Selasa, Januari 06, 2009

Siapa 'devil' sebenar?

Hari ke 10 pencabulan senjata Israel, 530 warga Palestin dilaporkan terbunuh, 100 daripada statistik itu, kanak-kanak dan wanita. Lebih 2700 mangsa tercedera gagal dirawat secara sempurna berikutan 70 peratus bekalan elektrik di Bandar Gaza terputus. Hospital kerajaan kekurangan bekalan perubatan untuk menjalankan pembedahan.

Tentera Hamas dilengkapi senjata ringan kini dilaporkan menentang tentera Israel menggunakan senjata berteknologi tinggi seperti meriam, helikopter dan jet pejuang.

Presiden Amerika Syarikat, George Bush mendakwa Israel berhak mempertahankan diri. Sedangkan Israel menjajah Palestin. Bakal Presiden, Barrack Obama hanya membisu, fokusnya menangani krisis ekonomi di negara Uncle Sam itu.

Menteri Luar Israel, Tzipi Livni melabelkan pejuang Hamas sebagai ‘devil’.

Peliknya ..

22 ulasan:

  1. Memang pelik dari segi logiknya, kita hanya mampu berdoa kerana suara kita hanyalah angin lalu, apa yang boleh dikatakan ini adalah salah satu tanda kiamat semakin menghampiri kita!

    BalasPadam
  2. US, Kepala Setan
    Israel, Ketua Setan
    Tentera Zionis, Setan

    BalasPadam
  3. Mari sama2 kita boikot US dan Israel! Panjatkan doa kepada mereka.. Saat mereka terseksa akan tiba dan kekal selamanya kelak.. para syahid akan bahagi dan gembira di alam yang akan kekal selama2nya..

    BalasPadam
  4. Medan untuk menguji senjata buatan negara maju...

    BalasPadam
  5. Salam Perjuangan,

    Nampaknyer dia melabelkan Palestine sebgai devil?? sape yg devil?

    Sesungguhnya Israel bagaikan meludah ke langit... sebenarnya dielah yg devil...

    Sebagai orang Islam, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah mudah-mudahan didatangkan tentera ghaib (malaikat) sebgaimana didatangkan tentera-tentera ghaib ini dalam perang badar dan perang ahzab....

    Marilah membaca doa qunud nazilah bagi menjahamkan mereka yang zalim ini...

    Takbir!!

    BalasPadam
  6. tentulah israel!!!!
    persoalannya sejauh mn kita sedar akan kekejaman yg sedang berlaku ke atas bangsa seagama dengan kita ini? sedang rakyat kita kelihatan terlalu leka dengan hiburan dan keseronokan.

    BalasPadam
  7. Saya kesian betul apabila melihat kekejaman Israel terhadap Hammas. Apa yang boleh kita buat selain berdoa semoga peperangan itu cepat-cepat berakhir.

    Presiden 'Kasut' memang syaitan dan padan muka dia kena baling dengan kasut.

    Kita belum tahu lagi rentak Obama. Semoga hati dia tidak sekejam Presieden Kasut. Tunggu dan lihat apabila beliau memerintah sepenuhnya. Kita doakan semoga hati dia tidak sekejam BuShit.

    BalasPadam
  8. Saya kesian betul apabila melihat kekejaman Israel terhadap Hammas. Apa yang boleh kita buat selain berdoa semoga peperangan itu cepat-cepat berakhir.

    Presiden 'Kasut' memang syaitan dan padan muka dia kena baling dengan kasut.

    Kita belum tahu lagi rentak Obama. Semoga hati dia tidak sekejam Presieden Kasut. Tunggu dan lihat apabila beliau memerintah sepenuhnya. Kita doakan semoga hati dia tidak sekejam BuShit.

    BalasPadam
  9. jika kita tengok surat khabar harian metro hari ini..ada satu muka surat dimana berkisarkan tentang serangan israel di gaza..ada gambar tiga orang anak kecil yang pada penglihatan teja sekitar usia 1-3 tahun, yang menjadi mangsa korban dalam peperangan yang kita tak nampak hujung pangkalnya...

    devil yg sebenarnya teja rasa terlalu ramai...dan termasuklah sesiapa yang menyokong kekejaman ini..

    BalasPadam
  10. sedih dgn dunia ari nie..
    nyawa menjadi terlalu murah
    kesian pd insan kecil yg x b'dosa..semoga Allah menyelamat kan umat islam di seluruh ceruk dunia...Amin...

    BalasPadam
  11. macam macam hal dunie niehhh

    BalasPadam
  12. Salam saudara Mazidul,

    Saya turut bersimpati dgn pertempuran yg berterusan di bumi Gaza... Disebabkan setan2 yg kerakusan, org awam yg xberdosa pula yg terkorban saban hari... terutamanya kanak2... Saya cukup terkilan! Saya terfikir, mengapa tidak ada seseorg yg sanggup membedil atau merempuh rumah si presiden setan a.k.a dibaling kasut? Daripda merempuh WTC pda 2001, baik rempuh si setan sekor ini... aman dunia... Bgi bakal presiden... bertindaklah utuk mengamankan keadaan... jgn 2x5 sudah... Ayuh sahabat sekalian... marilah kita memanjatkan doa dan meminta peertolongan ALLAH dalam perkara ini... semoga keganasan ini redha secepat mungkin... amin... wassalam

    BalasPadam
  13. Israel yg sebenar2nya Setan Durjana Laknat tu..

    Saya simpati melihat kekejaman Israel terhadap Hammas.Ramai org awam palestin yg terkorban..

    yahudi tidak akan berpuas ati dgn islam selama-lamanya..penah dengar cite dlu kecik2 ustaz penah ckp,mmg da tertulis dalam al-quran islam dgn yahudi sukar utk berbaik..sekiranya islam dgn yahudi berbaik maka kiamat la dunia nie..byk da tanda2 dunia ni makin tua..jd renung2kn..

    BalasPadam
  14. dunia makin tua manusia makin lalai..........hiburan sana sini,maksiat sana sini..sambut tahun baru seperti tak ingat dunia........sedangkan di masa yang sama bangsa laknat itu sedang membunuh umat islam Palestin.

    ALLAH HU AKBAR HANCURLAH REJIM ZIONIS DAN BERILAH KEMENANGAN KEPADA PALESTIN

    BalasPadam
  15. klu PBB asyik berdiam, OIC kena lebih lantang bertindak bukan lntng bersuara je...

    BalasPadam
  16. AMIN .. AMIN ..

    Jika nk dbandingkn dgn ngara.. brsyukurlh dgn keamanan Mlysia dr dlu hgga skarang n smoga brkekalan slamanya .. insyaAllah

    BalasPadam
  17. SAMA SAMA KITA DOA AGAR REJIM ZIONIS MENDAPAT BALASAN DI AKHIRAT NANTI

    BalasPadam
  18. Saya dah bosan laa dengan semua nie. Semuanya marah dekat israel, nk boikot lah apa lah tapi masih jugak guna produk yang mereka hasilkan. Kalau nk boikot, boikot lah betol2..nk tolong ke xnak nieh..nk boikot ke xmo nie?? pasnie kite p KFC ekh?? lalala..

    BalasPadam
  19. PBB pun mcm 'tunduk' kt setan ni .. buat resolusi x ubah mcm 'membuang kahak d tangga!'

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.