Sabtu, Februari 07, 2009

Hangit Menusuk Hidung

Pagi tadi krew 360 ke Pusat Kurungan Haiwan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL di Setapak.

Terperanjat, lebih 150 pencinta haiwan berkumpul di kawasan sama membantah secara aman pembunuhan haiwan secara kejam didakwa dilakukan kontraktor dilantik DBKL sepertimana dipaparkan 360 dalam siaran 4 Februari 2009. Saksikan melalui tv3.com.my. Anjing didakwa dijerut leher manakala kucing dibenamkan ke dalam air dan dibelasah sehingga mati bukan dibunuh menggunakan kaedah suntikan.

Kurang 100 meter dari pusat terbabit, bangkai anjing dan kucing dimasukkan ke dalam lubang digali tanpa dikambus. Bau hangit menusuk hidung. Lebih memeranjatkan di kawasan itu terpacak papan tanda DBKL, ‘Dilarang membuang sampah, denda RM2000’.

Semua berada di lokasi mahu kegiatan di pusat terbabit dipantau lebih teliti pihak DBKL.

Bahan liputan bakal disiarkan 360 pada 11 Februari akan datang.

29 ulasan:

  1. ni masalh yang aku tak tau nak panggil dieowng ni MANUSIA ke BINATANG..BINATANG pun SAYANG anak die..korang ni berjiwa mengalahkan IBLIS..

    BalasPadam
  2. Satu pembunuhan yang kejam!!!!!
    Diamankah sifat2 dan perasaan sesama makluk sekian alam!!

    Hidup dimuka bumi Allah ini ada hubung kaitnya ( Kitaran )
    Baik haiwan! Baik Tumbuhan!

    Saya mengecam!!! PEMBUNUHAN yang dijalankan!!!
    Seperti tak bertamadun manusia sekarang!!!
    Papan Tanda Wayang jer tuh!!

    Pecinta Haiwan PANTAU Dbkl
    Dbkl PANTAU kontraktor dilantik
    360 PANTAU .....SEMUA...

    SYABAS!! 360

    BalasPadam
  3. masyallah, kejamnya.. kita nie Allah bagi tumpang aje kat bumi Dia. sampai hati ade jugak manusia yg sanggup buat mcm nie. haiwan tue semua tak ade mulut nak bercakap. diaorg nie semua sepatutnya dikenakan hukuman yang lebih teruk. Abg mazidul diaorg nie boleh tak dikenakan hukuman?

    BalasPadam
  4. abg mazidul diaorg nie kalau dikenakan tindakan undang2 ke tak? sampai hati diaorg nie bukan manusia laa sanggup bunuh binatang yang tak boleh bercakap mcm tue.

    BalasPadam
  5. Ann, saya akan bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada selasa akan datang.

    Dj, nanti jangan lupa tonton 360 next week, kita akan dedahkan semuanya. Ramai aweks cun datang bawak play cards dan banners. Semua tak puas hati. Saya berdiri tengah panas, rasa sejuk :)

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. AnnysS

    Orang ....Gempal...

    Cepat Marah....
    Cepat Sejuk...
    hahahahhaha....

    BalasPadam
  8. Salam Sdr MAS,
    amboi, sempat lagi nengok awek cun. nak tengok juga.

    ni soalan lari dr tajuk.
    pernah ke sdr MAS jengah ke blog pengulas pengulas yg datang ke blog ni? Kalau pernah, bagusla...

    BalasPadam
  9. Hazlin, semasa orang cuba mengenali saya, saya juga cuba mengenali orang :) Kalau tak, macamana tahu Mr. Right umur 29 tahun?

    BalasPadam
  10. amboi en. mazidul mesti senyum smpi telinga bila dikelilingi aweks cun! :p

    BalasPadam
  11. Sdr MAS,
    thank you. for your info saya "kenal" sdr masa mula-mula sdr menyertai TV3.. and still the same nowadays...:)

    BalasPadam
  12. Cikgu Hazlin, hopefully I will stay the same in the future :)

    BalasPadam
  13. Dj Epoi ckp apa tak faham laa? boleh terangkan tak :)

    BalasPadam
  14. NI masalah orang atas tak buat pemantauan atau ditutup mata dan telinga nya

    BalasPadam
  15. Amboi, awat depa ni teruk sangat? Awat depa macam tu? Binatang pun sayang kat anak. Tak taulah apa nak jadi. Chek suka kucing.

    ha encik, bolehkah tukaq waktu 360 tu? nak dengaq beritalah masa tu encik.

    BalasPadam
  16. Sedingin, Takkan sebab segelintir penonton nak tengok berita, kita kena tukar waktu siaran kut?

    BalasPadam
  17. sedingin mudah aje online kan ade g aje kat tv3.com.my

    BalasPadam
  18. Ya tak ya jugaklah kan AnnysS? nantilah pi muat turun.

    BalasPadam
  19. pandai pun sedingin sekarang dunia dah moden. kita kena gunakan kecanggihan teknologi utk menyenangkan kita. hehehe Sedingin salam perkenalan

    BalasPadam
  20. Ok AnnysS, salam perkenalan juga dari chek di Penang ni no?

    BalasPadam
  21. Tuhan Maha Mengetahui.. Dan setiap perbuatan manusia akan ada balasan dariNya

    BalasPadam
  22. Ok. Kita sama-sama saksikan

    BalasPadam
  23. AnnysS...

    Orang yang berbadan Besar selalunya...
    Cepat Panas....!!!
    TETAPI cepat sejuk dan tak simpan dalam hati!!! ( Macam Bro Zidul )
    Macam Gua gak laaaaaa.......hahahah

    BalasPadam
  24. 360 siaran 11 Feb 09, fokus kekejaman terhadap binatang. Komen pelbagai pihak dirakamkan. Ada pihak goyah berikutan tayangan visual 360, siaran 4 Feb lalu :)

    BalasPadam
  25. Dj Epoi ye ke. tapi kira hebat la Dj ngan Abg Zidul kita nie aktif walaupun gempal. hehehe bukan mengata nak bagi tau kebenaran aje. saya pun gemuk gak hehehe


    Pihak yggoyah tue mesti kecut perut. mesti dia marah2 dlm hati hehe. padan muka dia baru dia tau.


    Bro mmg layak laa jadi wartawan yg berkaitan dgn isu sbb kadang2 isu nie jd sensitif dan melibatkan pelbagai pihak. so sesuai laa dgn penampilan bro. kalau muka tak garang mana boleh nanti org pijak kepala kita pulak.

    satu lagi yg sesuai utk mengelupas isu karam singh walia.

    Jgn sangka gemuk tak berbaloi sbnarnya gemuk tue satu kelebihan hehehe. jgn marah membebel banyak sangat bro

    BalasPadam
  26. Mereka ni kejam!!! macam takde otak.. Haiwan pon perlukan kasih sayang dan perhatian. cuba kalau manusia diperlakukan sedemikian, apa perasaan mereka??? begitulah juga perasaan haiwan itu. sayangilah mereka!!! :)

    BalasPadam
  27. tahniah bro...bagi aku rancangan nie pun sebagai medium dakwah bil hal, sbgi petlover aku menentang seskeras nyer tindakan kotraktor DBKL ingatlah Allah maha berkuasa teringan kisah permpuan di azab kerana menyiksa binatang, tahniah bro..bertaubatlah wahai umat..sebelum mata terlelap..masa pndedahan tue..semua bangsa bersatu inilah perpaduan kaum yang kita sama2 kita cari...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.