5.30 pagi tadi saya meninjau kawasan bawah jambatan berhampiran Stesyen LRT Damai, Jalan Dato’ Keramat, Kuala Lumpur.
Terkejut, lebih 500 warga Bangladesh tidur bergelimpangan di lantai simen, tebing Sg. Kelang. Titisan air paip bocor, bekalan air mereka. Air dicedok dari lopak kecil di lantai digunakan untuk menggosok gigi dan mandi. Air itu kemudian dikitar semula digunakan semua. Mereka hanya makan sekali sehari, nasi kosong bercampur kuah kari.
Difahamkan, warga terbabit, mangsa penipuan ejen Bangladesh dan Malaysia. Setiap mereka membayar antara 10 dan 12 ribu ringgit untuk masuk ke negara kita.
“Sekarang kita kerja tadak, wang tadak, makan tadak, rumah tadak. Jumpa itu Bangladesh Embassy, dia orang halau sama kita. Kalau kerja tadak, kasi hantar kita orang balik, sana Bangladesh boleh hidup tapi tanam padi, tanam sayur,” jelas Shahin Babu Ali Shagar, 30 tahun.
Jika dipandang dek warga luar negara, Malaysia pasti dicop tidak mengambil kira hak asasi manusia.
Paparan terperinci, saksikan 360 siaran 25 Februari, jam 9 malam.
Terkejut, lebih 500 warga Bangladesh tidur bergelimpangan di lantai simen, tebing Sg. Kelang. Titisan air paip bocor, bekalan air mereka. Air dicedok dari lopak kecil di lantai digunakan untuk menggosok gigi dan mandi. Air itu kemudian dikitar semula digunakan semua. Mereka hanya makan sekali sehari, nasi kosong bercampur kuah kari.
Difahamkan, warga terbabit, mangsa penipuan ejen Bangladesh dan Malaysia. Setiap mereka membayar antara 10 dan 12 ribu ringgit untuk masuk ke negara kita.
“Sekarang kita kerja tadak, wang tadak, makan tadak, rumah tadak. Jumpa itu Bangladesh Embassy, dia orang halau sama kita. Kalau kerja tadak, kasi hantar kita orang balik, sana Bangladesh boleh hidup tapi tanam padi, tanam sayur,” jelas Shahin Babu Ali Shagar, 30 tahun.
Jika dipandang dek warga luar negara, Malaysia pasti dicop tidak mengambil kira hak asasi manusia.
Paparan terperinci, saksikan 360 siaran 25 Februari, jam 9 malam.
kesian juga dengan diorg...desakan hidup memaksa diog berkeadaan mcm sekarang...tp pelik gak banyak lak duit nk bayar rm 10 ribu tu nk masuk kerja sini
BalasPadamLantak pi laa..!!
BalasPadamSapa suruh depa datang sini?..
Dah tu pi mengadu itu mengadu ini..
Kejam tak ayat tu bro?..
Kehkehkeh..
Kalau dah kedutaan negara mereka sendiri pun mengabaikan mereka, gua tak tau nak cakap apa lagi..!!
Cuma gua terfikir, begitu penting ke peranan rakyat Malaysia dalam menangani kes ni?..
P/S: Err.. ayat gua tu kelihatan terlalu mementingkan diri laa pulak..!! Yang sebenarnya gua tak suka pada PATI.. Gua nak tengok komen orang lain pulak..!!
simpati atas nasib yg menimpa mereka...Dan paparan yg abg paparkan cukup membuatkan hati sy benar2 bersyukur kerana mempunyai kerja tetap,tempat tinggal dan keperluan asas yg mencukupi...Bg sy kita semua seharusnya mengambil ikhtibar dari aper yg kita lihat sekarang..Jgn nanti kita pula yg jadi mcm nie...mintak2 dijauhkan..
BalasPadamkesian jugak tengok diorang.....datang nak cari rezeki....alih2 kene tipu...
BalasPadamKes ini sepatutnya diletakkan kesalahan ke atas ejen tu. Seharusnya diperketatkan lagi syarat untuk menjadi ejen pekerja asing.
BalasPadamDidi, kebanyakan mereka membuat pinjaman ah long di bangladesh sebelum berhjrah ke Malaysia.
BalasPadamYus, sepertimana saya catatkan, jika masalah ini tidak ditangani, Malaysia mungkin dilihat tidak mengambil kira soal hak asasi manusia.
Ketiadaan bekalan air dan kedaifan hidup mungkin mendesak mereka terbabit dalam kegiatan jenayah. Barangkali?
Nan, ya, bagaimana jika kita berada di tempat mereka?
Apez, si penipu berkantung kembung, mereka hidup terseksa.
Sebilangan besar mereka mempunyai keluarga menanti di Bangladesh untuk sesuap nasi termasuk anak kecil, wanita dan ibu tua.
Setakat ini wartawan 360 telah menghubungi Jabatan Imigresen Malaysia bagi mendapatkan penjelasan.
sy rasa kalau kita ada di tempat mereka sekarang mmg keje kita nie asyik merungut ajelah bang..Mmg sungguh menyiksakan ditambah pulak dengan tekanan setelah ditipu dengan agen.
BalasPadamjahat aaa ejen nie
BalasPadamsian diaorg...tak pasal2 merempat di tempat orang...
buang duit kerajaan je nk tanggung diaorg untuk antar blk ke negara asal diaorng semua
ejen pengambilan pekerja asing nih berdaftar tak dengan imegresen/polis/kastam etc..???kalo berdaftar, kenape ade ejen palsu lagi..??
BalasPadamtp jgn lupe, ade juga pekerja malaysia yang hidup merempat kat singapore sbb ditipu ejen...:D
dlm hal ini siapa yg harus dipersalahkan? mengapa semua ini berlaku? harap dpt dipanjangkan isu ini pada pihak yg berkaitan. kesian mereka, ingin mencari rezeki di Malaysia, tapi ini yg mereka dapat......
BalasPadamEjen2 x guna n x brhati perut ni lah yg sepatutnya dijerut mcm kes anjing2 dlu tu!
BalasPadamKita yg kt Mlysia ni pun leh rasa 'sesak' dgn sejumlah wang RM10k- RM12k, apatah lgi dgn taraf hidup org2 Bangla tu..
hai yark... mengapa ya... macam mana mereka boleh ada duit about 10k - 12 k datang sini.. yang mmg belum menjanji kan apa apa...
BalasPadamkalau saya ada duit sebanyak itu.. saya buat bisnes makan ... lagi bagus kan...
Xillix, cerita mereka sama. Ramai berani meminjam daripada ceti haram di negara asal, kemudian datang ke sini dengan harapan dapat membayar kembali wang dipinjam.
BalasPadamSusah juga hidup ni kan?
pada pendapat saya bro, pertama: saya turut bersimpati dengan nasib mereka kononnya nak dtg Malaysia nak cari duit lebih. semua org dalam dunia nie inginkan hidup senang dan mewah betul tak. maybe mereka menjangkakan untuk hidup lebih selesa di negara sendiri setelah merantau dan mencari rezeki di negara orang. Semua ingat Malaysia negara maju kot penuh dgn peluang pekerjaan.
BalasPadamskarang dah melambak di Malaysia dlm keadaan Malaysia pun tak ade kerja mcm mana pulak. so, bila jadi mcm tue kerajaan kita tak sepatutnya bertanggung jawab dlm hal nie. tapi bila di kira aspek hak asasi kerajaan kita patut ambik tindakan. atasi segala masalah PATI. ketatkan kemasukan pekerja asing.
siapa yg nak dpersalahkan ni?
BalasPadamBak kata pepatah, lari dari mulut buaya, termasuk pula ke mulut naga.
BalasPadamsiapa lah yang menngianayaii diaorang ni
BalasPadamsaya setuju kerana jika diabaikan kita akan dicop sebagai negara tak berperikemanusiaan. Tapi, sebagai negara yang bermaruah, kita tak sepatutnya memberi perlindungan tanpa mengenakan penalti kepada mereka yang bersalah. Sampai bila pula kita perlu melindungi mereka. Negara kita perlu terus membangun. Sudahlah negara kita dilanda kemelut politik, ekonomi, sekarang masalah PATI yang tidak berkesudahan. Syarat Imigresen perlu diperkemas dan diperketatkan lagi. Rakyat tempatan pula haruslah lebih peka. Sikap mereka yang memilih kerja dan tidak mahu bekerja disektor2 tertentu menyebabkan mereka (PATI) ini terus mendapat sambutan. Kini mereka dah banyak menjawat jawatan middle management. Rakyat asing pula menjadi bos kepada rakyat kita.
BalasPadamkesiannya diaorang. tapi begitulah hakikatnya mencari rezeki di rantauan.
BalasPadamSetuju dengan AL-K..!!
BalasPadamKesian mereka.Bergolak bergadai nak dtg Msia dgn seribu harapan dan impian.
BalasPadamBayangkan kita di tempat mereka? Jauh terasing di bumi asing berlainan budaya, bahasa dan adat resam. Apa anda nak buat?
Dalam kesihan, terselit juga rasa marah, benci pada pihak yg terlibat. Agensi mana yg bertanggungjawab meluluskan pemberian permit pada org tengah bawa masuk mrk??
Beginilah msia ku yg penuh dgn korupsi! Ini tidak akan berlaku jika pagar yg diharap jaga pagi tapi makan padi! Brp ramai org dalam jabatan2 berkenan turut dpt habuan utk kemasukan pendatang ini!
tgk mmg kesian sbb di negara kita yg maju ada gaks org yg merempat mcm tu walaupun bkn warganegara kita sendiri..tp warganegara kita pun ramai yg merempat gaks..
BalasPadampnjm duit ngan ahlong plaks tu..ntah2 family kat sana kena kacau ngan ahlong gaks..mcm kes wan norazlin..sian2...
sy simpati ngan derang nih, ye lah..susah dtg cni, aleh2 kena tipu plaks..tp warga bangladesh terlalu ramai dh kat malaysia nih.
kita membazirkan duit utk antar derang balik..pastu nanti derang dtg ke sni semula...pastu jadik mcm nih lagik, kita antar derang balik lagi dgn FREE jerk...
bro kena siasat siapa dalang di sebalik terjadinya perkara sebegini...
Kalau begini gayanye, baik keje kat negara sendiri. X boleh juga nak salah kan malaysia. Kedutaan dia watpe?? xkan la nak harapkan malaysia je. rakyat dia pun byk gak kat malaysia ni. bantu2 la oi..
BalasPadamsalam,
BalasPadamInilah yang berlaku kalau kurang ilmu di dada :(
Pengajaran buat setiap insan.
"Hujan emas di negeri orang...."