Rabu, Februari 04, 2009

Dibunuh Zalim

Binatang peliharaan dibunuh zalim!

“Kebetulan saya ternampak pembunuhan kejam ke atas anjing dan kucing, anjing anjing tu dijerut lehernya sampai mati dan kucing kucing dilemaskan dalam tong berisi air dan sekiranya belum mati dia dibelasah sampai mati,” kenyataan responden, saksi kejadian.

Saya menghantar wartawan ke lokasi kejadian. Lelaki mengheret bangkai anjing dengan tali menjerut leher haiwan terbabit. Visual dirakam jurukamera 360, jam 8 pagi Jumaat lalu.

Pihak mana bertanggungjawab?

Saksikan 360 malam ini, jam 9 malam di TV3.

26 ulasan:

  1. Tak usah ditanya pihak yang mana harus bertanggungjawab.. Budak kecik pun tau menjawabnya..

    Membunuh serta menyeksa peliharaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh norma akal manusia.. Malahan ianya adalah dosa dari segi agama..

    Bagaimana pula dengan anjing dan kucing liar?

    Bagi mereka, cara yang paling berkesan mengawal anjing dan kucing liar ialah dengan membunuhnya.. Adakah itu relevan?..

    Mereka pasti akan kata..

    "Ahh..!! Diorang suruh aku tangkap tapi sekarang ni membebel pasal keganasan pulak..!! Itu tak kena ini tak kena.. Mengada-ngada orang Malaysia ni..!!"

    Itu kata mereka..

    Pendapat saya, alam menyimpan 1001 kemungkinan.. Carilah jalan yang lebih berperikemanusiaan..

    BalasPadam
  2. ape hal zalim sgt mereka ni bro..tak sabar nak tgk 360 malam nih..

    bro kupas habis habisan..serang hendap dieowng nih sampai dieowng tak mampu nak buat ape2..

    mane perasaan dieowng nih..

    BalasPadam
  3. kejamnye..xpe bro malam nie sy tgk n esok sy bg pandangan saya

    BalasPadam
  4. bang
    puak mana lah yang tak berhati perut nih?? ishhh..

    BalasPadam
  5. Gua Tungu!!!!!!!!

    Pasal minggu lpas tak leh nak layanzzzz 360 coz signere ASTRO tatak dapat!!! hahahahah

    BalasPadam
  6. Kesian. Binatang pun nak rasa nikmat kehidupan juga. Mereka bukan hidup untuk 60 tahun macam kita. Paling lama mungkin 10 tahun, bukan mereka hidup perlukan rumah dan kereta macam kita. Apa salahnya bagi mereka peluang menikmati kehidupan di dunia Tuhan ini. Bukannya lama.

    BalasPadam
  7. kenapa jadi macam tu? mlm ni boleh tengok dan komen.

    BalasPadam
  8. apo la diaorg nie????
    zalim sampai gitu sekali
    gile meroyan la diaorg nie

    BalasPadam
  9. ingat udang ke boleh bunuh2 sesuka ati..klu udang leh la jugak bt charkuetiow..tp abg mazidul, kalau saya xdapat tgk mlm ni boleh tak saya dapatkan rakaman ke siri ni???saya ni peminat cerita2 jenayah ni, tp maslahnya saya ni student, kat U ni susah bebenor nk tgk TV, bz..

    by the way, sy nak ucpkan tahniah kt krew 360 yg berjaya menerbitkan rancangan sehebat ni..n just to let u know, program abang adalah sumber utama untuk asignment n test we all kat USM ni..latest, episod pasal keganasan kanak tu merupakan test mid term we all this week..

    saya ingat lps dh grad nnt nk mntak krja kt TV3 la..hakhakhak!!!

    BalasPadam
  10. Nakal, kalau miss the program, sila layari tv3.com.my. Boleh tengok SEMUA espisod 360 sebelum ini :)

    BalasPadam
  11. saya dah lihat sekali imbas tapi maaf tak begitu fokus sebab ada perkara lain yang sedang dilakukan serentak. Cuma sempat lihat anjing kena tarik leher...walaupun binatang najis bagi umat Islam, sedikit sebanyak kepiluan timbul juga di hati ini...kalau kucing....aduh, jangan...tak sanggup saya melihatnya...mujurlah hanya gambar kucing meniti di tepi longkang sahaja yang dipaparkan...
    saya amat kesihan dan perihatin kepada binatang, terutamanya kucing. Saya tidak dapat bayangkan betapa "haiwannya" manusia yang sanggup membunuh haiwan yang tidak berdosa seperti itu...

    BalasPadam
  12. Salam bro, maaf tak dapat nonton 360 tadi sebab ada komitmen lain namun saya akan tonton kat internet dan akan komen.....

    BalasPadam
  13. kalo kat tmn saya..anjing dah jadi mcm kucing masuk kwsn rumah sukati jek.adehh kencing/berak pulak tu :(

    tong sampah abis diterbaliknyer..bangun pagi dah jadi lautan sampah kat tmn kita.

    1st time dtg sini mmg pelik + terkejut tgk anjing berkeliaran smpi masuk dlm restoren.tapi bila lama mcm dah lali.

    pernah terpikir dihati ngape dorang tak tembak jer anjing2 ni..

    bukan tak kesian tp tensen bila tgk byk sgt..geli pun ade :(

    BalasPadam
  14. Apa jua yang bernyawa diciptakan Tuhan itu ada penyebabnya, selalu...tangan2 manusia yang membawa petaka kepada alam dengan mencabar kelangsungan. Simpati, tentu ada cara yang lebih berhati perut.

    BalasPadam
  15. Echah, kalau mendatangkan kemudaratan, tak salah dibunuh. Tetapi janganlah guna kaedah menjerut. Kalau disuntik, tak lah nampak zalim sangat :)

    BalasPadam
  16. Semua, saya pernah tanya, apakah cara paling pantas membunuh manusia? Jawabannya, pancung!

    BalasPadam
  17. Kalau lihat dlm rancangan 360 tu, nampak pakaian dan van yg digunakan, ia kelihatan spt sebuah sykt. Bila syarikat, mesti ada lesen. Bila ada lesen, mesti telah diluluskan oleh pihak berkuasa. Cam ne ni..
    View Profile: Rantong

    BalasPadam
  18. Kesimpulannya, mereka itu tubuh badan sahaj manusia tapi akalnya binatang

    BalasPadam
  19. cara terlalu zalim... if badan hak asasi haiwan antara bangsa tahu mengenai bnde nie... gamaknye malaysia boleh dilablekan negara yang kejam terhadap haiwan

    BalasPadam
  20. binatang yg menggeget semua kita marah jika diusik ..manusia yg kena geget ( luvbite) menayang tanda kasih sayang ..kes JE n selsema burung ..tgk dia hapuskan haiwan pun cara yg kejam ..tetapi kita bukanlah dlm karier mereka,kita tidak merasai bagaimana situasi mereka menanganinya, samada sedih , benci atau marah ..hanya mereka yg tahu

    BalasPadam
  21. Saya seorang pencinta haiwan tak kira apa jenis, kerana semuanya adalah ciptaan Allah swt. dan mempunyai hak untuk hidup. Hati saya akan cepat tersentuh bila melihat haiwan diseksa walaupun saya lelaki gagah perkasa yg tamat belajar dua jenis seni beladiri.

    Kalau nampak bangkai kucing kena gelek tengah jalan pon hati saya dah sedih sangat2. Saya membela 2 ekor kucing yang tidur sekatil dengan mak saya & keluarga saya memang pencinta haiwan terutamanya kucing.

    Kalau abang Mazidul baik hati boleh bagitau lokasi & pihak terlibat yang membunuh haiwan tersebut, tau laa macam mana saya nak setelkan.

    BalasPadam
  22. Saya dimaklumkan, Dog Association akan mengadakan protes di Setapak, Kuala Lumpur Sabtu ini.

    BalasPadam
  23. Um!!! Gua setuju sangat...!!!
    Cara yang digunakan tuh tak masuk akal....dah ler dengan cara macam tuh.....TERBUKA PLAK TUH!!!!

    MENINDAS KAUM yang LEMah camnilah!!!
    Anjing bleh ler diaorang buat camtuh...
    Cuba Gajah buat camtu
    Camana?

    Kesimpulan bagi Gua.....
    Pembunuhuhan Harus Dipikirkan sensitiviti persikitaran...

    BalasPadam
  24. Orang Malaysia dah tak takut membunuh ... itu kata teman saya dari Vietnam dan Kampochea.
    (Mereka ni pernah bekerja lebih 12 tahun di Malaysia dan fasih berbahasa Melayu, membaca akhbar Malaysia melalui internet)

    Bila saya suruh baca kisah 'Dibunuh Zalim', komen mereka ialah, tengah berlatih agaknya. Bla dah biasa tengok anjing kucing mati, baru syok tengok orang mati pula.

    Kisah pembunuhan makin menjadi jadi di Malaysia yang tidak pernah dilanda perang seperti Vietnam dan Kampochea... Kenapa ye????

    Adakah kerana makin ramai rakyat yang melalaikan agama, kurang pengetahuan agama,? terlalu mengejar kebendaan atau tuntutan hidup di Malaysia yang semakin hari semakin mahal serba serbi ?

    Tapi seingat saya semasa belajar dulu, Sebuah negara yang serba serbi barangan dan makanan serta lain lain kos nya murah, negara itu akan aman damai dan minimal kes jenayah.

    Entah lah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.