Selasa, Februari 24, 2009

Peristiwa Terpencil

8 hari koma, pelajar tingkatan 4 dikatakan terbabit kes perebutan teman wanita dibelasah 24 remaja lain meninggal dunia 2 hari lalu. Hemat saya, majoriti remaja tidak mampu berfikir panjang sebelum bertindak. Mereka hanya ingin menyelesaikan masalah timbul mengikut cara tersendiri.

Rakan Facebook dari Brunei mencatatkan kejadian hampir sama berlaku di negaranya baru-baru ini. Dia bertanya, adakah saya berasa bimbang?

Saya nyatakan kejadian itu, peristiwa terpencil, bukan berlaku setiap hari. Apapun Kementerian Pendidikan dan polis harus meneliti kes terbabit dan melaksanakan tindakan sewajarnya agar tidak berulang pada masa akan datang.

25 ulasan:

  1. "...Majoriti remaja tidak mampu berfikir panjang sebelum bertindak. Mereka hanya ingin menyelesaikan masalah timbul mengikut cara tersendiri..."

    Sy setuju statement ni! Teringat balik masa sy handle bdk2 PLKN setahun yg lepas. Bayangkan.. dlm tempoh tak sampai 3 bulan diorang boleh buat cinta kontrak! Sy ingat lg nama wirawati nih, nama dia AIN dr Temerloh.

    Kes rebut kekasih lah ni. Budak lelaki 2 org ni tak tahu depa ni bermadu. Bila dpt tahu dia punye bengang tahap gaban, sampaikan dia tumbuk zink kat kem, berdarah lah tgn.. terpaksa kami hantar ke hospital. Masa nak ke Medik tu darah dia menitis punyalah byk, bdk perempuan tu selamba jek muka dia masa sy suruh amik mop, lap darah tu.

    Tak puas hati lagi, bdk lelaki 2 org ni bergaduh pulak dlm dorm. Org tu amik baju org ni, masukkan kat dlm lubang jamban. Macam2 hal sbb sorang pompuan. Tapi nasib baik kem kami dipantau kuat, tak ada lah sampai kes bertumbuk.

    BalasPadam
  2. peristiwa terpencil, lama2 boleh jadi peristiwa kebiasaan. kita kena berhati-hati dan mengawasi anak2 kita...

    BalasPadam
  3. bila kebodohan menguasai diri.. kekdang sesuatu tindakan boleh menjadi lg teruk dari haiwan...

    mana2 negara pun ada masalah yg same

    BalasPadam
  4. Memang terpencil bro...tapi ini juga mungkin tanda-tanda awal... Harap pihak berwajib ambil penekanan tentang perkara ini. Ini la jadinya bila nafsu mengatasi akal

    BalasPadam
  5. Gua dapati remaja-remaja yang masih bersekolah zaman sekarang ni terlalu ekstrem bertindak sehingga lupa pada sifat budi yang dulunya ada dalam diri kita..!!

    Apekejadahnya pasal pompuan sorang sampai nak bergaduh-gaduh?.. Kesian pada mak bapak yang menjaga arwah sejak kecil.. Seekor nyamuk pun tak sempat nak hinggap di badan.. Alih-alih diperlakukan dengan kejam oleh budak-budak sekolah yang terlupa membawa otaknya ke sekolah..!!

    Zaman dulu semua pelajar takut dengan cikgu.. Tapi zaman ni semua cikgu takut dengan pelajar..!! Siang cikgu rotan, malam dia bom rumah kita..!!

    Salah siapa?..

    BalasPadam
  6. MENGAPA SEMUA INI TERJADI??

    SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN??

    IBUBAPA?
    GURU??
    ATAU DIRI SENDIRI ??

    BAGI PENDAPAT SAYA, UMUR 16 TAHUN BELUM CUKUP MATANG BEGI MEREKA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN DGN BAIK.
    MEREKA HANYA TAU BERSERONOK TANPA MEMIKIRKAN KESAN BURUK DAN NEGATIF...


    TERIMA KASIH.

    BalasPadam
  7. Bro...
    Masalah pelajar skang ni memang di tahap membimbangkan. Dulu pun ader gak masalah mcm ni... tp takder la sampai tahap nak pukul sampai berdarah, cedera apatah lagi mati. Sy rasa mungkin pengaruh dari filem yg menjadikan diorang jadi mcm tu. kalau dulu boleh kira berapa byk filem yg ganaz2. skang ni? bersepah....

    BalasPadam
  8. KEPADA KELUARGA MANGSA,
    SAYA UCAPKAN TAKZIAH..
    BAYAKKN BERSABAR..

    P/S= anak Encik Mazidul ape khabar?
    Sampaikan salam saya pada
    mereka..

    BalasPadam
  9. Belum habis sekolah dah kalut mmbunuh pasal cinta ..

    Salah siapa @ kenapa?

    Cikgu suruh belajar brsungguh2 .. tpi yg jadinya ..belajar brsungguh2 duk mghafal lagu2 CINTA ..

    Demi CINTA ku pada muuuuu..
    Bila CINTA didusta...

    Tul tu Saudara YUS YUSUF .. zaman dulu, nmpak cikgu... kita kecut perut n anggup nak lalu kat jalan lain, tpi lani .. cikgu yg kecut!

    Kakak KB bgtau kt skolah dia .. mmg cikgu takut nk menegur pelajar bila depa wat sekolah/ x wat keje sekolah.. klau tidak .. habis waktu sekolah .. berdebar2lah nk p tgok kereta/motor yg dibawa. Yg selalu jdi mangsa adalah guru disiplin. Klau dtg dgn kereta .. habis kna calar. Klau dtg dgn motor.. confirm tayar pancit! Nak marah lagi? Confirm esoknya mak bapak dtg maki hamun cikgu!

    Tu x trmasuk kes ibu bapa yg over acting duk marah2 guru bila anak 'didenda'.

    Teringat satu kes (klau x silap .. tahun lepas) .. seorg guru sekolah swasta DIGARI dhadapan anak murid gara2 menegur kesalahan seorg anak murid yg mmpunyai ibu bapa yg BRKEDUDUKAN BESAR / TINGGI (@ apa2 je lah!).. Hmm .. apa berita terkini psl tu ek?

    Bak kata Tan Sri SM Salim .. "APA NAK JADI????"

    BalasPadam
  10. Azlin, terima kasih memberikan contoh jelas.

    BalasPadam
  11. Salam sdr MAS,
    dalam kes sebegini, ramai yg akan bertanya:
    1) kerana berebut perempuan?
    2) mak ayah buat apa? tak ambik kisah ke anak keluar malam-malam?
    3) cikgu tak ajar ke?
    4) kat Desa Tasik bukan kawasan polis ke?
    5) apa KPM buat?
    6) kenapa sampai 24 orang?
    7) orang lain yang lalu lalang, takkan tak tolong?
    ....
    ....

    hakikatnya kita rakyat Malaysia mudah lupa,
    kejadian sebegini bukan perkara baru,
    Sama-samalah kita saling ingat mengingati,
    pokok pangkalnya diri sendiri...

    BalasPadam
  12. Bukankankah didikan ayahibu yang membentuk sikap anak sejak mereka di dalam kandungan lagi.
    Dalam kes ini, anak itu terlupa bahawa kasih sayang manusia tidak akan membawa ke mana.
    Apakah mungkin anak tidak mendapat cukup kasih sayang ibu bapa di rumah hingga sanggup merebut kasih sayang dari org lain..
    atau mungkin anak dh diberi cukup didikan, tetapi pergaulan diluar mempengaruhi mereka? Orang lain ada kekasih, lalu mereka juga mahukan kekasih? lalu mereka tewas dgn nafsu, yg mahu merebut seorang perempuan...
    Hingga sanggup berbunuh2an...
    Andai didikan agama telah cukup, persekitaran cukup terkawal dari pencemaran akhlak manusia,
    maka jika berlaku juga...maka yang salah adalah diri mereka sendiri kerana mereka telah cukup berakal dan dah diingatkan perkara apa yang patut mereka lakukan dan perkara apa yang mereka tidak patut lakukan..(itupun kalau mereka telah dididik sempurna...)

    Tidak keterlaluan saya katakan, percampuran aktiviti lelaki dan perempuan adalah antara penyebab berlaku perkara sedemikian...
    Anak2 perlu ditanamkan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi agar mereka dpt mengharungi ujian2 kehidupan berpandukan Al Quran dan SUnnah...lalu mereka akan tahu bagaimana mencari pahala dan bagaimana menjauhi dosa.
    Sila betulkan saya sekiranya tersilap.

    BalasPadam
  13. MACAM MACAM HAL BUDAK SEKOLAH ZAMAN SEKARANG. ORANG PANDANG BURUK, DIA PANDANG SEMUA CANTIK!!

    BalasPadam
  14. ermmm...apa nak jadikan sekarang...bukankah di anggap mati atau kecederaan yang sesia kepada perkara yang tidak mendatangkan faedah......fikir2 kan dan renungkan selamat beramal

    BalasPadam
  15. Mekasih KB.. (Kebaya Batik)
    Setuju dengan statement anda..

    Kes diklasifikasikan terpencil sebab apa bro?.. Sebab ini kes budak-budak?.. Atau ini kes yang terlalu 'kuman' berbanding kes kedangkalan segelintir pemimpin yang berlaku dalam negara sekarang ni?..

    Merujuk pada komen saudara Cengko, gua setuju dengannya..!!

    BalasPadam
  16. Yus, kes terpencil bermaksud ia tidak berlaku setiap jam, setiap hari dan setiap bulan.

    Bukan samada kes 'kuman' atau 'gajah'.

    BalasPadam
  17. lelaki tang perempuan mmg bodoh..
    tak sket bodohnya..
    bile kena goda, syok sndri kata dia hensem..
    trus tangkap cinta..
    cammon,guys!
    perempuan tercipta semestinya utk lelaki..
    belajar tinggi2, baru deal wif perkara dewasa..
    then, kawin..
    alhamdulillah..

    BalasPadam
  18. setuju dengan lupakanje... percampuran aktiviti lelaki dan perempuan adalah antara penyebab berlaku perkara sedemikian...dulu rakan muda, sekarang PLKN...memang kalau dah terlampau bebas, iman pulak senipis kulit bawang....itulah yang terjadi...
    saya ingat lagi, masa saya sekolah dulu (dalam tahun 80an), kurang sangat malah tak pernah dengar pon didalam akhbar mengenai seks bebas dikalangan pelajar. paling terok pun masa tu ialah hisap rokok dan ponteng sekolah. Dari segi persekitaran pula, TV hitam putih, penapisan filem ketat sekali (T.kasih Dato Mohamad Rahmat) dan tiada internet. Apakah media dan teknologi yang ada sekarang telah menyebabkan anak2 muda kita ini hanyut? Sesiapa yang seangkatan dengan saya pasti boleh membezakan fakta ini.

    BalasPadam
  19. skrg mungkin terpencil tapi satu ari nanti sapa tau kes seperti tu menjadi2 jika tak dipantau dari sekarang...

    BalasPadam
  20. peristiwa terpencil...

    pada saya... sekeliling yang jadi punca...

    media meledakkan hati mereka... byk kisah percintaan ditayangkan...

    i love u, u love me...

    rebut gadis... hurm... budak lelaki yang masih hingusan hingusan itu, pada pendapat saya... nak tunjuk HERO, tak pun nak tunjuk lah sape yang gagah....

    si gadis pula... wah nak tunjuk lah betapa hebatnya si dia.. sampai berlaki laki meminati...

    to Al-k...
    ye saya setuju dengan pendapat anda... dulu saya di pantau jika menonton TV...
    pernah satu ketika...saya menonton drama cina kat TV2... waktu tu umo saya dalam 11-12 tahun... cerita itu berkisar tentang pencarian ubat ...n ada ala ala halimunan rasanya... tgh syok tgk nak tau kesudahan... pap...ada pulak adegan yang tak senonoh... ternampak lah pula ayah saya (arwah)... langsung tutup TV...

    pemantauan ibu bapa....

    satu lagi...

    saya baru sahaja dikunjungi bekas anak murid... (home tuition)...
    menurut beliau... "semalam kita hantar sarah ke sekolah, jumpa cikgu...cikgu tegur... bukan di tanya kita pasal SPM..di tanya dah KAWEN KE...ty tentang dah ada PAK WE ke?... "

    GURU pula sedang di pantau...

    menurut bekas anak didik saya itu..."apa lah cikgu zaman sekarang ty soalan cinta je... ntah hape hape..."

    apa sudah jadi...

    BalasPadam
  21. perkara ni bukan kes yg kecik2 dh..dh kira kes jenayah...besar lah tu...pemantauan dr pihak keluarga kurang kot. sbb tu anak2 jadik luar dan buas. nk harap cikgu kat sekolah, cikgu yg kena belasah balik nanti, tk pun kena rosakkan harta menda cikgu plaks..mungkin pengaruh dr filem2 ganas kat tv ni salah satunya.

    pihak kementerian pelajaran dan pihak polis harus ada spy di sekolah dan lebihkan spy di luar2 kawan sekolah..huhuhu..pandai2 jerk aku bg cadangan...tp ok jgk kan..bila dh ada spy..derang akan lebih berhati2 dan berfikir nk lakukan kejahatan atau tidak...tindakan undang2 pun harus diketatkan lagi..jgn antar kat sekolah jahat..tapi terus bagi hukuman penjara dan sebat..sure derang tknk buat jahat...

    BalasPadam
  22. suatu tindakan yg amat2 sy tidak setuju sekali..Perkara yg sebergini tidak seharusnya berlaku tambahan pula melibatkan perkara berebut teman wanita.Seharusnya mereka lebih memikirkan tentang kesalahan dan kesan akibat perbuatan mereka..Al fatihah buat keluarga mangsa.

    BalasPadam
  23. He he he

    Dee Mhar lay

    Allong thamby yay along thar lay ye kaw nay

    awnhar sittay...

    Pashainy mhe shi bu... tha na barray

    Chay zu bhar.

    he he he he

    (makna carik sendiri...)

    BalasPadam
  24. kematangan yang belum masak mendorong ssorang melakukan sesuatu tanpa berfikir..
    berfikir tanpa berlandaskan agama mendorong ssorang melakukan ssuatu mengikut perasaan..
    perlu banyak kawalan kendiri serta bimbingan..
    sama2 kita usahakan utk mewujudkan remaja yang mampu mendokong cita2 agama dan negara..

    BalasPadam
  25. kadang2 pelik juga. kerana seorg perempuan/lelaki kita boleh bergaduh sampai berbunuhan. perlukah mcm itu? sedangkan kita xtahu dia tu akhirnya akan jadi milik kita atau x. Nak kate cinta monyet zaman waktu sek xboleh juga. sbb cinta org dewasa pun ada juga kes mcm ni. hmm..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.