Jam 5 petang tadi saya ke Stesyen Teksi Kota Bharu dan terlihat ini ...
Apa mereka saksikan? Khusyuk benar kelihatannya.
Laaaaaa ... Main Dam Haji rupanya.
Apapun, sebilangan penduduk Kota Bharu kini boleh mendabik dada dan sememangnya mampu bermain dam sepanjang hari.
"Kebanyakkan hotel murah di Kota Bharu sejak tahun 2000 dah ditutup. Bisnes baru ini lebih menguntungkan, berlipat kali ganda berbanding bisnes hotel. Bisnes ini tak perlu ramai pekerja, tak ada receptionist dan tidak bergantung kepada jumlah pelanggan berkunjung ke premis," ujar Abdullah Awang Noh.
Abdullah, pemandu teksi berusia 60 tahun, ayah kepada 13 anak.
Saya kemudian ke Jalan Post Office Lama dan merakamkan gambar berikut.
Saya perhatikan tingkap hotel didirikan pada tahun 1913 ini tertutup rapat manakala kelihatan lubang berbentuk bulat di tingkap sama.
Berikut gambar saya rakamkan pada jam 7 malam untuk dikongsi bersama semua pembaca.
Ribuan burungg walid pulang ke sarang!
Sebilangan hotel murah di Lembah Klang tanpa pelanggan mampu terus beroperasi. Pengusaha dilapor menawarkan khidmat 'ayam' tempatan dan khidmat urutan bertujuan menarik minat pelanggan menyewa bilik.
Masakan tindakan sama boleh dilaksanakan di Kelantan, 'Serambi Mekah'.
Justeru, pengusaha tempatan kini menukar ratusan premis rumah kedai dan hotel menjadi sarang burung walid. Tidak hairan jika sewaktu bersiar-siar di bandar Kota Bharu, kita akan dihiburkan dengan 'konsert percuma', bunyi rakaman suara burung walid dipancarkan ratusan pembesar suara di bangunan berhampiran.
Sekilogram sarang burung kini berharga di antara RM7,000 dan RM10,000 di pasaran. Saya difahamkan sebilangan pemilik bangunan, anak tempatan berbangsa Melayu.
Manakala Majlis Perbandaran Kota Bharu dilapor memberikan kebenaran sementara untuk bisnes terbabit dijalankan.
NOTA
Shout Mix telah dikembalikan semula di blog ini. Berinteraksilah secara berhemah, terima kasih.
Anastasyea pernah baca pasal pelaburan burung walit nie.. memang menguntungkan. Bagus la kalau lebih banyak orang melayu terlibat dalam industri ini. =)
BalasPadamuntung besar gak kalau buat bisnes burung walid ni :)
BalasPadamoh KB. burung2 ni tak buang najisnya merata2 ke di bandar KB?
BalasPadamP kelantan p Expo Cheng Ho kah?
BalasPadamTak mengapalah mendengar dendangan burung walet di 'bekas hotel' itu daripada membiarkan burung Pak walid berdendang mematuk ayam di hotel2 murah, kan? ;-)
BalasPadamHeheheh tu yang depang tangan dongak ke atas tu..
BalasPadamnanti.. tahu-tahu setompok jatuh atas hidung. hahahaha
Azieazah, to tell you the truth ada setompok di baju cameraman. Komen saya 'Sebab dosa dosa lama la tu bang! Ramai pergi tetapi sebab apa burung tu berak di baju abang" Ha! Ha! Ha!
BalasPadamKak Cik, I like your comment. Sekarang ini 'lubang' sarang burung walid lagi mahal tau! Peeeeergh!
Nak kena sewa dulu bangunan baru boleh tebuk lubang!
Expensive Sis, seriously.
ingatkan kat sitiawan, seri manjung dan lumut je banyak burung walid..
BalasPadam