Ahad, Januari 04, 2009

Hentikan Keganasan

Airmata tiba-tiba bergenang sewaktu menonton Buletin Utama malam tadi. Visual mayat anak kecil, kaku berbalut kain putih dipenuhi titisan darah lambang keganasan regim Zionis. 19 kanak-kanak antara lebih 500 setakat ini terkorban di Palestin akibat bedilan jet pejuang regim sama.

25 ribu pejuang Hamas membuat keputusan mempertahankan Wilayah Gaza dan rela mati syahid.

Manakala Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dalam satu temubual melalui radio menyalahkan pejuang Hamas sekaligus bagai merestui tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Saya mengutuk tindakan ketenteraan membabitkan nyawa orang awam.

10 ulasan:

  1. Perjuangan Hammas harus disokong sepenuhnya oleh kita.

    BalasPadam
  2. Apa yang berlaku di Palestin sekarang ini adalah satu petunjuk bahawa umat islam tika ini amatlah lemah. Pemimpin-pemimpin negara Islam contohnya hanya mampu bertegang leher bertengkar mengutuk keganasan yang dialakukan bangsa jahanam itu. Apa yang saya tidak fahami.. dimana kekuatan islam yang dilaungkan? Hanya nama Allah dilaungkan tetapi penyudahnya tiada...

    bersamalah kita yang kerdil ini mendoakan supaya Allah s.w.t melindungi saudara-saudara kita di Palestin sana...

    BalasPadam
  3. Saya juga mengutuk kekejaman israel. Bincang-bincangkan di blog saya strategi ENAM JAHANAM bagi menamatkan kekejaman Israel. juraish.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Palestin sudah lama menangis, adakah kita jahil kerana baru sahaja menyedarinya?

    BalasPadam
  5. "Aku mahu mengubah Dunia tapi aku tak mampu
    lalu aku mahu mengubah masyarakt tapi tak terdaya
    Aku mahu mengubah keluargaku tapi tiada yang mengikut
    baru aku sedar jika aku mahu mengubah dunia, masyarakat dan keluarga maka aku perlu mengubah diriku sendiri,
    Tapi apakan daya aku sudah tua dan kini aku dikubur tak terdaya"

    BalasPadam
  6. Ulama' terkenal Islam, Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh."Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut".

    Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

    BalasPadam
  7. Salam Singgah..salam Jengah...Salam Kenal..

    Salam Berjuang utuk tentera HAMAS di Plestin.....

    Haram jadah nyer.....ISRAIL.....moga Tuhan turunkan *BALA* yg maha dashat untuk perbuatan MEREKA...

    Allah Hu...Ak Bar x 3

    BalasPadam
  8. saya meraung semalam sampai anak naik heran...bukan apa sedih tgk kanak2 yg menjadi mangsa...anak2 kita kat sini sibuk dan xcited nak kesekolah...dia org kat sana sibuk nak menyelamatkan diri....

    Israell ni mmg betul2 bangsa yg tak tau malu dan kejammm

    BalasPadam
  9. Moga sidang tergempar PBB mampu mengubah keadaan di Gaza.

    BalasPadam
  10. persoalan yang kekal sebagai tanda tanya:

    1)mana pemimpin-pemimpin negara Islam yang selama ini kata negara mereka negara Islam..?
    2)Apa yang OIC sedang lakukan ketika ini?? masih membuat persidangan??
    3)Apakah yang sedang dilakukan oleh muslim di negara lain kini sehingga tidak dapat membantu rakan seagama yang sedang berjuang bermandi darah demi menegakkan tempat suci agama mereka sendiri?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.