Sabtu, Januari 17, 2009

Dayus

Setakat ini 1,188 nyawa rakyat Palestin terkorban, 375 kanak-kanak manakala 5,285 dilaporkan cedera. Terbaru, Regim Zionis dilaporkan membedil hospital di Gaza menggunakan ‘white phosphorous’, bahan letupan keluaran Amerika.

“Israel is instead United States best friend,” ujar pengulas Aljazeera.

Di New York, rakyat Amerika berdemonstrasi di depan pejabat suratkhabar New York Post membantah laporan berat sebelah, bias media cetak terbabit. Di India, pertempuran berlaku di antara penunjuk perasaan dan pihak polis. Demonstrasi anti Israel antaranya diteruskan di Indonesia, Iran, Kashmir dan banyak negara dunia lain.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu tidak bertaring, ketua negara Arab dayus, hanya sekadar melihat lebih ramai umat Islam dibunuh. Lebih menghairankan, negara Arab dilaporkan berpecah buat kali pertama dalam usaha menangani peperangan di Palestin.

Isnin, 19 Januari sehari sebelum Barrack Obama mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat saya akan menemubual tetamu berhubung dasar luar bakal presiden terbabit dalam program MHI.

15 ulasan:

  1. mari kita kempen boikot barangan irael, amerika dan yahudi... agar lumpuh ekonomi mereka. Bersatu lah kita yerrr...jangan cakap jerr... moga Allah kuatkan hati pejuangan Islam..Ameen

    BalasPadam
  2. salam saudara,

    I'm speechless... cuma mengharapkan sinar baru buat rakyat palestin... kita di malaysia... umat islam khususnya... marilah memanjat doa tanpa henti utk mereka... dan bantulah mereka dgn kemampuan msg2... kemenangan pasti akan tiba... insyaallah... jahanamlah yahudi sekalian.... allahu akbar x3.

    BalasPadam
  3. Pengurus saya ada bercerita pada saya tentang debat antara Israel, Hamas dan beberapa ahli politik terkemuka dunia dalam siaran Al-Jazeera tempohari..

    Katanya mereka (Israel dan Hamas) tidak mahu campurtangan luar dalam kemelut perang antara mereka.. Betul ke macam tu..?! Saya tak tengok siaran itu dan tidak pasti akan kesahihannya..!!

    Lagi satu pendapat pengurus saya itu ialah, mengapa setiap kali orang awam yang berlindung dengan bantuan PBB, tentera Hamas akan turut berlindung sama dengan mereka dan melancarkan serangan dari tempat itu..?! Katanya lagi, ini membuatkan tentera Israel membedil kawasan kerumunan itu tanpa mengetahui terdapat orang awam di situ..

    Secara amnya saya kurang bersetuju dengan pendapat pengurus saya itu.. Walaupun logiknya ia agak benar..!! Saya cuma mengasihani anak-anak kecil mereka yang menjadi mangsa tamadun rongak yang mereka (Israel) amalkan..!!

    Sedih melihat bayi-bayi mereka bergelimpangan di atas tanah mereka sendiri oleh orang luar..

    Kerana saya juga punya anak.. Saya faham penderitaan ibubapa mereka..

    Salam..

    BalasPadam
  4. Israel=tokey kedai
    US=kuli tokey
    PBB=istana tokey bersama kulinya
    Arab=pelanggan tetap kedai

    betul ke...?

    Palestin=???

    BalasPadam
  5. Sob...sob...sob..

    Walaupon...Gua ni Rock....tapi Gua takleh nak kawal perasaan Hiba Sedih dan sakit hati yg terlampou....pada Si HARAM JADAH israil.....

    Semalam kat Masjid Bandar Sunway ramai yg Gua terperasan waktu Kutbah Jumaat...yg berlinangkan air mata...waktu kutbah berkisar tentang PALESTINE.....

    Rock2 Juga...!!!!!

    Dj Epoi - Free Palestine....
    Bro Zidul....Wa Caya Lu.....Teruskan Ngn Isu2 Paletine terkini Bro ...Gua nantikan!!!!

    BalasPadam
  6. ala...tak leh tengok la abg mazidul...keje lor...

    BalasPadam
  7. insya'lah saya ingin melihat rancangan temu bual tue

    BalasPadam
  8. Salam..

    semoga Tuan berjaya bagi meneruskan perjuangan di laman sesawang ini..

    Palestin perlu dibantu!Ayuh!

    BalasPadam
  9. Selagi namanya Presiden Amerika...Selagi tulah sahabat baiknya Presiden Israel...

    BalasPadam
  10. Amerika dah sah kawan karibnya yahudi bangsat.

    BalasPadam
  11. maaf.. ini pendapat saya.. bila bercakap tentang bias, ia adalah serupa apabila media barat melabelkan umat Islam sebagai pengganas.. begitu juga sebaliknya.. sedangkan di sana juga ada yang tidak bersetuju dengan tindakan Israel yang menyerang Gaza.. malah mereka sudah memulakan pemboikotan barang buatan Israel (http://irishantiwar.org/).. jadi di sini pentingnya peranan media dalam membentuk pemikiran pembaca, tak kira sama ada mahu menjadi bias atau melaporkan hal yang benar tanpa mengira bangsa dan agama.

    saya dah penat tgk diorang bersidang tak habis2, tapi tak ada sebarang tindakan yang diambil.. :(

    BalasPadam
  12. Bkan dayus je, tpi NGOK NGEK! Hee..

    Kdg2 rsa x sggup nk tgok brita psl ni... sedih ("<)

    Slain drp doa, harap kita sma2 dpt mghulurkn bantuan-derma kpd rakyat Plestin ni mngikut kemampuan masing2..

    BalasPadam
  13. sebab utama negara2 arab tak membantu hanyalah sebab politik...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.