Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mewakili Pakatan Rakyat diberitakan membuat keputusan menyaman Sultan Perak di Mahkamah Tinggi.
Sehubungan itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh, menamakan Sultan Azlan Shah, defendan pertama manakala Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, defendan ke dua kerana didakwa melanggar perlembagaan negeri Perak.
Jika diimbau sejarah, Hang Jebat derhaka kepada Sultan Melaka akibat kecewa menyangka kekandanya Hang Tuah mati dihukum Sultan.
Berbalaoikah penderhakaan Nizar terhadap Sultannya?
Sehubungan itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh, menamakan Sultan Azlan Shah, defendan pertama manakala Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, defendan ke dua kerana didakwa melanggar perlembagaan negeri Perak.
Jika diimbau sejarah, Hang Jebat derhaka kepada Sultan Melaka akibat kecewa menyangka kekandanya Hang Tuah mati dihukum Sultan.
Berbalaoikah penderhakaan Nizar terhadap Sultannya?
bila kuasa sultan mula diperkotak katik kan
BalasPadamni ape cer nak saman Sultan nih..dah blaja tinggi sgt ker
BalasPadamlawan tokey nampak...
BalasPadamNak saman Sultan??
BalasPadamAdoi......takkan begitu sekali....kerana ada sultan tu la kita orang Melayu masih lagi mampu memerintah... tak sedarkah Dato Mohd Nizar, ooii.....boleh pitam nih!
Yang nih yang Gua tak mau nih!!!!
BalasPadamBanyak orang yang sanggup menyentuh sentimen2 yang tak sepatutnya... yang akan membawa KEMUDARATAN pada Bangsa MELAYU keseluruhannya pada akhirnya....
P/S - Munkin Camnilah kot no!!!
Bila dah terkena.. baru nak tergadah!!!!
Takder ker jalan2 yang lebih TERBAIK dari saman menyaman nih?
Aper nak jadiklah sekarang!!!!
Gua
Yang Kecewa!!!
macam-macm le deme ni. Tu lah.. sarang tebuan jangan dijolok...
BalasPadamtak faham ....apa d jadi skrg?mana pergi daulat sultan.?? dulu masa mula perak nak tubuh kerajaan cmpuran...bila ada yang masuk campur urusan sultan pandai lak duk gebang habaq tertakluk pada undang2 tubuh perak yang sultan berkuasa memilih pemimpim negeri, bila dh jadi mcm ne???
BalasPadamtak munasabah topik ne nak kaitkan ngan kes jebat ngan tuah sebab pendapat saya jebat derhaka bukan main hentam keromok tapi demi sebuah keadilan nasib seorang sahabat yang teraniaya...nizar bukan teraniaya tapi dia sendiri yang menaniaya diri sendiri. Lain kesnya..bagi saya jebat hero malaya yang x akan luput dari kitab sejarah...sbb saya pon keturunan panglima bentan yang bunuh sultan sbab sultan tu zalim...bagi saya org yang berani menegakkan keadilan adalah hero...tak kisah la apa method ...motippppp...
tak payah nak bertengkar atas sbb yang mmg jelas ...saya tak sokong mana mana pihak tapi anda sendiri dpt menilai sendiri atas nama anak2 selepas merdeka...adios
HAHHHHH..!!!! nak SAMAN Sultan..!!!! biar betoll... dah ilang akal aper?
BalasPadamaduhh laaaa....kenaper la sikap org yang sepatut nya menjadi CONTOH dan TAULADAN berperangai macam tu..MALUU...MALUUU...
Kalo betol la kabar ni, GLAMOUR la MALAYSIA. rasanya blum pernah dengar lagi dalam DUNIA ni ada RAKYAT nak SAMAN KING....
aduhhh.... ("_)
Salam-GC-
Hahhh...lagi satu, dah pk panjang ker nak saman sultan tuh?
BalasPadamKalo sultan kalah...dia SURE boleh bayar saman.
Kalo ehemm2x tu yg kalah pulak, amacam???
Diorang nak GADAI aper?
...GC...
inilah yang terjadi bila si peguam derhaka, mengapi-apikan orang orang Melayu agar menyaman Sultan. Lepas ini akan ada pulak orang bukan Melayu nak menyaman sultan kita.... malang sungguh engkau Nizar!
BalasPadamBerbaloi atau tidak sangat2 sukar untuk kita hakimi. Kerana, kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kita diluar hanya boleh buat pelbagai andaian, tohmahan, sokongan, dan sebagainya. Tapi untuk menghakimi sangat-sangat sukar. Banyak sangat persoalan yang tidak ada jawapan. Undang-undang tubuh negeri Perak pun kelihatan sangat mengelirukan. Adakah Sultan berhak untuk mengarahkan Menteri Besar letak jawatan? Majoriti yang BN ada pun sedang atau akan dipersoalkan dimahkamah kerana kes 'surat letak jawatan'. Jadi, mungkin (andaian) YB Nizar yakin yang majoriti BN akan hilang sedikit hari lagi, jadi beliau tidak mahu dipersalahkan kerana sukarela letak jawatan. Mungkin juga (andaian lagi) YB Nizar dipaksa untuk menderhaka demi menjaga reputasi Pakatan. Mungkin (lagi sekali andaian) YB Nizar tahu sesuatu yang Sultan Azlan tidak diberitahu. Pakatan Rakyat tidak akan ambil risiko dibenci rakyat dengan 'derhaka' jika mereka tidak pasti apa yang mereka lakukan. Kerana mereka boleh memilih untuk menjadi 'mangsa' dan dapat simpati rakyat, tapi mereka ambil keputusan lain. Kenapa?
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSaya setuju dengan mr right. Janganlah menambah dosa tak tentu pasal pada perkara yang kita tidak pasti.
Kita terlalu ambil kisah tentang derhaka kepada makhluk, tetapi tak kisah langsung bila melihat orang derhaka kepada Khaliqnya. Kadang-kadang kita jadi terbalik dengan apa yang dikehendaki oleh Khaliq kita. Adakah makhluk yang kita sanjung itu benar-benar baik akhlaqnya dan menurut perintah Khaliqnya dan kita kenal betul-betul.
sabor sabor...(tapi nak sabo mcm mana kuasa hilang
BalasPadamSaya hanya pemerhati ...
BalasPadamhttp://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamAnwar agen yahudi..memang dari dulu lagi tak suka ketuanan melayu..yang ditunjangi oleh sultan..
dap pula nak balas dendam pasal isu agama dahulu...
komem pertama sy di blog saudara..
BalasPadampujian untuk saudara mazidul untuk isu2 yg dibangkitkan..demi mencari sebuah kebenaran..
dibawah ini sy kongsi artikal dari sudut pandangan seorang generasi masa akan dtg..sy kira..
www.iLuvislam.com
Imran Koyube
editor : Imran Koyube
Saya masih ingat salah satu pendapat dari seorang pelayar internet yang memberikan pendangan selepan Piliharaya Umum(PRU) tahun lepas; "antara negeri-negeri Pakatan Rakyat(PR), jika ada yang akan tumbang semula ke Barisan Nasional(BN); Perak adalah yang pertama."
Dengan izin Allah, apa yang dibayangkan oleh individu tersebut hampir menjadi realiti apabila Perdana Menteri(PM) Malaysia telah pun mengumumkan Menteri Besar(MB) Perak yang baru malam tadi.
Jika selepas 8 Mac 2008, rakyat Perak khususnya bangsa Melayu sangat risau kerana banyak kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi oleh DAP, kini sekali lagi rakyat Perak dikejutkan dengan peralihan kuasa yang saya pun kurang pasti samada ia berlandaskan undang-undang negeri atau tidak (peralihan kuasa tanpa undi tidak percaya dan parlimen negeri tidak dibubarkan).
InsyaAllah, walaupun saya agak pasti bahawa pemimpin-pemimpin parti politik tidak berkesempatan membaca iluvislam.com, saya, dengan sedikit kelebihan yang ada di sini ingin menulis bukan banyak berkenaan isu terbaru ini. Lagipun saya orang Perak (sebut : Peghok) dan saya sangat lah 'terasa' dengan peristiwa ini.
Saya lebih tertarik untuk mengambil keratan-keratan akhbar Utusan Malaysia Online supaya sahabat boleh fikirkan sendiri dan insyaAllah, saya akan membuat sedikit konklusi.
--------------------------------------------------------------------------------
Wakil Rakyat Melompat Parti Adalah Pengkhianat
"PEKAN 22 Mac - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan segelintir wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang 'melompat' ke parti lawan sebagai pengkhianat."
''Mana-mana wakil rakyat yang bertanding dengan menggunakan tiket BN dan kemudian melompat ke parti lain, itu perbuatan yang mengkhianati BN," katanya.
''Kita memilih mereka untuk bertanding menggunakan tiket BN kerana yakin dengan ketaatan mereka terhadap parti selama ini," jelasnya.
Wakil Rakyat Melompat Parti Adalah Pembohong Besar
SHAH ALAM 23 Mac - Mana-mana wakil rakyat yang bertindak melompat parti merupakan pembohong besar yang tidak boleh dimaafkan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata tindakan seumpama itu tidak bertepatan dengan kehendak majoriti rakyat yang memilih individu tertentu untuk menyuarakan keperluan serta permasalahan mereka.
Ini kerana, seseorang wakil rakyat dipilih bukan hanya berdasarkan karakter semata-mata tetapi ia turut didorong oleh parti politik yang diwakilinya.
"Secara peribadi saya katakan sekiranya ada wakil-wakil rakyat bertindak melompat parti, ia bermakna mereka telah berbohong kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan dan mandat kepadanya.
"Malah, wakil rakyat seperti ini juga dilihat tidak ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya lebih mementingkan diri serta kedudukan mereka semata-mata.
"Oleh itu, orang seperti ini tidak mungkin dapat memberikan sebarang manfaat kepada rakyat dan parti sebaliknya akan merosakkan sistem demokrasi itu sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahli Politik Sepatutnya Jujur dengan Perjuangan mereka
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr. James Masing berkata, ahli politik seharusnya jujur dan menghormati janji yang mereka buat sebelum menjadi wakil rakyat.
''Isu lompat parti ini seharusnya tidak timbul jika ahli politik jujur dengan perjuangan mereka.
''Selain itu, ahli politik juga harus sedar mengenai mandat yang diberikan rakyat supaya mereka berkhidmat," katanya kepada para pemberita di sini hari ini.
Rampasan Politik Mewujudkan Kerajaan 'Tidak Bermoral'
KUALA LUMPUR 18 April - Pakatan pembangkang hanya akan mewujudkan 'kerajaan tidak bermoral' jika ia meneruskan niat melakukan rampasan politik di negara ini dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai mereka.
Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustafa Ishak berkata, perbuatan itu jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
''Selain itu, perbuatan yang dirancang ini akan hanya melambangkan pakatan pembangkang tidak menghormati keputusan pengundi yang telah memilih BN untuk menerajui negara pada pilihan raya lalu. Ini adalah satu bentuk pengkhianatan," kata Mohamad Mustafa ketika dihubungi hari ini.
Melompat Parti Menggalakkan Rasuah
Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim berkata, tindakan melompat parti bercanggah dengan sistem demokrasi dan menggalakkan amalan rasuah.
"Jika amalan itu diteruskan, ia hanya akan menjemput malapetaka di negara ini.
"Negara yang aman akan bertukar menjadi kacau-bilau seperti yang berlaku di Haiti, Nigeria dan Timor Leste," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Patuhi Lunas-Lunas Perlembagaan
KUALA LUMPUR 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan Perdana Menteri ditentukan oleh Perlembagaan dan beliau tidak boleh disingkirkan sewenang-wenangnya.
Oleh itu, kata Timbalan Perdana Menteri, apa juga tindakan berhubung kedudukan Perdana Menteri mesti mengikut lunas-lunas Perlembagaan negara.
"Perdana Menteri tidak boleh disingkirkan, ia tertakluk kepada Perlembagaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di bangunan Parlimen di sini hari ini.
"Pintu Belakang" Tidak Beretika dan Tidak Demokratik
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Saintis politik Dr. Chandra Muzaffar berkata, cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri melalui "pintu belakang" adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak demokratik.
''Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu dari segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan Eksekutif dan Penggubal Undang-undang - dua cabang penting dalam tabir urus - akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti.
''Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik,'' katanya sambil menambah Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi. Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri negara ini secepat mungkin.
--------------------------------------------------------------------------------
Konklusi saya:
1. Kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan & Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, mengapa Dato' Seri perlu tergesa-gesa mengambil alih Perak sedangkan negara kita kini menghadapai kegawatan ekonomi? Saya harap Dato' Seri dapat utamakan mana yang lebih utama - demi kepentingan rakyat Malaysia. Dan saya juga berharap Dato' Seri dapat 'cakap serupa bikin' kerana Dato' Seri pernah mengatakan bahawa wakil rakyat yang melompat parti adalah pengkhianat tetapi dalam isu Perak ini, seolah-olah Dato' Seri yang menggalakkan wakil rakyat lain melompat parti.
2. Kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen,lain kali pilih-lah calon yang benar-benar layak dan 'bersih' untuk mewakil PKR dalam pilihanraya akan datang. Saya fikir Dato' Seri perlu mencontohi pimpinan PAS dalam keputusan pemilihan calon. Selain itu, secara peribadi saya merasakan bahawa Dato' Seri telah 'tewas' dalam isu lompat parti ini kerana BN telah pun menjadikan ia suatu realiti.
3. Kepada sahabat-sahabat yang 'cakna' dengan perkembangan politik negara, jangan lupa doakan negara sendiri selain mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin dan lain-lain. Teruskan kewajipan kita semua sebagai seorang pendakwah dan jangan mudah 'down' dengan apa yang berlaku. Jom fahamkan ummah tentang Islam!
....
copy/paste
komen sy : artikal yg sy copy/paste itu adalah sebuah fakta dan pandangan serta harapan dari penulis itu...dan sy bukanlah org yg cenderung pada mana-mana politik..
sekian
Hangat bebenor topik nih ....
BalasPadamGua ponk Pemerhati gak!
Heehhehehe..
walo apapun sultan adalah tunggak org melayu..
BalasPadamorg melayu masih tak sedo diri lagi..adehh :(
disebabkan kuasa mutlak sultan org melayu masih bole berkuasa ditanah air sendiri..
awat nak jadi mcm yahudi ka??
penderhaka harus dibuang negeri..tak gitu en mazidul? :D
Buang negeri saja encik.
BalasPadamUmmu, terima kasih atas inisiatif anda :)
BalasPadamSalam bro, saya mengambil masa yang agak lama untuk mengulas topik ini. Saya buka banyak blog termasuk blog mantan PM kita, saya buka m'sia kini, lalu saya mengambil kesimpulan sebegini, saya bersetuju dengan mr right dan ummu. Sebenarnya BN x perlu tergopoh gapah untuk menubuhkan kerajaan kerana mereka sekarang ada katak seperti yang saya katakan dalam topik sebelum ini.
BalasPadamBukan kita tidak menghormati sultan atau pemerintah tetapi harus diingat sultan juga manusia yang tak lepas dari kesalahan. Sepatutnya sultan mengambil jalan tengah dengan membubarkan DUN. Kerana kalau diteliti dari sidang akhbar siNizar ni dia memohon untuk membubarkan DUN kerana kedudukan kerusi sekarang adalah seri bermakna BN juga tidak berhak untuk membentuk kerajaan. Jika dikatakan kerajaan Pakatan rapuh kalau terus berkuasa maka kerajaan BN yang terbentuk sekarang juga rapuh. BN perlu bersabar jika hendak menguatkan dan mengembalikan sokongan rakyat, tak perlu mengambil perasuah untuk membentuk kerajaan.
Dandon, 'tak perlu mengambil perasuah untuk membentuk kerajaan', kenyataan ini dah dibuktikan di mahkamah ke? Sila jelaskan.
BalasPadamSayapun bukan nak menderhaka dan bukan nak merelakan melayu dijajah namun ada kebenarannya cakap penulis yang dicopy/paste oleh ummu itu. Kita semua sayangkan melayu dan m'sia kita jadi kerajaan perlu segera meminda akta lompat parti, jangan bila ada adun/ahli parlimen bn lompat ke pembangkang baru kecoh nak ujudkan, nak pindalah tapi bila adun/ahli parlimen pembangkang lompat ke bn senyap aje. Kerajaan perlu bersikap adil dan telus.
BalasPadamAdakah wajar ketidakpuasan hati dibawa ke jalanan sehingga menyebabkan 9 penyokong Pakatan Rakyat ditahan dan mungkin akan didakwa mengikut Akta Hasutan?
BalasPadamSedangkan sewaktu BN tewas di Perak, tiada tindakan sebegitu? Atau saya tidak maklum?
Saya sengaja meletakkan perasuah untuk ditegur oleh bro, saya tahu mahkamah belum memutuskan lagi tapi seperti yang saya katakan terdahulu ada udang disebalik mee. Apa2pun bro saya ambil jalan tengah, keputusan dah dibuat. Sabole yeop... teman udah letih memikio kan... lantak demelah...... asal teman soru x miss.
BalasPadamSalam ... ini ulasan pertama saya di blog saudara.
BalasPadamSaya merasa amat sedih dengan penahanan 9 penyokong pakatan rakyat tersebut. Apakah sebenarnya yang mereka perjuangkan? Adakah perlu untuk mereka menderhaka kepada sultan hanya kerana tidak berpuas hati apabila parti politik yang disokong tumbang? Tentu ada cara lain yang lebih 'bijak' untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.
Sebagai anak jati perak.. Saya rasa tentu ada hikmahnya apabila kerjaan pakatan rakyat ini tumbang. Pada pendapat saya, kerajaan pakatan rakyat yang ditubuhkan hanya didominasi oleh kaum tertentu sahaja. Oleh itu hanya kaum tersebut sahaja yang memperoleh keuntungan tapi kita hanya menang sorak sahaja. Dalam berita tv tadi saya tak nampak pun kaum tersebut terlibat sama dalam perhimpunan di istana Kuala Kangsar. Pikir-pikirkan lah..
Teringat pula cerita Pak Pandir.. Ayam menang kampung tergadai ... Ini mungkin cerita Pak Pandir moden kot.
SAYA TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK. SEKADAR BERKONGSI PENDAPAT.
saya keliru lah dengan situasi di perak ni
BalasPadamsaya bukan orang politik (walau arwah bapa saya orang politik)
cuma pandangan saya sebagai seorang rakyat malaysia
situasi sekarang amat memalukan, tidak kiralah samada pihak UMNO atau PKR
kedua dua parti macam terlalu mengejar kuasa, saya sokong andainya diadakan pilihanraya semula di kawasan kawasan terbabit
kepada UMNO : anda rasa kemenangan dengan cara ini akan dihormatikah? musim pilihanraya akan datang, anda rasa rakyat akan pilih kah kalau dengan cara sebegini?
kepada PKR : rasanya tidak berbaloi untuk saman Sultan. Di luar kewarasan. kamu memalukan parti kamu.
saya berdoa untuk yang terbaik.
Soalan : Derhaka Berbaloi?
BalasPadamJawapan : Tak berbaloi.
Kalau di zaman Kesultanan Melaka dulu, org yg derhaka hukumnya... L-PK-L-S
Kalau kitab agung "Sulalatus Salatin" penulisan Tun Sri Lanang..ada menceritakan kelancangan Maharaja China iaitu ayahnda Hang Lipo menderhaka kepada titah sultan hingga menyebabkan Maharaja China terpaksa meminum air basuhan kaki Sultan Melaka bagi menyembuhkan kudis-kudis di badan akibat "tulah" menderhaka kepada raja meayu...
BalasPadamMacamane dalam kes Raja Perak ni ya...~
Semakin tinggi PANGKAT DAN KUASA seseorg,semakin tinggi risiko untuk dia jatuh tertiarap.
BalasPadamsila lawati blog http://haikalfadzil.blogspot.com/. beliau adalah anak saudara ex-mb perak.
BalasPadamperkara ini (demonstrasi dan rusuhan) tidak mungkin berlaku sekiranya amalan demokrasi diamalkan.
BalasPadamatok & opah sape yg terjerit-jerit sewaktu demo kat luar kwsn istana tu..??
BalasPadamsgtlaa tak waras.(tgk kat tb)
patutnyer dorang ni dok rumah jaga cucu atau buat la apa yg patut sebagai org tua contoh kpd anak2..tak gitu en. mazidul
saya pun anak jati perak/melayu seperti mastika berasa sgt malu dgn tindakan org melayu menjerit-jerit bagai tiada maruah diri.(takbir lagi tu..erkkk)
nizar sebagai anak jati perak yg mempunyai 'peribadi' yg baik mengapa sanggup menurut telunjuk org lain sanggup menjatuhkan air muka mendehaka kpd ke bwh duli sultan.
wait & see apa lagi tindakan bodo mereka seterusnyer akan menghancurkan org melayu sendiri.
Echah, Assalamualaikum! Opah dan Tok!
BalasPadammastika sedih dengan penahan 9 orang ketika rusuhan?? sy gembira..kalau boleh lebih ramai lagi perlu di tahan. kasi penuh je pusat tahanan kemunting tu.. pastu kita bukak r pusat tahanan baru..kalo penuh jugak kita hantar je kat penjara Teluk Guantanamo... baru yg dok wat rusuhan ni reti..
BalasPadamws en. mazidul.. :)
BalasPadamsaya nmpk opah & atok betol tak tipu :D
nak menyampok jap.....> kpd AL-K
sbb DEMOKRASI laa dorang sukati tido atas jalan raya,memekik mcm hilang akal.kalo tak demokrasi mcm AMERIKA depa tembak jer penderhaka negara abis cerita.ko tatau ker??
sesuai gak kalo kita buat mcm gitu esp kat'toooot'
ape nak jadi dgn sekarang nih??
BalasPadamjuz wait n see.. :P
rakyat ke,sultan ke,suma manusia biase..kubur rakyat kat semak, kubur sultan kat makam emas sekalipon still kembali ke dalam perut bumi jugak..pangkat dan darjat sumanya hanya sementara di dunia..di hadapan yg Maha Esa suma sama..Daulat ke tak itu suma kuasa Allah swt secara langsung atau tak..
oleh itu, manusia biasa akan melakukan kesalahan dan kesilapan tak kira darjatnya kerana manusia itu tak sesempurna Rasulullah SAW..
moga2 yg terbaik buat negeri Perak..saya pon sama ca bro juz memerhati... :P
Bro, YB Nizar hari ni cakap dia takde niat nak saman Sultan Azlan. So, rasanya kau kena tukar statement tu. Kau tu orang media, nanti kena ambil tindakan malu je. Yang cakap nak saman tu Karpal, bukan YB Nizar.
BalasPadamSatu lagi, please kalau boleh jawap dengan ikhlas. Kebanyakkan orang media (TV3 dan RTM khususnya) memang pro BN atau mereka dipaksa untuk buat berita pro BN. Kalau tak membebankan harap boleh la tolong bagitau, secara majoritinya.
nk tanya sklan sket..
BalasPadam1:andai kata kalu sultan wat salah,kte xleh saman ek?
2:kalu mende yg pembangkang xleh wat,krajaan bleh wat ke? (tringat kt demonstrasi kat penang dulu)
ampun,sy bdak blom abis blaja..haha..sy sbnarnya tak mnat sgt politik2 ni..sbb sume same je..stiap parti ad ahli dorg yg btol2 jujur,yg busuk ati pn ad gak..
p/s:sokong mr.right..xleh ke media skang lbeh bsikap telus dan terbuka?..tgk ruangan ulasan akhbar kat rtm?..kalu die ulas psl politik,mmg sy tukar channel lain..harhar
Mr, Right, blog ini blog peribadi. Tidak mewakili TV3. Lagi satu, perkataan 'kau' ni jarang pelayar guna dalam blog ini. Beradap sikit, boleh?
BalasPadamSaya bukan TV3, cuma bekerja di TV3. Justeru soalan itu tidak wajar dijawab di blog ini.
Salam.....
BalasPadamSetiap yang menjegah!!!!
http://mazidulakmal.blogspot.com/
Tidak Diundang atau pon Wajib ditatap....!!
Saya sebagai seorang BLOGGER bebas.. mengutuk sekeras-kerasnya PENGGUNAAN bahasa2 yang kurang menyenangkan rakan2 BLOGGER disekeliling.
Diharap Menghormati Pemilik Blog ini ( BLOG PERIBADI )
Syabas Bro Zidul!!!
Lu.. Masih lagi pubblish Comment tuh!!!
Gua respek Keiklasan Lu BERBLOGGER..
Sorry kalau bahasa aku kasar. Memang cara aku begitu, mungkin itu kelemahan yang aku perlu perbaiki. Point taken. Dan penjelasan yang diberikan pasal media (tv3 dan rtm) tu pun aku terima.
BalasPadamTapi aku setuju dengan Dj Epoi, aku kagum sebab Bro Mazidul approved komen aku, selalunya blogger2 akan delete je komen yang tak sedap dimata mereka.
Definitely aku akan rajin2 singgah sini lepas ni.
Right, tq for being a gentleman. Welcome to to the blog an engineer who is 29 years old! Segak bertanjak, Melayu tetap Melayu, kaya dengan adat dan budi bahasa biarpun berbicara berhubung perkara agak sensitif :)
BalasPadamShabas!!Mr Right.......
BalasPadamNak carik Blogger Sejati & Tegar susah.ohhhhhh hahahahah
Tahniah buat Lu juga...
Selamat Berblogger dalam Dunia Tanpa Sempadan.....
Keiklasan Lu Gua Hargai..my Friend
Bro Mazidul...
BalasPadamJadik tak proggrame hari ini...?
Gua dah email....tapi takder respon ponk ? hahahhahah
Cbuk bebenow mamat nih!!! hahah
oi...jgn la berperang..epoi aku dah baca..bro mazidul plan bagan lalang jadi ker..saya ngan dj epoi cam nakl g terjah kat saner
BalasPadambro kalau ader YM add saya kat firefly_rainbow@yahoo.com
BalasPadamSaya InsyaAllah akan pergi :)
BalasPadamRamai tak blogger?
BalasPadamKalau ramai Gua nak join!!
Boleh Gua join?
Pukul Berapa?
Gua tatau tempat oh...?
Num tel Gua dalam email Lu
Tq...
budi bahasa perlu tetap dijaga.. pk dulu sebelum bukak mulut.. or in this case...menaip dalam blog..
BalasPadamIslam itu sungguh tertib dan penuh sopan santun hatta kalau kita melawat seseorang yang kita tahu dah takder peluang untuk hidup contoh macam kanser pun kita tak boleh sebut or tanya tentang soal kematian. (point taken from a hadis , tapi tak ingat which one). Hatta seorang dokter yang mempelajari dan pengetahui mengenai peluang kematian untuk sesuatu sakit itupun jika sekiranya mempraktikkan keislamannya bila nampak sign2 yang pesakit itu akan meninggal dunia dalam beberapa jam pun tak boleh nak cakap apa2 pada pesakit yang ajalnya menghampiri.Akan terdetik dihati seorang doktor (sebab melalui pengalaman) pesakit ni tak tahan lama so cuma boleh cakap mengucap pakcik, mengucap adik, ataupun berpesan pada ahli keluarga mengajar pesakit mengucap. Sampai ke satu tahap, saya pernah memberi buku taubat pada seorang pesakit jangkitan HIV,muda lagi,kerana tahu masanya tak panjang. Dia dan pasangannya (juga lelaki) mengalir air mata bila melihat tajuk buku yang saya berikan. Adab dan sopan mesti sentiasa dijaga walaupun hati kadang2 benci dan tak suka.
tumpang lalu aje. topik yang menarik sangat sehinggakan ramai yang hilang sabar dan hilang adap kesopanan semua ikut perasaan. kita manusia mcm mana pun akan kembali kepada pencipta kita. tak kan kerana perbalahan politik yang tak matang di dlm negara membuatkan kita mendapat dosa di akhirat kelak.
BalasPadamBUDI BAHASA BUDAYA KITA
masalah politik kadang adik beradik boleh jadi musuh disbbkan menyokong parti yang berlainan. So, jangan tengok matlamat parti tgk apa yang telah di capai oleh parti tersebut untuk kepentingan rakyat.
p/s: manusia cepat berubah sebab ada akal utk berfikir. tapi perubahan boleh kearah positif atau sebaliknya.
Semoga titah DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah akan kita junjung sampai bila-bila
BalasPadamDAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !
BalasPadamTak sabar menunggu menyaksikan apa bakal berlaku di Perak esok, Selasa 10 Feb. Dua Menteri Besar, satu pejabat. Siapa masuk, siapa tidak.
BalasPadamDiharap kemelut berlaku ada noktahnya. Biar negeri kelahiran saya tenang, aman dan terkawal. Itu harapan.
Abg Zidul,
BalasPadamtengok berita hari nie. Kesian pulak tgk si Nizar (E-MB Perak)tue. Ye laa, tak hadapi tekanan perasaan tahap serius aje. Jgn sampai hilang kuasa nie, hilang sekali kewarasan mental dia. Saya bukan apa tgk reaksi dia dlm berita pun dah terbayak cerita gambar. Ye laa, bukan senang dia terima kenyataan yang dia dah hilang kuasa.
tapi bagi pendapat saya, sultan dah suruh dia letak jawatan buat apa lagi nak g pertahankan terima aje kenyataan. lagi bagus sbb dia muslim dan yang paling penting dia tue Melayu. kalau melayu tak menghormati adat dan kesultanan kita siapa lagi nak hormat. betul tak?
Karpal Singh membuat kenyataan tidak mewakili bekas MB Perak menyaman Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, MB Perak baru.
BalasPadam