Selasa, Februari 17, 2009

Perigi Mencari Timba

Lelaki dan perempuan punyai keinginan hampir sama, berbeza cuma jantina.

“Kau jangan buat hal Tijah, kalau pekenan sekalipun dengan Manan anak Haji Dollah tu, biarlah dia mengurat kau, jangan terbalik pula. Melanggar adat pula nanti, perigi cari timba, malu kita sekeluarga,” nasihat orang dulu-dulu.

Di zaman moden ini, mungkin wajarkah jika dibiarkan ''perigi mencari timba'?

Apa salahnya? Fikirkan.

36 ulasan:

  1. pandangan saya zaman dah berubah mungkin lelaki suka perempuan mulakan dulu..nakkan kelainan kot...takpun ada sesetengahnye lambat memulakan langkah...mungkin ada kewajarannya kalau perempuan itu sayangkan lelaki itu...tapi risikonya kalau tak berbalas...teringat sampai bila-bila

    BalasPadam
  2. Peribahasa 'timba mencari perigi' itu bukan satu kejutan pada zaman ini tetapi perigi mesti bertindak selepas timba mencarinya, jgn pula timba sahaja yang berusaha sendirian terkapai-kapai. Dan paling penting perigi mesti dahulu menamatkannya.

    BalasPadam
  3. Di zaman moden ini, mungkin wajarkah jika
    dibiarkan 'timba mencari perigi'?


    timba mencari perigi=lelaki mencari wanita

    perigi mencari timba=perempuan mencari lelaki

    sepanjang saya hidup dan saya belajar dan sepanjang pemahaman saya... adalah manis dan begitu lah adat nya kiranya lelaki yang menyunting perempuan...

    maruah dipersoalkan di sini...

    tetapi agak janggal sekiranya perempuan di ibarat perigi mencari timba... macam terhegeh hegeh pulak kan...

    di dalam persoalan..wajarkah?... ia memang wajar...

    sbb apa...

    sy terpanggil utk bercerita mengenai seseorang yang berjiran dengan saya... pendek cerita..dah ada makwe skang.. bila saya mengusik.."senangnya di hati tuan hamba... sudah ada yang menguntum di hati itu"

    tau apa mamat itu jawab..."bukan aku nak dia... dia yang nak kat aku"

    saya sebagai perempuan terasa gek... hidung tak mancung pipi pulak tersorong...

    hurm...

    BalasPadam
  4. oh ya.. dalam islam tidak ada yang salah kalau perempuan yang meminang lelaki... kan?

    BalasPadam
  5. saya ada merayau rayau mencari artikel yang mengupas isu yang sama...

    tersenyum denga kata kata ini yahg di petik dari: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=321&rowstart=100
    tapi....,sekarang nie kita dah pkai sistem paip dah...ada yang pkai shower dan sebagainya dah...timba dan perigi dah semakin pupus dah....so,macam mana nie ek?hehe....

    BalasPadam
  6. zaman skang ni pe2 pun leh berlaku...yg perempuan ni klu leh apa lelaki nk wat dia pun nk wat gak bnda tu..hmmmm...tp bg sy klu perempuan tu betul2 ske kn laki tu apa salahnye dia memulakn langkh n meluahkn isi ht dia...mgkn dia akn rs kecewa kerana cinta dia x d trima tp kekecewaan tu hnya sekejap je dr dia kecewa menunggu dan mengharapkn kasih yg x pasti dr c teruna..

    BalasPadam
  7. hhhmm...zaman dh maju dan pemikiran rakyat pun dh maju, so peribahasa nih dh bleh diterbalikkan dh...kalau timba tk bertindak dahulu..perigi buat dekkk jerk..sian timba :D...kalau asik menunggu jerk..usia pun makin tua cik perigi ooii....so, timba2 sekalian..bertindaklah sekarang...nanti timba lain yg bertindak..huhuhu...

    BalasPadam
  8. mana2 pn tak kesah..
    yg penting cinta..
    waaaa...ckp psl cinta ni aku..
    wawawa...

    apa2 hal siapa cepat dia dapat..
    lambat padan muka..huhuh..

    BalasPadam
  9. Didi, lebih menarik kut jika perempuan mulakan dulu.

    Xillix, saya dah ubah sedikit entry tu. Maksud saya is it ok kalau perempuan mencari lelaki?

    Wannabee, kalau perempuan mencari lelaki, mereka alah jika dikecewakan. Tapi lelaki pun sama jugak kan? Cuma tak lah tunjuk sampai hantuk kepala ke dinding :)

    Cahaya, so ok lah kiranya timba cari perigikan? Bukanlah bertentangan sangat dengan cara hidup masa kini.

    BalasPadam
  10. Ahmad, bravo bro! Suka pemikiran terbuka, bak kata kawan di atas kalau nak tunggu timba mencari perigi, takut berkarat timba tu. Jadi ANDALUSIA pulak. Apa ANDALUSIA? Anak Dara Lanjut Usia :)

    BalasPadam
  11. tue dulu...sekrang nie

    “Kau jangan buat hal Tijah, kalau pekenan dengan Manan anak Haji Dollah tu, cepat2 la mak merisik gitu2, takut melepas pulak. Asalkan kamu xjadi anak dara tua je, malu kita sekeluarga,"

    ade betul ke bro??

    BalasPadam
  12. Bagi gua tak salah perigi cari timba..
    Asalkan dia tahu menjaga ketertiban seorang wanita dan bukannya seperti yang kita boleh nampak kat mana-mana shopping mall atau hampir di mana saja..

    "Cupp..!! Cuuppp..!! Hai 'wak'.. Nak kenal boleh tak..?! I suka laa kat awak..".

    Itulah antara ayat yang biasa gua dengar dari mulut si 'perigi' tak tahu malu. Gua sendiri pun pernah alami pengalaman tu. Sampaikan gua dan bini gua berpandangan sesama sendiri sambil geleng kepala.

    Zaman ini zaman serba nak cepat.. Kalau nak tunggu timba yang cari mungkin sampai tumbuh janggut pun tak dapat.. Perigi pun pandai cari sendiri sekarang.. Cuma berpada-pada laa..

    BalasPadam
  13. Mazidul Akmal Sidik berkata...
    Xillix, saya dah ubah sedikit entry tu. Maksud saya is it ok kalau perempuan mencari lelaki?
    .

    tu ler. saya pelik sikit tadi.. saya baca lain... yang komen lain pulak bunyi.. anyway...

    perigi mencari timba... perempuan cari lelaki... so so lah.. sbb lelaki nih dia punya bahasa laser kalah perempuan....

    tp:
    contoh terdekat adalah Siti Khadijah yang begitu nekad dan berani meminang RasuluLLAH sebagai suami nya . Dan tentu nya yang menjadi penarik di sini adalah akhlak baginda RasuluLLAH itu sendiri .

    dalam ayat ayat cinta
    Fahri digambarkan sebagai seorang lelaki yang begitu baik akhlak dan agama nya

    sape yang tak berkenan.. kalau saya pun nak sangat mak saya lamarkan... tapi adakah saya layak utk nya... ge ge ge ge

    BalasPadam
  14. Yus, bukan sahaja di shopping complex, sekarang ni timba dan perigi berasmara di dalam LRT. Depan orang ramai, lebih daripada cup! cup! cup!. Haram jadah sungguh, memang tak tahu malu. Melayu? A'ah Melayu lah.

    Itu jenis timba berkarat dan perigi berkeladak bro, percayalah.

    Xillix, sorry yer, dah tua, menulis pun kekadang tersilap. Tak macam pilihan Siti Khadijah memilih dan meminang Rasulullah, tepat, kerana akhlak mulia baginda. Bagus komen kamu ni.

    BalasPadam
  15. ~zaman skrg..timba mmg kena cari perigi..perigi mana yg menepati citarasa timba..timba hanya mencari perigi yg terbaik,yg sesuai.. Zaman skrg..perigi x berani sgt nk mencari timba..nk mencari timba pun tgklah dulu kemampuan perigi..sekian,terima kasih. =)

    BalasPadam
  16. Aku, perigi sekarang pun mahal2 tau. Cita rasa tinggi, kalau setakat timba sengkek, perigi pun tak perkenan sangat.

    BalasPadam
  17. tk salah perempuan mencari lelaki dulu..sbb lelaki dh kurang utk zaman skrg nih..dats wai gamai lelaki berpoligami..huhuhu...

    tk bertentangan pun..cuma kena pandai jaga tatasusila dan budi pekerti memasing lah...sopan santun perlu di jaga..setakat perempuan mencari lelaki itu bukan tk sopan, cuma tk malu sikit lah..alah...setakat malu sikit tkpe jgn malu byk kan...

    ye lah...lelaki skrg nih dh byk pilihan..kalau perempuan tk mulakan dulu..mmg mkn tahun lah nk kawen...bak kata bro..ANSALUSIA lah beb...

    BalasPadam
  18. Apa pulak tak percayanya bro..
    Depan mata pun pernah tengok..
    Dibantainya 'beromen' macam orang hilang pedoman.. Sekali tengok dah macam 'binatang' pun ada..
    Sorry laa pada yang terasa tapi gua peduli apa..!!

    Macam yang bro tulis, rata-ratanya bangsa kita sendiri yang 'melekat' kat dalam lif, kat tangga-tangga, kat semak tu kira kuno laa..
    Bila kita tegur, dia melenting..!!
    Bodoh melantun-lantun sebab tunjuk kepandiran pada bangsa asing yang menyaksikan..

    "timba berkarat dan perigi berkeladak"

    Tepat ayat tu..!!

    BalasPadam
  19. ~hehe..bro..rasanya perigi mmg berkenan lg ngan timba sengkek2 ni..sonang perigi nk peletong,kelentong..mentang2 timba sengkek.tp kena igt timba skrg pun byk yg mahal2..pandai timba skrg cari duit..sampai ada perigi yg duduk umah goyang kaki je...timba redha je la.

    BalasPadam
  20. Cahaya, bila jumpa andulusia, tanya dia kenapa tak kahwin? Dia akan jawab, I sibuk bekerja lah, carrier woman. Konon ... Cakap jerlah sebenarnya belum ada perigi nak lagi :)

    Yus, kekadang melihat tingkah laku perigi dan timba sekarang BUKAN menakutkan tetapi meloyakan. Hak dewasa pun sama, umur timba 30an dengan perigi 20an pun tak hengat beromen depan orang. Saya selalu sound direct jer 'Hoi! Get a room lah!'.

    Dalam panggung wayang jadi, kat taman jadi, dalam kereta jadi, dalam snooker center jadi, dalam bas jadi, dalam toilet jadi. Lepas tu bila jadi anak, jadi panik, jadi buang budak dalam almari! Eh! Silap! Itu kes maid Indon kepada pegawai polis, berita semalam dan hari ni :)

    BalasPadam
  21. Aku, timba dayus ramai sekarang ni.

    Ada juga timba bila bercerai, mahkamah arahkan bayar nafkah anak, dia tak nak. Terkehel isterinya menanggung beban berseorangan.

    Kisah benar, masa saya di mahkamah dulu, sebaik keluar datang seorang wanita menangis2, katanya 'Mazidul, tengok bekas suami saya tu, datang dengan girlfriend, saya mintak nafkah anak RM300 tak nak bagi, Tak ada duit katanya!'

    Kepada perempuan, jangan jumpa dengan timba tidak bertanggungjawab macam tu sudahlah! Tapi hairan biarpun dah jadi bekas suami orang, ada jugak PERIGI hendak kat dia. Pelik, pelik, pelik!

    BalasPadam
  22. saudara mazidul, saja nak betulkan ejaan...
    bukan "carrier" woman tau...
    tapi "career"...

    :-)

    BalasPadam
  23. bole aje ape salahnyer..ade lelaki lebih suke kalo wanita yg mulakan dulu sbb ini menunjukkan wanita lebih bersungguh-sungguh mahu membina hubungan.

    lebih2 lagi kalo wanita yg cantek dan berkerjaya hebat :)

    saya rasa 'org kg' skrg lebih bersikap terbuka tidak lagi bersangka buruk mcm dulu2.

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. Echah, tq. Cahaya, slow down sikit :)

    Mard, ok cikgu. Terima kasih.

    BalasPadam
  26. Mazidul Akmal Sidik berkata...

    Aku, perigi sekarang pun mahal2 tau. Cita rasa tinggi, kalau setakat timba sengkek, perigi pun tak perkenan sangat.


    ada jugak yang sedar eh... aku pun tak berkenan...kalau dapt timba sengkek.. barang runcit mahal skang.. so kene cari timba emas.. buat pelaburan di masa akan datang...

    BalasPadam
  27. xde prob kot pada zaman kini...
    kadg2 lelaki zaman skang ni takut nk mula sbb xnk kecewa..
    tp bg atie, adab tetap kene jage..
    lagi manis kalo lelaki yg mulakan..

    BalasPadam
  28. tak de salah pun if perempuan menjadi perigi mencari timba.kadang2 sebab lambat sangat menunggu si lelaki mulakan so,tak salah perempuan mula kan dulu sebelum terlepas ke tangan orang lain.

    kawan acu punye cerita sendiri di mana salah sorang pakcik nye di risik oleh pihak perempuan..Alhamdulillah memang tertulis jodoh diaorg,sampai sekarang diaorg hidup bahagia dengan beberapa orang anak...

    so,tak de salah nye kan???

    BalasPadam
  29. Tie, lelaki punyai perasaan, keinginan, kehendak TETAPI tidak dapat dinafikan ramai lelaki gentar meluahkan perasaan sebenar kepada gadis diidamkan.

    Acu, untung benar pak cik tu :)

    BalasPadam
  30. perigi cari timba?

    apa salahnya? "timba-timba" sekarang tak cukup tali.. maka perigi pun tersengih-sengih la...

    BalasPadam
  31. Hazlin, timba sekarang ramai keliru, nak pilih perigi hak mana satu. Bilangan perigi, jauh ramai melebihi bilangan timba pula tu.

    BalasPadam
  32. Erm dah ramai perigi cari timba sekarang ni.Tak salah. Tetapi hati2lah. Kerana bimbang zaman sekarang ni timba dan perigi tak seperti zaman dahulu dah.
    pklah sendiri.

    BalasPadam
  33. X kiralah perigi cari timba @ baldi cari gayung .. yg penting hidup bahagia n brkekalan hgga ke akhir hayat n dberkati Allah swt.. insyaAllah.

    BalasPadam
  34. topik yang menarik..
    rasanya tak jadi masalah kalau perigi cari timba...
    zaman pun dah berubah..
    teringat kata2 seorg ustazah dulu..

    "apa salahnya kalau perempuan start dulu.. sekarang ni nak cari lelaki yg baik bkn senang. baik cepat sebelum terlepas.."

    BalasPadam
  35. hahaha...baca komen abg mazidul mmg best!!
    saya antara lelaki yg gentar luahkan perasaan..
    huh.....tak reti la nak ayat org perempuan..nak tegur pun takut2 nanti dia cop kita ni gatal pulak..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.