Jumaat, November 05, 2010

Tidak Sehingga Membunuh Diri ...


Secara jujur, memang saya berasa kecewa tetapi tidak sehingga sanggup membunuh diri.

Gambar di atas dirakamkan di atas Kapal Navigasi, KN Muci milik Kementerian Perhubungan Direktorat Jenderal Perhubungan Laut Indonesia.

Setelah 5 hari dan gagal dalam 9 percubaan untuk ke Kepulauan Mentawai menggunakan jalan udara dan laut, jam 1.20 tengahari semalam, 6 sukarelawan Mercy Malaysia akhirnya berjaya menaiki KN Muci menuju ke Sikakap di Kepulauan Mentawai.


Mereka bakal menyertai lebih 1,500 sukarelawan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan asing berada di lokasi terbabit bertujuan membantu mangsa tsunami dan gempa bumi pada 25 Oktober lalu.


Mereka dijangka tiba di Sikakap pada jam 2 pagi waktu Indonesia jika cuaca baik dan berada di lokasi sehingga 14 November akan datang.

Bagaimana pun akibat cuaca ekstrem dan berikutan tiada jaminan kami berpeluang kembali ke Padang sebelum terbang pulang ke Malaysia pada hari Sabtu, 6 November ini, misi liputan Majalah Tiga terhenti di sini.

5 krew Metro TV menggunakan helikopter Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia untuk ke Sikakap, kini dilaporkan terkandas di Muko Muko, Sumatera Barat akibat helikopter tidak mampu terbang akibat awan tebal.


Helikopter sama membawa mereka dilaporkan gagal mendarat di Kepulauan Mentawai dalam 2 penerbangan sebelum ini berikutan masalah sama.

Justeru, helikopter dinaiki terpaksa berpatah balik ke Bandar Udara Internasional Minangkabau di Padang.

Sebelum ini 3 kali kami cuba menaiki helikopter sama, hanya jam 10 pagi semalam difahamkan, sukarelawan asing dilarang menggunakan pesawat terbabit atas faktor keselamatan.

Satu penantian sia-sia.


Selamat melaksanakan tugasan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada semua sukarelawan Mercy Malaysia. Bersama mereka sejak 31 Oktober lalu mengajar saya erti kegigihan dalam mencapai objektif disusun sejak awal.


Cabaran serta pedih jerih didepani selama lebih 96 jam untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan ke kepulauan dilanda bencana terbabit akan saya kongsikan bersama pembaca dalam paparan Majalah Tiga kelak.

Berhampiran pelabuhan sama, saya rakamkan gambar berikut.


Kekadang beruntung menjadi kucing, ketika manusia di sekeliling menyabung nyawa dilanda musibah, haiwan ini mampu tidur lena.

Lena.

6 ulasan:

  1. mr. Mazidul - berada d lokasi tersebut, tidak terfikir kah kemungkinan musibah tersebut berlaku lagi, dan anda mungkin mangsa seterusnya?
    Sebagai wartawan - brapa byk perkara / fokus yg ingin dikupas dr peristiwa tersebut! rasanya...sebagai wartawan, anda mungkin sudah byk muhasabah diri bla mlihat perkara seperti ini d depan mata!

    BalasPadam
  2. BRO, kerana kita bukan kucinglah, maka kita tidak tergamak membiarkan orang lain, jiran kita dalam kesusahan, atau sengsara dalam kehidupan...

    BalasPadam
  3. terpaksa menanti~akibat arahan lambat terima~

    BalasPadam
  4. Pasti ada hikmahnya tu, percayalah...

    Eh, bab kucing tidur lena tu menarik perhatian saya - Sebelum dia terlena mungkin dia sedang memerhati ke arah Gunung Merapi lalu berkata "Dunia hanya pinjaman, musibah ini rahmat dr Tuhan, semua yg diberi oleh-Nya kpd setiap makhluk bersebab, maka dari itu aku terima dgn redha & aku tetap di sini menanti ketentuan & ihsan daripada Ar-Rahman & Ar-Rahim...Mmmmm...zzzZZzzZZZ" (tiba-tiba "click... Click... Click... En. Mazidul snap gambo dia - seekor Kucing yg baru lepas bermonolog sehingga terlena...)

    BalasPadam
  5. Saya pun kekadang terfikir jugak, untung jadi kucing, tak payah pegi sekolah, tak payah amik exam melambak2, takyah masuk universiti, tak payah kerja makan gaji, tak payah beli rumah dan kereta, tak payah shopping.

    Yg perlu cuma cari makanan, tidur je kat mana2, sampai masa, mengawan, ada anak, survive jugak. Hahahaha.

    By the way, kucing yg tidur itu sangat comel.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.