Sabtu, Mac 10, 2012

LELAKI BERNIKAH 10 KALI

Usia bekas anggota polis, 'Zain' mencecah 60 tahun. 

"Isteri ke sepuluh, nikah bila?," soal saya.

"Hujung Januari lalu," balas lelaki berasal dari Batu Kurau, Perak itu.

"Nikah di mana?," tanya saya lagi.

"Nikah di Selangor tetapi surat nikah dikeluarkan oleh imam di Indonesia. Abang tidak takut, undang-undang dunia, bukan dibawa ke mati. Kalau tindakan abang salah, kena denda, abang bayarlah," jawabnya selamba.

Untuk rekod, pendapatan bulanan Zain, kira-kira 15 ribu ringgit.

"Abang menikahi isteri pertama sewaktu berusia 15 tahun, sebelum tahun 1969, masa itu umur dia kira-kira 12 tahun, berasal dari Muar, Johor. Isteri kedua dan ketiga tinggal di Gombak, Selangor. Lepas itu abang menikahi pula isteri keempat, kelima dan keenam, semua rakyat Malaysia. Isteri kelapan pun warganegara kita. Cuma isteri ke tujuh, kesembilan dan kesepuluh, warga Indonesia," terangnya kepada saya.


Tubuh Zain masih kelihatan segak, cuma rambutnya sedikit beruban.

"Sekarang ini abang ada tiga isteri, seorang sahaja bercerai mati, selebihnya bercerai hidup. Isteri ke enam, berasal dari Bota Kanan, Perak, kira sekarang ini dia mengambil tempat isteri pertama. Isteri kelapan dan ke sembilan, gadis Medan. Mereka bekerja di kilang elektronik sama di Ipoh, Perak, umur sama, 20 tahun dan berkongsi bilik. Tidak ada masalah. Jika abang ke Ipoh, cuma sewa hotel dan mereka akan datang tidur mengikut giliran, bersilih ganti. Setiap bulan, abang berikan RM1,000 kepada setiap isteri. Gaji kilang berapa sahaja? RM700?," ujar Zain.

"Sepuluh isteri, adakah antara mereka, bermasalah?," soal saya spontan.

"Isteri nombor tujuh, 25 tahun, gadis Aceh, Indonesia, Kami terjumpa masa dia bekerja di kedai mesin judi di Subang. Jaya, Selangor. Selepas nikah, abang menjaga dia elok tetapi dia membuat perangai. Minum arak, kerja karaoke, berjudi, berhutang sana sini dan paling abang berasa sakit hati, dia banyak menyimpan klip video lucah di dalam telefon bimbit. Abang marah, bila dia bercakap lebih, pelepuk! Abang bagi dia penampar,  dia masuk bilik air, menangis. Selepas enam bulan, abang menceraikan dia. Dia kemudian mengadu kepada isteri lain sebab kena pukul. Mereka cakap, kalau berperangai baik, abang mesti tidak memukul dia. Abang cakap, kalau hendak membuat laporan polis, pergilah. Masa susah abang menjaga dia tetapi tidak mengenang budi. Abang ambil dia, jadi elok. Peralatan make up dia sahaja, berharga RM500 sebulan, lebih daripada make up artist. Nasib baik abang banyak duit, boleh bayar. Abang cuma meminta dia agar berperangai baik sedikit tetapi macam syaitan. Abang belikan dia semua barangan keperluan harian,  makanan, dia pergi makan di kedai, abang belikan dia mesin basuh, dia hantar pakaian kotor ke dobi. Jadi apa gunaya abang  bernikah dengan dia? Lepas permit kerja mati, polis tangkap dia, kena reman 14 hari sebelum dihantar balik ke Indonesia, Pergi mampuslah dia! Sekarang ini dengarnya, dia sudah datang balik ke Malaysia tetapi dia memang tidak berani mencari abang balik," jelasnya.

Zain mempunyai 9 anak hasil perkongsian hidup dengan beberapa isterinya dan kini dianugerahkan 17 cucu.

"Semua isteri tahu abang berpoligami, anak sporting. Biarpun bernikah ramai, abang bukan jenis lepas tangan. Kalau isetri dan anak bermasalah, abang mesti tolong mereka. Sehingga sekarang, abang masih menanggung perbelanjaan anak tinggal bersama isteri keenam, biarpun sebilangan mereka sudah berkahwin. Semua cucu tahu, datuk mereka berpoligami," terangnya sambil minum teh 'o' ais.


"Ini soalan favourite majoriti perempuan. Adakah abang bernikah hanya kerana nafsu?," celah saya.

"Abang nikah dengan semua isteri sebelum ini dan sekarang untuk dijadikan tempat mereka mengadu. Daripada abang melakukan maksiat, kena tangkap, malu. Lebih baik bernikah secara sah. Biar kehidupan mereka lebih senang. Kalau hanya kerana nafsu, abang tidak perlu bernikah sekaligus menjaga mereka semua. Kalau setakat hendak berseronok, lebih elok abang melanggan pelacur di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Setakat untuk memuaskan nafsu, bayar, dapat betina. Hendak perempuan mana? Pilih, China, Vietnam, Jepun? Tetapi sampai bila kita hendak membuat kerja sebegitu? Tengok, umur abang dan isteri berbeza 40 tahun sebab mereka berkata, orang tua berpengalaman dan berupaya menjaga mereka secara baik," jelas Zain.

"Sayang isteri muda lebih?," tanya saya.

"Eh! Mana ada. Abang sayang semua sama. Cuma isteri tua itu, berusia 58 tahun. Bukan boleh buat apapun. Abang masih sihat dan bertenaga sebab itu kerap jugalah ke Ipoh untuk bersama dua isteri muda," balasnya dalam nada tenang dan bersahaja.

"Abang memakai minyak senyoyong ke?," usik saya. 

Zain tersenyum sekaligus misai tebalnya sedikit terangkat.

"Tidak tetapi ada mengamalkan petua, belajar di kampung, sejak muda. Sebenarnya abang tidak reti menganiaya orang, busuk hati. Cuma bila perempuan berpeluanbg bersembang dengan abang, lazimnya mereka akan teringat-ingat pada waktu malam. Isteri ke sepuluh itu, abang terjumpa dia sedang mandi di sungai, tempat orang ramai beriadah. Dia datang menghampiri abang, kami bersembang. Abang nasihatkan dia, apabila berdagang di negara orang, jaga perilaku dan perangai. Lepas mandi, kesejukan, dia kemudian datang dekat abang dan bersandar di bahu. Abang rasa tindakan itu normal sahaja. Lepas dia balik ke Ipoh, malamnya, dia menghubungi abang. Beberapa hari kemudian, abang pergi bertemu dia di sana dan dia bertanya, kalau ada perempuan hendak berkahwin dengan abang, abang setuju atau tidak? Abang kata, berkahwin, tidak mahu, bernikah secara sah boleh. Dia cakap, perempuan itu dia. Malam itu juga kami bernikah," katanya.

Kira-kira jam 5 petang, kami beredar dari Pasaraya Hiong Kong di Sungai Buloh, Selangor.

"Adik tunggu sekejap, nanti abang akan masukkan wang ke dalam akaun," katanya kepada isteri muda melalui telefon.

Begitulah adat lelaki beristeri ramai, wang harus cukup, jika tidak dia barangkali 'melayang'.

13 ulasan:

  1. Untuk rekod, pendapatan bulanan Zain, kira-kira 15 ribu ringgit.huyooo, patutlah leh tambah cawangan. limit 4 isteri je bang.huhuhuhu

    No. Plat Kenderaan paling Kreatif - versi 2

    BalasPadam
  2. gulpppp !! kalau dah mampuuuu...apa nk buat.. huhu..

    BalasPadam
  3. Brader ni boleh dijadikan idola ni. Hehe

    BalasPadam
  4. huhh!! boleh tahan abg zain kita nihh..yang penting duit mesti mahu banyak! i follow..haha lawak jer..

    BalasPadam
  5. penuh yakin, berani dan terbuka jerr responnya pada setiapang soalan yg dikemukakan. Biz apa agaknya tu ... RM15 ribu sebulan.

    BalasPadam
  6. smti... hebat..

    cik Mazidul ada dapat tips dari Abg Zain tu tak? hehe

    BalasPadam
  7. Fuhyoo.. keje apa agaknya brader ni ea.. nak gak rasa income sebulan 15k..

    BalasPadam
  8. Salam..wah..mantap..suami ni baik dalam erti kata tidak mengabaikan tanggungjawab sbg suami tp dalam masa yg sama, dia zalim..zalim terhadap diri sendiri dan agama :)

    BalasPadam
  9. SMTI - No Komen...setuju belaka ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha

    BalasPadam
  10. SMTI....errr....betulkan klu saya silap..poligami tuh smpai 4 jek kan? tapi mcm lebih 6 org jek....caner ek?

    BalasPadam
  11. kalu pendapatan 15ribu ..
    = 4 isteri..


    jap.. bang..jap..
    nak kira ni haa.


    gulpppp !!
    kalu 250 juta pulak....?
    adehhh..
    bateri calcutalor xcukup !!

    BalasPadam
  12. tadi saya sempat bertanya sang suami yang usianya dah pun 45tahun. soalan saya "apakah benar lelaki menginjak usia 40tahun akan kembali miang seperti lelaki muda?". jawapan suami saya "yes, hampir kebanyakan lelaki normal akan kembali miang setelah masuk usia 38tahun, usia 40tahun tu kira confirm miang. saya akui, dan kawan2 saya pun merasai perasaan miang tersebut. cuma, akal waras kita saja yang akan membataskan tahap miang tersebut. kalau kurang akal, maka bertambahlah cawangan (orang lelaki kata sudah jodoh)". pengakuan yang sungguh tulus ikhlas dari seorang lelaki.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.