Ahad, Februari 01, 2009

Ikan Segar

Semasa berkunjung ke Pasar Ikan Bagan Lalang, Sepang, Selangor, saya tanyakan soalan …

“Macamana nak tahu ikan segar atau tidak?”

“Mata cantik, perut tak pecah, insang warna merah, badan ikan masih berlendir. Lagi satu tengok ada lalat tak? Lalat suka pada ikan segar. Tapi sekarang ni ada penjual letak pewarna pada insang, nak jadikan merah. Tapi bila kita picit, pewarna akan terkeluar,” kata peniaga memperkenalkan diri sebagai Kak Has.


Bukan semua pandai memilih ikan semasa ke pasar. Kan?

19 ulasan:

  1. entah..saya balik umah makan yang mak dah masak je..kalau kat asrama, beli je kat cafe..hehehe..

    BalasPadam
  2. yup
    lgpun sukar untuk memilih yang betul2 segar.. ade yg mgunakan bahan kimia untuk memastikan kesegaran

    BalasPadam
  3. Err... tau gak le skit2 .. heee..

    Ada dgr gak psl pnjual buh pwarna tu .. x baik tau wat cmtu.. mnipu msa brniaga .. rezeki x halal kn?

    BalasPadam
  4. sekarang dah susah nak kenal yang maner segar atau yang tk segar dah byk sgt bahan kimia kat dunia nih yang buat ikan tuh paling dari yang segar

    BalasPadam
  5. Salam bro, saya sokong semua pendapat di atas. Setiap minggu saya dan isteri pergi ke pasar Chow Kit, nampak jelas semua ikan dikeluarkan dari kotak kayu yang penuh dengan air batu tapi bila ditanya dengan peniaga jawapannya pasti "segar bang, baru sampai". Sebenarnya kita sebagai pengguna tiada pilihan, kalau nak memilih sangat tak makan pula nanti.

    BalasPadam
  6. itu belum cerita lagi ikan-ikan yang direndamkan formalin untuk kekal 'cantik' padahal orang guna formalin tu untuk awet mayat!..
    Industri makanan malaysia paling menakutkan bagi mereka yang mengetahuinya..

    BalasPadam
  7. Saya cukup suka makan ikan kayu. Lain-lain jenis ikan, takut sebab ada tulang.

    BalasPadam
  8. kita pun jarang membeli ikan...tp kita lebih prefer membeli ikan di pasar malam...sebab boleh bertanya dan membelek ikan dengan sepuas hati...kita biasa nya carik ikan yang matanya cantik.. perut tak pecah dan bila ditekan tak rasa lembik..yang tu jela selalunya..hehe...

    BalasPadam
  9. Menggerunkan siut!!!!
    Gua baru tau yang skank ader ikan yang menggunakan bahan pewarna...

    Gua dulu pernah berniaga ikan di pasar Besar Alor Setar sekitar tahun 90an.
    Disini Gua ader ckit tips2 yang Gua nak sharekan ngn U all..
    1) Mata Ikan segar..transparent macam mata kita, kalau mata dah colour putih susu dah kurang segar..
    2) Memang betul!! Insang harus Merah, lagi bagus yang ader darah melelih dari dalam Insang
    3) Sekirannya ikan besar terdapat macam belon dalam mulut ikan, belon tersebut masih lagi kembang ( kebanyakkan ikan Besar mempunyai belon ini ) kalau tak kembang ikan dah lama..
    4)Salah satu Petua yang diamalkan oleh pembeli2 digerai Gua. Diaorang suka ikan yang mempunyai ikan didalam mulut ikan....dioarang kata ikan nih segar dan agresif....entah ke betul entah ker tidak Gua sendirik pon kurang pasti!!!
    Yang pastinnya sekarang dah banyak ikan2 ICE CUBE kat Malaysia ini ( Ikan Import )Selalunya ikan ini diletakkan dalam kotak kayu....kalau korang perasan didalam kotak2 tersebut ader syratkhabar dari Thailand & Indonesia....

    Adoiyoiiiiiiiiiiii.....

    BalasPadam
  10. beli ikan ni kadang-kadang kena tipu juga. kat pasar punyalah segar bugar. Sampai rumah terus terkulai layu. Padahal tak sampai setengah jam pun.

    BalasPadam
  11. Salam saudara,
    Xpandai sangat memilih ikan... xpi biasanya tgk ikan2 yg keras dan tak pecah perut :)

    BalasPadam
  12. Ida, I like your comment :)

    Hazlin, ikan pakai kuasa magic tu :)

    DJ, huih! Bukan sahaja jadi DJ, penjual ikan, dia jugak :)

    Sedingin, kekadang bila tak ada tulang, tak ada cabaran makan ikan.

    Dandon, perangai manusia pelbagai, asalkan untung, jalan.

    BalasPadam
  13. Bila dtg sini? tak cakap pun.. kalau tak boleh jumpa..

    BalasPadam
  14. Kalau saya, bukan semua ikan yang saya pandai pilih..!!

    Hanya sebilangan sahaja.. Mungkin bukan bidang kepakaran saya agaknya.. Hahahahaa..

    BalasPadam
  15. hahaha...memang betul pun..salah sorg nye acu..memang x pandai nak pilih ikan kat pasar...malu nye saya :-D

    BalasPadam
  16. saya tak bersetuju bila dikatakan tak bleh memilih sangat.. sebab ini apa yang kita makan adalah atas daya usaha kita sendiri.. bila timbul rasa 'tak perla'..tu yang jadi macam kes melamin dan susu kat china tu.. so aper yang dimakan perlu dipastikan kebersihan dan impaknya pada diri kita.. that why we can see now ada yang baru 30, 40 tahun dah ada cancer.. padahal dedulu hanya dilihat pd mereka yang berumur 60 tahun ke atas.. and tak perasan ke sekarang ni bebudak perempuan umor 9 tahun dah dapat period.. umor belasan tahun dah mcam anak dara..kalau mak bapak dapat handle and bagi nikah alhamdulillah.. kalu tak hiraukan jadilah masalah social sekarang.. Ni belum masuk bapak2 yang sepatutnya jadi contoh pada anak2..Lagi satu bahan kimia yang dok sedap hisap dan hembus pada anak2 dan meng'kaya'kan Laknatullah..macamana nak bagitau @ kena ketuk kepala diaorang ni setiap kali nak merokok?? Nanti ada orang cakap atok aku dah merokok 40 tahun lebih idup sihat ajer.. idup atau mati is satu hal, duit yang diberikan tu..nak dapat saham sekali ke dgn Laknatullah??
    Buntu dah macamana nak sedarkan mereka yang merokok ini..Bottom line is, kita boleh memilih apa yang kita makan dan boleh memilih untuk tidak merokok.

    BalasPadam
  17. Bro Mazidul!!!!
    Carik makan beb!!!! asal ader pluang blasah jer.......
    Hidup kna jadik bandaraya skank nih..aper ader rembat jer....

    H.E.H - Tq Bro......Gua sekadar berkongsi Pengalaman....

    BalasPadam
  18. ikan? saya fobia sikit dengan ikan sebab masa kecil dulu saya tercekik tulang hingga kena tunggu teksi di malam hari untuk pergi ke kelinik. Saya cuma minat dengan ikan goreng dan memilih jenis2 ikan yang dimasak gulai. memilih ikan segar? itu tugas bagi isteri saya dan saya kira panduan /tips ikan segar yang diberikan adalah benar dan dia dah sedia maklum.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.