Rabu, November 17, 2010

'Korban' CELCOM (Khusus Untuk Bacaan Pelanggan Maxis Dan Digi)

Ini logo asal Celcom.


Kenapa kini saya melihatnya dalam keadaan berbeza?


Saya dimaklumkan Celcom mewujudkan division di Komunikasi Korporat bertujuan memantau maklumat berbentuk negatif mahupun positif berhubung syarikat terbabit di dunia maya.

Harapan saya, semoga sebilangan petugas mereka akan membaca tampalan ini.

18 Oktober lalu saya menulis berhubung sikap lembab dan kesilapan sebilangan kakitangan Celcom memindahkan lebihan bayaran RM230 akaun telefon bimbit ke akaun broadband saya.


Saya menganggap masalah terbabit berjaya diselesaikan selepas hampir 30 hari namun ternyata telahan itu tersasar, analoginya seperti 'Celcom' dieja 'ComCel' atau 'C Comel'. 
 
C Comel?
 
Ha! Ha! Ha! Masalah berlanjutan itu TIDAK Comel malah memaksa saya membuat 3 panggilan ke Couldn't Care Line Celcom
 
Ya! Benar! 3 panggilan membuang masa terbabit berpurata 25 minit setiap satu tidak menyelesaikan masalah malah lebih memeningkan kepala.
 
Terniat di hati, jika masalah tidak ditangani, saya berhajat membeli kain putih dan menulis 'Tolong saya! 'Korban Celcom' dan kemudian berdiri memegang kain rentang terbabit di hadapan Ibu Pejabat Celcom di Kuala Lumpur. 
 
Ringkasnya, pada 10 Oktober, saya membuat pembayaran berganda berjumlah RM460 untuk menjelaskan bil telefon bimbit berjumlah RM230 SAHAJA seperti dijelaskan secara terperinci di tampalan Bayar Bil Celcom Berlebih RM27 Dan Haram Jadah Broadband Saya Disekat!!!. Saya kemudian meminta lebihan RM230 dikreditkan ke akaun broadband saya.
 
Mudahkan? Ya! Mudah bagi pembaca memahami arahan itu TETAPI amat sukar bagi Celcom. I pity the telco, really.
 
"Hello Celcom! Pada 10 Oktober saya terberi 460 epal kepada Maxis, sepatutnya hanya 230 epal sahaja. Jadi, tolong saya, suruh Maxis simpan 230 epal, selebihnya, 230 lagi,  berikan kepada Digi"
 
Apa berlaku kemudian? Celcom menyerahkan 230 epal kepada Digi TETAPI berkata kepada Maxis ...
 
"Maxis! Maxis! Mazidul berhutang 230 epal dengan awak!"
 
Nota : 'Maxis' dan 'Digi' tiada kena hubungkait dengan nama mereka masih hidup atau mati.
 
Itu versi penjelasan untuk Celcom, berikut untuk pembaca blog ini.
 
13 November lalu, saya dimaklumkan RM230 dikreditkan ke akaun broadband seperti diminta. Malangnya, pada masa sama RM230 ditolak daripada akaun telefon bimbit saya. Maksudnya, Celcom mendakwa bil telefon bimbit bulan September tidak dilangsaikan! Semua transaksi dicatatkan dalam itemized bill bulan November. 
 
Bagaimanapun, 15 November lalu masalah terbabit difahami dan berjaya diselesaikan pengurus Cawangan Celcom Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya, Selangor, Encik Roslan dalam tempoh kurang 3 jam. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau, sabar melayan pelanggan 'dikorbankan' Celcom, saya.
 
Selamat Hari Raya Korban Encik Roslan!
 
Untuk rekod, pada 22 Oktober lalu saya menukar plan, daripada Minutes kepada Executive 250. Executive 250 menawarkan 2000 minit masa berbual dan Sistem Pesanan Ringkas (10 sen setiap satu, bersamaan 1 minit panggilan) serta unlimited data untuk internet.
 
Biarpun meraih gaji tidak seberapa berbanding ganjaran lumayan diterima pegawai atasan Celcom, InsyaAllah saya masih mampu menjelaskan bayaran RM250 sebulan untuk pakej terbaru itu.
 
Tiba tiba! Tup! Tap! Tup! Tap! Di dalam bil November tercatat bayaran tambahan RM177.42. Apabila ditanya, kata Celcom, bayaran value prorata atau pro-rate, caj dikenakan kepada saya berikutan perpindahan ke pakej baru.
 
Best! Best! Best!
 
Wang RM170 sepatutnya boleh dihadiahkan kepada anak saya, Muhamad Afif Faiq kerana berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Penilaian Menegah Rendah, kini terpaksa diserahkan kepada Celcom.
 
Apapun wang boleh dicari, setakat RM170,  blogger Uncle Hazrey boleh beri, Untie Mazlin, juga insan bermurah hati. 
 
Cuma saya tidak berpuas hati, sewaktu pertukaran pakej dilakukan TIADA kakitangan Celcom bertugas di kaunter mahupun di Couldn't Care Line memaklumkan saya berhubung bayaran prorata terbabit.
 
Hidden payment, Celcom?
 
Kalau tidak, sekurang-kurangnya saya boleh mencari pekerjaan part time menjual Kasut Crocs cetak rompak sebelum sambutan Hari Raya Haji.
 
Kini segalanya sudah terlewat, saya sudah dijadikan korban dek Celcom tetapi pastinya tidak terlambat untuk saya merakamkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca beragama Islam dan selamat bercuti.

Nota

Lebih 10 tahun program 999, TV3 'mempromosikan' hotline menggunakan prepaid Celcom, 013 6330360 secara percuma, dicatatkan di skrin TV setiap minggu. Untuk rekod, saya mengeluarkan wang poket sendiri untuk pembiayaan panggilan menggunakan talian terbabit.

Jika Maxis atau Digi berminat dan mampu menawarkan nombor berakhir dengan '999' untuk hotline itu, saya berjanji akan menukar telco.

Hubungi saya melalui SMS dan hantarkan kepada nombor sama, buat masa ini.

How is that?

30 ulasan:

  1. Bil yang dah byar pun CELCOM kasi warning "penggunaan telah mencecah 90% had kredit" sila buat bayaran segera utk elak talian disekat..memang mangkok CELCOM selepas merge dengan axiata.

    BalasPadam
  2. haha.

    sedut duit hendaknya.

    saya pun dah kena. haha.

    BalasPadam
  3. Amri, SMS saya terima sejak minggu lalu, 'Penggunaan anda telah mencecah 80% had kredit, sila buat bayaran segera untuk mengelak talian disekat'.

    Limit saya RM1,000.

    Setelah kesilapan dalam pengiraan bil dilakukan, jumlah sebenar bil hanya RM388 termasuk bayaran prorata, RM172.42.

    Selamat Hari Raya bro!

    BalasPadam
  4. salam Mazidul..selamat eid adha.. nanti dah sampai tahap boring kena switch ke TELCO lain nampaknya

    BalasPadam
  5. Salam Bang,

    saya sokong sekali...celcom mmg teruk..
    dari since last year..
    saya terkena.dan sekarang dah ke digi dengan selamatnya dan masih mengekalkan nombor lama..xperlu tukar nombor..

    BalasPadam
  6. Selamat hari raya korban Sdr MAS... TM pun teruk! Dah lebih dua minggu buat aduan pasal talian tetap yang bermasalah (tapi talian internet elok pulak)... belum lagi ada tindakan diambil! :(

    BalasPadam
  7. BRO, Saya antara pengguna Celcom yg selalu kering tekak bergaduh dgn depa pasal payment.

    Hidden charges? Semua syarikat telco, ada, ini tidak dapat dielak, tp as you said, mereka wajib beritahu kepads semua pelanggan mereka. (kalu beritahu bukan nama hidden ler kot?)

    Sampai satu tahap, saya tidak lagi tahu telco manakah yang paling terbaik dan tidak menyusahkan pelanggan?
    MAXIS opun lebihkurang sama juga. Digi saya tak pasti, lum try.

    Tapi sungguh kesal bilamana U sebagai penggiat aktif siri 999, promote nombor dari Celcom, rupanya.. ohh rupanya tidak mendapat sebarang keistimewaan pun.

    Selama ini sebagai penonton naif, ramai dan saya dok sangat sesapa celebriti yang dok promote sekian nombor dari telco, paling cekai akan dapat pakej spesel...!

    BalasPadam
  8. Oh ya satu lagi.

    Sekarang ini, TIDAK kira berapa pun jumlah bil anda, sekiranya tidak dibuat bayaran menjelang bulan kedua, TERUS dipotong wpun bil tak sampai RM100. Harap maklum. hehehehe

    BalasPadam
  9. salam aidil adha saudara MAS,

    saya tiada pengalaman ngeri dengan celcom...tapi pengalaman agak baik dengan maxis...mungkin boleh membantu saudara menukar telco

    limit saya RM500, deposit hanya RM300.
    baru2 ni ke luar negara dan line roaming untuk mudah dihubungi...bil dan sampai RM550, panggilan masih boleh dibuat atau diterima, maxis hanya memberikan sms bil telah melebihi limit dan mintak jelaskan bil.
    setelah balik ke Malaysia, bil keseluruhan RM800, tidak disekat walaupun hanya buat bayaranpendahuluan sebanyak RM600 selepas 2 hari tarikh bil.
    mungkin telah tiba masanya saudara memikirkan telco yang lain selain comCel...

    BalasPadam
  10. Ada sesiapa nak saman celcom? Saya suka,ini Asyik celcom je nak saman pengguna berhutang..salam korban masa

    BalasPadam
  11. Salam
    Baru je malam tadi saya call celcom careline. Saya tak tau dimana salahnya. Celcom broadband saya lembab sangat..dah setahun lebih. Pernah complain 2 kali tapi still the same. Kalau modemn faulty, mesti langsung tak boleh connect tapi masalahnya boleh. Saya bukan pengguna tegar yang selalu 'memuat turun' apa2..setakat berFB, berblog, kekadang ke web penerbangan tambang rendah dan membaca suratkhabar online...tak tau la Celcom nie..kekadang nak marah pun, kita yang naik darah...iskk..

    BalasPadam
  12. Biasalah Mazidul....bila kita dah terlebih bayar nak kutip balik..macam kita pula yang BERHUTANG dengan DEMA..

    BalasPadam
  13. betullah...rasa macam nak tukar yang kaler hijau sebab yang biru haru biru

    Cam bagus...
    Eksyen jek lebih...
    Lembap giler...
    Cepatlah skit
    Oh my god...
    Menyakitkan hati...

    BalasPadam
  14. selalu mendapat berita yang celcom selalu buat promosi broadband "unlimited plan"..
    tp kenapa servis macam bangkai even kat tengah2 bandar yg ada liputan jelas?
    bukan seorang 2 yang berpindah kepada maxis,tp ramai..
    semua sebab xtahan dengan celcom c penipu..

    BalasPadam
  15. memang tak guna punya celcom pakai berokband pakej konon 3mbs nak dapat 1.5 mbs pun susah bila buat speed test memang auta punya celcom promosi macam nak gah

    BalasPadam
  16. Bro,

    Ini cer sy. 2 tahun melanggan broadband celcom (kerana terikat contract) Tamatkan khidmat broadband Ogos lalu. Tapi anehnya tiba-tiba muncul caj Celcom 3G WAP dalam bil bulanan, Bulan sebelum RM 59, bulan sudah RM 60 utk khidmat yg sy tidak gunakan. Agaknya mungkin ini semacam denda kerana telah tamatkan langganan broadband sy.

    Patriotik sy masih kuat untuk kekal Celcom tapi tak tahu berapa lama lagi

    BalasPadam
  17. I really hope that those idiots working at Celcom will read this post of yours.

    Those idiots tak tahu buat kerja, that my dear Mazidul, including their CEO. They do not value the money that we the customer paid for, and it is a good and strategic partnership that Media Prima inked recently with YTL for YES.

    Customer service diaorang memang macam gampang sejak awal, dan yang kerja di sana pun sama gampang sebab tak tahu what to do dengan kerja diaorang.

    I have had my BIG share of problems with Celcom. Even their Vice President bila diajukan soalan, tetiba nak emotional macam budak kecik when I said, kenapa Maxis tak ada problem sepanjang saya pakai line diaorang.

    You see, from the top dah full of stupidity and do not know what is customer, what do you expect from the people kat bawah tu? Kalau kepala otak udang, maka kat bawah pun otak udang jugak.

    Haha, sorry, I will never stop cursing Celcom because I know the agony.

    BalasPadam
  18. Hmmm... dah puas kena... jgn kata postpaid, guna prepaid pun ada hidden charges... tiap2 kali top up, mesti kena potong... xtau apa yg dorg potong... nk kata mlanggan iklan2, xde pulak...

    skrg ni pakai MAXIS HOTLINK je... wpun kwn2 mengadu mahal nk kol or sms, tp sekurangnya saya rasa mcm murah je nk kol or sms kwn2... NO HIDDEN CHARGE...

    kpd MAXIS or DIGI, cepat2 grab offer En Mazidul... boleh naikkan ranking usage telco anda... =)

    BalasPadam
  19. Celcom. Seketika dulu, bil bulan 9 dah keluar, lepas tu dah bayar. Dtg bil bulan 10 ada pulak lagi transaksi bulan 9 bila diteliti dlm itemized bill.

    Maxis. Pernah dicas kerana tukar plan. Mmg ada dlm term tetapi semasa berhubung dgn khidmat pelanggan cas tersebut dimaklumkan 'tiada cas', apabila saya tanya. Upon complaint, Maxis honour their staff's mistake and refunded me on next bill.

    BalasPadam
  20. 019 4199994
    019 4313999

    cik mazidul brminat x either num nih?
    ni asl num celcom tp leh tkr ke telco len

    ni kwn sy jualkn....

    suggestion sy y len,cik mazidul leh pergi sndiri ke telco centre then request num

    sy sndiri request num phone ikt tarikh lahir sy...

    tq

    BalasPadam
  21. Salam,Selamat Hari Raya Haji.
    Nasib baik saya bukan pelanggan Celcom.Sejak mula pakai H/P guna Maxis.Setakat ni tiada masalah dengan Maxis.

    BalasPadam
  22. ChuMee, maaf ya, saya tidak berminat membeli nombor daripada individu. If Maxis wants me to use its line, they have to provide me nombor cantik which ends dengan 999.

    BalasPadam
  23. hi..

    celcom mmg teruk..last year saya register broadband dgn diorg tp broadband mcm berukband lembap n 99% tak blh guna langsung..i xda download2 apa,cuma buka blog n email,itupun xblh....wasted so much credit calling their bad customer service,give me useless and wrong information..i made a complaint in celcom office jln ampang regarding the wrong info given by their customer service, i was told by the staff that the customer service is from another company and the most yg menyakitkan hati ialah, staff tu ckp if btl the customer service give wrong info to the customer, celcom will get compensation rm500 per case !! but what did the customer get? troublesome !!

    ask them to disconnect my line,sampai skrg xbuat2,janji nk call pun xcall balik..dah setahun,n now antar lawyer letter suruh byr bil..call the lawyer company,diorg ckp better byr je sbb klo tak diri sendiri susah sbb kena blacklist..mmg celcom suka aniyai customer..

    SAY NO TO CELCOM !I HATE CELCOM !

    no im with digi and its much2 better.

    BalasPadam
  24. syarikat telco ni lebih molek kalu ada 1000 syarikat bersaing barulah buleh guna seposen sampai pecah lubang telinga

    BalasPadam
  25. salam bro...

    sy penguna celcom tegar dr 2004.. dlu mmg ok la.. gune pn utk call ngan sms jer la..

    taun 2009, line sy ader mslh. call xleh, msg xleh.
    wat report kat call center tanyer mcm² konon² nk amik tau, las² xder per².. tin kosong..
    pastue tukat celcom exc50.. huh.. yg nie lak cam ok. tp sbb gune sikit, bayar byk.. xlarat.
    hehe.. skung da pkai Maxis..
    pd dierorg, kurang 2org cust bkn der per². celah gigi jer. bejuta la cust yg nk langan dierorg..
    lantak la korang.. mls aku nk pduli. service bkn baik sgt pong..

    skung puas ati ngan M. dlu niat nk tlg mlayu.. skung.. lu pkir la sdri

    BalasPadam
  26. Saya dah tawar hati nak pakai Sial Kom Beruk ben nih~ Memang sedih~ Promosi bagai nak rak~ Outcome xdak langsung~

    BalasPadam
  27. Salam En Mazidul dan semua,
    DAH TAK TAHU APA NAK CAKAP LAGI PASAL CELCOM..

    Datuk Seri Shazalli Ramly ..
    SAYA ADA BUAT PERBAGAI ADAUAN DI CELCOM TERMASUK MENGHANTAR SMS KE HANPHONE DATO SERI SENDIRI.. TETAPI HAMPEH...

    BANYAK SANGAT MAKAN GAJI BUTE...

    ZABRI MOKHTAR.

    BalasPadam
  28. what do expect from CELKONG company? nothing.. CELKONG....hahahahaahha

    BalasPadam
  29. just want to share what they did:
    http://akuletu-naa.blogspot.com/2011/02/0150-best-service-ever-with-so-called.html

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.