Majoriti pegawai perhubungan pelanggan, GRO di Lembah Klang berasal dari Kelantan. Kenyataan berhubung statistik terbabit disiarkan surat khabar tempatan sebelum ini.
GRO bekerja di pusat hiburan mampu meraih pendapatan antara 3 ribu dan 20 ribu ringgit sebulan, bergantung kepada ‘perkhidmatan’ ditawarkan. Tidak dapat dinafikan, sebilangan GRO rakus menjual diri memburu kemewahan hidup. Majoriti mereka, gadis kehilangan maruah di usia muda dan ibu tunggal, kelompok wanita mendakwa dikecewakan LELAKI bergelar suami.
Justeru, kebanyakan GRO membidas LELAKI, menjerumuskan mereka ke kancah maksiat.
“LELAKI bijak memujuk, meragut mahkota diri perempuan, kemudian menghilangkan diri. Suami pula tak boleh diharap. Bila dah ada anak, ada affair dengan betina lain lepas tu ceraikan kita jadi janda. Kalau kerja kilang, dapat seribu lebih sebulan, anak dua, bukan cukup menampung perbelanjaan di kota besar. Jadi GRO senang, bayaran lumayan”
Apapun, maklumat saya perolehi, kebanyakan GRO gemar ‘membela’ LELAKI. LELAKI pemandu, menghantar dan menjemput mereka dari tempat kerja pada waktu dinihari, LELAKI peneman tidur, LELAKI dibiayai pakaian, makanan dan minuman menggunakan wang gaji sendiri. Kelompok digelar ‘LELAKI makan duit lendir’.
GRO, mereka tidak serik dengan LELAKI.
Hairan.
pernah jugak berjumpa dengan kes begini..belum lagi GRO melayan rakan yang simpati dengan dorang semata2 untuk sesuap nasi
BalasPadamSalam bro, Fakta tu betul memang kebanyakan GRO ni asal dari Kelantan dan diikuti oleh Sabah dan Sarawak. Sekarang dah jadi trend tokey2 lendir menjaja gadis Sabah dan Sarawak. Kalau bukan islam takpelah juga tapi dah banyak tokey dan GRO islam sekarang ni. Macam mana kita nak buat bro, kerajaan patut pandang serius perkara ni. Dalam 360 bro perlu kupas perkara ni sedalam2nya. Untuk maklumat saya kurang arif sebab saya tak pernah mengunjungi atau melanggan mereka, bro cubalah tanya lain2 blogger. Saya harap bro dapat maklumat yang bernas. Kepada lelaki2 dayus ni harap2 anda insaflah, jangan nak cari jalan mudah untuk hidup mewah.
BalasPadamhttp://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamdatuk mazidul.
kalau kerja tak kira halal atau haram di sisi agama dan undang2..ia diannggap profesional..SETUJU?
diaorang akankata- laa..aku kerja. apa salahnya. lagipun dapat duit. kerja mana boleh bagi gaji macam nie. ada PHD pun belum tentu dapat kerja dan dibayar lumayan....
dan persoalanlagi....
1. kenapa lelaki hendak sangat dibela macam kucing?
2. Kenapa GRO saja salah sedangkan 'marketing'nya ada...
3. Meragut perempuan??? Apa pula. GRO kadang2 dah pun jadi janda sebelum kahwin....
4. Kenapa kita tidak pernah berfikir- lebih baik wang itu diderma kepada orang memerlukan atau masjid...dapat pahala dan tenang fikiran....
Um!!!!!
BalasPadamSensasinyer!!!! GRO?
Kekadang.......mereka tak mintak jadik macam nih!!!
Saper yang nak?
Takder saper pon yang nak!!!!
Keadaan dan keterpaksaan!!!!
Untuk Sesuap nasi..
Untuk Meneruskan kehidupan...
Untuk mencarik rezki jalan yg mudah..
Kekadang Gua simpati ..
Kekadang Gua sakit hati....
Yang dah...terlanjur tuh...bawa2 lah kepangkal jalan....
Yang sudah tu sudahlah....
Lelaki lendir + Gro
5x2
2x5
Sama jer tuh!!!!!
Salam MAS,
BalasPadamLendir? Wah istilah baru saya belajar hari ini...
Alasan "kerna terpaksa" selalu digunakan oleh GRO. Tiada istilah kerja yang haram disebabkan oleh alasan ini. Tiada kerja halal yang sehina GRO walaupun menyapu sampah di jalan2.
BalasPadamView Profile: Rantong
bila tiada iman di dada, hancur segalanya. dosa seluas lautan, tak bertepian. moga dibuka pintu hati, diberi hidayah dari Ilahi, agar selamat di negeri abadi.
BalasPadamNauzubillah ..
BalasPadamFrame, sekarang ni pemandu teksi seringkali terbabit dengan GRO, pelbagai kisah pelik berlaku.
BalasPadamDandon, tak larat nak kupas dah :)
Tan Sri Mie, pernah saya ke bilik mayat di Hospital Selayang. Menurut teman, rakannya meninggal dunia akibat terbakar hati dipercayai kesan pengambilan alkohol berlebihan. Semua mengenali si mati GRO bukan Islam bekerja di pusat hiburan di Petaling Jaya. Semasa kad pengenalan si mati diserahkan untuk tujuan pengkebumian ramai terperanjat, dia Islam dilahirkan di Sabah.
DJ, kekadang menganggur hidup senang itu indah :)
Hazlin, banyak lagi istilah bakal kita kongsi bersama.
Rantong, persoalannya benarkah ramai wanita menjadi GRO angkara lelaki? Cuba jawab soalan itu :)
Adzroy, kekadang ada mencari hidayah masih belum berjumpa :)
LELAKI, mereka juga tidak serik dengan GRO! Tiada GRO, tiadalah lelaki yang terbabit. Setuju dengan DJ. 2x5.
BalasPadamBagaimana nak benteras GRO? Kenapa label GRO Islam atau tidak. Jangan kaitkan agama suci kita dengan budaya lendir ni...dah sah siapa yang jadi GRO dan siapa yang melanggani GRO adalah Melayu. Melayu bukan semestinya Islam. Ramai sekarang yang memasuki tarikat songsang yang menghalalkan sekd bebas. Ini bukan Islam! Apa guna Islam tapi pada nama sahaja? Sedih. Memalukan.
nafsu seks selalu mengatasi akal & fikiran :(
BalasPadamhanya iman dpt mengatasi segalanyer.
Ish lendir, teruk benar bunyinya..
BalasPadamBro Maz
BalasPadamini lah HAMBA DUIT...
kadang kadang kita tak tahu apa masalah mereka.mungkin kerana hutang dipaksa jadi GRO...atau kerelaan diri atau fast money.
tapi saya taknak cakap abis...sebab sejarah pernah mengatakan seorang pelacur masuk syurga kerana memberi seekor anjing minum...
tapi kalau bole elakkan
Pintu taubat masih terbuka...
satu ketika dulu acu selalu ikut kawan acu berniaga barangan bundle di chow kit..
BalasPadamdisebabkan selalu ke sana,maka acu kenal la dengan beberapa org bapa ayam & pelacur di sana...(x tau la diaorg ada lg ke x de dah skrg nie..)
most of them ada lah orang kelantan..bg yg dah berkahwin,bapa2 ayam tu berkongsi isteri sama seperti berkongsi baju sesama kawan2...
ada antara pelacur2 tu tak mau pun keje mcm tu tapi disebabkan dendam ditipu oleh lelaki maka nye diaorg terjebak...ada juga alasan terpaksa..tak de kelulusan,tak dapat nk cari keje lalu terjebak sebab nak bg anak2 makan..ada juga yg memang suka sebab nafsu..
ntah la...semoga Allah buka kan pintu ati diaorg semua untuk kembali ke pangkal jalan..Amin..
Kalau di Eropah, lelaki pelacur atau gigolo memang sudah menjadi lumrah yang seakan dibenarkan sehingga diadaptasi menjadi filem seperti 'Deuce Bigalow' tak lama dulu..
BalasPadamMungkin sebilangan dari lelaki yang bertandang ke sana membawa budaya ini ke Malaysia.. Atau mungkin kita sendiri sudah menghampiri zaman Jahiliah tanpa paksaan dari sesiapa..
Duit mudah, neraka-Nya pun tentu mudah..!!
Ramai kata, kerajaan perlu barbuat sesuatu. Tapi saya kata, takkan kita nak harap 100% kat kerajaan?
BalasPadamkalau iman di dada kuat, didikan yang penuh kasih-sayang dari keluarga, datanglah apa rintangan sekali pun, dia takkan terjebak. ibarat ikan. Walau air laut masin, namun dia tetap tak jadi masin.
Kembali kepangkal jalan buat malu orang kelantan aje..tetapi masih ramai lagi wanita kelantan yang baik pekertinya bang...masih ramai juga wanita dari negeri lain yang buat kerja macam ni...
BalasPadamya orang melayu tak semestinya islam kerana banyaknya ajaran sesat di mana2...betui kata saudara AL-K tu.Pintu taubat masih terbuka luas untuk mereka. Pernah kah kalian membaca kisah pelacur dengan seekor anjing? Doakan semoga Allah memberi hidayah untuk mereka.
Ada yang terpaksa dan dipaksa. Tapi tu bukanlah alasan untuk menjerumuskan diri. Selagi ada permintaan, selagi itu ada 'barang'... dan salagi ada 'barang', selagi itu ada demand. Mungkin pihak yang berkuasa patut ambil peranan agresif untuk membentras gelaja ini ke akar umbi. Kita sebagai rakyat yang prihatin, kenalah juga ada tanggungjawab sosial. Pandek kata semua masalah akan jadi ringan kalau semua pihak bekerjasama.
BalasPadamAL-K, islam pada nama sahaja adalah salah satu tanda kiamat hampir dengan kita maka janganlah kita yang sedar ini tergolong dalam golongan mereka. Nauzubillah
BalasPadamhttp://www14.brinkster.com/akiranagasaki/frame/hadis40/hadis33.htm
Taktahu lah nak cakap macamana lagi..
biarlah dia nak jadik apa pun bro.. hak dia, jiwa dia, diri dia.. benda haram mmglah sedap... kalau dia serik dgn lelaki so bukan GRO lah namanya dia..
BalasPadamSemua, lihat, GRO majoriti Melayu, taukeh Cina. Sesetengah daripada GRO 'dibela' Cina. Itu fakta.
BalasPadamKini Lembah Klang dibanjiri GRO dari China, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Tanpa kehadiran mereka pasti pusat hiburan karaoke terpaksa gulung tikar.
CT Ijah, kekadang kalau dibiarkan tak boleh juga :)
BalasPadamSemoga mereka brtaubat & dberi hidayah sblum nafas terakhir brada di kerongkong..
BalasPadamyup saya setuju dengan pendapat abg mazidul, tak boleh dibiarkan especially orang yang ada kuasa.. sampai biler la mereka akan di'gunapakai' dek tokei2 cina ni.. sedarlah diri selagi diberikan nikmat untuk hidup dan masih lagi muda..jika mereka ni tak percaya dek alam barzakh or hari akhirat at least lihatlah berapa ramai kematian yg menyeksakan yang tragis dialami oleh mereka yang berkecimbung dalam bidang ini..
BalasPadamkita takbleh berpeluk tubuh dan kata itu hal mereka kerana selagi mereka ada anak2 bangsa kita akan mudah hancur dan terpengaruh
citer pasal GRO ni dari dulu sampai skang tak penah nak abih..makin bertambah banyak ade laaa..kekadang pening gak kepala kite nak menyelesaikan masalah nih..
BalasPadambro aper kater episod 360 yang terbaru nih bro tolong kupaskan hal ni sampai habis2an..
ntah bile la dieowng ni semua nak sedar...
Manusia diberikan akal fikiran oleh Allah. Sebagai seorang Melayu pasti beragama Islam dah tentu sedikit sebanyak terdetik juga di fikiran bahawa "makan duit lendir" tu HARAM... so apa lagi??? mungkin mereka itu jahil.. perlu ada orang yg mengingatkan mereka...
BalasPadamsusahkan hidup nieh...kerja kata macam nie..kerja macam tuh..dikata macam nieh...ishh..heran sungguh...well..memang laa kalau sampai menjual diri tuh salah..but ntah laa..susah nak cakap..banyak faktor yang mempengaruhi mereka and this is such a sensitive topic..nasib baik dlm nieh tak der GRO..kalau ada..dah kena sembur dah comment comment yang lain hahahhaha..salams...
BalasPadamNik Muhammad Hafiz.. alasan mmg sangat mudah dikata dan dicari..
BalasPadamBukan dalam bidang ini sahaja.. bidang2 lain pun sama..dan tak perlu GRO untuk berkata2 untuk menegakkan caranya.. tapi bagi orang muslim TUJUAN TAK MENGHALALKAN CARA..as simple as that..
Tau tak mengapa masalah ni makin melarat?..
BalasPadamSebab masyarakat cuma bijak mencemuh tapi TIDAK bijak membantu..!! Mungkin itu retorik bangsa MELAYU.. Saya tak boleh nak kata apa sebab saya sendiri pun Melayu..!!
Perlu diingatkan yang kita sesama agama dan bangsa tidak hanya berteleku dan menunggu masa untuk mencaci walhal Islam menuntut agar kita membantu sesama muslim..
Kata-kata yang rapuh..
Salam..
Semua, saya percayai ramai antara GRO menyesali perbuatan mereka apabila mencecah usia 28 tahun, usia dianggap 'tua' di kalangan mereka. Usia jarang dilanggan pelanggan kerana GRO berusia belasan tahun lebih 'bergetah' :)
BalasPadamBagi gadis dan wanita ingin meneruskan kerjaya di lewat usia, menjadi 'mummy', penjaga GRO, pilihan mereka.
hahahaha..ade limit yerk nak kdi GRO nih..so fikir dulu sebelum buat..takut umo 28 dah tak laku..kuang kuang
BalasPadamSalam bro, walau apa sekalipun alasan yang kita bagi jangan sesekali kita memandang remeh perkara ini kerana kita sebagai orang islam mesti ada walau sekelumit dalam hati kita membenci perkara terkutuk ini dan cuba menyelesaikannya.
BalasPadamdunia2 huhuhu...ade juga dgr cerita GRO di lewat usia... rasanya ade dipapar di 360 menegnai pelacur di usia tua (jika tidak salah saya) kekdang kasihan melihat mereka.. itu saja yang mereka mampu lakukan..
BalasPadamsetuju tu dandon...jangan kita menganggap benda yang mungkar didepan mata sebagai suatu amalan yang biasa dalam masyarakat...lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan orang Islam...kita perlu membenci sepenuh hati dan mengutuk sekeras2nya perbuatan ini, bukan merelakan atau menutup sebelah mata. Sebagai cadangan, kita boleh meminta bantuan pihak yang berkebolehan seperti PERKID, yang sudah diketahui telah berjaya mengembalikan ramai anak2 muda remaja kepangkal jalan dimalam tahun baru, valentine day dsb. Usaha murni seperti mereka inilah yang harus kita sokong...
BalasPadamSusah hati,sedih,marah dan macam2 bende yg ada dalam diri nie bila meikirkan masalah dan isu mcm nie...Tambah plak tue org Melayu...Kenapa benda nie terus berlaku..aku tengok skng nie bukan berkurang..makin banyak lagi ada...
BalasPadam