Sebaik duduk di kedai mamak di Seksyen 5, Kota Damansara, datang pekerja warga Indonesia menghampiri saya.
"Makan bang?," soalnya.
"Roti pisang, nanti tolong potong ya," pinta saya.
Dia mengangguk, tanda faham.
10 minit kemudian, makanan dipesan dihantar ke meja dek pekerja dari India. Pantas saya memanggil pelayan Indonesia tadi.
"Dik, tadi saya minta tolong potong roti pisang ni, boleh?," tanya saya.
"Tadi sudah tulis dekat itu order punya kertas, kasi potong," ujarnya kepada pelayan India itu.
Dengan wajah bengis, pekerja India itu menjeling rakan setugasnya di hadapan saya. Jelas dia tidak berpuas hati dengan arahan diterima.
"Hey! You tak payah tunjuk itu gengster punya muka depan saya"
Itu peringatan saya kepadanya. Dia kemudian menjeling saya dengan wajah sama sebelum beredar ke dapur membawa pinggan roti.
Pantas saya mengikutnya, gambar berikut saya rakamkan. Ya, matanya terpejam kerana sinaran flash kamera digital saya agak kuat.
Penyelia restoran pantas menghampiri saya.
"Dia India mari bang. Tarak faham bahasa Melayu punya," luahnya.
"Tak faham Melayu, belajar tetapi jangan tunjuk itu gengster punya muka sama saya. Saya takut oooo! Tetapi jangan sampai saya jadi berani," peringatan saya.
Jika diteliti senario itu, mereka berdua pekerja warga asing, berhijrah ke negara ini dari negara berbeza tetapi pelayan India itu dilihat kurang memahami budaya tempatan. Saya difahamkan pekerja terbabit bertugas sebagai pelayan sejak setahun lalu.
Berbanding pekerja dari Bangladesh, pekerja warga India jauh agak lemah dari aspek kebolehan menguasai bahasa tempatan. Sebilangan rakyat Bangladesh hanya memerlukan tempoh kurang 12 bulan untuk bertutur dalam bahasa Melayu biarpun pelat.
Saya kemudian memanggil pelayan India lain, berusia 22 tahun berasal dari Chennai datang ke meja.
"Saya sini mari, 6 bulan sudah boleh cakap Melayu sikit sikit," ujarnya.
Maksudnya, sebilangan pekerja India, jika berusaha gigih mampu untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Kata orang, bila berdagang harus bijak menyesuaikan diri.
Sabar Bro ,
BalasPadamHati2 klu cakap dengan mamak ni .... nasib bro tak seorang ....klu seorang ada risiko kot ...
pergghh...terus snap pic mamat tuh..
BalasPadamhaha=p
Wow.... Kamal Hassan sudah masuk blog Mazidul Akmal Sidek.... popular le dia lepas ni nampaknya bro.
BalasPadamNanti kasi jumpa sama saya laarrr.. Say kasi ajar apa itu ikut padang sama lain rumput..
BalasPadamKalu dia masih tarak faham jugak, saya sendiri kasi suap itu rumput kat mulut dia.. :)
Ehh tetiba saya pun jadi berani gak!
Salam.. Mmg dorang ni ramai samseng. Pernah ade pekerja asing ni nak pukul adik lelaki saya hanya kerana adik saya jeling dia. Jeling pun sbb dia tu kurang ajar..cakap kasar, muka masam. Tp xdinafikan, ramai jugak yg bermuka manis, peramah & sgt hormat pd pelanggan..
BalasPadamfuhh... direct abg mazidul sound mcm tu ek...hahah.... mesti india tu tak paham nyer... kalau x mau die cuak tu...:P
BalasPadamNasi Lemak, Spender Pun Dakyah Freemason?
tak suka pergi kedai mamak , tak tau kenapa -.-
BalasPadamKat Jaya One Al esfan ni..ada sorang tu..dari Bangladesh.. Muke berlagak macam ape.. kalau order lebih sikit mule la tarik muke...
BalasPadamMemang sakit hati...satu kali tu dia buat muka paling gengster giler a..kitorang halau dia dari meja kitorang and panggil kawan die..and bagi warning..kalau nampak muka kitorang kat sini..jangan bagi budak tu serve...
Sejak tu pergi sana kalau dia datang serve (sebab kami biasanya duduk bahagian yang die kene cover)...die datang je kitorang buat macam die tak wujud.. kalau kawan die datang baru order elok2..
Diorang ni nak kene ajar..datang tempat orang kene la belajar apa itu menghormati pelanggan..
Winter, saya seorang.
BalasPadamIamnerves, ya, saya memang terus rakamkan gambar wajah dia. Saya dilatih untuk berani kalau saya benar.
VIC, Inspektor Sahap lah! Dia ingat misai dia tebal manakala saya botak, dia boleh nak buat memek muka macam itu depan saya. Silap lah dia beb!
Sebelum ini Indon berstatus PR dan Nepalese membuat laporan polis. Kalau dia nak mengambil tindakan sama, apa salahnya tetapi harus tahu apa itu Kanun Keseksaan.
Lepas itu, penyelia nak bagi saya makan free namun saya katakan ...
"Ane, tak apa, saya sudah kerja 15 tahun, wang ada mahu bayar bil"
Salam. Mmg patut. Di tempat saya pernah saya terjadi saya order puri utk saya dan roti kosong utk anak saya. Yg datang tose dan roti kosong. Saya cakap la saya order puri (jauh sebutannya). Pekerja restn mamak tu siap rolling up his eyes dan merengus kepada saya. Saya sakit hati kerana saya tau apa yg saya order, kalau saya silap saya tak kisah makan. Bila dah merengus, terus, saya berkasar dan menjerkah. Nyaris supervisor dia paham dan mengambil kembali tose, dan memberi saya apa yg saya minta.
BalasPadamSaya fikir pekerja pendatang, atas dasar mereka ramai, semakin menunjukkan belang. Saya pun pernah bekerja di tempat orang, dan saya Alhamdulillah tau di mana bumi dipijak...
Bro MAS, ni dekat COVA ke?
BalasPadamsaya pernah order makanan lain, lain yang datang. padahal dah siap2 tulis dalam order note yang biasanya disediakan dikedai2 kopitiam. mereka sepatutnya belajar untuk berikan servis yang baik. ini bukan sahaja masalah bahasa tapi masalah sikap dan budi bahasa
BalasPadamPekerja India direstoran mamak ni patut dipotong misai...baru tak nampak macam watak penjahat film tamil.
BalasPadamBerani betul abg mazidul nih... siap boleh gi tangkap gambar dia lagi hehehe... mesti dia takut kalau dia tahu siapa abg mazidul. Ini mesti kes x pernah tengok tv3 nih...
BalasPadamnak tanye: mereka islam ke?
BalasPadamada yang islam ada yang tak.. mungkiin..budaya mereka lain
BalasPadam