Isnin, Februari 02, 2009

Anak Menjadi Mangsa

Tabika Kemas Kuala Sg. Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang dikunci kali ke dua. Kesannya, pelajar terpaksa belajar di bawah terik matahari. Majoriti mereka anak golongan berpendapatan rendah, nelayan dan pekerja kilang.

Jika tindakan terbabit bermotifkan politik, hentikan. Usah jadikan pelajar cilik tidak faham maksud politik sebagai mangsa. Izinkan mereka menuntut ilmu dalam suasana selesa.

36 ulasan:

  1. lawaklaa org politik ni..semua gila kuasa :(

    gajah sama gajah berhentam,pelandok mati ditengah-tengah :p

    sabo je aku :D

    BalasPadam
  2. Kpd 'mereka' yg brkenaan .. cubalah mnjadi seorg INSAN yg brperikemanusiaan.. apa perasaan anda sekiranya anak anda dperlakukn sdemikian rupa????

    BalasPadam
  3. ini lagi teruk lagi dari peperangan kat Gaza.. yang ni peperangan yang tak nampak dek mata kasar dan yang berperangnya orang yang mengaku muslim dan yang teraniayanya adalah anak-anak bangsa muslim..
    Tak cukup dengan anak-anak melayu yang dah hancur dek gejala social ni bebudak yang tak tahu apa pun nak ditolak hak untuk belajar.. Masyallah..

    BalasPadam
  4. Apakah perasaan mereka kalau anak mereka yang kena?

    BalasPadam
  5. Nak kata...tak sekolah! TINGGI..
    Tapi jadi

    YB
    ADUN
    AHLI MAJLIS
    Tapi kepala otak sekolah !RENDAH

    Apa nak jadik orang2 cerdik pandai la nih!!!
    Jangan ler sekolah TABIKA ponk nak dipolitikkan!!
    Banyak lagi benda2 lain yang korang kena pikirkan!!!

    BalasPadam
  6. ILMU Penyuluh Hidup..

    Lentur buluh , Cari buluh dulu..

    Pangkat dan kuasa jadi taruhan.

    Apa guna pangkat kalau tak tau sepakat?

    Apa guna kuasa kalau kanak2 pun jadi mangsa ??

    KESIANNNN....ASET NEGARA TU..

    BalasPadam
  7. Ini lagi satu contoh sesetengah perkara yang tak perlu menjadi patung politik telah dipolitikkan..!!

    Itupun kalau benar ia bermotifkan politik..

    Jika benar, tolong.. Tolonglah biarkan anak-anak itu belajar tentang hidup dan bukannya belajar tentang politik..!! Ironinya, zaman sekarang ni kalau takde politik maka takdelah hidup.. Macam telah disetkan dalam minda sejak dari kecil lagi..!!

    Lepas ni nak politikkan apa pulak ye?.. Lubang jamban taknak ke?..

    Tepuk kepala tanya Parlimen..

    BalasPadam
  8. haaa..aku sokong kata dj epoi..

    kalau politik tuh politik lah yang libatkan tabika tuh wat mende..nak kata tk pandai belajar dh abih tinggi..

    fikir la sikit keluarga yang hidup dalam keadaan sederhana nih...

    BalasPadam
  9. kesiannye anak-anak pewaris generasi masa kini. yg dikunci tu buat apa? dapat banyak faedah ke?

    memang hati busuk betul!!!! cuba kalau kena pada tadika anak cucu cicit yang mengunci tu? melompat sakan agaknya...

    Tak suka la orang ini macam..... :(

    BalasPadam
  10. sengal ker apa skolah tuh..tutup terus laa...ada ker buat macam tuh...tak kira laa anak siapa pun...nama pun manusia...treat like one laa

    BalasPadam
  11. to hazlin..

    dieowng mane ade pikir semua tuh..yang penting politik

    BalasPadam
  12. rainingheaven - Tq x3
    Gua sekadar berkongsi pengalam....

    Tapi Isu nih memang Gua betui2 tak puas hati!!!!!!!

    Carik ler ISU2 yang terkini yang boleh membawakan kebaikan BUAT RAKYAT..

    Isu - Buang Pekerja Kilang yang dah mula berlambak kat Pulau Pinang tuh!!!
    Isu - Hantar balik warga asing yang dok rompak duit rakyat Malaysia
    Isu - Menambahbaikan sistem pengangkutan Kat Pulau Pinang esp Jambatan Tuh......kalau takat gah pada nama tapi dok jem 2-3 jam atas tuh.. apa yang dibanggakan

    Kan melambak lagik Isu2 yang lain?

    Ini Luahan Gua ....
    Lain Orang Gua tatau.....!!

    BalasPadam
  13. to dj epoi..

    aku pun sokong..haaa..ni ade satu lagi isu panas..tambang bas nak naik..adoi minyak turun tambang naik..dah ilang akal apa?

    BalasPadam
  14. jgn baca atau lihat di sebelah pihak sahaja , tv3 atau utusan , jika dimahkamah pun kedua pihak kena bagi penerangan so jgn buat spekulasi ..mungkin ada agenda tersirat...yang Esa lebih tahu mana yg ikhlas atau tidak membantu masyarakat

    BalasPadam
  15. Sweet, pandangan saya tidak mewakili syarikat saya bertugas. Hakikat jelas, tabika terbabit dikunci, kenyataan saya, tindakan pihak menghalang mereka belajar TIDAK wajar dan bijak. Atau saudari melihat dari sudut berbeza? Sila jelaskan.

    BalasPadam
  16. betul tuh bro..

    sweet tolong perjelaskan ape yang anda ingin perkatakan

    BalasPadam
  17. sebaiknya buat laporan polis dan pastikan siasatan dilakukan mengenalpasti siapa yg mengunci tabika tersebut , jika dapat dalangnya baru kita publishkan dan ajar cukup cukup , kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku , seperti menggantung kepala babi ..takut bangsa sendiri punya angkara untuk menangguk di air keruh..yg penting keputusan siasatan yg adil dan telus, bak kata pepatah jgn baling batu sembunyi tangan

    BalasPadam
  18. Sweet, cuba baca kenyataan saya betul2. TIADA langsung disentuh maupun menuduh pihak bertanggungjawab. Tetapi PASTI ada pihak melakukannya. Maaf ya, saya BUKAN orang politik, tidak tertarik dengan politik dan tidak berkawan rapat dengan orang politik :)

    BalasPadam
  19. Yezaaaaaaaaaaaaa...Shabas Bro Zidul!!

    WA sokong.......!!!
    Orang tak cakap kosong kalau ingin tegakkan benang yang basah!!!

    BalasPadam
  20. i setuju dgn abg maz kita bukan dlm dunia politik, , i respect wartawan yg baling kasut ke G.Bush tu , kadang2 emosi akan menyebabkan kita gagal berfikir dgn sempurna ,tidak perlu jadi pembela untuk kekal lama,akhirnya kita semua bermusuhan, mcm isu tabika ..perlu disampaikan secara berhemah ( tidak perlu front page utusan ), kalo berita ditulis begini ' pihak polis akan melakukan siasatan segera untuk memastikan tiada masyarakat yg mengapikan bara permusuhan - letak difrontpage kan sedap di baca

    BalasPadam
  21. Sweet, macam ni lah, jika nak diperjelaskan. Negara kita ada Kerajaan dan Pembangkang. Setiap pihak punyai cara tersendiri to handle issues, politically. Berita KECIL di media pembangkang, mungkin BESAR di media cenderung kerajaan, sebaliknya juga berlaku. Berita KECIL di media cenderung kerajaan mungkin BESAR di media pembangkang. Apa hairan sangat? Itu memang cara berpolitik sejak dari dulu lagi, bukan sahaja di Malaysia, malah di negara dunia mengamalkan sistem demokrasi.

    BalasPadam
  22. Terima kasih , itulah jawapan ikhlas dari abg maz ..syabas!!...i mengkritik untuk kepuasan hati....setelah terbit jawapan akhirnya yg kusut menjadi terurai..bukan menegakkan benang yg basah tetapi ingin tahu siapa yg membasahkan benang dan siapa pula yg mahu menegakkan benang , terima kasih abg maz ..teringat memory di itm shah alam

    BalasPadam
  23. Setuju dengan kata-kata bro..

    Saya juga sama.. TIDAK berpolitik, TIDAK tertarik dengan politik dan TIDAK berapa gemar berkawan dengan orang politik..

    Tapi itu tak bermaksud saya dan manusia-manusia yang seangkatan dengan saya gemar bermusuh..

    Tapi antara sedar atau tidak, jarum politik telah ditusuk dalam kebanyakan budaya di Malaysia.. Cuma kita saja yang tak nampak.. Dan telah wujud orang-orang yang berusaha untuk mempertahankannya..

    Mungkin untuk kepentingan peribadi?.. Entahlah..

    BalasPadam
  24. yupz finally terungkai per yang bermain difikiran SWeet..kalau nak follow sgt pasal plotik nih makin lamer ley jadi giler..percayalah..

    BalasPadam
  25. Umm......

    Gua bangga ng Bro Zidul & Sweatheart........Tahniah daiatas Keberanian dan KEIKLASAN kita bertukar pandangan dalam ruangan BRO Zidul

    Shabas!!!!
    http://mazidulakmal.blogspot.com/
    ( Clap X 100 )

    Sekurang-kurangnya kita semua tak keseorangan...
    Haaaaaa....Mat Topeng....!!!!
    (Raining Heaven) Gua Setuju sangatlah tuh.....i follow u heheheh

    BalasPadam
  26. ahaks..dj epoi..camner nak tgk blog ko..astik follow aku jer..meh aku nak follow ko plak

    sweet so sakng tak yang nak pening2 nag politik..just follow2 angin sudah

    BalasPadam
  27. Salam bro, wa caylah sama lu ngan sweetheart, jangan kita lak yang berbalah. Wa memang x minat ngan politik yang membosankan, seperti kata bro maz kita semua dah letih........ Moga semua pihak berlapang dada menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  28. Pernahkah media perdana ini menyiarkan berita bagaimana jentolak digunakan untuk merobohkan PASTI? Pernahkah media perdana ini menyiarkan bagaimana sepasukan anggota polis menyerbu sebuah PASTI di Melaka dengan menggunakan ’sub-mechine gun’ sehingga menyebabkan anak-anak PASTI dan gurunya trauma? Pernahkah media perdana ini menyiarkan bagaimana pegawai-pegawai JAIS, JAIS dan jabatan kerajaan yang lain digunakan oleh UMNO/BN untuk mengarahkan PASTI ditutup?. Jika adapun, berita yang disiarkan lebih menggambarkan bahawa PASTI yang bersalah, bersalah dan bersalah.

    BalasPadam
  29. Semua, syukur, tabika terbabit dibuka semula hari ini,3 Februari 2009 atas arahan Pegawai Daerah. Ketua Menteri Pulau Pinang memastikan peristiwa sama tidak berulang kembali.

    BalasPadam
  30. Soal pendidikan kanak2 tidak boleh dipolitikkan sama sekali

    BalasPadam
  31. malaysia sendiri mengamalkan hak untuk mendapat pendidikan setaraf walaupun untuk mereka yang berpendapatan rendah

    tolong jgn jadi orang yang bahalol sebab politik sampaikan satu dasar yg baik untuk rakyat di persalahkan.. (kalau xsalah kite juga yang minatk hak untuk mendapat pendidikan setaraf zaman dulu..knape kebodohan kite pulak nk menidakkan apa yang kite perjuangkan dulu)

    BalasPadam
  32. zalim...kejam...jahat...tidak adil...sama macam tabiat Zionis!!! Salah satu sebab PAS Trengganu jatuh apabila mereka politikkan tabika-tabika Kemas tu...Islam tak pernah ajar buat kerja jahat macam ni.

    BalasPadam
  33. Alhamdulilah....Shukran!!!

    Shabaas inspektor sob.......!!!
    Jendagir tumneh sepiaaaaaaaaar...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.