Rabu, Januari 07, 2009

Biar Mati Pun Tak Apa

Bila kecewa, ada antara kita mengeluh …

“Biar mati pun tak apa!”

Pandangan saya, kecewa itu lumrah manusia, fitrah. Ada waktunya kita juga mengecewakan orang lain waktu kita menumpang di dunia fana ini. Kecewa itu perasaan. Perasaan itu milik kita. Maksudnya kita harus bijak bertindak setiap kali berdepan dengan kekecewaan. Mati bukan jalan penyelesaian. Malaikat Izrail akan mencabut nyawa kita tika tiba waktunya, tidak cepat atau lambat biar sesaat sekalipun.

Kekecewaan tidak membunuh manusia, itu hakikat. Cuma kerapkali manusia membunuh semangat mereka sendiri untuk meneruskan kehidupan.

Berbeza jika kita renung kejadian berlaku di Palestin, lebih 600 nyawa terkorban setakat ini. Mayat kanak-kanak bergelimpangan, dibunuh kejam regim Zionis tanpa belas kasihan. Saya percaya ibu bapa mangsa kecewa gagal melihat nasib tidak terbela. Tetapi mereka semua masih mahu terus hidup, berhajat melihat sinar keamanan di bumi sendiri. Semangat juang mereka kental. Semangat harus kita miliki.

Jadi, jangan sesekali mengungkapkan kenyataan ..

“Biar mati pun tak apa!”

15 ulasan:

  1. Yang bercakap 'biar mati pun tak apa' tu berada dlm zon selamat. Andai kata kalau dicampak ke sana, nescaya perubahan yang besar akan berlaku!

    BalasPadam
  2. Selalunya, kekecewaan akan membuatkan manusia bertambah kuat.

    BalasPadam
  3. Shukur.....!!!!!!!!!!!!!! Kita Dilahirkan Di Bumi Malaysia ini.....

    Gua berdoa... agar SEMANGAT PEJUANG PALESTIN ...mempertahankan Bumi Tercinta terus Kekal Hingga ke Akhir Nyawa.....
    Haram jadah...nyer israel....

    Dj Epoi - FREE FOR PALESTIN...
    ALLAH HU AKBAR....x3

    BalasPadam
  4. Ia akan brlaku pabila kita kurang brsyukur .. kurang brfikir .. n yg palin utama .. kurang beriman.

    KEMATIAN bkan jalan pnyelesaian apabila brdepan dgn msalah ..

    Smoga kekejamn mnemui titik noktah scepa mgkin wlpn d mna jua.. ISRAEL lupa bhawa nyawa mereka sbenarnya smntara jua..

    BalasPadam
  5. Salam..

    semoga kita semua tidak mudah alpa dg kesenangan di sebelah sni...

    erm..setiap manusia ada tanggungjawab ,oleh kerana itu mereka masih hidup..jika tanggungjawab sudah tergalas, baru mereka dipanggil pergi.

    asalkan masih hidup, teruskan berjuang..^_^

    BalasPadam
  6. banyak dah amalan ke tu sampai tak sabar dah nak mati...

    BalasPadam
  7. mereka masih jua berjuang untuk hidup walaupun mengetahui ajal mereka boleh datang bila2 masa sahaja

    mari kita bersama2 mendoakan kesejahteraan umat islam disana

    BalasPadam
  8. Dah terang2 dalam setiap yang hidup pasti merasai mati.

    Kepada orang yang cakap:
    "Biar mati pun xpe."
    Sabar la ye. The time will come. It always does.

    BalasPadam
  9. kita hanya mampu berdoa dr jauh
    semoga satu ari nanti Allah akan menurun kan bala kepada Israel..Amin..

    BalasPadam
  10. Kahkahkah..
    Cuma orang yang menganggap dirinya sama seperti sampah sahaja yang mahu mengungkapkan kata-kata seperti itu..

    Nilai nyawa yang diberi oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa itu pula mahu digadaikan.. Atas kebenaran siapa?.. Nyawa kamu hanya dipinjamkan sahaja buat sementara.. Ataupun mereka dengan lantang akan berkata-kata tentang kebebasan bersuara? Momokkan kebaratan yang meracun minda 'urban' itu sangat tidak sesuai dengan segelintir daripada kami yang masih 'konservatif'..!!

    Lupakah tujuan asal kami diturunkan ke dunia?..
    Bak kata Allahyarham A.R. Tompel.. Eh.. berapa punya baghal daa..!!'

    BalasPadam
  11. Msa hdup, duk ckp lh nk mati.. bla dh mati kang .. nk 'u turn' lik pun dh x leh ..

    BalasPadam
  12. macam blog abang mazidul yang dulu..org tengah marah..main lepas jer cakap...so i guess this is one of the favorite line laa kot....tengok bandar gaza cukuplah...

    BalasPadam
  13. HMetro arini .. nk bunuh diri (terjun bangunan) gara2 masalah rumahtangga.. tup2 trgelincir .. tau lak nk ingat Allah swt dgn laungan 'Allahuakbar' .. Klau x sedar lgi lps tragedi tu .. hmm .. x tau le..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.