Selasa, Februari 17, 2009

Dia Ah Hu Chai

Tahun 1972 saya tinggal di lombong bijih timah, di Kundang, Selangor mengikut ayah bekerja. Di lombong itu tiada kanak-kanak lain kecuali anak Cina bernama Ah Hu Chai seusia saya, 5 tahun.

Bagaimanapun ketika saya ke kelas Tadika di Rawang, Ah Hu Chai tidak bersekolah. Lombong seluas saujana mata memandang itu, halaman rumah, tempat dia bermain berseorangan. Ibu kanak-kanak tanpa bapa itu bekerja sebagai tukang masak di kongsi pekerja lombong.

Tengahari, pulang dari Tadika, saya pasti mencari Ah Hu Chai, dia juga mencari saya. Kami menangkap anak berudu bersama, makan buah ceri dan senduduk, mengumpul bunga lalang dan mencuri rokok ‘Rough Rider’ lebihan pekerja lombong ditinggalkan di atas pangkin. Kami gembira biarpun tanpa ‘Play Station’. Hampir senja, kami mengejutkan apek tua kencing di tempayan besar di tepi kongsi. Air kencing dikumpul ketika itu dibuat menyiram sayur-sayuran. Disergah apek tua, kami menangis bersama.

Dua tahun kemudian, saya pulang ke kampung di Tanjung Malim, Perak menyambung pelajaran ke darjah satu. Ah Hu Chai tidak bernasib baik, dia dikatakan dijual ibu kepada orang lain akibat kemiskinan.

Apapun dia, kawan baik pertama saya.

Kawan baik anda masih ada? Biar semua orang tahu ...

30 ulasan:

  1. Kisah kawan karib Tie masa kecil telahpun Tie ceritakan di (http://kaytieze.blogspot.com/2008/09/sahabat-karib.html). Gambar pun ada...boleh tengok tu...

    Senang2 bacalah, ek...

    BalasPadam
  2. kwn karib sy??? mmmmm... sedih sbb semue loss contact.

    BalasPadam
  3. Ada..
    Mesti ada..!!
    Beruk pun ada berkawan jugak..
    Kehkehkeh..

    Terima kasih Nip sebab jadi member baik gua.. Banyak tolong gua dia ni..!! Tapi tak payah laa cerita kat sini.. Aib kena jaga..

    BalasPadam
  4. Semua, sila layari blog Tie, if nak tahu fasal kawan baik dia.

    Momguess, kata kawan baik?

    Yus, complicated sungguh ke kisah kawan baik awak tu?

    Frame, sorry, personal question.

    Saya menjangkakan anda semua akan berkongsi kisah best friend anda di ruangan komen ini. Tulis panjang sikit pun tak apa. Best friend ni bukan ramai, hanya insan terpilih sahaja. Justeru, banggalah bercerita tentang mereka :)

    BalasPadam
  5. Bro,
    Taklah complicated sangat.. Cuma certain-certain thing tak boleh dikongsi dengan orang lain.. Jika tidak, frasa 'peribadi' tu akan jadi berlainan makna..

    BalasPadam
  6. Kawan baik? saya tiada kawan baik. kerana saya punya ramai kawan yang baik dengan saya. Bagi saya bila saya punya kawan baik, maka kawan-kawan yang baik dengan saya akan meninggalkan saya...
    bila kita punya ramai kawan, kita boleh pilih mana satu kita nak "guna"kan mereka. Ada kawan utk curah masalah rumah tangga. Ada kawan yg boleh kita pinjam duit meraka. Ada kawan yang yang memang selalu menyusahkan kita...

    Kesimpulannya, saya tiada best friend

    BalasPadam
  7. Kawan kawan baik saya:-
    Dulu:-
    1. Sama sama main basikal keliling kampong
    2. Terjun sawah, parit
    3. Tangkap ikan dengan tangan
    4. Main meriam buluh tengah sawah
    5. Kejar lembu untuk Korban
    6. Masuk hutan tebang buluh
    7. Rewang kalau ada kenduri kahwin
    8. Tengok Pak Herman Tino buat show kat Kampong.

    Sekarang:-
    1. Ada yang dah bergelar 'DATOK'
    2. Ada yang dah bergelar 'Allahyarham'
    3. Ada yang dah bergelar 'Timbalan Menteri'
    4. Ada yang dah bergelar 'Datin'
    5. Ada yang dah bergelar 'Janda'
    6. Ada yang dah bergelar 'Jutawan'
    7. Ada yang dah bergelar 'Tok Penghulu'
    8. Ada yang dah bergelar 'Tuan DO'
    9. Ada juga yang dah bergelar bergelar 'alidyangon'

    Kenangan masa kecil, memang tidak hilang dari ingatan. Syahdu beb...

    he he he he he

    BalasPadam
  8. bagi saya pula dimana saya pergi saya akan jumpa kawan baik walaupun seorang hehehehe...so saya banyak kawan baik...dan saya masih berhubung walaupun tak selalu jumpa...zaman dah maju telefon kan ada hehehe

    BalasPadam
  9. salam..
    kawan baik?ada..hazimah namanya..seorang sahabat tika senang dan susah..pernah satu ketika saya kehabisan duit dan dia cuma ada duit cukup2 utk mkn die..tp die sanggup beri saya makanan die..lastly..kami makan sama2..byk lg moment bersamanya..

    BalasPadam
  10. kawan karib....mmmm......lost contact semuanyer..

    BalasPadam
  11. Aha, kawan karib saya dah pun menikah. Dan kami terputus hubungan.

    BalasPadam
  12. en. mazidul kawan baik saya dah loss contact sejak saya tinggal disini.

    pernah cari dorang bila balik kg tapi rumah yg dorang tinggal dulu semua dah jadi kawasan perumahan.. :(

    ade sorang saja lagi dan kami selalu berhubung.alhamdulilah dia kini dah ada 5 org anak :)

    mmg selalu terkenang dorang apatah lagi bila buka album gambo yg lama2.

    ade jugak kawan2 saya yg tak bernasib baik mcm saya..sedeh bila dgr :(

    BalasPadam
  13. salam bro..
    hmm..ade kawan baik tapi suma da lost contact..
    kalau jumpa pon da segan2..
    suma educated punya orang..
    tinggal saya sorang kat sini..
    kawan dengan berok..hahaa..

    ramai bro..tak terhitung..
    kawan belajo kejo2 - ijam,hairi
    kawan men sungai@bola - nizam
    kawan penunjuk jln kebenaran - zaligh
    kawan bercerita - ramaiii..hehe..
    dgn suma org kawan baek saya..hahahahah.. :p

    BalasPadam
  14. Kawan baik saya bekerja satu organisasi dengan saya. Tetapi persahabatan kami tidaklah serapat dulu, mungkin lebih sibuk melayan keluarga, jiran dan kawan sepejabat

    BalasPadam
  15. Abg Mazidul, dgn bangganya sy nak bg tahu, kawan baik sy kak Aya, Kak Wana & KJ Rahim (ketua jurulatih PLKN).. dialah merangkap kakak & abg.

    Cukup sabar melayan segala macam karenah dan perangai sy. Sanggup bersusah senang dgn sy, berkongsi segala cerita dan rahsia & paling tak boleh lupa pernah menangis bersama dgn sy masih sy sedih.

    Akan hulurkan ubat masa sy sakit & tetap akan bersama ke mana saja... terima kasih kawan2 sbb menjadi kwn sy,... Syg kowrang..!!!!

    BalasPadam
  16. Kawan baik pertama saya hilang entah ke mana, kawan baik ramai daripada anda hilang contact yer?

    Azlin, untungnya awak :)

    BalasPadam
  17. kawan???

    apa itu kawan???

    ::kawan tu bkn mcm main FUTSAL...
    mula-mula kejar..dah dapat sepak...

    ::kawan tu bkn mcm main SKATE..
    mula-mula gosok..lepas tu pijak...

    ::kawan tu bkn mcm main RAGBI...
    mula-mula tangkap.. dah dapat tendang...

    ::kawan tu bknnya mcm PAMPERS...
    dah pakai...buang...

    ::kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS...
    waktu baru beli pakai...dah sengkek gadai..

    ::kawan tu bkn mcm PELANGI...
    hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul...

    ::kawan tu bkn mcm KERETA...
    Rosak sikit..jual.. ambik kereta baru..

    ::kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
    Kejap ade kejap takde..

    ::kawan tu bkn mcm BANK...
    Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik......

    kawan tu mcm ape ye????

    kawan tu mcm AWAK LA. .

    BalasPadam
  18. Kawan baik xde .. yang ada kawan yang sentiasa menyusahkan. Pinjam duit pandai.. bayar ntah tak tau la bila. Yang best tu.. time-time dia sesak, pandai pula cari kita. Kalau dia terbaca... ini pesanan untuk dia.

    "Aku bukan Bank Negara Malaysia"

    BalasPadam
  19. Acu, banyak definasi kawan rupanya yer.

    Mastika, kita sama sahaja. Dulu ada kawan. Dia susah, nak pinjam duit. Katanya boleh ke dia nak buat pinjaman bank pakai nama saya? Saya kata ok, datanglah pejabat, bawa dokumen. Dia ada masalah, tak jadi. Sebulan kemudian, kawan seorang lagi mengadu, atas persetujuan, kawan tadi guna nama dia pinjam duit bank.

    Sampai hari ini, kawan malang tu terpaksa bayarkan pinjaman RM400 sebulan. Kawan dapat duit, hilang entah ke mana.

    Rupanya, duit dipinjam digunakan bayar hutang sebab gila main mesin kuda dan one arm bandit.

    Dulu dia kawan baik, sekarang ni tak tau nak panggil apa?

    BalasPadam
  20. bro..kwn baik ramai tp ada yg dh loss contact... kwn sejati..hhhmm???? buat masa nih tkde lagi...

    tp ada sorang kwn baik saya yg tinggal berdekatan ngan umah sy sejak dr kami lahir lagik :D
    nama dia fatimah...masa kecik2 dulu kami selalu bermain bersama2. kami selalu panjat pokok jambu batu di tepi umah makcik siah (dh arwah dh makcik nih), pastu kami selalu mandi sungai sambil tangkap ikan ngan tangan (hehehe..skrg takut nk masuk sungai tu), pastu kami selalu main baling selipar, selalu pergi ngaji bersama, selalu makan bersama. kdang2 dia mkn kat umah saya, kdg2 sy mkn kat umah dia, dulu mak2 kita tk marah pun mkn kat umah kawan.

    Bila time gaye, kami selalu round satu kg carik duit raya sesama. tk kesah pun dpt 10 sen ker, 20 sen ker, tp bila dpt 50 sen sudah berbangga sbb itu lah nilai paling mahal pd masa itu.

    :D itu jek lah yg bleh dikongsi setakat nih...kwn baik akan dikenang sampai bila2...

    BalasPadam
  21. Abg MAS .. org camtu layak dpaggil KAWAN TERBALIK je! Saya pun dh temui mcm2 ragam kawan2 ni (kawan ke?) Niat nk tolong .. guna nama saya utk beli kreta, tup2 x bayar n x psl2 kna tggung hutang bank dlm RM25k!! Sya cuma brdoa semoga Allah swt beri balasan yg stimpal kpd manusia2 yg mcm tu. Kwn baik @ kwn trbalik ni leh dnilai masa kita susah @ senang.. itu lh dia.

    Kwn baik msa kecik2 x de.. tpi kawan msa ITM dlu .. my junior dlm 3 tahun tpi dia tetap ada disisi wlpun sya prnah susah n sakit teruk dlu. Smoga Allah swt mmbalas jasa baik kwn baik sya itu ... ringkas dpanggil IDA!

    BalasPadam
  22. wah cukup menarik cerita nie bang..kalau boleh abg citerla selanjutnya cmner...

    BalasPadam
  23. Kawan baik...

    Seorang kawan dari kecil hinggga kini... namanyer.. Fatimah Dahlia Abd. Rahim... dari darjah satu hingga ke sekolah menengah...ambil sijil menaip sesama tapi dia x abih..aku abih hingga dpt sijil.. pas tu abih SPM.. dia tolong kedai abah dia..aku tolong kedai atuk aku... Pas tu aku dapat keje kat upm... pas tu aku kawin bulan 5..94..dia kawin bulan 8 tahun yang sama.. kami dapat 2 pasang anak... anak sulung dan tengah aku tu anak perempuan.. tapi dia anak lelaki... itu bezanyer... dia lahirkan 4 anak secara bedah... aku 3 normal.. yang last bedah... Dia masih uruskan kedai arwah bapanya.. aku masih di UPM.... setiap harijadi kami saling mengingati..... Bila aku susah dia cuba tolong.. dan time dia susah aku cuba bantu selagi terdaya.... dan ketahuilah DA.... kau kawan baik aku dunia dan akhirat.... moga persahabatan kita berpanjangan hingga akhir hayat.. Dan satu yang anda semua perlu tahu.... walau apapun jadi dari kecik sampai besar kami x penah bergaduh walau besar hama... apa orang cakap untuk pisahkan kami.. tak menjadi kudis buat kami berdua...!!!!

    BalasPadam
  24. @cu SaYaNg
    Banyaknya kawan...

    BalasPadam
  25. dulu kawan baik memang ramai, masa sekolah (saya bersekolah di Alor Star (darjah 1-3),Ipoh (darjah 4-6), Pantai Remis (Ting 1-3), dan Seremban (Ting 4-5), Cheras (Matrik), universiti dan tempat kerja. Masa mula2 kerja memang ada beberapa orang kawan rapat tapi sekarang menjadi kurang rapat lagi atas sebab2 pengurusan...Selepas kahwin, kawan rapat, teman baik saya, tempat mengadu masalah dan bermanja ialah.....isteri saya..

    BalasPadam
  26. masa lom sekolah rapat sgt ngan piah n ct,main sama2, ngaji sama2. Masuk sekolah rapat ngan noraini, liza,siap bole tido baring kat umah derang, Msuk sekolah menengah,lagi ramai kwn rapat, sally, fiza, timah...xtersebut kat sini
    Pastu tuko kat sek.men.vokay muar..lagi bertambah koleksi kwn.lebih2 lg sbb dok umah sewa kat Pesta 1,dok 10 org serumah....mcm2 la kerenah
    Sekarang dh keje..lg menambah koleksi kwn rapat,tp yg sorang ni dr zaman sek men sampai sekarg tetap jd kwn PALING RAPAT,Namanya Asniza...dh jd mcm kembar pulak..menangis bersama, kewata berdua...hehehe

    BalasPadam
  27. kawan baik...
    yang dalam kepala cuma ingat dia sorag aje:
    aida halila binti ismail...

    BalasPadam
  28. kawan baik saya dari darjah satu nama dia Nisah. Cikgu selalu panggil anis anisah. hehehe serasikan nama kami.

    main kejar2 sampai cikgu kejar kami suruh masuk kelas. selalu masuk kelas lewat. hehe ade aje kenakalan kami buat sama-sama.

    kalau keluar berdua aje. tak pandai nak kacau org lain. minat fotografi sama-sama. main bola jaring untuk sekolah. masuk kumpulan pancaragam sekolah . jatuh longkang sama2

    huh mmg indah semua kenangan bersama nisah, yang hairan kami tak pernah masam muka atau gaduh...

    still contact tapi dia dah kerjacuma saya masih dok mencari hehehehe.

    stiap malam tak kira pukul berapa bila teringat dia terus mesej n dia pun akan balas tau. macam tue jugak dia.





    tapi semua kawan yang saya jumpa semua mempunyai kelebihan masing2 n kesemuanya baik2 belaka as a friend.

    BalasPadam
  29. saya ada fobia untuk jadi kan kawan baik.jika ada kawan saya berkunjung ke rumah saya untuk jangka masa banyak kali,satu hari nanti pasti kami akan ada perang dingin.kesudahan nya kami semakin berjauhan.susah untuk mengenal pasti punca2 nya.mungkin ada melibat kan antara arwah ayah saya,isteri saya,anak saya.ntah la...hati berbelah bagi untuk memberi ruang antara kawan dan keluarga.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.