Khamis, November 11, 2010

Haaaaaa? Biar Betul UPSR Dapat ...

"Formula menjawab soalan, bila berasa yakin, jawaban betul, please recheck. Ketika itu kita berkebarangkalian melakukan kesilapan "

Itu satu satunya pesanan saya pada pagi sebelum Muhamad Afif Faiq dihantar ke sekolah untuk menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR.

Dia hanya tersenyum.

Jam 10.30 pagi tadi saya ke Sekolah Kebangsaan Taman Sea di Petaling Jaya, Selangor.


Saya rakamkan gambar guru Afif dan guru besar, B.A Ooi di pekarangan sekolah.


"Last year, 6 pelajar dapat keputusan 5A, tahun ini kita dapat 13. It is better, " kata beliau.

Saya kemudian merakamkan gambar Afif bersama rakannya.


Adiknya, Muhamad Azard Faez, 9 tahun, juga dipaksa bergambar bersama abangnya sebagai kenangan di masa akan datang.


Saya ayah sibuk, menjalankan tugasan di pelabagai lokasi sebelum Afif menduduki peperiksaan. Pada masa sama saya tidak pernah memberikan tekanan kepada jiwa muda itu dalam mendepani cabaran awal dalam bidang pendidikan.

"Afif dah besar dan tahu pelajaran itu penting, belajarlah sebaik mungkin according to your own phase," pesan saya.

Setiap pagi sebelum masuk ke kereta untuk dihantar ke sekolah dia ditugaskan membuang sampah harian dapur.

"Kalau malas belajar, it's ok, bila besar nanti boleh kerja cari sampah untuk recycle. Kerja buang sampah ni kira praktikal awal lah," usik saya.

Dia anak mudah tersenyum.

Pagi tadi ketika bertemu Afif di sekolah, saya melihat senyumannya sekali lagi.


Pertama, sekalung penghargaan kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Taman Sea selama ini mendidik Afif, guru tuition dan begitu juga kepada ahli keluarga terdekat banyak mambantu dia mentelaah pelajaran.

Tahniah kepada Afif!

Untie blogger, Mazlin Nordin antara mereka terawal melawat Afif ketika baru dilahirkan 12 tahun lalu turut mengucapkan tahniah.

71 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. syukurlah. Semoga Afif akan terus menempa kejayaan demi kejayaan untuk dunia dan akhirat juga. Tahniah Afif. :)

    BalasPadam
  2. Tahniah...pastinya 5A yang dia perolehi dengan pemahaman yang tinggi terhadap subjek2tersebut...tahniah sekali lagi

    BalasPadam
  3. Tahniah... abg mazidul, walaupun ayah nya sentiasa busy anak pun boleh berjaya :D

    BalasPadam
  4. wow!!!congrates for him!!hehehehe..semoga terus success.. :)

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. haha,,ingatkan slip nak exam,,tular,,tengok tak betol2 dan tak alert pasal kuar result ni,,tahniah adik afif:)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah...
    tahniah afif! Dia memang budak yang bijak!

    BalasPadam
  8. boleh jadik boss ni, someday!! Afif, tahniah!!!!

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. tahniah Afif.. tahniah jugak untuk ayah Afif

    BalasPadam
  10. TAHNIAH AFIF!

    Semoga terus sukses di masa hadapan
    =))

    BalasPadam
  11. tahniah adik afif..kalo keje ikhlas, insyaAllah anak 'menjadi'..

    BalasPadam
  12. Wah.. straight A's..

    Tahniah Afif.. tahniah juga buat MAS.. mesti bangga kan punya anak sebijak Afif.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  13. tahniah dik....bangga mak ayah tau!!SAYA? tunggu 3 tahun lagi akan terasa debaran nya plak

    BalasPadam
  14. Salam Mazidul..syukur alhamdulillah syukur dan tahniah kepada Afif kerana telah mendapat 5A dalam upsrnya.tahniah juga buat mazidul dan mama afif.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.
    Moga dia akan lebih berjaya pada masa akan datang.

    Selamat menempuh alam sekolah menengah selepas ini~

    BalasPadam
  16. Salam
    Tahniah untuk Afif dan kesemua yang telah menyumbang kepada kejayaannya pada hari ini..Semoga Afif terus mencapai kecemerlangan pada masa depan dan terus menjadi penyejuk hati ibu dan ayahnya..insya Allah

    BalasPadam
  17. salam, tahniah pada adik Afif & juga saudara mazidul, harap saudara mazidul dapat kongsi tips2 keibubapaan dimasa2 akan datang.

    BalasPadam
  18. wah..tahniah ye afif...!
    sejuk hati tgk anak pandai gini..

    BalasPadam
  19. Tahniah AFIF dan En. Mazidul ... tumpang bahagia. Alhamdullilah :)

    BalasPadam
  20. Salam,
    Tahniah...anak yang hebat seperti ayahnya juga.Semoga kecemerlangan sentiasa bersamanya.Tumpang gembira.

    BalasPadam
  21. Tahniah!
    Kekalkan prestasi yang cemerlang.
    Kejayaan yang besar masih lagi jauh di hadapan.

    BalasPadam
  22. congrat Bro .

    Anak sebiji Bro comel .Mesti la :)

    BalasPadam
  23. TAHNIAH AFIF!
    Perjalanan hidup sebagai seorang ayah pastinya suatu yang bermakna bla anak2 lebih berjaya dr kita. Mr. Mazidul dh lalui..saya bakal harungi..!

    BalasPadam
  24. Tahniah Atif.. Tahniah juga buat abg Mazidul sekeluarga

    BalasPadam
  25. Salam sahabt

    Tak apa-apa ka buat alif tu??hehehe

    Tahniah

    BalasPadam
  26. Tahniah ! Kepada En. Mazidul dan anak - Afif yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR baru2 ini...
    Bukan semua anak boleh berjaya dengan cemerlang dan anak En. Mazidul telah membuktikan usahanya.
    Syabas, walaupun sibuk, anda telah berjaya medidik dan memberi motivasi kepada anak hingga brjaya.
    Semoga akan menyusul kemerlangan pelajaran dan kehidupan sekeluarga dimasa2 yang mendatang....Amin...

    BalasPadam
  27. Wow... saya kira entry ni komen terbanyak dalam masa yang cukup singkat. Vic pun nak ambik kesempatan cuap tahniah juga pada Afif....

    Semoga terus kekalkan prestasi cemerlang ini sehingga SPM.

    BalasPadam
  28. wow..hebat!
    tahniah...saya dapat merasakan kegembiraan yg en mazidul dan isteri serta famili rasakan sekarang kerana sebagai ibubapa apa lagi yang kita harapkan daripada anak-anak melainkan yg baik-baik sahaja.

    tahniah sekali lagi.

    BalasPadam
  29. tahniah kepada anak( Afiff ) dan juga bapak ( Saudara Mazidul )...semoga kejayaan berterusan...anak saudara saya pun dapat 5A jugak....-takde apa2 hadiah ke, sebab lumrah sekarang kalau dapat result ok mesti ada janji apa2...hehehhe

    BalasPadam
  30. Mewakili Afif, saya mengucapkan terima kasih di atas semua ucapan tahniah.

    BalasPadam
  31. Nak congratulate jugak. TAHNIAH! Both father and son~ ;)

    BalasPadam
  32. Salam...

    Tahniah kepada Aliff kerana telah berusaha untuk berjaya dalam pelajaran dan membanggakan ibubapa... Semoga kejayaan ini akan berterusan... Aminn....~

    BalasPadam
  33. Tahniah dik..... moga punya daya juang yang tinggi http://aspirasidiri.blogspot.com

    BalasPadam
  34. tahniah Afif,'tekanan kepada adik nak dapat 5A juga heee

    BalasPadam
  35. TAHNIAH AFIF,teruskan usaha mencipta KEJAYAAN demi KEJAYAAN demi DIRI , KELUARGA dan NEGARA.

    BalasPadam
  36. TAHNIAH buat seluruh ahli keluarga.. MAMA dia menangis tak? hehehehe

    BalasPadam
  37. Alhamdulillah...

    Tahniah buat Adik Afif & seluruh keluarganya.

    Satu bukti bahawa Ayah & Ibu yg sibuk bukn alasan utk seorang anak mengambil kesempatan dgn belajar sambil lewa.

    Semoga Adik Afif meneruskan kecemerlangan demi kelangsungan cita-citanya (InsyaAllah satu hari nanti akan jadi Ketua Polis Negara!)

    BalasPadam
  38. tahniah adik afiff
    tahniah ayh dan ibu afif jugak

    BalasPadam
  39. tahniah.

    anak saya cuma dapat 4A1B jer. alhamdullillah

    BalasPadam
  40. tahniah n moga prestasi cemerlang ini dapat dikekalkan dalam peperiksaan akan datang :-)

    BalasPadam
  41. salam. Tahniah utk Afif moga terus cemerlang hingga keperingkat yg tinggi lagi ...

    BalasPadam
  42. Slmlkm...

    TAHNIAH kpd sdr Mazidul sekeluarga terutama adik Afif kerana cemerlang dlm UPSR 2010. Smoga menjadi insan yang berjaya di dunia n akhirat serta tidak melupakan jasa ibu bapa.

    wsslm.

    BalasPadam
  43. Salam,
    Tahniah Afif, tahniah abah Afif, Tahniah Mak Afif, tahniah cikgu tusyen Afif, Tahniah Cikgu Afif...

    Mewayang di Estet Sempena Deepavali

    BalasPadam
  44. tahniah...sebagai bapa tentu abg dul berbangga... anak saya baru 2 tahun... teringin juga melalui perasaan yg sama

    BalasPadam
  45. tahniah...sebagai bapa tentu abg dul berbangga... anak saya baru 2 tahun... teringin juga melalui perasaan yg sama

    BalasPadam
  46. Tahniah! Mazidul and your boy - Afif yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR baru2 ini...

    Afif tu pandai macam bapaknya..."anak bapak" :) nanti Afif nak ke Indiana juga ke!!

    Mazidul, lama kita tak jumpa. Last was at Penang secara kebetulan di kedai makan nasi kandar...

    Anyway All the Best to you and Afif too.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.