Isnin, November 29, 2010

Call Girl? GRO? Atau Sekadar Berhibur Untuk Mendapatkan Wang?

Ramai mengetahui kewujudan premis menawarkan hiburan, khususnya di Kota Bharu, Kelantan.

Flat mahupun banglo besar diubah suai menjadi beberapa unit bilik karaoke dilengkapi sistem penghawa dingin, audio visual dan tempat duduk.

"Kalau nak, ada perempuan boleh dipanggil, RM50 sejam untuk dijadikan peneman," ujar kenalan.

Menurutnya majoriti mereka, janda. Janda beranak satu, dua, tiga atau lebih. Terfikir, kini, mereka menggunakan modus operandi tidak ubah bak call girl. Hubungi seorang daripada mereka, dia akan mengaturkan rakan lain untuk turut serta 'bekerja' melayan pelanggan di premis karaoke tersorok daripada pandangan masyarakat.

Barangkali mereka ingin mencari wang secara pantas untuk membesarkan anak tanpa perlu mengeluarkan keringat. Pada masa sama mereka juga mungkin tidak mempunyai pilihan lain untuk mencari rezeki tambahan.

"Ada antara mereka bekerja di kedai makan pada waktu siang dan kemudian berhibur sambil dibayar di karaoke," tambah kenalan sama.

"Dia orang buat apa di karaoke?," soal saya.

"Menyanyi, menari, sebilangan boleh dipeluk dan digomol," tambahnya.

Terfikir, jika 'bekerja' selama 3 jam, setiap seorang akan meraih RM150. Bezanya, andai melakukan tugas sama sebagai pelayan pelanggan, GRO di Kuala Lumpur, barangkali pendapatan mereka berlipat ganda.

Menurut kenalan sama, majoriti mereka dilaporkan berusia lingkungan 20 an, tidak dapat dinafikan, sebilangan berperwatakan menarik dan rupawan. 

Saya berasa bimbang ...

Jika suatu hari nanti, tidak mustahil mereka berhijrah ke ibu kota dan kemudian meneruskan kaedah sama untuk mencari rezeki, cuma gelaran mereka berubah daripada call girl kepada GRO. 

Maka akan bertambah bilangan GRO berasal dari Kelantan di Kuala Lumpur.

7 ulasan:

  1. tak tahu apa yang mereka fikir.. cara ini memang singkat.. tetapi tak terfikirkah makanan dari duit haram itu masuk ke mulut si anak?
    Inilah faktor, keturunan manusia rosak.. makin tak berakhlak, lupa agama...
    Nauzubillah

    BalasPadam
  2. Istilah call girl ni telah wujud sejak vic di zaman kampus lagi. Kebetulan salah seorang my friend also a call girl.

    Pernah dia mendapat 'pelanggan' dengan hanya memberikan nombor telefon di cermin tingkap kereta yang terperangkap dalam jammed kepada seorang pelancong arab yang memandu di sebelah kami. End upnya jadi peneman arab sementara si lelaki itu berada di Malaysia.

    BalasPadam
  3. kerja yang juga berpeloh2..cuma caranya berbeza, semata-mata nak beli beras..nak bayar bil2

    BalasPadam
  4. dulu masa ikut kawan acu meniaga di Chow Kit kat area Pasar Malam Lorong HJ Taib,acu kenal ramai pelacur kat situ...majoriti nye dari kelantan termasuk lah bapa ayam mereka...

    p/s::
    abg dul,masih ingt dgn DJ Epoi?
    acu nak ajak kawan-kawan blogger semua membantu

    http://sephiasayang.blogspot.com/2010/11/hulurkan-tangan-ringankan-beban.html

    sama-sama kita ringankan beban DJ Epoi...

    BalasPadam
  5. gunakan otak kiri ke kanan bila buat keputusan mudah macam ni?

    BalasPadam
  6. Dah ini je cara mudah nak cari duit. dua-dua dapat. Sedap n lazat selain duit berkepok.

    semoga aktiviti ini sentiasa dipantau dan di kawal sebaik mungkin.

    pesanan dari http://bajetwang.blogspot.com/
    agar jangan terpengaruh dengan GRO kerana ia merupakan jalan pintas ke lembah yang lebih hina.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.