untuk mencuci kacamata serta membersihkan lensa kamera," ujar Amiruddin.
"Saya pun baru tahu kulit kambing sesuai untuk tujuan itu," celah anaknya, Khairul.
Jika pembaca ingin menempah kasut kulit, sila hubungi King di talian 012 295 8533.
"Saya pembaca blog Mazidul"
Khabarkan maklumat itu kepada King, InsyaAllah harga diberikan istimewa dan bersesuaian dengan kualiti barangan ditawarkan.
SILA HEBAHKAN, TERIMA KASIH
nak gi cari beg kulit lah kat situ,nampak cam best jer pulak.
BalasPadamElok buatannya.
BalasPadamSMTI
BalasPadamSalam En Mazidul. Saya rajin membaca 'current affairs' nukilan saudara, tapi jarang mengulas. Kali ini ulasan saya tidak berkena mengena dengan tajuk artikel saudara. Komen saya mengenai cerita awang hitam di Malaysia. Saya menetap di Australia. baru-baru ini saya mengiklankan kereta untuk di jual di gumtree Australia. Saya memang 'aware' dengan 'scammer' di Gumtree. namun alangkah terkejutnya saya apabila di minta mengirim wang melalui 'Western Union' beralamat ke Klang dan JB Malaysia. Saya tidak terpedaya. Banyak ke awang hitam di Klang/JB? Saya agak jer ini angkara awang hitam di Malaysia. Mungkin juga bangsa lain.
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti..
BalasPadamOoo..kulit kambing ke tu..
kat tempat kerja saya agak jugak sikit...memang kita guna untuk cuci lensa kamera pun...
baru tau..:-)
Nmpak menarik..sy ni peminat kasut legen..selalu gak tempah kasut legen kt tiger star kat campbel...nk tanya,tapak kasut kulit legen ni tapak kayu ke
BalasPadamsalam, kawan pn ade beli 3 pasang kasut lagend, utk pengetahun awak, semua kasut yg di buat adalah 100% kulit...tapak kasut tu pon yg di lapis2 tu pon semua adalah kulit yg di lapis2, tp mmg puas hati la klu tempah kt kedai abg king ni...mmg mahal, tp pd sy, biar kite kalah membeli, tp menang memakai, hehe...smpi skrg kasut3 sy tu masih cantik, cme tapak je dh makin haus, biasa la, kite jln kt m'sia ni kn jln tar, klu koboi pakai kt sana jln dorg tanah, sesuai la. hehe...ok la...kwn cme kongsi ape yg kwn tahu...ok bye...
Padam