Ahad, November 07, 2010

Jarang Matahari Bergelang

Di Malaysia, kematian belasan mangsa kemalangan jalanraya atau bencana lain dianggap statistik besar.

Barangkali kerana penduduk negara kita hanya lebih kurang 29 juta orang sahaja.

Namun bagi negara berpopulasi 280 juta, Indonesia, bencana mengorbankan ratusan nyawa, alah bisa tegal biasa.

Ledakan berulang kali Gunung Merapi di Yogjakarta kini dilapor mengorbankan 238 mangsa manakala bencana gempa bumi dan tsunami di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, meragut hampir 500 nyawa.  Bagaimanapun saya yakin statistik korban sebenar belum lagi dikenal pasti kerana usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dilaksanakan.

"Penduduk Indonesia ramai, bencana secara semulajadi mengurangkan populasi," komen penduduk tempatan.

Mungkin kenyataan terbabit kedengaran agak kejam tetapi itu kenyataan.

"Sekarang ini ramai relawan membantu korban (mangsa) tsunami di Mentawai. Manyoritas ke sana hanya untuk dapat makan gratis (percuma). Ya! Kerajaan Indonesia menanggung semua, makan pagi, tengahari dan malam, tiga meals sehari," ujar kenalan di Padang.

Satu lagi kenyataan menarik perhatian saya. Saya percaya, bukan semua sukarelawan tempatan membantu untuk mendapatkan makanan percuma tetapi kenyataan terbabit sukar ditolak begitu sahaja.

Di Indonesia, golongan kaya, terlalu kaya manakala golongan miskin, merempat. Menjelang sambutan Hari Raya Haji, 17 November akan datang, ramai pengemis berkeliaran meminta sedekah dari pengguna jalanraya hampir di setiap simpang jalan di Padang.

Agak mengejutkan, pendapatan mereka dikatakan mampu mencecah 7 juta Rupiah, RM2,500 sebulan.

Melalui pengamatan saya, sebilangan daripada 500 bangunan dilaporkan ranap sewaktu gempa bumi menggegarkan Padang tahun lalu, masih tidak dibina semula. 

Bagaimanapun, bangunan bank terbesar Indonesia, Mandiri sedang dalam proses pembaikan. 


Begitu juga Hotel Ambacang, sedang giat dibangunkan selepas lebih 150 pelanggan dan pengunjung premis terbabit terkorban di tapak sama.


Namun Hotel Bumi Minang di sebelah Hotel Ambacang masih tidak terusik, retak teruk.



Begitu juga bangunan 3 tingkat di Rumah Sakit Umum M. Jamil ini, dibiarkan dalam keadaan asal, tanpa diruntuhkan dan dibina semula.


Lebih 300 mangsa terkorban sewaktu gempa bumi berlaku pada 30 September 2009 itu.

Dalam kehidupan dihimpit kemiskinan dan malapetaka, masih ada warga mempamerkan kekayaan. 4 November lalu saya melintasi perarakan perkahwinan warga tempatan berketurunan Minangkabau. Pasangan pengantin menaiki kereta kuda diarak keliling kota dek  lebih 10 kereta kuda lain serta 10 bas sewa.


Apapun, untuk makan sup istimewa kaki kambing Ratu Langi, kekayaan bukan tuntutan. Semangkuk sup dihidangkan dengan nasi kosong berharga hanya RM3 sahaja.


5 November 2010 saya rakamkan gambar matahari dikelilingi gelang bercahaya di Bukit Tinggi, Sumatera Barat.

7 ulasan:

  1. besarnye halo matahari 2?menakjubkan...skarang ni mmg byk kejadian halo yang besar2...saya pn selalu jumpe halo bulan yang besar kat penang~~

    BalasPadam
  2. Hmmm... walaupun malapetaka boleh mengurangkan populasi seperti apa yg mereka kata, siapa yang sanggup rakyatnya atau dirinya mati secara tragis seperti ni?

    Syukur Alhamdulillah... Malaysia masih dipeliahara Allah.

    Tapi mcm mana rakyatnya yg ada di bumi Malaysia ye? Meningkatkan populasi di bumi org ye? Jangan jadikan bumi orang macam rumah sendiri pulak ye. Saya pernah dimarahi Indon kerana buang sampah di tong sampah awam MBSA yang terletak berhadapan rumahnya. Rasa nak lempang je muka Indon tu. Lepas kena tengking dengan saya mencarut2 dia masuk ke rumah.

    BalasPadam
  3. Subhanallah, cantiknya gelang yg menghias matahari...

    Membaca kisah malang dan tragedi di negara orang, memberikan keinsafan kepada kita, bahawa negara kita sangat bertuah lagi makmur.

    BalasPadam
  4. pengalaman mengikuti team relawan bersama mercy malaysia ke mentawai tidak akan saya lupakan ,,halo matahari mmg cantik,,,kali ke2 halo matahari di pdg,,

    BalasPadam
  5. Wah cantik nyer.... Subanallah, apa pun yang terjadi hidup perlu lah di teruskan dengan berani... kan.. kan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.