Rabu, Januari 14, 2009

Jem

Kita semua tidak gemarkan kesesakan lalu lintas. Bosan apabila kenderaan dipandu bergerak perlahan bak siput. Sebahagian daripada kita pengguna jalanraya mula tercabar kesabaran jika terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

Tekanan akibat kesesakan jalanraya mampu mencetuskan pelbagai tindakan tidak diduga. Pasangan suami isteri bermasam muka sekiranya terperosok terlalu lama di dalam kenderaan untuk sampai ke destinasi dituju. Ramai pemandu membunyikan hon secara semberono, geram. Biarpun mereka tahu tindakan terbabit tidak merubah keadaan. Kekadang ada pemandu cuba memotong di lorong sempit semata mata ingin berada di hadapan.

Jadi, apakah tindakan bijak dilakukan setiapkali berhadapan dengan kesesakan jalanraya?

17 ulasan:

  1. Beratur mengikut barisan yg betul & paling penting JANGAN potong Q. Kalau tidak, orang lain akan mengikut langkah 'bijak' anda.

    BalasPadam
  2. Bersabar, berfikir dahulu sebelum apa-apa tindakan dan memberikan sepenuh perhatian kereta di depan dan belakang

    Kalau keadaan membosankan tutup tingkap, pasang air-cond, membuka perfume kereta yg paling wangi, putarkan CD, makan gula-gula dan apa-apa lagi..

    BalasPadam
  3. Pendapat saya..

    Bertenang dan cuba atasi sifat amarah yang mula terbit setiap kali terpaksa meredah kesesakan lalu lintas.

    Cuba amalkan mendengar laporan kesesakan dari radio ataupun media lain sebelum keluar dari rumah atau dari tempat kerja atau dari mana sahaja. Dengan cara itu kita boleh mengelak dan mengambil laluan alternatif supaya sampai ke destinasi dengan selamat.

    Kawan saya pernah cakap :-

    "Kalau kau nak tengok sifat sebenar manusia, kau tengoklah masa diorang memandu.. Itulah perangai diorang yang sebetulnya..!!"

    Betul ke bro?..
    Kehkehkeh..

    BalasPadam
  4. tindakan bijak masa jem?

    dengar radio kuat2 dalam kereta.

    BalasPadam
  5. Kalau Gua.....

    -Gua layanz Radio...pantau2 ngn info2 trafik.....carik jalan alternatif...
    -Gua Layan RadioHand ....pasal dalam kereta Gua dilengkapi ngn SCS Radio Trunk ( Info Trafik Cepat Dan Pantas dari geng2 Radio)..
    -Kekadang Gua tutup Radio...Gua pikirkan tentang kerja2 hadapan yang Gua perlu siapkan...sambil buat Bodoh!!!tak pedulik kesesakkan.
    -Kekadang Gua ponk Naik Angin bila Bumper to Bumper terlalu perlahan..hahahahahh

    BalasPadam
  6. bagi saya..pe2 pun mmg sellau mengalah dijalan raya..takut terlibat dengan kejadian yang tidak diingini... yang penting asalkan selamat sampai ke tempat yg dituju

    BalasPadam
  7. sabar,berlapang dada & bersangka baik.maksud saya mungkin jika tak jem,kita pandu dgn laju,nasib tak baik boleh terlibat dgn kemalangan...gamaknye.

    BalasPadam
  8. dengar laa lagu-lagu yang kita suka. tak pun beristifar laa banyak-banyak moga dapat pahala. hehehe just satu cadangan aje.

    BalasPadam
  9. Tahniah ....hari ni..Gua tengok Lu dalam 360...Lu tak serius cam minggu lpas.....Minggu ni nampak Santai...kahkahkahkah camni ler BRO!!!

    Gua lagi respek ngn selingan2 lagu Rock Kapak zaman Fav Gua...XPDC - HIJAU BUMI TUHAN...

    Go 360!!!!!!!

    BalasPadam
  10. pendapat sayala....kita mmg tak bleh mengelak bila tersekat dalam jem...

    nak dimarah sumpah seranah pun tak de guna nanti hati kita jgk y gelap....

    lebih baik layan radio ke, ceramah ke, soal jawab ugama ke dgr lagu ka...zikir tasbih pun bleh...

    pokok pangkalnya walau apa y berlaku pun kita mesti kena tanamkan dalam diri 3 perkara....
    a-SABAR
    b-TAQWA
    c-IMAN

    hati selamat,
    jiwa selamat,
    dpt berkat....

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah sya brkeje sndri .. so biasanya akan plan kuar @ balik keje sblum org balik keje! Cuma adakalanya trsangkut gak dgn jem ni bla ada appt lewat petang.

    Ada pro n kontra bila jem ni .. kontranya mcm biasalh .. penat + masa yg sama 'brjalan' d jalan raya tu n pro .. leh tgok plbagai jenis kreta dgn lbih dkt n plbagai ragam mnusia!

    BalasPadam
  12. cuba cari jln alternative lain utk elak kan jem...

    BalasPadam
  13. Kalau sy, sy akan on radio sekuat2 alam.. Tak pun, turunkan tingkap kete, borak lah dgn org sebelah.. dpt gak tambah kenalan kan!

    BalasPadam
  14. kalau kita penumpang... tidurla jawabnya.

    kalau kita pemandu.... sabar je la..

    BalasPadam
  15. pasang lagu and layan kan aja...lagi elok dari layan jam tuh...tak pun...bawak keluar camera and shoot gambar atau riak wajah org dalam jam...tu lagi best...

    BalasPadam
  16. Saya pasang radio kuat2, n nyanyi kuat2.

    BalasPadam
  17. sekrg nie mnyak dah murah semua keluar bekejr naik kereta tu yang jem..
    hehehehehe....
    kesesakkan tu biasalah kenalah bersabar saya sendiri pun akan berasa bosan kalo dah jem tapi layan kn aje
    nak hon2 pun xguna juga..
    dan yang penting xperlulah memotng barisan fikir orng len sama...
    "jgn memotong garisan,tggu giliran anda" k...
    ;-)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.