Sabtu, Februari 07, 2009

Sama Bangsa

Bekas Menteri Besar Perak, Datu Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan niat menyaman Sultan Azlan Shah, sebaliknya mendakwa laporan terbabit fitnah media UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam satu sidang akhbar Karpal Singh dirakamkan stesyen TV semalam, Nizar dilapor akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak di Mahkamah Tinggi Ipoh kerana mendakwa Tuanku bertindak melampaui bidang kuasa baginda mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang tidak sah.

Jika benar Nizar tidak berhasrat mengambil tindakan undang undang, elok benarlah. Nizar dan Tuanku berbangsa sama, Melayu.

12 ulasan:

  1. Itu yang sebtulnyer.....

    Atas nama MELAYU....!!!
    Carilah penyelesain secara berhemah!!
    Jangan mengikut perasaan!!!

    Klau kiranya sistem Kesultanan kita diusik bermakna kita sendiri yang mencarik penyakit buat anak cucu kita......

    p/s- Ader yang bertupuk tangan kegembiraan sekarang....( Fikir-Fikirkan ? )

    BalasPadam
  2. jangan kita sesama MELAYU memalukan bangsa kita...

    p/s: ade org yg tgh sorak kegembiraan

    BalasPadam
  3. bagus sangat! setuju dgn DjEpoi.
    Org Melayu bertelagah, bangsa lain tepuk tangan je nanti...

    BalasPadam
  4. Rasanya benar kata majoriti anda, sedang Melayu berdemo, mencaci, memaki sesama sendiri, bangsa lain tersenyum tengok gelagat manusia bergelar Melayu :)dulunya digelar di TANAH MELAYU!

    BalasPadam
  5. melayu makin lama makin xsedar kite telah diperbodohkan depan2 dorg je... melayu maki melayu..dorg gelak2

    BalasPadam
  6. betol tu en. mazidul..

    dorang mmg suka kita berbalah.tgk institusi beraja pun nak dijolok..

    marilah kita sama-sama berpakat walo apapun parti kita selagi kita berbangsa melayu.

    pepatah ini sgt sesuai jika melayu kita bukan melayu boneka ,takkan melayu hilang ditanah melayu'.

    BalasPadam
  7. Marilah kita bersatu atas nama ISLAM. Bersatu atas nama bangsa, tak ke mana akhirnya. Semangat assabiyyah (bangsa) adalah warisan jahiliah.

    Rasulullah sendiri pernah mendoakan kehancuran bangsanya (Quraish) lantaran jahatnya dan dahsyatnya kemungkaran yang mereka lakukan.

    Penyelesaian hakiki krisis ini ialah dengan rujuk pada perlembagaan yang selari dgn Quran dan sunnah.Perlembagaan tinggalan penjajah yg tak selari dgn syariat tu, buangkanlah.

    Maaf kalau pandangan saya salah. Ini adalah berdasarkan secubit ilmu yg saya ada...

    BalasPadam
  8. susah betul nak percaya kan sesiapa sekarang ni..

    BalasPadam
  9. lagi laa malu jika org melayu sendiri nak hentam institusi beraja kita. kan...

    semua dah terlepas dari tangan kita kecuali hak keistimewaan org melayu dan instituse beraja. kita sepatutnya bangga bukan jadi bangla. huhu

    terlalu emotinal

    BalasPadam
  10. Memang betul pun .. kalau xde raja-raja melayu.. kita dah lama merempat kat tanah air sendiri.

    Dulu masa YB Nizar dilantik jadi MB pun sebab Sultan Azlan... x kenang budi langsung.

    Memalukan bangsa.

    BalasPadam
  11. jangan dek bab politik kita porak peranda...Jgnlah sesama melayu pn kita nk bergaduh..melayu=Islam...Kita melayu yg confirm Islam(walaupn skng ada yg xbersyukur dilahirkan seorng Islam) sepatutnya ikut cara Nabi selesaikan masalah..Bukan mcm skng nie..Bangsa lain bertepuk tangan tgk melayu makin lama makin goyang..nauzubillah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.