Isnin, Februari 16, 2009

Saiz Payu Dara

Wanita warga China, Zhao mengambil keputusan mendedahkan dada sambil memukul gong di luar hospital didakwa gagal membesarkan payu daranya.

Dulu, pelajar warga Indonesia, 22 tahun menuntut di Belanda meninggal dunia sebaik payu daranya disuntik colagen, cecair dikatakan mampu membesarkan perhiasan wanita itu kemudian bertukar menjadi racun di dalam darahnya. Saya membuat liputan kes terbabit di Jakarta.

Mengapa sebilangan wanita tidak berpuas hati berhubung saiz payu dara mereka sehingga sanggup mengaibkan diri dan menyabung nyawa?

Tidak bersyukur dengan kurniaan Tuhan?

71 ulasan:

  1. Yang kecik nak dibesarkan..
    Yang besar nak dikecikkan..
    Kening tebal kasi tebas sampai nipis..
    Mata bundar kasi pakai kanta lekap warna-warni..
    Tudung punyalah murah, nak jugak 'kaler' rambut sampai beribu-ribu RM..
    Bila bagi nasihat, dia 'sekolahkan' kita balik..
    Bila kita marah, dia bawak 'geng' pergi belasah kita sampai lunyai..

    Betullah orang lama cakap, Bela lembu sekandang lagi senang dari bela pompuan sorang.. Boleh jugak kasi sembelih..

    BalasPadam
  2. Yg kecik nk besar.. yg besar nak kecik? Huh! Wat pe nk mnyeksakan diri + buang duit + buang masa je..

    Brsyukurlah dgn anugerah drp-Nya.

    BalasPadam
  3. Kata sebilangan wanita, mereka ingin kelihatan lebih seksi biarpun seksa :)

    Saya akan tunggu komen PEREMPUAN berhubung soal ini.

    Atau ramai enggan bersuara?

    BalasPadam
  4. Sokong2... apa yang dijadikan tuhan ke atas manusia.... ADA KESEIMBANGANNYA.

    BalasPadam
  5. mungkin rasa rendah diri dengan orang sekeliling.....mungkin kerana itu!!!

    BalasPadam
  6. en.mazidul,alid & dj epoi suke yg beso ker yg kecik..? :p


    lalalla :D

    BalasPadam
  7. Didi, maksudnya wanita diperbandingkan mengikut saiz payu dara? Atau isu saiz sering menjadi topik perbualan dan kutukan sesama jenis?

    2 kes saya catatkan itu fakta, benar2 berlaku. Cuma kekadang rasional di sebalik tindakan mereka itu dipersoalkan.

    Semalam saya bertemu 2 gadis, bangga menceritakan tindakan mereka menyuntik colagen ke hidungd dan dagu. Malah suntikan bukan dilakukan doktor bertauliah, hanya membantunya membuat kerja free lance. Hairan, berani sungguh mereka itu.

    BalasPadam
  8. Ecah, sabar. Kita tunggu jawaban mereka. Saya pasti mereka tidak keberatan melontarkan buah fikiran.

    BalasPadam
  9. Dah lumrah manusia ni tak pernah nk bersyukur dgn apa yg ada. Yang cantik nak cantik lagi.

    Psl benda tu nk dibesarkan, maybe diorg akn rasa rendah diri klw punya benda tu yg kecik je. Sbb lelaki fokus utama diorg kat stu dulu baru yg lain2. So kiranya aset yg lg penting. Jd nk tonjolkan lebih.

    BalasPadam
  10. Jwpn dia sbb tak tahu nk bersyukur la. Biasa yg pergi buat bedah cocok2 sana ni org dia mmg dh cantik. Bkn type yg buruk sgt. Contoh zahida rafik yg srkrg ni dh jd menakutkan mukanya.

    My fren pun yg cucuk2 ni cantik2 je orgnya. Yup..cucuk2 ni bersepah kat pasaran. Byk blog2 kecantikan yg jual kolegen or vitamin C yg kita boleh cucuk sndiri. Kesannya esok2 tdk dinyatakan. Sbb murah ramai teruja. Nak pergi yg kat bertauliah mahal.

    BalasPadam
  11. pada pandangan saya... ini semua nafsu...

    pengaruh dr media...

    kalau tak kerana nafsu manakan mereka teringin nak buat pembesaran payu dara bukan..

    nafsu yang saya maksudkan ialah nafsu berahi...

    dulu mana ada sumber sumber yang terbentang luas yang berselerakan di sana sini...

    majalah majalah yang menayangkan bentuk dan lurah...
    membuat kaum wanita teruja utk berpenmpilan seksi...

    internet..tanpa batas

    saya... family saya kemain susah nak bagi duit utk membeli majalah majalah.. sbb tu tak tau dunia ghairah ini...

    telah masuk ke uni baru saya tersedar akan hal ini...

    dah kawen lagi lah... itu semua nafsu

    lagi satu dulu ada rancangan santa barbara dn juga baywatch yang menayangkan segala tayangan..

    hurm... perempuan teruja kot... tu sbb ada suntikan bagai.. ada cream firm firm bagai...

    tidak pada saya... walaupun ada rasa cemburu melihat kecantikan mereka...

    susah nya nak explain abg mazidul oi!!!


    Mengapa sebilangan wanita tidak berpuas hati berhubung saiz payu dara mereka sehingga sanggup mengaibkan diri dan menyabung nyawa?

    abg mazidul...
    itu semua nafsu... mahu cantik... mahu di beri perhatian.. mahu di katakan hebat di ranjang... dan seangkatan

    puas ke hati bila dah menggelegeh aje... ha kan itu nafsu... yang dah kawen takut suami cr yang bergetah...
    ntah lah abg mazidul... pada saya... bersyukur lah dengan apa yang ada...

    kalau yang dah berkahwin, kalau niat betul tak mana..

    ni ntah hapa hape... kerana mahu di katakan hebat agaknya.. tui yang tak puas hati aje!!!

    BalasPadam
  12. Echah...

    he he he he he

    yang sedang sedang saja

    ...

    teringat lagu

    Yang besar besar sahaja

    he he he he

    BalasPadam
  13. Golongan VIP,VVIP juga tidak terkecuali, mungkin istilah 'tua' tiada dalam kamus mereka

    BalasPadam
  14. maksud saya mungkin dalam byk perkara perempuan mudah rasa rendah diri...kekadang bukan kerana kutukan atau perbualan tapi mungkin keadaan sekeliling yang membuatkan perempuan terasa rendah diri..cth mungkin dari pandangan perempuan itu sendiri...mungkin..hehehe berapa banyak mungkin dah...

    BalasPadam
  15. Kaum Hawa sudah mula bersuara, bagus.

    Suatu ketika dulu, penyanyi Dolly Parton membuat pembedahan payu dara. Kini sewaktu usia tua, tiada siapa memperkatakan mengenai saiz payu daranya. Bagaimanapun nama Dolly masih tetap sinonim dengan payu dara besar.

    Echah, Alid dari Myanmar dah menjawab. Harap anda berpuas hati.

    Macamana jika selepas catatan ini, setiap komen LELAKI harus disertakan, B Besar, K Kecil di hujung komen. Kita buat kaji selidik sikit, cita rasa lelaki Malaysia, boleh? Ada membantah?

    BalasPadam
  16. sanggup terseksa utk kelihatan seksi...syukur lah dgn apa yg ada.x yah la nak ubah kejadian Allah yg dah cukup sempurna nie...

    BalasPadam
  17. patutlaa en.mazidul tak jawap dia nak tunggu jawapan dari bloggers lelaki yg lain dulu :p

    saya setuju en. mazidul tapi kena ikhlas dan berani mcm ALID .. :D

    clap 10000 x kat ALID :p

    BalasPadam
  18. ramai pual yang mengomen entry ini..walaupun aku sendiri awal2 lg membacanya tetapi tidak meninggalkan jejak di entry ini

    Tekanan psychology dari kedaan sekeliling dan pandangan orang lain memberi impak kepada kaum wanita sehinggakan mereka sendiri tidak yakin dengan apa yang Allah Swt telah berikan

    Renung2kan

    BalasPadam
  19. sebelum terus sambung.. saya dapat linnk blog abg mazidul dr kamal fnd hashim... mari kita trus kupas isu isu yanga da di sini

    Macamana jika selepas catatan ini, setiap komen LELAKI harus disertakan, B Besar, K Kecil di hujung komen. Kita buat kaji selidik sikit, cita rasa lelaki Malaysia, boleh? Ada membantah?

    utk tujuan kaji selidik saya tidak mebantah.. sertakan jua mengapa B atau K?...

    saya pun nak tau dunia lelaki...

    BalasPadam
  20. apakata.. abg mazidul add gadget letak poll... kan senang.. leh kita tgk statistik direct... utk entry ini...

    BalasPadam
  21. Xillix, Kamal fnd yang kacak bergaya tu eh? Dia tu banyak ilmu tapi kurang masa menulis. Saya kurang ilmu, masa berlebih. Jadi we compliment each other bila berjumpa.

    Setakat catatan ini ditulis hanya Alid sahaja berani mencoretkan citarasa. Orang lain?

    Apapun, tujuan enty ini ditulis mencari rasionaliti di sebalik tindakan sebilangan wanita membesarkan payu dara dengan pelbagai cara. Itu jangan lupa ya :)

    BalasPadam
  22. dj epoi gi mane yer...??

    sepi jer tak nmpk pun kat sini :)

    mesti bz dgn baby baru kan..

    lepas ni bersawang laa rumah dia.. :D

    tunggu respon dia nih :p

    BalasPadam
  23. Echah, saya rasa Epoi memang sibuk. Sibuk buat susu, basuh lampin, dodoikan anak baru.

    Namun pasti berbaloi menunggu komen dia, maklumlah, anak dah 3, kahwin dah lama. Kan?

    BalasPadam
  24. Berani mencoretkan citarasa..
    Hmmm..
    Frasa 'berani' itu sudah menjadi urban untuk gua yang konservatif..

    Pada gua senang je.. Gua suka apa yang gua suka.. Yang penting bukan plastik.. Lebih teruk plastik sampah..

    Habis cerita..!!

    BalasPadam
  25. Yus, answer taken.

    Bagi saya cita rasa manusia berbeza, samada perempuan maupun lelaki. Apa perempuan ingat lelaki suka, mungkin lelaki tak suka. Apa perempuan ingat lelaki tak suka, mungkin lelaki suka.

    Jika dilihat di kalangan pondan, mereka berusaha gigih membesarkan payu dara sekaligus sanggup berbelanja ribuan ringgit melakukan pembedahan 'mencipta' payu dara. Silikon, pujaan mereka. Itu LELAKI ghairah ingin memiliki payu dara.

    Kepada perempuan, sediakala memilikinya, masih tidak berpuas hati rupanya. Entah la, saya masih menantikan lebih banyak komen :)

    BalasPadam
  26. Bro,
    Itu betul.. Gua tak sangkal dan gua menyetujuinya..!! Lain padang, lain belalangnya.. Terima kasih kerana menjawab soalan dalam tersirat gua..

    Pondan tu asalnya lelaki jugak jadi mereka tentu tahu apa yang lelaki hendak.. (tau la sangat..!!)
    Macammanapun, menilai nira melalui warnanya adalah satu benda yang dangkal.. Tahniah kerana bro bijak memberikan jawapan..

    Gua menunggu 'perempuan' yang pernah buat pembedahan silikon untuk melontarkan komen.. Nak tengok apa alasan diorang..!!

    BalasPadam
  27. Bagi saye sbg orang lelaki. Besar atau kecil tue..bukanlah ukuran kecantikan / keseksiaan seorang perempuan.

    Yang penting.....montok, pejal,mantap, mulus..itulah yang diperlukan.he3x...betol tak kawan2x yg laen...

    BalasPadam
  28. xbersyukur la 2 abg zidul..n xpenah rase puas ngan ape yg tuhan kurniakan..wat dari nk ubah apa yg dikurniakan...bukankah lagi baik berasa tidak puas ati ngan work, pencapaian kite lam idup dari dok menyakitkan diri ni wahai gurl2 yg telah cantik tp xsedar diri 2 dah cantik.....
    yg pntg kalo laki 2 syg ngan kite xde nye eh rase xpuas ati ngan aset2 korg nyer...benar ker???// sekadar memberi pandangan....

    BalasPadam
  29. Pada saya, kalau besar nak dikecilkan kerana masalah kesihatan tak pe... Pernah tengok satu kes di mana individu itu sampai sakit tulang belakang kerana bust terlampau besar...

    BalasPadam
  30. korang mcm suda geharu cendana pula..tatau atau pura2 tatau haa??

    semua org suke tgk sesuatu yg cantek & indah apatah lagi org lelaki mmg suka tgk benda yg cantek & seksi..betol tak??

    so inilah sbb wanita sengaja besarkan payu dara semata-mata nak nmpk seksi dan sentiasa menjadi perhatian kaum lelaki.. :)

    tak semua tapi mmg ADA.kalo tidak ngape ramai wanita yg sanggup jadi model majalah playboy kan.. :D

    alaa jgn laa tipu ramai dikalangan kaum lelaki simpan gambo wanita seksi..mesti ramai yg senyum simpul tu :p

    BalasPadam
  31. Echah, setiap yang besar, seksi akan kendur juga kesudahannya. Modify la macamana sekalipun :)

    Jan, isu sekarang, kecil nak dibesarkan.

    Honey, setuju. Jika perempuan bijak melayan lelaki, cemerlang mengambil hati, lain2 aset tu, bonus aje kut?

    BalasPadam
  32. pada saya kalau orang lelaki tak rasa payu dara besar itu seksi, maka perempuan takkan terdorong untuk melakukan perkara2 ini..
    kaum perempuan ni hanya buat begitu untuk 'menunjukkan' assetnyer pada kaum adam.. so kalau kaum adam rasa payu dara besar itu tak seksi, semestinya kaum hawa takkan terdorong tok buat perkara2 ini..

    BalasPadam
  33. Mungkin itu sifat manusia yg tidak pernah bersyukur. Bukan saiz benda itu sahaja, perkara-perkara lain pun mereka tidak pernah puas. Ada yang kaya nak semakin kaya. Yang cantik mahukan paras rupa mereka bertambah cantik. Asalkan mereka puas dengan keinginan mereka, mereka sanggup buat apa sahaja. Dosa ataupun pahala tolak ke tepi.

    BalasPadam
  34. Rasa takut nak ulas, japp nak tengok kiri kanan dulu, hehehe

    sememangnya begitu laa lelaki, bila diluar suka tengok yg saiz besar, kat rumah, bini tak takut kita pulak weiii...

    apa2 pun yg penting hati yg baik, lain tu akan berubah ikut umur, tak akan muda dan tegang selamnya..

    saiz B:

    BalasPadam
  35. Ecah :

    Kalau dah besau tuh....lagi baik!!
    kira macam Bonus untuk kaum2 Hawa gituh.....heheheheh

    PUAS HATI? Cik Ecah ?

    BalasPadam
  36. Ida, laaaa salah lelaki pulak ker? Atau perempuan terasa bersalah kerana tidak kelihatan seksi?

    Naz, suka besar ke kecil? Tak jawab pun :)

    Anak Epoi dah tidur. Sekarang bapaknya memberikan jawaban jujur kepada Echah!

    BalasPadam
  37. Nak kata pun x gune abang mazidul,sy ada kenal seorang ni merangkap ex pet sister saya,spend thousand of dollars just to look,i mean iras2 bibir angelina jolie.and boobs like mariah carey,then now?got a mouth problem,ade luke2 besar kat bibir and susah nak bercakap,boobs?kempis macam kene cucuk dengan jarum.so mane kebaikannye?x ada,mungkin.setiap sesuatu yang berlaku,pasti ada yang buruk disebaliknya.mungkin bukan sekarang,esok lusa mungkin?

    :D

    i do enjoy your writing bro mazidul.always do.
    good luck.

    BalasPadam
  38. Mungkin, dibesarkan payudara untuk menarik pasangan / mencari pasangan.

    View Profile: Rantong™

    BalasPadam
  39. Saya bersyukur wpon saiz kecik tp berfungsi ngan baik.Khasnya..sy dpt susukan anak sampai umur baby 3thn.Badan pon sihat,baby pon cergas.utk apa menyeksa diri.Bersyukurlah dgn apa yg telah dikurniakan_kanciloren

    BalasPadam
  40. alid & epol dah jwp..caiyoklaa! :)

    en. mazidul bila nak jawap nih..penat dok tunggu *sambil garu dagu :p

    jgn ngelat hehehe.. :)

    BalasPadam
  41. Gua agak sedikit pelik laa..
    Bila lelaki cakap yang dia tak pandang pompuan seksi, katanya lelaki tu tak jujur dan menipu..

    Bila lelaki tu mula cakap itu ini begitu begini, katanya itulah sifat semulajadi lelaki..

    Lelaki telah 'dijilidkan' sebagai otak kotor, memandang pada rupa yang bersifat sementara, berfikiran terarah ke sudut miang dan macam-macam lagi yang negatif..

    Gua tak cakap gua alim ke hapa ke.. Tapi gua gelak tengok orang-orang yang boleh diumpamakan seperti 'ludah yang disumpit terkena batang hidung sendiri'.. atau 'paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.. Nampak sangat retorik bangsaku..

    BalasPadam
  42. manusia memang bersikap macam tuh..tak kira laa perempuan ker lelaki ker...sama jer...tak pernah puas dgn apa yang dah ada... bercakap pasal payu dara nieh..apa susah...uli uli jer laa..besar laa tuh..nak uli pun kena ada tekniknyer...dah terbukti pun...apa susah...suruh laa husband atau bf (bukan saya menggalakkan..tapi dah jadi kenyataan segolongan besar rakyat kita nieh buat benda nie sebelum kahwin...saya cuma menyatakan fakta yang sebenar) uli uli kan..bukan uli dengan nafsu..uli dengan kasih sayang..besar laa tuh nanti...tak percaya..pergi buat... hahahahahah

    BalasPadam
  43. Rantong, mungkinlah ...

    Mied, itulah antara tujuan sebenarnya. Malangnya sebilangan gadis sibuk membesarkan payu dara, sesudah kahwin, kelahiran anak disambut dek susu lembu juga.

    Echah, izinkanlah orang lain melontarkan pandangan mereka. Saya kan penulis post :)

    Yus, bayi baru lahir, tak komplen pun, hisap saja. Tapi kalau kecil sangat susah sikit la. Kekadang lebih sibuk ayahnya :)

    Nik, sejak bila jadi pakar uli menguli ni? Heh! Budak bujang ni macam2 la kau!

    BalasPadam
  44. ishh..itu kenyataan bang..saya tak nak jadi hipokrit...eheheheh..

    BalasPadam
  45. bro, sbb wanita membesarkan payu dara nih sbb nk kelihatan seksi, cantik, menarik di mata lelaki :D. dan juga utk nampak menarik bila memakai sesuatu pakaian yg body fit..kalau payu dara kecik..tk nmpk menarik plak kan..mcm bila pakai kebaya..tk nmpk cantik bila tk nmpk bentuk payu dara tu so, bila payu dara besar, daya penarik utk lelaki tu ada...dan seseorang wanita tu nmpk kelihatan lagi menarik penampilannya. (cecece..pandai lah pulak aku berceloteh..just pandangan aku jerk lah erk..)

    Lelaki..biasalah, lelaki mn yg tk pandang wanita seksi yg berpayu dara besar kan. nk plak melintas depan lelaki tua..sure menoleh lah..hehehe...sbb lagi tua lelaki ni lagi miang menjadi..huhuhu..jgn marah yer wahai lelaki...pendapat aku jerk...

    so, saiz payu dara ni memainkan peranan besar dalam hubungan suami isteri. kebanyakkan suami malu nk bersuara pd isteri bila tk puas hati ngan saiz payu dara ister..betul tak??? tp..tkkan nk suruh isteri suntikan silikon plak kan..jadi kena lah terima hakikat dan bersyukur anugerah yang telah Allah berikan pd isteri anda tu.

    pada yg nk membesarkan atau yg dh membesarkan payu dara tu...harap kesihatan anda terjamin. dan pd yg said kecik dan sedang2 jerk tu..bersyukur pada ape yg ada..dan pada para suami yg tk puas hati tu...luahkan isi hati anda pd isteri dan carik kelebihan isteri di tempat lain..huhuhu...:D :P

    BalasPadam
  46. Nik, kalau ternampak hak besar2, kita tahulah kerja siapa ...

    Cahaya, kalau lelaki mengahwini wanita hanya kerana saiz payu dara, ramai wanita bujang tahu. Kepuasan suami turut bergantung kepada faktor lain. Nak elaborate ke?

    BalasPadam
  47. bro..mmg ramai wanita bujang yg tahu pasal perkara nih, sbb tu lah ada sebilangan kecil yg melakukan pembedahan membesarkannya...itu yg tk fikir panjang lah tu...

    pasal faktor2 lain utk kepuasan suami tu, mmg byk lagi tp salah satu yg penting seperti yg kita bincang kat topik ni lah. tk pyah huraikan lah..off topic lah erk..:P

    hhmm...tp sy rasa mn yg dh membesarkan tu sure menyesalkan??
    cantik, menarik, tertarik kau mmg deboomm...huhuhu..rosak kan diri sendiri...pepepun..bersyukur pd yg Maha Esa...

    BalasPadam
  48. kisah benar~saya punya kawan ms N (bkn nama sebenar) yg mmg sejak azali punyai payu dara yg besar..dgn bdn yg agak rendang...x terdaya bwk dek bdn katanya..kini ms N sudah berkahwin...suaminya tidak mengemari keadaan sejak azali ms N ini,disuruh si isteri mengecilkan dgn kadar segera..kecilkan dulu sebelum nk mengandung..dgn kos rm10k..ms N sedaya upaya mengumpul duit demi kehendak suami tercinta! Sungguh kesian,ramai suami suka yg besar..tapi tidak pd suami ms N...so kita manusia mmg tidak cukup puas pd apa yg kita dpt..jd bab kecik nk besar,besar nk kecik..setiap wanita yg buat mesti ada sbb tersendiri,yg mungkin kebanyakkan nya adalah kerana lelaki..TIDAK PERNAH PUAS..! =P

    BalasPadam
  49. hahahaha..siut jer...tak laa semua bang...

    BalasPadam
  50. Aku, perempuan kalau punggung besar, nak kasi kecik, kalau payu dara besarpun, ada nak kecikkan juga rupanya. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita benar dengan kita orang semua.

    Kisah dan teladan, ingat lagu tu?

    Nik, tahu tak semua, tapi biasalah usik mengusik membawa bahagia dalam satu persahabatan.

    Macamana kalau satu hari kita pergi ambil gambar payu dara? Buat koleksi ... Kata orang seni tak mengenal apa2. So, kita anggap seni jer la

    BalasPadam
  51. Hahahahaa..
    Provokasi ketara yang dibawa..
    Sekali lagi wujud contoh wanita 'membahlulkan' lelaki seperti yang gua tulis sebelum ni..
    Gua tak sokong lelaki dan gua tak sokong pompuan.. Cuma gua nak tegaskan disini, kalau korang pompuan semua rasa semua lelaki hanya pandang aset pompuan je maknanya korang mengiyakan bapak-bapak korang berkelakuan sama..!!

    "Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua"

    Layan je laa.. Mulut orang bukan boleh tutup ye tak?.. Tangan orang yang menulis bukan boleh ditahan-tahan..!! Perempuan pun tak kurang hebatnya jugak..

    "Bunga yang harum itu ada juga durinya"

    Bukan lelaki je yang jahat sis.. Pompuan punya jahat kekadang mengalahkan jin aprit..!!

    BalasPadam
  52. Yus, JANGAN gaduh.

    Macam ni lah, biar saya simpulkan. Hakikat mencatatkan memang ramai gadis mahupun wanita masa kini mengambil keputusan membesarkan payu dara mereka atas pelbagai tujuan. Ingin seksi, ingin berasa tidak rendah diri, antaranya.

    Dulu, pembedahan atau suntikan membesarkan payu dara hanya dilakukan di negara barat, bukan di negara kita. Bagaimana pun teknologi menyelinap masuk dan perempuan sudi menjadi pelanggan. Bukan semua perempuan, hanya sebilangan. Pakar perubatan pula mengintai peluang menambah pendapatan melalui kerjaya mereka samada seara sah atau sebaliknya.

    Apapun kita harus menerima kenyataan, bukan semua lelaki menggemari gadis/wanita berpayu dara besar. Majoriti selesa bersama pasangan mereka secara seadanya.

    Ingatlah manusia, mahluk ciptaan Allah paling sempurna. Berfikirlah secara waras sebelum mengubah kejadian Maha Pencipta.

    BalasPadam
  53. Bro,
    Terima kasih kerana mengingatkan..

    Gua TAK BERMAKSUD langsung nak ajak orang bergaduh sebab gaduh hanya untuk orang bodoh.. Cuma gua tak mahu sikap kutuk-mengutuk dan saling menyalah yang dah sebati dan menjadi retorik bangsa ni takkan kekal sampai ke anak cucu..

    Pilih laa pendekatan dan bukannya diskriminasi ketaksamaan.. Tak kisah pun kalau guna ayat kasar tapi jangan berpendirian kasar..

    Layan je laa..

    BalasPadam
  54. Nik, nak saya bancuhkan teh o ais ker? Datang rumah. Semalam beli macam2 jenis minuman peket. Mesti puas hati :)

    Yus, tak ada hal lah.

    BalasPadam
  55. RALAT !!!

    "Cuma gua tak mahu sikap kutuk-mengutuk dan saling menyalah yang dah sebati dan menjadi retorik bangsa ni takkan kekal sampai ke anak cucu.."

    PEMBETULAN :

    "Cuma gua mahu sikap kutuk-mengutuk dan saling menyalah yang dah sebati dan menjadi retorik bangsa ni takkan kekal sampai ke anak cucu.."

    BalasPadam
  56. wahahahh..kalau dah banyak air peket tuh..apa lagi..jom laa cari port baru ambik gambar..masuk dalam sikit macam chamang hari tuh...tak pun kita pergi situ..kali nie gi mandi sekali..hahahahaahah

    BalasPadam
  57. bak kata lagu kumpulan Pianka

    "..Aku mau yang besar-besar saja.."

    hehehehee

    BalasPadam
  58. bang Dul

    rasanya, topik ni lah yang paling banyak komen dan ulasan, setakat yang saya baca ni, ada 59 ulasan.

    Hebat tu


    ingat tak lagi iklan ni

    "Lemak berkrim, di sukai ramai"

    he he he he he he

    BalasPadam
  59. hangat....sehangat hot.fm kot..hehe..

    nak besarkan payudara guna kaedah suntik2 ni tak elok la..

    buat kaum hawa..jgnlah terlalu rendah diri dgn kekurangan(saiz payudara)..

    buat kaum lelaki...terimalah seadanya..semua ni hanyalah bersifat sementara..

    BalasPadam
  60. salahkan diri sendiri dulu kalau nak salahkan orang lain..
    tapi kalau lelaki tak pandang saiznye lelaki tu tak salah..

    BalasPadam
  61. Ezan, yup! Semua kita miliki di dunia fana ini bersifat sementara.

    BalasPadam
  62. Hmm.. awak tanya saya suka saiz mcm mana?? Agak mencabar juga soalan tu. Ok, secara jujurnya sebagai seorang lelaki saya suka yang besar. Tetapi besar sangat buat sakit mata jer.. :) Sebenarnya, bagi saya saiz tu x menjadi hal yang terlalu serius. Biarlah berpadanan dengan saiz badan seseorang itu. Dan yang paling penting, hati kena baik. Huhu... akhirnya terbongkar rahsia saya kat sini. Awak pula bagaimana Mazidur??

    BalasPadam
  63. Minta maaf Mazidul. Menaip pagi2 buta memang asyik2 tersalah eja.

    BalasPadam
  64. Realitinya:

    Awal kahwin-----
    Isteri: "bang, abang suka saya kenapa?
    Suami: "sebab sayang baik, jujur walaupun penampilan tak menarik pun tak per"


    lepas 3 tahun-----anak dah 2----
    suami:" Yangg, apa kata yang pegi saloon or spa ke? ayang punyer payu dara tu dah kendur, tak cantik. tengok macam dalam movie tu, besar dan padat jer. sedap mata memandang"

    Itulah lelaki......

    BalasPadam
  65. Terlepas pandang plak isu nie..Biasalah keje pn sempat kejap2 je baca..Aper2 pn salute kat abg sbb setiap isu yg dikupas ckup menarik dan membuka minda..Bg pendapat sy,bab nie kadang2 org ppn nk jadikan daya penarik dan kebanyakan lelaki akn memandang diorng bila nk seksi (dlm kubur siksalah kamu)..Tp xperlulah buat bende2 cm2..Buang duit dan merbahayakan..

    BalasPadam
  66. pendek kan citer:
    yang dah berkawin:
    si isteri:nak buat apa2 ke atas payu dara atas kehendak suami adalah atnggungjawab kiter...ingat untuk suami..

    si suami:nak complain pun ayat biar sedap dengar..bagi kate semangat..bukan complain direct..sape tak marah?

    yang belom kawin
    si perempuan:tak payah nk besarkan untuk tujuan tarik perhatian..dosa tue..biar terima seadanyer kerana terima hati yang penting bukan fizikal..

    si lelaki:lihatla pada hati seorang perempuan bukan ruper..kerana kelak tak seruper..ingat awak pun samer nanti..

    bro keep up the great work..

    BalasPadam
  67. payu dara ni mustahak sekali tuan...
    ada cerita di blog saya kalau rajin singgahlah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.